12 March, 2013

Konsep : Apa itu teater?

Perkataan "Teater" berasal dari perkataan "Theatron" yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani. Teater adalah satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dan dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.

Dalam menjalankan suatu produksi teater, salah satu elemen penting yang perlu ditetapkan oleh pengarah adalah konsep suatu pementasan. Latar masa dan tempat perlu ditetapkan dengan teliti supaya tiada elemen persoalan yang timbul di kalangan penonton.

Namun setelah pemilihan skrip, pengarah perlu menentukan antara 3 konsep yang akan diaplikasikan di dalam suatu pementasan.

1. Realis - Nyata
Kelebihan konsep ini adalah ia tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hanya perlu daya pemerhatian yang tinggi. Contoh dari segi set dan kostum dalam kelas sekolah menengah. Perlu meja, kerusi dan papan hitam. Pakaian sekolah untuk pelajar sekolah menengah. Konsep ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Kelemahan konsep ini adalah sebarang kesilapan sangat senang dikesan dan ia menghalang kepelbagaian dari segi artistik.

Contoh Teater Realis

2. Absurd - Tidak Nyata
Kelebihan konsep ini adalah dari segi budget. Contoh, kotak yang besar boleh dijadikan katil, kerusi, meja, kereta mahupun kapal bergantung pada pelakon dan tafsiran pengarah. Konsep absurd tidak memerlukan kita terlalu realis, boleh bermain dari segi artistik sepertimana kemahuan kita dan tidak akan ada persoalan kerana ini dunia absurd. Namun berhati-hati bermain dengan dunia absurd kerana bimbang ianya susah difahami penonton.

Contoh Teater Absurd

3. Surealis - Separa Nyata
Konsep ini adalah konsep yang paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman. Namun pengarah hendaklah pandai membezakan antara dua dunia. Contoh cerita surealis adalah cerita hantu. Hantu adalah alam yang tidak nyata manakala manusia pula adalah dunia nyata. Pengarah boleh bermain dari segi artistik di atas set yang realis, namun pengarah juga harus pandai menjelaskan konsep surealis supaya senang difahami penonton.

Contoh Teater Surealis
Dari segi konsep, pengarah haruslah jelas supaya ia senang difahami oleh penonton dan rakan produksi.


Sumber : Nazrin Saad, Pyian, Wikipedia.

No comments: