01 August, 2011

UJIBAKAT PELAKON


Salam! ini ada berita baik kepada semua yang ingin berproduksi lagi! Pementasan teater Upin & Ipin The Musical bakal dipentaskan di Istana Budaya pada April tahun 2012


Sesi ujibakat pelakon teater muzikal Upin & Ipin akan berlangsung di Istana Budaya pada tarikh dan waktu berikut:

13 Ogos 2011, Sabtu (10 pagi hingga 3 petang)
14 Ogos 2011, Ahad (10 pagi hingga 3 petang)
20 Ogos 2011, Sabtu (10 pagi hingga 3 petang)
21 Ogos 2011, Ahad (10 pagi hingga 3 petang)

Syarat-syarat uji bakat:

1. Umur: 6-35 tahun
2. Jantina: Lelaki & Perempuan
3. Berkebolehan menari, menyanyi dan berlakon
4. Sihat & lincah
5. Semua bangsa dijemput hadir.

berminat? hubungi 0178716060, 0122977220 dan 0172004249.

29 July, 2011

RAMADHAN KEMBALI

~RAMADHAN KEMBALI~

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)

Selamat berpuasa kepada semua! puasa jangan tak puasa pula ye!

ira
29 Julai 2011

27 May, 2011

BANGSAWAN “ALANG BUANA”

BANGSAWAN “ALANG BUANA”


Keterangan / Sinopsis
Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL dengan Kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) Sempena Program Semarak Bangsawan 2011.

Mengisahkan tentang ketamakan dan perebutan harta yang berlaku antara 3 beradik iaitu Samsinar (Kakak), Kidam (yang tengah) dan Alang Buana (yang bongsu).

Tarikh / Masa: 10 – 12 Jun 2011 / 8.30 Malam

Masuk Tiket : RM5

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi: 03-26176303/6289/6305 (DBKL)
03-20523600 (JKKN)

TAHNIAH!!!


TAHNIAH!!!

KEPADA DEKONIS UKM KITA KERANA TELAH MENDAPAT TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN DEKON MAKUM 2011 DI UMS PADA 18-24 MEI LALU...
DAN KEPADA MAIZURA, TAHNIAH MENDAPAT ANUGERAH PELAKON DEKONIS HARAPAN

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA MIZA, ALIF, ALONG, NESA, MAIZURA

SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN MENJADI PERANSANG KEPADA BAKAT-BAKAT MUDA DAN KEPADA SEMUA AHLI KTR SENDIRI. USAHA!!! (^_^)

20 May, 2011

DEKON DAMIA


~DEKON DAMIA~



tarikh pertandingan : 21 MAY 2011 (7.30 pm)
tempat : UMS

semoga berjaya para dekonis kita yang mewakili UKM...doakan yang terbaik utk mereka (^_^)

11 January, 2011

Diari Usang2 ep3


Salam sejahtera...lama tidak update utk progres sepanjang hampir 1 minggu lebih! Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak yang turut
membantu dalam meneruskan pementasan ini.

Pada minggu lepas (minggu pertama Januari), para pelakon berlatih bersama bung untuk mendalami watak masing2...latihan pelakon adalah setiap petang jam 6.00pm di panggung seni. Kepada produksi pula, mereka sedang membuat research memandangkan banyak perubahan yang berlaku terutamanya dalam bahagian setting. Tetapi dengan kerjasama yang dilakukan, masih terus dapat berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan! teruskan usaha lagi memandangkan tarikh pementasan kita hampir tiba...

~bersama pelakon kanak2~


~alumni yang juga turut bersama~


~casting~


~sesi latihan~

selesai sudah pemilihan watak untuk USANG 2 ini! oh ya..nama terbaru usang 2 adalah "TAKDIR ILAHI" yang dipilih sendiri oleh bung kita. Sekali lagi tahniah kepada yang berjaya memegang watak2 dan juga kepada ahli produksi yang telah dilantik!

Pada 8 Januari 2011 yang lalu, Pusat Kebudayaan UKM telah menganjurkan MALAM ANUGERAH SENI UKM. Tema adalah glamoures. Terima kasih yang sudi hadir..dan tidak lupa kepada para alumni yang juga turut hadir pada malam tersebut! tahniah kepada
ZULIATI BT JAIDI kerana telah merangkul 2 anugerah pada malam tersebut,

-ANUGERAH PENGIKTIRAFAN JURULATIH SENI TEATER-
-ANUGERAH SENI TEATER-
Dengan kemenangannya akan menjadi suatu pemangkin semangat kepada ahli2 lain untuk terus bergiat aktif dalam seni teater agar suatu masa kelak, anugerah itu anda PUNYA!!! yeah~


~model2~


~kenangan terindah~

sampai disini sahaja dahulu untuk kali ini. Sebarang info terbaru akan ira update disini. salam RIMBA untuk semua!

p\s: -banyak pic xuplode sebab pic dalam pendrive...akan diuplode tidak lama lagi
-latihan untuk pelakon adalah setiap hari jam 6pm di panggung seni **segala perubahan akan diberitahu**