15 November, 2009

FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2010

Assalamualaikum dan salam satu KTR,

Untuk makluman semua ahli KTR, dari 1/11/2009 hingga 11/12/2009 telah diadakan satu festival teater tahunan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN). Festival ini yang dahulu dikenali sebagai Pekan Teater merupakan satu platform bagi kumpulan-kumpulan teater dari wakil-wakil setiap negeri bertanding untuk merebut gelaran Johan Festival Teater Malaysia 2010.

Oleh itu, syam menjemput semua ahli KTR senior mahupun junior bagi menonton pesembahan kumpulan-kumpulan teater bertanding. Jadual pertandingan adalah seperti berikut:



09 November, 2009

PERASMIAN ALUMNI KELAB TEATER RIMBA (Alumni KTR)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada sabtu ini 14/November/2009,jam 8.30 malam bertempat dibilik bankuasi UKM akan diadakan perasmian Alumni Kelab Teater Rimba yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Turut hadir pada hari itu penasihat KTR YB Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh ,Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)serta Datuk Ismail Hudson Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia, artis-artis tanah air dan semua alumni KTR yang banyak memberi sumbangan ke arah pembangunan KTR dari awal penubuhan hingga sekarang.

Untuk itu,KTR dijemput untuk mempersembahkan satu persembahan selingan pada hari itu.Oleh itu, syam menjemput mana-mana ahli KTR yang ingin mengadakan persembahan,dapat hadir ke perjumpaan seperti berikut:

Tarikh/Masa : 10/11/2009 (Selasa)
Masa :8.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM

Selaku YDP Kelab Teater Rimba, Syam mengucapkan tahniah dan syabas diatas perasmian alumi KTR. Diharap penubuhan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara alumni dan KTR.Bagi alumni yang masih lagi ingin menyertai majlis ini boleh menghubungi Cik Azimah Mahmod di talian 017-2472862 bagi tempahan meja pada majlis tersebut.

03 November, 2009

MARI TENGOK BANGSAWAN LAGI....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, pada 13-15 November jam 8.30 akan diadakan persembahan bangsawan Bawang Putih Bawang Merah di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Persembahan bulanan kali ini dipersembahkan oleh Opera Seri Bandaraya yang terdiri daripada Artis Budaya dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Syam kalau boleh nak ajak semua anak-anak rimba pergi menonton untuk melepaskan stress belajar dan exams. Yela hampir semuaanak-anak rimba pada tarikh dinyatakan tadi semua telah tamat periksa dan hanya tunggu masa untuk pulang ke rumah. Untuk itu harap dapat bagi confirmation dalam ruangan komen berserta dengan no. telefon untuk tempahan bas ke sana.Senang untuk syam nak kira jumlah yang nak pergi..

Tarikh : 13 November 2009 (Jumaat)
Masa : 6.00 Ptg
Tempat berkumpul : Panggung Seni Ukm
Masa Pulang Ke Ukm : 11.00 Malam
Masuk: Percuma

Itu ialah masa yang syam cadangkan kalau ada apa-apa cadangan atau bangkangan harap bagi tahu selewat-lewatnya hari Jumaat ni 6/11/2009 dalam ruangan komen atau menghubungi saya seperti tertulis di ruangan kanan blog.

SINOPSIS CERITA

KISAH dibuka dengan peristiwa MAK KUNDUR menolak MAK LABU ke dalam perigi, meninggalkan BAWANG MERAH sebagai anak yatim piatu. Bermulalah kehidupan malang BAWANG MERAH yang sering dianiaya oleh MAK KUNDUR dan anaknya BAWANG PUTIH. Manakala di istana, SULTAN yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah mengisytiharkan PUTERA RITAUDIN sebagai Tengku Mahkota. Ini menimbulkan kemarahan pada diri PUTERA IZZUDIN kerana baginda adalah putera sulung, tetapi kerana bondanya bukan berdarah raja, haknya sebagai pewaris takhta diketepikan.

Suatu hari, RITAUDIN dan IZZUDIN keluar berburu di hutan negeri. Dalam masa yang sama BAWANG MERAH juga berada di hutan itu, sedang meratapi ikan jelmaan ibunya yang mati dimasak oleh ibu tirinya. Untuk menghiburkan hati, BAWANG MERAH menyanyi di buaian yang muncul di atas tapak kuburan ikan jelmaan itu. Kemerduan suara BAWANG MERAH menyebabkan RITAUDIN dan IZZUDIN terpesona. Bagaimanapun belum sempat mereka melihat wajah BAWANG MERAH dengan lebih dekat, gadis itu lari pulang apabila menyedari dia diperhatikan.

PUTERA RITAUDIN mengarahkan rombongan diraja mengejar BAWANG MERAH sehingga ke rumahnya. BAWANG MERAH bersembunyi dan apabila MAK KUNDUR dapat tahu itu adalah rombongan diraja, MAK KUNDUR mengakui bahawa gadis yang mereka lihat itu adalah BAWANG PUTIH. Lalu rombongan diraja mengarahkan BAWANG PUTIH mengikut mereka ke dalam hutan. Tetapi PUTERA IZZUDIN sempat melihat kelibat BAWANG MERAH di dalam rumah dan memerintahkan BAWANG MERAH ikut sekali. Pada ketika itu sebenarnya PUTERA IZZUDIN sudah pun jatuh hati kepada BAWANG MERAH….

#Sumber dari portal rasmi Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

01 November, 2009

Teater Feskum Bulan Disember Dibatalkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam mesyuarat pegawai makum dan penganjur Universiti Malaya, dukacita dimaklumkan Pertandingan teater untuk Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Feskum) dibatalkan pada bulan Disember dan akan digantikan pada Bulan Febuari 2010.Untuk makluman, tarikh pertandingan untuk bulan itu, masih tidak dapat dipastikan dan dalam perbincangan atas alasan masalah kewangan.

Justeru itu, latihan untuk pertandingan tersebut selepas musim periksa ini dibatalkan dan diganti pada akhir bulan Disember semester baru akan datang. Oleh itu, anak-anak rimba boleh pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menikmati cuti anda.

Jumpa lagi sem depan dengan pelbagai agenda dan aktiviti KTR.Dan diharapkan ramai menyokong agenda KTR iaitu bersama memperkasakan pembudayaan teater.

Sekian harap maklum.

SELAMAT BERJAYA DALAM FINAL EXAMS

Sudah seminggu semua pelajar UKM menjalani peperiksaan akhir semester. Syam rasa belum terlambat untuk syam mengucapkan ucapan semoga berjaya dan selamat mengulangkaji pelajaran bagi mereka yang belum menelaah pada saat-saat akhir.

Untuk anak-anak rimba yang baru menjejak kaki ke dunia IPTA, mungkin ini kali pertama anda menjalani peperiksaan di UKM.
Apa yang syam ingin katakan fungsi dan kaedahnya adalah sama cuma yang membezakan tempat dan kuantiti pelajar yang ramai serta berbeza kursus pada suatu masa merupakan kelainannya.

Apapun untuk mereka yang junior ini, jadikan periksa pertama kali ini sebagai medium untuk meningkatkan PNGK atau CGPA keseluruhan tempoh pengajian di UKM. Apa yang penting, jangan jadikan first year sebagai tahun honeymoon malah jadikannya sebagai tahun untuk meningkat prestasi akademik kita.

Untuk teman-teman senior,diharapkan kalian teruskan perjuangan kalian dalam bidang masing-masing. Masih belum terlambat untuk kita mengubah CGPA akademik kita. Beri tumpuan dan fokus sepenuhnya pada soalan peperiksaan kerana syam rasa aktiviti KTR telah tamat pada minggu lepas untuk memberi ruang kepada anak-anak rimba mengulangkaji pelajaran.Syam berharap tidak ada anak-anak rimba yang aktif teater tercicir dalam akademik. Dalam kita berteater pelajaran tetap menjadi keutamaan. Go go for study......

Sekian....

31 October, 2009

Daulat Tuanku..

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, 61, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dalam upacara penuh tradisi diraja Negeri Sembilan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, pada 26 Oktober 2009.

Istiadat pertabalan ini merupakan istiadat kemuncak sejak istiadat pemasyhuran DYMM Tuanku Mukhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008 ekoran kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Istiadat pertabalan ini adalah lanjutan daripada adat bersiram yang telah diadakan sehari sebelumnya.

Justeru itu, KTRians merafak sembah menjunjung kasih atas pertabalan DYMM Tuanku Mukhriz, Canselor UKM, sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-11, semoga UKM lebih cemerlang dan gemilang dibawah pimpinan tuanku.

Info Tentang Cancelor baru UKM

DYMM Tuanku Mukhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Tuanku Mukhriz mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad Kuala Pilah dan Sekolah Tuanku Besar Tampin, sebelum ke Sekolah Menengah King George V, di Seremban. DYMM Tuanku Mukhriz kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan memperoleh LLB pada tahun 1970.

# Sumber diperolehi dari PRO Canselori UKM

PANGGUNG SENI ..DI PENUHI MUNTAH JIN DAN TANAH…

Sekalung Tahniah dan syabas pada pelajar Kokurikulum Bangsawan dan Seni lakon yang telah berjaya mementaskan persembahan amali atau praktikal pada hari khamis (22 Julai 2009). Sesungguhnya syam mewakili MT tertinggi KTR berasa puas hati terhadap persembahan yang dipentaskan pada malam tersebut.

Sinopsis Bangsawan

Untuk makluman semua, pada malam tersebut pelajar teater bangsawan mementaskan sebuah naskah yang bertajuk Raja Badang di mana ia mengisahkan tentang bagaimana Raja Badang yang dulunya merupakan rakyat biasa yang memakan muntah Raja Jin akhirnya menjadi kebal dan gagah hinggakan setiap jajahan takluk yang diperintah oleh raja tak ingat help me telah menjadi jajahan takluknya apabila setiap negeri kalah beradu tenaga dengannya. Pelbagai konflik yang berlaku sehinggakan suatu hari Raja Badang ingin berkahwin dengan puteri raja tersebut. Pada masa yang sama puteri raja tersebut telah menjadi tunangan kepada anak raja di bawah negeri naungan ayahanda raja puteri tersebut.

Apabila mengetahui niat Raja Badang itu, tunang puteri tersebut berjumpa dengan Raja Jin untuk mengetahui rahsia untuk mematikan kekebalan Raja Badang. Menurut Raja Jin, kekebalan Raja Badang hanya dapat ditewaskan dengan ciuman seorang puteri yang berdarah keturunan raja ditapak tangannya. Akhirrnya Raja Badang yang kebal itu alah kepada tarungan sengit antara dia dengan tunang raja tersebut….kalau ada sinopsis lengkap tolong infokan ye..

Sinopsis Seni Lakon

Buat pertama kalinya dalam sejarah kokurikulum teater seni lakon, pelajar seni lakon kali ini berani mementaskan sebuah karya absurd yang bertajuk Transit Warga Tanah karya Abu Afif. Cerita yang berunsurkan islamik ini mengisahakan bagaimana keadaan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang iaitu orang kaya,orang miskin,petani, orang tua dan dewasa . Kehidupan mereka yang bertunjangkan hawa nafsu telah memerangkap mereka kedalam dunia yang melalaikan sehingga mereka lupa tanggungjawab mereka kepada Penciptanya.

Bagi memaparkan situasi dan penghayatan keadaan manusia di dalam kubur, tanah digunakan sebagai perlambangan untuk tujuan itu. Dalam kegelapan dan seksaan kubur datang seorang tentera tuhan yang datang memberi nasihat,teguran, peringgatan kepada semua warga tanah tersebut.Cerita ini juga diselangi dengan lagu wasilah atau boleh kita katakan nyanyian nasyid yang berunsurkan nasihat bagi mengisi selingan cerita. Memandangkan cerita ini adalah absurd maka syam sendiri tidak tahu apakah maksud diakhir kisah cerita ini. Ending cerita penonton yang tafsirkan.

Komen

Untuk adik-adik yang mengambil teater bangsawan mahupun seni lakon ada sedikit nasihat atau teguran yang syam ingin nasihatkan atau untuk dikongsi terutamanya dari segi teknikal unttuk pementasan semester akan datang:

a) Audio dan lighting

- Untuk bangsawan syam rasa variasi atau projeksi bagi warna lighting agak cantik dan menarik Cuma pelakon sendiri perlu cuba mencari dimana tittik tumpu lampu supaya anda mudah kelihatan ketika berlakon di atas pentas. Kelemahan lain syam lihat ialah lighting ini banyak shadow muka pelakon sehingga ekspresi muka pelakon tenggelam.Nampak ketara muka Raja Jin tidak kelihatan disinggahsananya. Mungkin packen lampu diberikan tidak mencukupi disebabkan kekangan perkongsian untuk lampu bagi kokurikulum seni lakon dan muzik gamelan. Syam suka dengan muzik selingan dan tempo gendang debaran.

- Untuk Seni Lakon projeksi warna lampu yang menembak layar amat menarik dan cantik. Syam suka adik-adik bermain deengan bayangan lampu layar macam tengok wayang kulit pulak…. cuma penggunaan lampu nampak tidak konsisten . Sehinggakan penata lampu teragak-agak untuk membuka atau menutup lampu yang tembak layar dari depan mahupun belakang . Sampaikan ada satu adegan satu panggung nampak suram menenggelamkan wajah pelakon. Nasihat syam selalu rujuk pada skrip teknikal. Pastikan skrip teknikal telah tersedia dalam tempoh latihan. Audio untuk wasilah sampai maksud cuma kadang-kadang nyanyian wasilah tenggelam. Pastikan stamina olah tubuh dan vokal anda cukup untuk persembahan seperti ini.Namun lagu tetap menyentapkan hati….

b) Kostum dan makeup

- Seperti yang sedia maklum bangsawan menggunakan kostum berunsurkan melayu klasik atau tradisional. Memandangkan cerita ini tidak mencerminkan latar yang tepat maka kita boleh mengggunakan apa sahaja pakaian banggsawan yang bercirikan tradisional. Baju untuk para pembesar dan hulu balang sangat sesuai dengan darjat atau pangkat pada malam itu. Cuma syam nasihatkan agar watak mak inang diberi baju yang lebih cantik dari dayang istana sebab dia merupakan ketua segala dayang dan tinggal diistana bukan hanya berkain batik yee…. Sentuhan tatarias faiz dan temannya amat cantik dan kemas sesuai dengan perwatakan pelakon. Saranan syam bagi menampakkan watak pelakon lelaki lebih klasik, harus dipakaikan hulubalang dengan wicked panjang supaya nampak gagah dan pekasa.Syam harap jangan down jika ekspresi muka pelakon tidak nampak kerana lighting telah shadow muka pelakon.

- Terima kasih diatas kerjasama pelakon seni lakon kerana memudahkan kerja penata kostum. Dengan berlumuran tanah dan baju lama dirumah bukan sahaja dapat meringan kos produksi malah menjadikan kerja produksi lebih senang dan cepat. Baju wasilah nampak simple dan sesuai dengan perananya sebagai pemberi nasihat. Cuma syam cadangkan kepada penata kostum pastikan pelakon yang banyak bergerak selesa dengan kostum yang dipakai karang tetiba terkoyak atas pentas tak malu satu pangggung…. Untuk makeup, tahniah syam ucapkan pada syifa and the group walaupun banyak perubahan disaat akhir anda berjaya lakukan tugas anda dengan baik. Pastikan anda lakukan test makeup untuk poduksi akan datang supaya tidak nampak kelam kabut pada hari show. Untuk wajah warga tanah walaupun hitam pastikan ada shadow berwarna terang pada mata supaya apabila lighting tembak muka muka pelakon tidak flat dengan warna gelap dan ini akan membantu dari segi ekspresi pelakon.

c) Props dan Setting

- Syam suka daya kekreatifan pelajar bangsawan dalam membuat setting. Dengan menjadikan setting berfungsi 2 adegan satu set bukan sahaja dapat menjimatkan kewangan produksi malah masa pertukaran babak. Syabas syam ucapkan pada wanie selaku pengarah teknikal dan krew settting. Cuma kelemahannya dari segi pergerakan pertukaran. Syam sangat risau kalau setting tidak stabil dan runtuh. Harap lebih brhati-hati lepas ni. Satu lagi setting yang syam suka ialah singgahsana Raja Jin. Nampak cantik dengan kedudukannya bukan dia atas pentas permainan tapi ditempat duduk penonton. Tidak nampak kelemahan ketara dari segi set bangsawan cuma penggunaan ruang agak lemah. Banyak ruang kosong diatas pentas tidak dipenuhi set sebaik mungkin. Untuk prop bangsawan syam boleh katakana sesuai dan rasional bagi membantu menggambarkan watak dan cirri perwatakan .

- Untuk seni lakon, set nampak simple saja. Dengan menggunakan layar putih ,kanvas berisikan tanah dan barua putih untuk tentera tuhan. Sudah memadai untuk menggambarkan situasi warga tanah di dalam kubur. Tahniah dan syabas syam ucapkan kepada ina dan KK selaku ketua krew setting. Gaya dan gerakan tubuh pelakon memaparkan perlambangan kelahiran,seksaan, dan sittuasi alam itu sungguh menarik dan cantik serta sampai maksud kepada pelakon. Cuma perlu diolah atau digarap dengan lebih baik supaya nampak smooth atau diistilahkan tidak drag masa. Walauapapun syam ucapkan jutaan tahniah walaupun pada mulanya anda tidak mampu mnyampaikan naskah ini dengan baik dengan komitmen dan sifat tidak jemu untuk belajar teater anda berjaya lakukannya. Bagi seni lakon tidak banyak props yang digunakan dan syam boleh katakana ia sesuai dan rasional bagi membantu menggambarkan watak dan ciri perwatakan .

P/S : Sorry lambat post sebenarnya banyak nak cakap pada akhir hari show tetapi pelajar bangsawan balik dulu dan pelajar seni lakon sibuk cuci panggung.Saya tak tangkap gambar. Semua gambar saya ambik dari facebook . Nanti saya akan uploadkan videoklip anda.Hanya ini yang mampu Abang Syam tulis dalam blog ini . Harap ia sebagai kritikkan membina bukan nak down siapa-siapa. Kalau ada yang tersalah harap ajar saya jangan biar saya dalam kebodohan. Kerana saya bukan insan yang bodoh sombong. Huhuhuhuhu…..



Klip Video Teater Seni Lakon







Puisi Antarabangsa KTR menang lagi...

Salam satu KTR…..

Rasanya sudah seminggu blog KTR tidak diupdatekan gara-gara disebabkan syam dan rakan-rakan senior lain menguruskan aktiviti kelab. Sebenarnya pada minggu lepas,sabtu 17 Oktober KTR telah mnyertai satu pertandingan peringkat IPTA iaitu Pertandingan Sangggar Puisi Antarabangsa Nur Fitri Piala Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor di Stadium Tertutup Nilai anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Pertandingan ini bermotifkan tentang Hari Kebebasan yang mempunyai maksud yang signifikan terhadap Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, pertandingan ini mesti di sertai oleh gabungan dua pelajar antarabangsa dan satu pelajar Malaysia atau sebaliknya.

Justeru itu , KTR telah menghantar dua orang wakil iaitu dari Exco Perhubungan Antarabangsa saudara Raja dan saudari Inggi unttuk mewakili calon antarabangsa dari warganegara Indonesia, manakala saudara Anwar atau Abang Pisang mewakili calon warganegara Malaysia dan juga pemuzik iringan semasa mendeklamasi sajak tersebut.

Memandangkan puisi tersebut bertemakan aidilfitri, maka kami mendeklamasikan sebuah puisi yang bertajuk Sebelum Datangnya Syawal karya seorang tokoh penulis terkenal, Dr. Ibrahim Gaffar. Turut mengiringi mereka ialah syam dan bung dan kami bertolak dari UKM jam 3 petang dengan menaiki kereta bung….as usuall syam la kena drive…..

Setibanya sampai, kami disambut oleh kakitangan Usim dan membuat pendaftaran dikaunter pendaftaran.Kami kemudian ditempatkan di satu bilik persedian bersama dengan pelajar Usim yang merupakan tuan rumah pertandingan tersebut.

Pertandingan bermula jam 830 malam dengan dimulakan oleh peserta dari Lim Kok Wing University,kemudian diikuti dengan Universiti Teknologi Mara (Uitm) Usim 2 dan Universiti Teknologi Nasional (Uniten) dan diikuti oleh dengan acara selingan kumpulan nasyid Usim dengan lagu Lebaran ini .Kemudian pertandingan deklamasi diteruskan dengan kumpulan Usim 1, Universiti Tun Husein Onn (Utho) dan diikuiti Inti Kolej. Selepas itu, acara selingan diserikan dengan lagu tradisional yang dinyanyikan oleh ahli kumpulan nasyid terrsebut iaitu zapin rindu-rinduan. Tibalah saat mendebarkan apabila Kumpulan dari UKM menyampaikan deklamasi sajak dan diakhiri oleh kumpulan Lim kok Weng University.

Apa yang menariknya kesemu peserta adalah terdiri daripada pelajara antarabangsa seperti Iraq, Sudan, Palestin, Zimbabwe, dan Zaire yang kebanyakkan dari mereka tidak fasih dalam bahasa melayu. Namun percakapan yang agak pelat dalam mendeklamasi puisi bahasa melayu haruslah dipuji dan diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.

Sebelum diumumkan keputusan pengadil pertandingan ini diserikan oleh nyanyian Kumpulan Kopratasa yang menyanyikan lagu MasihKah Kau Ingat (Keringat Dalam Pasrah) karangan Sani Sudin dan Permata "Buat Isteriku" (Sesetia Malam). Antara juri yang mengadili pertandingan ini ialah En. SiSo, dan dua pegawai dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Keputusan pertandingan

Pertama : UKM dengan wang tunai sebanyak RM 2000 serta Piala Pusingan Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor ….. yang tingginya 1 meter

Kedua : UiTM dengan wang tunai sebanyak RM 1500

Ketiga : UTHM dengan wang tunai sebanyak RM 1000

Anugerah Khas Juri : Usim dengan wang tunai RM 500

Tiga pendeklamasi terbaik membawa pulang RM 300 seorang iaitu dari Uniten Uitm dan Lim Kok Weng University.

P/s : Gambar dan video akan diuploadkan sebab semua ada pada kamera raja. Tahniah dan syabas pada Raja, Inggi dan abang pisang.

15 October, 2009

FESKOM @ MAKOM DATANG LAGI......

Assalamualaikum semua...

Untuk makluman semua Festival kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (Feskum) atau dulu dikenali Makum akan diadakan pada 7-12 Disember 2009 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Seperti biasa Feskum teater ini dianjurkan Universiti Malaya dan merupakan pertandingan tahunan teater dalam kalender majlis kebudayaan universiti-universiti Malaysia (Makum). Untuk itu, syam menjemput pada semua KTRians dan juga seluruh peminat teater kolej ukm untuk hadir pada sesi pemilihan pelakon dan juga pembentukan produksi pada

Tarikh : 15/10/2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Panggung Seni Ukm

Syam juga berharap pertandingan teater ini mendapat sambutan dari kalangan pelajar tahun satu dan dua. Dalam kita menggenali dan mempelajari dunia teater di samping mempereratkan hubungan teater dikalangan IPTA seluruh Malaysia, ia juga dapat meningkatkan merit SPKG adik-adik... yelakan wakil ukm di peringkat kebangsaan sape tak nak kan.......

Harap dapat jumpa semua pada tarikh dinyatakan...

P/s : Klu tak dapat jadi pelakon boleh join produksi...best apa....

07 October, 2009

MAHSURI ....PEREMPUAN YANG SADIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera syam ucapkan kepada semua KTRians dan juga peminat-peminat teater UKM.

Pada hujung minggu ni, akan diadakan aktiviti menonton teater untuk program Semarak Bangsawan yang seringkali diadakan pada awal bulan sepanjang tahun 2009 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Selalunya program bangsawan ini dianjurkan atau dipentaskan secara bergilir-gilir oleh group-group teater yang bergiat aktif dari seluruh Malaysia.

Pada kali ini Kumpulan Bangsawan Negeri Kedah akan mempersembahkan teater mereka yang bertajuk Bangsawan Mahsuri yang akan dipentaskan mulai 9 - 12 Oktober (Jumaat hingga Ahad).Syam tak sabar-sabar nak tonton teater bangsawan sebab hampir sebulan Panggung Bandaraya tiada show bagi menhormati bulan ramadhan.

Oleh itu, syam sebagai wakil KTR menjemput semua ahli KTRians dan peminat teater kampus UKM supaya sama-sama dapat pergi menonton teater bangsawan ini. Perkhidmatan bas dari UKM ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur akan disediakan.

Info Mahsuri

- Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri.

-Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

-Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya.

-Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

-Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

-Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.

-Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

-Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darah jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

# Sumber info diambil dari wikipedia

Untuk makluman lanjut boleh hubungi:

syam YDP (013-2273677)
Mimi S/u (013-3104361)


Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa berkumpul : 6 petang
Tempat berkumpul : Hadapan Panggung Seni
Balik Ke Ukm : 11.30 malam

06 October, 2009

Syam Si Badak air mula menguap....


Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam aidilfitri syam ucapkan kepada semua ahli-ahli KTR.

Sebagai YDP KTR sesi 2009/2010,yang baru syam ingin berterima kasih kepada barisan jawatankuasa sesi lepas 2008/2009 kerana memberi kepercayaan untuk meneruskan agenda KTR. Sebagai YDP baru syam ingin meneruskan tiga objektif utama KTR dalam setiap aktiviti atau program iaitu :

1. Menerapkan konsep satu malaysia dengan mempelbagaikan penyertaan pelbagai kaum dalam setiap aktiviti.

2.Memantapkan ilmu teater dalam setiap ahli pada setiap masa dan bukan hanya dipraktikkan untuk menyertai sesuatu pertandingan atau festival atau persembahan undangan.

3.Meneruskan agenda pengantrabangsaan dan penjenamaan KTR melalui kegiatan aktiviti dengan universiti-universiti dalam atau luar seperti mengadakan dialog teater, bengkel teater atau melalui program pertukaran budaya.

Syam harap ketiga-tiga objektif ini bukan sahaja dapat dicapai malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli kelab malah alumni. Disamping itu, syam berharap hubungan kekeluargaan dengan pihak alumni KTR dapat diteruskan dan dipertahankan kerana tanpa kalian KTR tidak dapat berdiri seperti sekarang. Syam juga berharap agar segala pengalaman dan ilmu teater alumni dapat disampaikan kepada ahli-ahli baru KTR melalui program bengkel atau pun produksi yang dijalankan. Kerjasama dari kalian samaada dalam program atau aktiviti amat penting bagi memastikan KTR tetap utuh dan tidak mati. Jika tidak sia-sia perjuangan kalian yang memartabatkan teater sejak dari penubuhan kelab sehingga sekarang. Justeru kehadiran kalian amat dialu-alukan bagi meneruskan agenda teater.

Untuk ahli kelab baru, pelbagai program telah dirancang bagi mendekatkan diri kalian dengan dunia teater. Antara aktiviti yang mungkin di jalankan ialah seperti menonton persembahan teater-teater dari kumpulan-kumpulan teater aktif di Malaysia. Syam juga akan memastikan setiap produksi teater akan melibatkan 45% dari ahli kelab baru dan selebihnya dari ahli kelab senior dan alumni.

Dalam perutusan pertama ini syam ingin memperkenalkan barisan jawatankuasa yang akan memimpin KTR. Mereka yang dipilih bukan sahaja atas cadangan dari jawatankuasa lepas ataupun bung, malah boleh memenuhi kriteria yang saya tetapkan. Antaranya mereka mestilah ahli yang aktif, amanah pada tanggungjawab, mampu memegang apa saja tugas dan tanggungjawab tanpa rasa terbeban, etika kerahsiaan dan sahsiah yang tinggi dan senang berurusan dengan semua pihak. Syam rasa dengan elemen-elemen ini diharap kepimpinan barisan jawatankuasa dilantik diterima oleh semua pihak tanpa syak dan wasangka.

Berikut ialah jawatankuasa dilantik:

YDPHisyam
NYDPFatin nabilah
S/U 1Mimi
S/U 2Hazel
Bendahari 1- ayen
Bendahari 2 wida
Multimedia dan teknikal Ina dan Muiz
Kebajikan,Kerohanian dan Perpaduan- Echa, Gerald, Fifa
Publisiti,promosi, dan dokumentasiAzirin,Alina dan Atikah
Pengurusan latihan dan produksiZuliati dan Nazrin.
Hubungan antarabangsaRaja dan Inggi

P/s: bersama memertabatkan agenda teater.......satu KTR

TERBANG SUDAH SI KASAWARI

Assalamualaikum...

Diam tak diam, agak 'berkurun' lamanya blog KTR ini tidak dikemaskinikan. Diam tak diam juga pelbagai aktiviti telah dijalankan dan bermulanya sudah pemerintahan baru dalam kerajaan Rimba! Kasawari bersama angkatan Rimba lain telah pun menyerahkan takhta kepada pewaris masing-masing secara rasminya pada 03 Oktober 2009 yang lepas.

Tidak banyak Kasawari ingin bicarakan di sini dalam tulisan terakhir Kasawari sebagai editor blog ini sebelum diambil alih oleh YDP baru. Sepanjang hampir 5-6 tahun di dalam Rimba yang 'dibenihkan' oleh Sang Kancil ini, tidak mampu untuk Kasawari mengungkapkan madah-madah (bukan Madah Berhelah) dan perasaan yang sesungguhnya bercampur-baur serta pengalaman yang berjuntai hasil bersama sanggar yang Kasawari amat sayangkan ini.

Bermula dengan detik pertama Kasawari menginjakkan kaki ke dalam dunia Rimba sebagai ahli props 'lelap' dalam Syajar (2004) dan seterusnya bergerak aktif sebagai ahli props Perkahwinan versi pertama KTR; melenturkan diri sebagai randai-randai dalam Korporat dan Teruna In Love; berpengarah produksi dan berproduksi dalam sequel-sequel Perkahwinan (serta menjadi Arjuna di Singapura); stage manager dalam Titik-Titik Hitam; menjerangkungkan diri dalam Ara dan banyak lagi. Begitu banyak ilmu dan pengalaman dikutip dalam Teater Rimba meskipun hingga sekarang Kasawari masih merasakan masih banyak lagi yang perlu ditelaah dan didalami dalam seni teater.

Sejujurnya Kasawari memang buntu untuk meneruskan catitan sejarah cinta teater Kasawari dalam dunia teater, khasnya bersama Kelab Teater Rimba. Siapalah Kasawari untuk 'membukukan' kisah hidup Kasawari bersama KTR. Kasawari hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada sebarang kekhilafan. Segala pahit dan manis, kontroversi dan konflik, menang dan kalah akan Kasawari pahatkan di dalam hati Kasawari kerana lahir dan hidup bersama KTR adalah antara pengalaman dan hikayat yang paling berharga sepanjang Kasawari bernafas dan berlari di dunia ini. Kasawari percaya bahawa kesetiaan Kasawari bersama Teater Rimba yang tak berbelah-bagi wujud daripada minat yang mendalam terhadap merungkai makna dan 'misteri' serta keindahan teater itu sendiri, bukannya untuk tujuan dan niat yang terpesong.

Apepun, Kasawari ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Saudara Syam (Mama Badak) kerana dilantik sebagai Ketua Pemerintah Rimba yang seterusnya. Diharapkan Teater Rimba akan terus menyinar dan berkembang sepanjang pemerintahan Badak ni. ;p

Sebelum Kasawari terbang, Kasawari ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Rimba, terutama Bung Kancil kerana membuka mata dan minda Kasawari mengenai apa itu teater dan memberi peluang kepada Kasawari mengutip pengalaman yang indah dan berharga serta memerintah KTR bagi sesi 2008/2009. Kasawari mewakili Majlis Tertinggi dan exco-exco sesi 2008/2009 juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan yang pernah kami lakukan sepanjang pemerintahan kami. Semoga Kelab Teater Rimba akan terus berjaya dan membanggakan! Buena Suerte! Will miss you all!


Wassalam...



Kelebihan zaman pemerintahan Kasawari dan Majlis Tertinggi/Exco bersama Bung Kancil:


1. Bung Kancil akhirnya kahwin. ;)


2. Bung Kancil menyumbangkan suara berduet dengan isteri dalam 'Gubahanku' semasa Majlis Makan Malam KTR 2008. (first time dengar Bung nyanyi sejak KTR ditubuhkan!)


3. Bung Kancil akhirnya lulus ujian memandu dan dapat lesen! hehe...


4. Bung Kancil beli kereta New Saga!


p/s: saja nak usik-usik Bung. :) Sekarang izinkan Kasawari melebarkan sayap dan terbang tinggi ek. Tata-titi-tutu!

05 August, 2009

MASA UNTUK BERINTERAKSI

Wah... sudah lebih sebulan lebih blog Teater Rimba ni tidak diupdatekan selepas tamatnya Festival Teater Selangor 2009. Maklumlah KTRians tengah bercuti walaupun sekejap time tu. Pejam celik, pejam celik dah masuk semester baru dah pembalajaran di UKM. Macam biasa, awal-awal semester ni haruslah diadakan aktiviti interaksi teater bersama junior-junior yang join teater kali ini bagi merapatkan lagi hubungan antara senior-junior di samping menguatkan lagi ilmu teater dalam diri masing-masing.

Info:

Agenda: Interaksi Teater 2009
Tema: "Teater Rimba Pencetus Kejayaan"
Tarikh: 08-09 Ogos 2009
Tempat: Port Dickson (di sebuah banglo/pantai)
Perasmi: Dato' Wan Hashim Wan Teh

Interaksi di bawah tugasan Ayeen Penguin dan rakan-rakan AJK ini akan megadakan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan sketsa kreatif, sukaneka (galah panjang, daya impuls, etc.), mandi-manda, penghayatan teater, BBQ dan sebagainya.

Jadi, kepada KTRians marilah kita sama-sama join aktiviti yang pastinya enjoy dan bermanfaat ini.

p/s: thanx to Widda for the info... ;)

29 June, 2009

KTR & PTUIH! TEMPAT KE-5


Hola semua...

Minggu ini merupakan minggu yang sangat penat dan packed dengan persembahan teater dalam Festival Teater Selangor 2009. Sepanjang minggu ini, kesemua finalis telah mempersembahkan naskhah masing-masing di Auditorium Daeng Chelak di muzium Shah Alam. Senarai kumpulan dan skrip Kasawari sudah postkan di artikel sebelum ini.

Berbalik kepada malam semalam (28/06/09) merupakan malam finale/penutup festival. Majlis penutupan yang serba ringkas bermula jam 9.00 malam hingga 10:00 (sejam jer). Baiklah, Kasawari akan ringkaskan terus senarai pemenang dari ranking 5-1.

Kedudukan:

5- Superptui! & Transit Kaler Magenta (Teater Rimba)

4- Cemar (ASWA)

3- Syurga atau Neraka (RESAM)

2- Pegawai Khalwat (HIDAYAH)

JUARA- Kalut (Suara Alam)

Disimpulkan bahawa Teater Rimba tidak ada rezeki untuk mengekalkan kegemilangan seperti KTR yang dahulu. Tapi, ini sesekali tidak akan mematahkan semangat anak-anak Rimba untuk terus berjuang bagi 'memanusiakan manusia' dalam teater. Hal ini adalah seperti yang dimaklumkan oleh Kasawari dalam post yang lepas, iaitu rata-rata yang join kali ini terdiri daripada junior-junior. Ini adalah proses pembelajaran dan pengalaman serta pendedahan yang baik buat mereka semua.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam produksi ini yang telah berpenat-lelah since the very beginning. Segala pahit manis kite telah lalui bersama dan kita atasi demi mementaskan naskhah ini. Kasawari juga ingin meminta ampun dan maaf sekiranya ada menyakitkan hati dan buat silap kepada every single of you. At least post-moterm tadi telah menyelesaikan segala yang kusut dan menyedari di mana silap kita dan akan kita baiki di masa-masa akan datang dengan hasil titik peluh sendiri. Tahniah sekali lagi atas keja keras kita selama ini walau pun kita bukan JOHAN, tetapi sekurang-kurangnya kesemua JUNIOR kali ini mampu melangkah ke final dan berada di kedudukan Top 5! Tahniah sekali lagi. Kita tidak perlu pergi lari menyembunyikan diri dek malu kerana kita tahu apa yang kita buat dan sedia maklum usaha serta kemampuan kita selama ini. Berada di tempat ke-5 bukanlah satu 'jenayah', tapi satu titik permulaan yang baru bagi freshie-freshie KTR.

Yang peliknya festival tahun ini tiada anugerah sampingan seperti sebelum-sebelum ini (Pengarah, Artisitik, Pelakon Terbaik dan sebagainya). Terus-menerus je ke anugerah kumpulan terbaik mengikut kedudukan. Hanya pihak pengurusan je tahu sebabnya.

Apepun kepada KTR, masih jauh lagi perjalanan kita untuk pementasan-pementasan yang akan datang sama ada berbentuk pertandingan, undangan, sekitar UKM dan sebagainya. Teruslah bekerja keras untuk memajukan teater dengan minat dan niat yang tulus ikhlas! Percayalah, Kasawari dan anak-anak Rimba sendiri sahaja yang tahu bahawa Kelab Teater Rimba TIDAK pernah berkubur!

Selamat meneruskan perjuangan wahai warga Rimba!


p/s: sayangnyer Alumni-Alumni balik awal masa post-moterm tadi... By the way, sekalung TAHNIAH kepada Suara Alam kerana menjadi Johan untuk festival tahun ini. Selamat berjaya untuk Festival Teater Malaysia nanti...