30 July, 2010

bengkel teater di PD


Salam pada semu. Pada hari sabtu ini (31 julai 2010) sehingga ahad, Kelab Teater Rimba akan mengadakan satu bengkel penghayatan teater di Port Dickson. Kepada sesiapa berminat, silalah hubungi saya dan bayaran sebanyak rm15.

Kepada semua yang terlibat, malam ini (30 julai 2010) akan diadakan satu perjumpaan utk brief sedikit mengenai program di PD pada jam 8.30 pm di galeri seni. Dan jgn lupa, esok (31 julai 2010), sila berkumpul di hadapan panggung seni jam 12.00 tghari. kita akan bertolak ke PD...terima kasih dan jumpa di PD ^_^

23 July, 2010

hari ini punya (23 julai 2010)


salam pada semua. kepada semua MT, ahli lama dan baru KTR (sesi 2008/2009,2009/2010,2010/2011) sila hadirkan diri anda ke galeri seni hari ini (23 julai 2010) pada jam 8.30pm. Perjumpaan bersama bung pada malam ini. tq~ ^_^


casting utk USANG akan diadakan pada hari isnin (26 julai 2010) di bilik kelab KTR jam 8.30pm. jemput hadir beramai2...

21 July, 2010

::jom2...CerITA bARu::


Salam pada semua. Sihat? Agak lama juga ira xupdate info yang baru kat sini. Utk pengetahuan semua, kini di UKM sedang menjalani minggu pengenalan kelab. Jadi, kami sebagai salah satu kelab yang tertubuh di UKM ini, mengambil kesempatan utk mempromote kelab disamping utk mencari ahli2 baru yang berminat dan berbakat. Pencarian kami bukanlah sekadar utk mencari pelakon
semata2, tetapi utk mencari bakat dalam semua bidang! Cayalah!haha... Dalam sesuatu teater, bukan sekadar pelakon yang ada, kita juga ada bahagian tata audio, cahaya, props, set, dan pelbagai lagi. Kita juga mencari yang minat
berpuisi, syair dan sebagainya. Tarian n menyanyi pon sangat digalakkan tau! ^_^ Jadi, jgnlah mencetekkan pemikiran semua pulak..

inilah adalah junior2 yang terlibat dengan pementasan minggu pengenalan kelab bersama senior
pada minggu pengenalan kelab ini, kami diberi utk mempersembahkan sebuah sketsa selama 20 min dengan bertajuk KERJA yang diarahkan oleh KAK WIDA. Jadi, mari beramai2 utk turun ke PUSANIKA UKM aras 4 pada jam 12.45tghari utk menyaksikan persembahan daripada junior2 tahun 1 ini. Dan tidak lupa, kami juga ada membuka booth di aras 4 itu sehingga jumaat ini (23 Julai 2010).

Utk aktiviti minggu ini, pada sabtu ini (24 Julai 2010), KTR dijemput sekali lagi utk menyaksikan pementasan TEATER TRADISIONAL MEK MULONG bertajuk CAHAYA BULAN yang dibawa daripada KUMP. TEATER TRADISIONAL NEGERI KEDAH. Jadi kepada sesiapa ingin menonton, sila emailkan nama, matrik, kolej anda kepada email ira faridzatul90@yahoo.com secepat mungkin before jumaat jam 6ptg. Kita akan bertolak pada hari sabtu dan diharapkan berkumpul di hadapan PANGGUNG SENI jam 6.00 ptg. Alhamdulillah, td ira dah dapatkan kelulusan dan contact num pemandu bas. Dan diharapkan masalah dahulu tidak berulang kembali...insyaAllah^_^ Sebarang masalah bolehlah hubungi Ira ye? ^_^

Pada Khamis ini, diadakan casting utk pementasan USANG pada bulan 9. Jadi kepada sesiapa yang berminat utk berlakon ataupun utk menjadi krew produksi, bolehla datang pada hari Khamis ini (22 Julai 2010) di bilik Kelab KTR aras 3 pada jam 8.30 mlm.

Pada 31 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010, akan diadakan bengkel penghayatan teater di Port Dickson, n9. Bengkel ini diwajibkan kepada semua tahun 1 yang menjadi ahli Kelab Teater Rimba dan yuran dikenakan sebanyak RM15. pelbagai aktiviti yang akan dilakukan disana. Segala pembayaran bolehlah dilakukan selewat2nya hari isnin (26 Julai 2010) kepada bendahari Miza ataupun pada saya (Ira). segala persoalan, sila berhubung terus dengan Ira.Num ira telah diletakkan dalam blog ini. ^_^

Sekian sahaja daripada Ira, semoga kita berjumpa lagi. Salam sayang teater dari ira kepada semua....^_^

~ira
~6.33pm
~21 julai 2010

18 July, 2010

PERJUMPAAN SEMUA AHLI KELAB KTR


salam pada semua, esok malam diadakan perjumpaan dengan semua ahli kelab KTR tidak kira lama atau baru. Sesi latihan utk show mggu pengenalan kelab juga akan dilakukan pada malam esok di bilik kelab pada jam 8pm. sebarang masalah sila rujuk ira k? ^_^

16 July, 2010

PERJUMPAAN SEMUA AHLI KELAB KTR


~PERJUMPAAN SEMUA AHLI KELAB KTR~

SALAM PADA SEMUA. MALAM INI (JUMAAT 16 JULAI 2010) AKAN DIADAKAN PERJUMPAAN DENGAN SEMUA AHLI BARU DAN LAMA KELAB TEATER RIMBA DI BILIK KELAB PADA JAM 8.00PM. SEBARANG MASALAH SILA HUBUNGI IRA DENGAN SEGERA.TQ ^_^

P/S: SORRY FOR DA LATE INFORM~

13 July, 2010


~PERJUMPAAN SEMUA AHLI KTR ARTISUKMA~

Salam pada semua. Disini ada pengumuman. Kepada semua ahli kelab Teater Rimba Artisukma UKM, pada hari Rabu (14 Julai 2010) akan diadakan perjumpaan bersama ahli baru (junior) Artisukma di Dectar pada jam 8.15pm. Disini, bolehla kita mempromote kelab teater kita agar kita boleh mendapat seramai mungkin ahli baru KTR pada kali ini. Kerjasama anda semua sangat dialu-alukan. terima kasih~

~ira~

12 July, 2010


~Meeting Pertama MT bersama Ketua Exco KTR~

Salam pada semua. Alhamdulillah, sebentar tadi selesai Meeting pertama Majlis Tertinggi Kelab Teater Rimba Artisukma bersama barisan Ketua setiap exco. Terutamanya ira sebagai YDP ingin mengucapkan tahniah dan selamat bekerja utk KTR kita. Memperkenalkan barisan exco Kelab Teater Rimba Artisukma...

KETUA EXCO PUBLISITI DAN PENERBITAN
NUR ATIQAH BT ARAZMI (FSSK/2)

KETUA EXCO PERHUBUNGAN LUAR
ELVIRA ADELINA KASMAN (FTSM/2)

KETUA EXCO LATIHAN
EPTA INGIE ARTHA (FSSK/3)

KETUA EXCO KEROHANIAN
KHAIRUL KHAIRIYAH KHASBULLAH (FTSM/2)

KETUA EXCO KEBAJIKAN
MAIZURA BT OSMAN (FTSM/2)

KETUA EXCO TUGAS-TUGAS KHAS DAN PROTOKOL
MUHAMMAD B MOHD AMIN (FST/3)

KETUA EXCO TEKNIKAL
NAHRIZUL ASHRAF B KADRI (FST/2)

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada mereka. Diingatkan sekali lagi, pada 14 Julai 2010 (rabu) akan diadakan perjumpaan ahli Artisukma di dectar jam 8.15pm. kepada semua ahli Kelab Teater Rimba, anda dikehendaki menghadirkan diri anda. Sebarang masalah, bolehla rujuk terus pada ira ye?

Kepada yang telah diberikan mandat sebagai ketua pengarah program, sila jalankan kerja anda bersama ahli2 anda. Lantikan AJK indok setiap program boleh dilantik segera utk memudahkan kerja masing2... Walaupun kita sekarang mengalami kesuntukan masa, tp InsyaAllah, kita semua akan berjaya...yg penting ikhlas~

Sampai disini sahaja ira boleh coretkan memandang jam sudah menjangkau jam 12.30am, sok kelas pg..hehehehe...kepada semua, selamat menempuh semula sem baru dan selamat study semoga kita akan terus berjaya dan lebih berjaya dari sem lepas. CHAIYOK2!!!


salam dr
~ira~

08 July, 2010


~CerITEra bERamai2 fREsHIEs~

salam pada semua uols. Mcm mane sume?sihat? kan sume tahu dat yang dis week kat UKM ada minggu MMP kan...so, I, IKA, KK n MIZA adalah PC PUSAT KEBUDAYAAN. Busy la jugak...siapkan skrip, thanks sgt2 pada sume yang membuat! ^_^ walaupun byk kali tukar skrip kan?hehehe... Pada hr pertama, kita ada lebih kurang 56 yang nak join teater MMP ni. Ramai sgt2 uols~terharu!hahaha...byk preparation seperti pemilihan pelakon, thanks pada BUNG yg mengikuti sesi latihan ini dari mula selection! n not forget thanks to ABG NAZ, ABG NOHMAN, ABG DIN, WAN(DOT), INA yg sanggup turun menjadi SUKARELAWAN. First day xbyk yg dapat buat just scrip reading je sempat. Next day, we alls buat selection utk pelakon2 and produksi. Seramai 53 sekarang yg tinggal utk teater MMP ni. 8 pelakon telah dipilih n selebihnya sebagai produksi n beberapa yg menjadi pelakon tambahan...not bad diaorg, cuma perlu diasah lg bakat2 mereka. Mereka sgt berminat, n mungkin ada rasa malu sedikit!hahaha...biasalah, mcm kite juga kan?

Third day, dah buat sume scene, n kite ada 4 scene. produksi telah melakukan kerja yang bagus dan mereka siap sumenye hari itu juga. BGS! itulah kita nak kan?semangat budak2 ni...I ada ambil pic mereka waktu latihan. nanti I uplode, xsempat nak buat. Huhuhu...sorry k? Hari ini adalah hari ke 4. Malam ni latihan intensif utk para pelakon. Mereka mengalami masalah seperti blocking, masking, n pelbagai lagi. Ahad ni kita akan membawa mereka menonton ALADDIN kat panggung bandaraya. So, pada semua yang pergi, bolehla berkenalan dgn mereka!hehehe...myb xsemua kita bw, tgk keadaan...tp kalau boleh, kita nak bawa mereka semua!huhuhu...utk sinopsis teater ni, ira akan tulis nanti.ok la, i have to stop here. sebarang info ira akan update dekat blog or FB Teater Rimba. Jumpa lagi semua ^_^ salam~

~ira~

KELULUSAN PERMOHONAN MENONTON ALADDIN

SALAM PADA SEMUA. PEMENTASAN ALADDIN ITU, PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN. JADI PADA AHLI KELAB DAN SESAPA YANG BERMINAT YG BERADA DI UKM, BOLEHLA PERGI KE DEPAN PANGGUNG SENI PADA 11 JULAI 2010 SEBELUM JAM 6.30PM. BAS AKAN BERGERAK PADA JAM 6.30PM. TIKET BERHARGA RM5 JE. SEBARANG MASALAH ATAU MAKLUMAT, SILA HUBUNGI IRA 0132182806 ^_^

TQ
~IRA~

03 July, 2010


~PEMENTASAN BANGSAWAN ALADDIN~
salam dan selamat sejahtera pd semua. Sihat semua?hahah...nak beritahu , pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia ada menjemput kita untuk menghadiri menonton PEMENTASAN BANGSAWAN ALADDIN oleh UPM pada 9-11 Julai 2010 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pementasan ini bermula pada jam 8.30 malam & 3.00 ptg (seperti tertera dalam surat jemputan). So, sape2 nak g, jomlah, kita plan hari apa nak pergi? t boleh tempah bas( Bung da ofer diri nak tempahkan) hehehe...


Mehla ira ceritakan sedikit sinopsis pementasan ini. Aladin ialah kisah mengenai seorang pemuda yang miskin bernama Aladin dari negeri padang pasir. Di dalam negeri Baghdad terdapat seorang raja yang terkenal ialaitu sultan Harun Amirul Rashid serta wazirnya iaitu Abu Nawas. Sultan dan permaisuri memiliki seorang anak gadis bernama Puteri Balkis. Setiap hari ada sahaja pemuda yang datang meminang dengan pelbagai cara namun ditolak oleh Puteri Balkis. Antara yang masuk meminang ialah Jaafar iaitu seorang ahli sihir yang jahat. Namun pinangannya tetap ditolak dan ini telah menimbulkan rasa dendam di hati Jaafar. Sultan telah menegur sikap cerewet Puteri Balkis, Puteri Balkis merajuk dan keluar istana.

Abu Nawas mumujuk sultan. Di pasar adalah titik pertemuan antara Aladin dan Puteri Balkis. Puteri Balkis telah menyamar menjadi orang miskin dan membantu sekumpulan kanak-kanak pengemis memohon belas penjaga apple namun kanak-kanak itu dihalau dengan kasar. Puteri Balkis yang melihat merasa amat murka lalu mengambil apple-apple itu lalu diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Peniaga marah dan hendak menangkap puteri. Puteri Balkis cuba lari. Insiden itu diperhatikan oleh Jaafar, dan berpura2 turut mengejar mahu menangkap puteri. Pada ketika itu, Aladin juga melihat insiden tersebut. Aladin telah menyelamatkan Puteri Balkis. Mereka berkenalan sehingga timbul bait2 cinta antara mereka. Jaafar dan orang ramai menemui mereka dan mereka melarikan diri. Dalam melarikan diri, Aladin telah terjatuh ke dalam lubang jerlus padang pasir dan pada masa inilah dia menemuipelita ajaib. Puteri Balkis telah dibawa oleh Jaafar ke istana dan mengugut sultan utk mengahwinkan Puteri Balkis dengan Jaafar. Adakah sultan akan bersetuju? Mampukah Aladin menyelamatkan cinta hatinya dengan bantuan pelita ajaib yang baru ditemuinya? sama2 kita saksikan....

segala maklumat terbaru akan ira update kat sini ye?or kat FB...