17 July, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!


Semoga bulan Ramadhan ini diberkati Allah SWT. =)

09 July, 2012

Cinta Seorang Pencuri



Alhamdulillah selesai sudah pementasan kami di UM, semalam. Dan akhirnya kami dapat merangkul gelaran juara keseluruhan semasa majlis penutup sebentar tadi.

Tak lupa juga, anugerah yang kami dapat, Pelakon Harapan, Audio/Tata Cahaya Terbaik dan Arahan/Adaptasi Terbaik.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyokong kami.

Dan tahniah kepada Produksi Cinta Seorang Pencuri. =)

11 June, 2012

Latihan MAKUM 2012

Hai kawan2 KTR!

Kini kami sedang membuat persiapan untuk MAKUM 2012. Kami membawa skrip Cinta Sang Pencuri. MAKUM bermula 1 Julai hingga 8 Julai di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia. Giliran kami pada 7 Julai, 9 malam.

































posted from Bloggeroid

15 April, 2012

Semarak Kasturi-Pentas Asean 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 2-5 April 2012, Persatuan Kemuning Singapura telah menganjurkan program Semarak Kasturi-Pentas Asean 2012  yang bertempat di Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands, Singapura.










Unversiti Malaysia Sabah (UMS) juga turut terlibat dalam menjayakan program ini. Mereka membawa Dekon Mencari Ricka, manakala KTR membawa Dekon Damia. Kami sempat belajar tarian tradisional Sabah. Sangat menyeronokkan! Majlis penutupan diadakan di SIGLAP dengan nyanyian lagu Anak Kampung beramai-ramai.Oh ya, untuk pengetahuan semua, TAPAC bakal dirobohkan di atas sebab2 yang tertentu.

Kelab Teater Rimba mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat khususnya pihak Universiti yang telah memberi kerjasama. Tak lupa juga terima kasih buat Persatuan Kemuning Singapura kerana berbesar hati menjemput Kelab Teater Rimba. Semoga jalinan persahabatan ini akan terus berkekalan.

Pekan Teater UKM 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
26-31 Mac 2012 telah berlangsung Pekan Teater UKM '12
Bertempat di Panggung Seni.
Sebanyak 44 piala dipertandingkan dan hanya 33 sahaja yang layak mendapat tempat di hati juri.
Antara juri yang terlibat ialah

Encik Ibrahim Akir
Yang Dipertua Majlis Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Encik Djamal Tukimin
Sasterawan Singapura & Felo Pelawat ATMA

Puan Milyana Arshad
Tutor Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM.



ANUGERAH KHAS JURI UNTUK URUSETIA
 Kelab Teater Rimba

ANUGERAH KHAS JURI
Teater ARCA

ANUGERAH TATABUSANA TERBAIK
EMAS : Teater Arca
PERAK : Teater Mencari Dunia Yang Damai
GANGSA: Teater Kalut

ANUGERAH TATABUNYI TERBAIK
EMAS : Teater Kalut
PERAK : Teater Anak Kerbau Mati Emak

ANUGERAH TATARIAS TERBAIK 
EMAS : Teater Arca
PERAK : Teater Kalut
GANGSA : Teater Ayam Jantan Ayam Betina

ANUGERAH SETTING DAN PROP TERBAIK
EMAS : Teater Mencari Dunia Yang Damai
PERAK : Teater Arca
GANGSA : Teater Anak Kerbau Mati Emak

ANUGERAH TEKNIK PERSEMBAHAN / TEKNIKAL TERBAIK
KISAH CINTA HARI RABU

ANUGERAH PELAKON WANITA HARAPAN
EMAS : Watak Peah dari Teater Kisah Cinta Hari Rabu
PERAK : Watak Jacinta dari Teater Arca
GANGSA : Watak Cik Puan dari Teater Kisah Cinta Hari Rabu

ANUGERAH PELAKON LELAKI HARAPAN
EMAS : Watak Mansur dari Teater Ayam Jantan Ayam Betina
PERAK : Watak Sarjan Singh dari Teater Kalut

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU WANITA
EMAS : Watak Mimi dari Teater Kalut
PERAK : Watak Kesum dari Teater Ayam Jantan Ayam Betina
GANGSA : Watak Jamiah dari Teater Anak Kerbau Mati Emak

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU LELAKI
EMAS : Watak Amy dari Teater Kalut
PERAK : Watak Dollah dari Teater Ayam Jantan Ayam Betina
GANGSA : Watak Pian dari Teater Peristiwa Di Zoo

ANUGERAH PELAKON WANITA TERBAIK
WATAK BIBI DARI TEATER KALUT

ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK
WATAK SELAMAT DARI TEATER KALUT

ANUGERAH KUMPULAN HARAPAN
EMAS : Teater Peristiwa Di Zoo
PERAK : Teater Kisah Cinta Hari Rabu
GANGSA :   Teater Mencari Dunia Yang Damai

ANUGERAH PENGARAH TERBAIK
TEMPAT KETIGA : TEATER ANAK KERBAU MATI EMAK (PRASADA / KTHO)
TEMPAT KEDUA : TEATER AYAM JANTAN AYAM BETINA (CITRA / KPZ)
TEMPAT PERTAMA : TEATER KALUT (TEKAD / KBH)

Ribuan tahniah diucapakan kepada para pemenang!!!!!!!