11 February, 2009

Teater Muzikal Sirah Junjungan

Assalamualaikum wbt

KTR telah mendapat jemputan untuk menjayakan Teater Muzikal Sirah Junjungan dibawah arahan Erma Fatimah. Persembahan ini bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. seramai 80 orang diperlukan untuk menjayakannya. KTR masih mencari peserta untuk menjayakan produksi ini. terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. keterangan lanjut seperti berikut :-

latihan :-
1 mac (2 petang-malam)
7mac (9pagi-2ptg) dan (1045mlm-2pagi)

full dress preview :-
8mac (6ptg-mlm)

show :-
9mac-22mac (bergerak dari ukm jam 5 ptg, kumpul di panggung seni)
*15 DAN 16 MAC CUTI, 17 RHEASEL

artis jemputan :-
jamal abdillah (9-14 mac)
datuk ct nurhaliza (18-20 mac)
mawi (21 mac)
amy search (22 mac)

pakaian plakon :-
lelaki (jubah putih, serban dan baju ihram)
perempuan (telekung, jubah kosong atau hiasan yang minimum
berwarna hitam atau warna pastel)
*PAKAIAN DISEDIAKAN SENDIRI OLEH PELAKON

makanan disediakan kecuali pada 1 mac. terdapat bayaran untuk semua pelakon. surat pelepasan kuliah akan diberikan kepada pelajar ukm yang menyertai teater muzikal ini. jangan lepaskan peluang berharga untuk bersama-sama menjayakan teater ini dan menimba pengalaman beraksi di pentas teater terkenal di tanah air ini. Berpeluang untuk bersama-sama menimba pengalaman bersama selebriti terkenal tanah air. Bila lagi nak dapat peluang macam ni kan?

jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi :-

faizal-0122454056
aishah-0123899792/
-0133578769

05 February, 2009

SKETSA LAGI???

Hola lectores...

FYI, KELAB TEATER RIMBA telah diundang untuk mengadakan persembahan sketsa pada bulan ini sempena karnival fakulti. Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan UKM (PERMATRA). Nampaknya, rezeki KTR dalam 'dunia' sketsa semakin mencurah-curah. Haha.. Poyo jer... Boleh kita anggap sebagai satu 'warm up' untuk KTRians beraksi pada 2009.

Program: Pembukaan dan Perasmian Karnival Teknologi Kejuruteraan
Tarikh: 10 Februari 2009
Masa: 8:30 p.m.++
Tempat: DECTAR, UKM
Acara: Persembahan sketsa "Ragam Pelajar Kejuruteraan" (akademiknyerr...)

p/s: skrip yang sarat dengan fakta hal-hal engineering ini ditulis oleh Syam Badak. BTW, jangan disangka KTR hanya membuat sketsa sahaja kerana pada bulan depan (Mac) KTR akan muncul dalam satu projek besar (insya-Allah) dan pelbagai projek teater (bukan sketsa!) yang KTR sendiri pening nak handle mana satu dulu... huhu...

BENGKEL PENGURUSAN SENI BUDAYA UKM 2009

Salamz...

Sudah lama blog KTR ni tidak diupdatekan kerana antaranya salah seorang blogger KTR (Haikal) dah 'pencen' daripada memblogkan dirinya di sini kerana sudah bekerjaya. Kasawari pulak termimpi-mimpi bila la nak 'bekerjaya' jugak... Hurmm...

Apepun KELAB TEATER RIMBA akan kembali busy dan beraksi selepas Tahun Baru Cina ini. Nampaknya tahun lembu/sapi dan sewaktu dengannya benar-benar memberi tuah kepada KTR untuk tahun ni. Cheh... Ada kaitan ke?

Bagi awal bulan ini, Pusat Kebudayaan UKM akan menganjurkan satu bengkel berkenaan dengan pengurusan dalam kesenian. Nama bengkel ada kat tajuk di atas (malas nak taip banyak kali!). Bengkel ini bukanlah mengenai menarik wakil-wakil kelab kebudayaan di UKM untuk join Pengurusan Seni ek. Jangan kompius! Bengkel ini berkenaan dengan meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan dari A-Z dalam sesebuah organisasi atau kelab. Contohnya, mengelakkan pemimpin dan ahli dalam sesebuah kelab daripada menyeleweng, rasuah, syok sendiri, bla..bla..bla.. You know what i mean!

Info

Program: BENGKEL PENGURUSAN SENI BUDAYA UKM 2009
Tarikh: 7 & 8 Februari 2009
Masa: 8:00 a.m. - 10:00 p.m.
Tempat: Panggung Seni, DECTAR UKM & Bilik Pratonton
Wakil Kelab: Hasmawidda (Wida 1st year) dan Azirin (2nd year)

So, ucapan semoga enjoy di seminar itu nanti ek...