28 June, 2013

Alahai Menantu ke Festival Teater Selangor bahagian 2

Alhamdulillah, produksi kali ini mendapat sambutan baik daripada para alumni. Beruntung adik-adik Kelab Teater Rimba dapat join team produksi dengan diorang. dan malam ni, hasil segala persiapan akan dipertaruhkan di Panggung Percubaan UPM Serdang. Selamat Menonton!



sedutan babak



tak puas tengok? gledah kat sini
nak lagi puas datang tonton show kami

untuk maklumat lanjut : rujuk sini

12 June, 2013

Alahai Menantu ke Festival Teater Selangor

Alhamdulillah, selesai meeting dengan urusetia Festival Teater Selangor(FTS), Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Selangor dan Pusat Kebudayaan UPM pada Isnin lepas. Antara yang turut hadir adalah wakil dari enam pasukan teater moden yang turut bertanding untuk FTS tahun ni. FTS 2013 akan bermula pada 23 Jun hingga 30 Jun 2013, bertempat di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia. 

Setelah cabutan undi dibuat, serta atas persetujuan kelab2 yang lain, 
berikut adalah giliran persembahan untuk Festival Teater Selangor 2013

Teater Moden

23 Jun, Ahad, 8.30 pm.
Kelab Seni Cheritera
naskhah Ayah

24 Jun Isnin, 8.30 pm.
Persatuan Kebudayaan Suara Alam
naskhah Warisan Yang Hilang

25 Jun Selasa, 8.30 pm.
Persatuan Teater HIDAYAH
naskhah 13:11

26 Jun Rabu, 8.30 pm.
Syarikat Bintang TITIS
naskhah Tok Moh Kelambu Kuning

27 Jun Khamis, 8.30 pm.
Kelab Penggiat Teater Sejagat (Pentas)
naskhah Velvet

28 Jun Jumaat, 8.30 pm.
Kelab Teater Rimba
naskhah Alahai Menantu

Teater Monodrama

29 Jun Sabtu,
Kelab Penggiat Teater Sejagat (Pentas)
Kelab Seni Cheritera

30 Jun Ahad,
Kelab Teater Rimba
Jabatan Pelajaran

*Berikut pula adalah senarai hadiah yang telah dicadangkan pada awal meeting tersebut.

Teater Moden

Johan - RM 3000
Naib Johan - RM 2000
Ketiga - RM 1000

Trofi
Sijil


Teater Monodrama

Johan - RM 1000
Naib Johan - RM 700
Ketiga - RM 500
Trofi
Sijil


*setelah beberapa cadangan diutarakan, dijangka kategori pemenangnya akan ditambah.

09 June, 2013

Alahai Menantu

Menjeling pada tajuk, dalam hati pasti terdetik rasa risau, dan sayang para mentua pada menantu masing-masing. Namun dalam penantian si mentua pada kehadiran si menantu, pelbagai kerenah dan gelagat yang dapat dipertonton daripada si mentua. Orang kampung pun tak kurang sibuknya, yang kaki potpet, yang kaki sebok, yang kaki nyampuk semua datang menyerbu. Rimas kepala otak orang tua tu nak melayan.


Mempersembahkan sebuah teater komedi dialek yang pelbagai, Kelab Teater Rimba kali ini menawarkan para penonton dengan persembahan komedi yang sungguh luar biasa! Rugi pada yang tidak sempat datang menonton, namun atas kekangan masa dan kudrat, persembahan hanya dapat dilakukan untuk satu malam sempena Festival Cetusan Seni UKM 2013, bertempat di Panggung Seni, UKM pada jam 830 malam hingga 10 malam.

tika sang anak bawa pulang menantu orang putih, 
macam-macam masalah bahasa yang berlaku.

ni dia Reporrterr Kampong Bercampor Alam, 
sekali bukak mulot, satu alam boleh dengar!

Dollah ni buat kerja boleh harap, 
tapi kadang2 perangai boleh buat darah menyirap

Bella Espadolla pe jadah tah name die, berbelit lidah aku nyebut, tak payah crite, 
korang boleh nganga tengok die macamtu.

ni ada masalah sikit nak kene mintak tolong dengan si Normah ni.
tolong ape? jengjengjeng!!

Haaa!! tu Bung Diani Kancil, Pak Ayob (Ibrahim Akir) dengan Nohman Isa pon blakon jugak!
ingat senang nak dapat pelakon vateran join show student?? TABIK!!

kerabat semua dah selesai majlis, 
maka kami tunduk syukur pada para penonton. 

tak sangka, yang datang begitu ramai sampai duduk atas lantai! dan ada yang datang dari Melaka, Perak, Perlis dan Pahang sebab nak sama-sama meraikan pementasan kami kali ini. syukur alhamdulillah.

Tahniah pada para produksi yang terdiri daripada barisan pelakon sendiri, pengarah yang sudi turun hingga lewat pagi pada saat-saat akhir, bantuan daripada kru Artisukma dan PUSKEB, akhirnya pementasan ini telah berjaya dipentaskan dengan sambutan gelak tawa penonton dari awal hingga akhir! 


album penuh gambar pementasan


12 March, 2013

Kembali kepada asal : Teater

Teater berasal dari upacara agama primitif. Bomoh kampung akan mengadakan upacara menghalau penunggu menggunakan unsur-unsur teater.

Ada juga teori mengatakan teater berasal dari nyanyian untuk menghormati pahlawan yang telah mati. Nyanyian tersebut disertakan dengan lakon-semula riwayat hidup pahlawan tersebut.

"Naskah teater tertua di dunia yang pernah ditemui, ditulis oleh seorang pendeta Mesir, Kher-Nefert, di zaman peradaban Mesir Kuno. Naskah tersebut ditulis untuk sebuah pertunjukan teater ritual di kota Abydos yang menceritakan tentang pertarungan antara dewa jahat dan dewa baik." - Seni Drama Untuk Remaja.

Bentuk dan aliran teater dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Eksperimental, Muzikal, Neutralisme, Bangsawan dan Komedi. Jenis-jenis teater pula (seperti yang telah diperkenalkan kepada Malaysia) dikembangkan lagi ke arah monolog seperti Dekon dan Monodrama.


Teater Rakyat
Teater ini bersifat sederhana, improvisasi, spontan dan berinteraksi dengan penonton.

Teater Klasik
Sifat teater ini sudah teratur dengan cerita, pelakon yang terlatih, pentas yang ringkas dan tidak berinteraksi dengan penonton. Teater ini terlahir dari kerajaan yang bersifat feodalistik. Contoh: wayang kulit, wayang orang dan wayang golek. Ceritanya statik tapi memiliki daya tarik oleh dalang atau pelaku teater tersebut.

Teater Tradisional
Teater yang berasal dari teater tradisional, tetapi gaya persembahannya dipengaruhi oleh teater barat. Teater moden adalah teater yang dalam struktur pengurusannya memerlukan profesionalisme.



Sumber : Viko

Konsep : Apa itu teater?

Perkataan "Teater" berasal dari perkataan "Theatron" yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani. Teater adalah satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dan dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.

Dalam menjalankan suatu produksi teater, salah satu elemen penting yang perlu ditetapkan oleh pengarah adalah konsep suatu pementasan. Latar masa dan tempat perlu ditetapkan dengan teliti supaya tiada elemen persoalan yang timbul di kalangan penonton.

Namun setelah pemilihan skrip, pengarah perlu menentukan antara 3 konsep yang akan diaplikasikan di dalam suatu pementasan.

1. Realis - Nyata
Kelebihan konsep ini adalah ia tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hanya perlu daya pemerhatian yang tinggi. Contoh dari segi set dan kostum dalam kelas sekolah menengah. Perlu meja, kerusi dan papan hitam. Pakaian sekolah untuk pelajar sekolah menengah. Konsep ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Kelemahan konsep ini adalah sebarang kesilapan sangat senang dikesan dan ia menghalang kepelbagaian dari segi artistik.

Contoh Teater Realis

2. Absurd - Tidak Nyata
Kelebihan konsep ini adalah dari segi budget. Contoh, kotak yang besar boleh dijadikan katil, kerusi, meja, kereta mahupun kapal bergantung pada pelakon dan tafsiran pengarah. Konsep absurd tidak memerlukan kita terlalu realis, boleh bermain dari segi artistik sepertimana kemahuan kita dan tidak akan ada persoalan kerana ini dunia absurd. Namun berhati-hati bermain dengan dunia absurd kerana bimbang ianya susah difahami penonton.

Contoh Teater Absurd

3. Surealis - Separa Nyata
Konsep ini adalah konsep yang paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman. Namun pengarah hendaklah pandai membezakan antara dua dunia. Contoh cerita surealis adalah cerita hantu. Hantu adalah alam yang tidak nyata manakala manusia pula adalah dunia nyata. Pengarah boleh bermain dari segi artistik di atas set yang realis, namun pengarah juga harus pandai menjelaskan konsep surealis supaya senang difahami penonton.

Contoh Teater Surealis
Dari segi konsep, pengarah haruslah jelas supaya ia senang difahami oleh penonton dan rakan produksi.


Sumber : Nazrin Saad, Pyian, Wikipedia.

Pentas Arena Aktor (PTU) 2013

Pembetulan : Kolej Dato Onn tidak bertanding. Sebaliknya, Kolej Keris Mas yang bertanding.

Pekan Teater Universiti atau sekarang dikenali sebagai Pentas Arena Aktor telah berlangsung pada 4 hingga 8 Mac lalu. Sebanyak lapan kolej telah menyertai pertandingan ini. Berikut ialah senarai anugerah Pentas Arena Aktor.


Anugerah Khas Juri 1       : Watak Arnab di Cinta Sang Arnab (KTHO)
Anugerah Khas Juri 2       : Syurga dan Neraka (KTDI)
Tata Busana Terbaik         : Patung-Patung (KKM)
Tata Bunyi Terbaik           : Patung-Patung (KKM)
Tata Rias Terbaik              : Sebuah Lukisan (KTSN)
Setting dan Props Terbaik : Sebuah Lukisan (KTSN)
Teknik Terbaik                  : Patung-Patung (KKM)
Pelakon Wanita Harapan   : Mak Bidan dari "Andai Aku Punya Masa" (KAB)
Pelakon Lelaki Harapan    : Akbar Kecil dari "Andai Aku Punya Masa" (KAB)
Pelakon Pembantu Wanita : Patung 1 dari "Patung-Patung" (KKM)
Pelakon Pembantu Lelaki  : Patung 2 dari "Patung-Patung" (KKM)
Pengarah Terbaik               : Patung-Patung (KKM)
Pelakon Wanita Terbaik     : Achu dari "Patung-Patung" (KKM)
Pelakon Lelaki Terbaik      : Akbar dari "Andai Aku Punya Masa" (KAB)
Kumpulan Harapan            : Cinta Sang Arnab (KTHO)
Artistik Terbaik                  : Patung-Patung (KKM)
Tempat ketiga                     : Sebuah Lukisan (KTSN)
Naib Johan                         : Andai Aku Punya Masa (KAB)
JOHAN                              : Patung-Patung (KKM)