26 April, 2008

penangan ARA

sedar tak sedar, sejak 2,3 hari ni, negara digemparkan dengan satu kejadian di Kota Tinggi dimana pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi diserang gatal2 akibat ulat bulu yang bersarang di pokok ara tua yang tumbuh bersebelahan sekolah tersebut. Pihak yang bertanggungjawab telah mengambil keputusan untuk menebang pokok tersebut dan beberapa kejadian telah berlaku semasa proses penebangan dijalankan.

Dalam laporan berita utusan malaysia semalam, menyatakan bahawa proses penebangan terganggu seketika akibat daripada penghempapan pokok tu ke atas bangunan sekolah. hmm.. agak pelik kerana orang-orang yang menebang pokok tu mesti dah mengambil kira secara kiraan fiziknya untuk agak-agak kat mana pokok tu tumbang bila ditebang nanti. mereka rasanya takde la bodoh sangat pakai tebang suka-suka ati je kan?

dalam laporan utusan malaysia hari ni pulak, menyatakan penebang-penebang pokok ara telah mengalami mimpi-mimpi ngeri setelah menebang pokok itu semalam. mimpi yang mengundang imej orang dibunuh dan dipancung beramai-ramai di kawasan tersebut. apabila ditanya pada penduduk tempatan, ada yang sudah veteran di kawasan itu yang mengiakan kebenaran mimpi tersebut.

pokok ara yang dimaksudkan

ditambah lagi, ada pekerja sekolah tersebut yang menyatakan ada mendengar bunyi tangisan di kawasan pokok berkenaan. dan ada pekerja-pekerja yang jatuh sakit secara tiba-tiba! hmm... menarik..menarik...

kenyataan-kenyataan di atas bukanlah antara babak-babak dalam cerita ARA keluaran KTR tapi adalah satu kejadian benar dan berlaku dalam negara. tidak perlu menyalahkan rajan, boboy, ajmal, aisyah, redziz dan penulis sendiri atas segala kejadian yang berlaku kat sekolah tersebut.

bukan hak penulis untuk membuatkan korang percaya dengan kewujudan makhluk ghaib or bahasa senangnya 'hantu' dalam dunia serba moden ni. but seeing is believing. tak salahkan mereka yang tak percaya kerana mungkin mereka tak pernah nampak.tapi kepada yang pernah kena atau nampak, aku percaya sangat sukar untuk menafikannya.

mungkin geng-geng seekers lepas ni bleh pegi kat kawasan tu buat one episod kat situ. mana tau dapat hasil. tiba-tiba bleh kuar si side-o, haley,ayeen, nisa, safwan, rab dengan sapa sorang lagi tu tak ingat pulak nama dia.masuk tv beb.

p/s:ingat lagi peristiwa orang hilang kat pokok ara kat kampung aku dulu.

25 April, 2008

Festival Teater UKM Julai ini


PUSAT Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Festival Teater UKM 2008 di Panggung Seni, DECTAR, UKM dari 17 Julai hingga 20 Julai depan, jam 8 malam.

Projek dianjurkan oleh Urus setia Artisukma dan Pusat Kebudayaan UKM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Pelaksanaan projek ini adalah amat penting bagi semua masyarakat kampus, terutama pelajar institusi pengajian tinggi amnya, bagi menyemarakkan kegiatan serta perkembangan teater kampus.


Projek ini adalah antara satu usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan dan kedudukan teater yang bukan saja sebagai bentuk hiburan semata-mata tetapi juga alat pendidikan serta wacana yang dapat membangunkan minda masyarakat.

Perkembangan dunia teater harus pula dilihat sebagai memartabatkan bangsa Melayu dalam bidang sastera dan kesenian yang tidak kalah pentingnya berkembang dan bersaing dengan bangsa lain.

Selain itu, festival teater ini juga diadakan untuk mengumpulkan penggiat seni di kalangan pelajar UKM dalam satu wadah pendekatan dan apresiasi seni dan pada masa sama saling bertukar pandangan dengan penggiat seni mengenai isu yang berkaitan dengan perkembangan dan masalah teater di institusi pengajian tinggi.

Ia juga diharap dalam melahirkan lebih ramai penggerak teater di kalangan mahasiswa yang berwibawa dan berkembang serta mempunyai pengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman seterusnya dapat membantu dalam usaha Merakyatkan Seni Budaya. Sepanjang festival itu nanti, 12 kumpulan teater yang mewakili setiap kolej kediaman UKM akan menampilkan persembahan masing-masing.


Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari terakhir Festival Teater UKM 2008 iaitu pada 20 Julai nanti di Panggung Seni Dectar, UKM. Antaranya ialah pementasan teater dari kumpulan terakhir yang menyertai festival ini selain persembahan selingan dari Kumpulan Teater Rimba Artisukma UKM.

Festival teater selama empat hari itu akan disertai oleh pelajar dari beberapa kolej seperti Kolej Datuk Onn, Tun Hussein Onn, Ungku Omar, Aminuddin Baki, Ibrahim Yaakub, Burhanuddin Helmi, Pendita Zaaba, Rahim Kajai, Ibu Zain, Keris Mas, Tun Dr Ismail dan Tun Syed Nasir.

Pelaksanaan projek itu dilihat cukup penting bagi masyarakat kampus bagi menyemarakkan kegiatan serta perkembangan teater di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

(courtesy of BERITA HARIAN 25 April 2008)

24 April, 2008

SELAMAT BERJUANG KTRians...


Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya sudah agak lama Kasawari tidak menyumbangkan sebarang tulisan di dalam blog Rimba ini. Al-maklumlah kebelakangan ini agak sibuk dengan segala urusan, lebih-lebih lagi sekarang sudah tibanya musim peperiksaan akhir di universiti-universiti tempatan, khasnya. Menyentuh tentang peperiksaan, sudah pastinya Kasawari dan anak-anak Rimba yang lain sedang bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran ketika ini untuk memastikan kejayaan diperoleh kelak. Kasawari percaya jika usaha diiringi dengan doa, insya-Allah kita akan berjaya dengan memperoleh keputusan yang amat cemerlang dan malatopzz...

Teater, teater jugak. Tapi, pelajaran tetap diutamakan dan diseimbangkan. Kita harus ingat bahawa tujuan asal kita masuk universiti ini adalah untuk berjaya dalam pelajaran sekali gus membuat parents kita tersenyum lebar. Teater pulak adalah satu bonus untuk kita, terutama dari segi skil dan kemahiran serta menjana keyakinan selari dengan kekuatan akademik. Jadi, KTRians semua usah bimbang dan gentar dengan peperiksaan. Sahutlah cabaran di medan peperiksaan seperti kita menyahut cabaran di pentas teater!

Di sini, Kasawari ingin mengucapkan GOOD LUCK kepada semua mahasiswa tak kira di mana-mana institusi pengajian, umumnya dan anak-anak Rimba, khasnya. Semoga anda semua berusaha dengan bersungguh-sungguh dan mendapat hasil yang paling produktif!


Ora et Labora...

16 April, 2008

The Family Day

Welcome back from The Beach KTRianz!!!! I hope you guyz had a smashing time there & learned loads of new stuff and old stuff as well. Yang lebih penting, semoga lepas Family Day ni, hubungan sesama KTRianz akan lebih akrab supaya lebih mudah bekerjasama di masa depan.

Anyway, Family Day ni memang ada tujuan yang tertentu. Mungkin u all yang pergi tu akan rase sedikit beza daripada Family Day Tenaga Nasional or Hari Keluarga BPR. Yang tu semua memang bertujuan untuk have a good time semata2 dgn ahli keluarga tenaga2 kerja jabatan tersebut. tapi Family Day KTR ada maksud di sebaliknya. Sebenarnye i pun heran bila start panggil Family Day. Masa mula2 KTR ditubuhkan program ni dipanggil Penghayatan Rimba. Yang pertama sekali diadakan dipanggil Penghayatan Rimba Dwi-Hari, lokasinya Sungai Congkak. Pengisiannya, ada sesi berkenalan dgn pemuisi dan penulis2 naskah drama. Pada masa tu yg dijemput was Mana Sikana. Dalam suasana tak formal, lebih kepada sesi berborak2 dan berlawak jenaka. Program dirancang supaya ahli2 dapat menambah ilmu tentang teater dan juga menambah keakraban antara ahli keluarga KTR.

Yang paling penting, dari dulu sampai sekarang, tujuan Penghayatan Rimba (atau Family Day KTR sekarang) adalah utk memberi kesedaran kpd anak2 Rimba tentang apa tujuan mereka berada di dalam KTR. Kepada yang tak ada tujuan, harap2 lepas tu akan lebih sedar tentang tujuan join KTR. Kepada yang ada tujuan tapi dah lupa, akan diingatkan semula tujuan asal join KTR. THAT'S THE MOST IMPORTANT THING.

I really hope everyone had a great time in PD and learned something from the whole experience. It's not just about having fun but also about finding your "soul" as anak Rimba.

14 April, 2008

Mr Chekhov

Tiba2 hari ni terasa nak berkongsi ilmu sikit dengan KTRians. Mungkin sebab masa tengah browsing tadi, jumpa something yang agak menarik.

I'm sure di kalangan ahli2 KTR ramai yang pernah dengar nama Anton Chekhov. Pada yg tak berape sure, Anton Chekhov adalah penulis naskhah 'Orang Kasar' atau tajuk asalnya 'The Boor' ('The Bear' juga kadang2).

Anton Chekhov terkenal sbg seorang penulis cerita2 pendek dan juga naskhah2 utk pementasan. Anton Chekhov dianggap unik bukan kerana naskhah2nya yang 'luar biasa' tetapi kerana style penulisannya yg dianggap 'sukar difahami'.

Anton Chekhov menggunakan style penulisan yg dipanggil 'stream of consciousness', di mana penulis menulis apa yg difikirkan oleh watak2. Selalunya ini dilakukan melalui monolog dalaman atau tindakbalas watak pd segala yg berlaku di kelilingnya. Membaca naskhah Chekhov spt membaca 'suara otak' seseorang. Melakonkan naskhah Chekhov memang sesuatu yg mencabar kerana cara penulisannya yg sedemikian. Dialognya kdg2 tidak berkesinambungan. Emosi pelakon juga sentiasa berlebih2an dan berubah2 secara mendadak. Oleh kerana itu, ada pelakon yg merasakan naskhah2 Anton Chekhov sangat sukar utk dilakonkan.

Tapi, in my opinion, naskhah Anton Chekhov sgt berkesan dalam meningkatkan kebolehan pelakon, kerana faktor2 yg telah dinyatakan tadi. Jadi, i'd like to suggest that maybe KTR patut cuba mementaskan naskhah2 Anton Chekhov, atau paling tidak pun berlatih dgn menggunakan naskhah2 ini, sebagai satu latihan utk para pelakon, as a way of developing our actors to become better actors. Savy?

08 April, 2008

KO-K PUNYA HAL

the clock is ticking. lagi sehari lebih lagi budak2 ko-k teater seni lakon dan juga bangsawan akan mementaskan naskhah masing-masing. sebelum terlupa, nak jemputlah anda semua untuk menyaksikan persembahan mereka. sama-sama bagi support. teater seni lakon akan bawa cerita Mahkamah Keadilan (aku dulu pernah buat cerita ni untuk ko-k jugak..haha..kasawari berlakon waktu tu jadi suami kepada bini yang gugur tu...). ko-k bangsawan pulak buat cerita Maharani, cerita yang pernah menang Festival Teater Universiti yang lepas.

setakat latihan yang aku tengok, segalanya berjalan dengan lancar, cuma kepada budak KTR or senior, or alumni, jangan la high expectation pada diorang kalo nak datang tengok. biasala, perbandingan mesti akan ada. tapi harus diingat, mereka dinilai bukan setakat pada persembahan itu sahaja tapi penilaian dibuat sepanjang penglibatan dan komitmen diorang dalam menghasilkan produksi tersebut. mahkamah keadilan versi side-o as pengarah ni aku nampak ada kelainan dan agak menarik. boleh buat aku gelak besar tengok runthrough diorang semalam kira ok la tu kan? but aku tak tengok lagi budak bangsawan punya runthrough. sudah semestinya aku harap diorang buat yang bagus sebab aku yang bantu diorang walaupun aku ni tak ada ilmu kebangsawanan.

untuk bahagian pengurusan pulak, kat sini aku nak timbulkan satu benda. dari aku ambik ko-k dulu sampai sekarang dan aku pasti dari dulu lagi sebenarnya dah berlaku benda ni. sepatutnya aku rasa show ko-k ni janganlah buat satu slot saja untuk dua produksi. tak boleh nak kembang idea kalau macam ni. bayangkanlah, start pukul 830 malam, show sejam untuk ko-k bangsawan then ada show gamelan dalam 10 - 15 minit untuk pertukaran set pakai untuk bangsawan pulak. kalau boleh buatlah satu hari satu show. baru la persediaannya rapi. tukang buat set pun boleh bawa keluar idea-idea lain.kalo sama slot dua-dua produksi kena fikir set yang boleh dua-dua produksi pakai. so lastly, bangsawan dah tak nampak macam bangsawan (walaupun sebelum ni memang tak boleh dipanggil bangsawan pun), seni lakon pun tak boleh nak kembang idea lagi.

kalo tak nak buat dua hari berlainan pun, buat lah macam style MAKUM ke. slot siang dengan slot malam. so dapat satu hari. pokoknya jangan bagi kelam kabut. tu saja. terpulang lah kepada pihak pengurusan nanti. budak-budak pula boleh bersedia secukupnya. sedangkan budak-budak KTR pun kelam kabut dalam satu hari nak bersiap, ni kan pulak budak-budak ko-k.

tu je la kot yang nak dikomen sikit pasal show yang bakal dilaksanakan pada 10/4 ni. apa pun gud luck for the class of bangsawan and seni lakon. buat sehabis baik. percaya pada diri masing-masing. yang baru nampak muka last-last minit ni aku tak boleh nak kata apa lah. susah nak layan orang bodoh sombong ni. semua dah besar, dah boleh fikir.nantilah, aku akan sentuh bab bodoh sombong pulak lain kali.sekarang tak ada nafsu nak ngumpat.chow...

06 April, 2008

'MACAM-MACAM' APRIL


Hola...

Salam Buih Sabun...

Jika anda ada melihat jadual aktiviti Rimba dalam bulan April di ruang 'Activities', anda boleh melabelkan kami adalah 'artis'. ARTISUKMA jer... hehe.. juz joking! This month, keluarga Rimba memang tak menang tangan untuk menerima undangan dan mempersembahkan pementasan, especially dalam bentuk 'Sketsa' di pelbagai function. Jika anda melihat 'shout out' kat Friendster Teater Rimba, anda semua mesti faham why diletakkan 'APRIL: Bulan Sketsa Rimba'. Walaupun ada certain pihak yang beranggapan show bulan ini kecik, keluarga Rimba tidak pernah melatah kerana segala show yang kami terima kami anggap sebagai REZEKI.
'small things can grow to a really BIG things!'

However, tidak semua manis yang keluarga Rimba tempuhi setakat show yang pernah dipentaskan. Awal bulan lagi kami sudah menerima 'tamparan' hebat dengan show digugurkan very-the-last-minute untuk satu function yang boleh dianggap besar di UKM kerana sifat HASAD DENGKI certain pihak dengan keluarga Rimba kami. Tapi, kami menerima dengan hati yang terbuka and very professional. Dengan berani Kasawari nak katakan yang tidak semua orang menyukai 'entiti' yang terbukti BERJAYA. We know where we stand. Hanya kejujuran dan keikhlasan kami berkarya mampu membawa kami jauh ke mercu kejayaan. Bak kata orang Melayu, 'setiap yang berlaku ada HIKMAHnya'.

Bukan itu sahaja. KTR juga dijemput untuk menjayakan slot satu majlis makan malam sebuah persatuan. Seperti biasa, warga Rimba memainkan peranan masing-masing dengan mementaskan satu sketsa yang relate dengan persatuan tersebut supaya menepati kehendak majlis. Tapi, masa rehersal bersama persatuan tersebut, kami ditegur kerana lakonan terlalu over, menghina persatuan dan tidak menutup aurat! Ni semua apa yang dieorang 'claim' la, sedangkan bagi kami dan sesiapa mendalami seni teater, benda-benda macam ni adalah normal kerana kami cuba menyampaikan mesej yang benar dan realisitk kepada penonton. Semua teknik dan gaya lakonan disampaikan melalui penghayatan dan fungsi watak yang betul. But, maklumlah tidak semua orang boleh menerima kritikan, sindiran dan realiti zaman sekarang. Pemikiran masih di tampuk lama. Maybe dieorang never know skrip-skrip yang pernah dipentaskan oleh KTR normally berbaur sindiran realiti semasa. Bagi sesiapa yang pernah menonton naskhah PERKAHWINAN, TERUNA IN LOVE, SYAJAR, ORANG KASAR dan ARA oleh KTR mesti memahami maksud Kasawari.

Semua ini kami terima dengan positif kerana kami menyedari kami juga silap kerana tidak terlalu mengikut kehendak majlis. Alhamdulillah, masa show kami dah ubah last minute sketsa kami seperti Tuan Majlis inginkan. Kami tetap PROFESIONAL! Cuma satu teguran kepada pihak penganjur next time jika mengundang kami untuk menjayakan sesuatu slot, silalah sertakan satu GUIDELINE mengenai "Do's & Don'ts" kepada kami supaya kerjasama yang dijalin berjalan smoothly. And one more thing, KTR should be more selective next time dalam menerima undangan show-show luar...

Seterusnya, Kasawari dan Teater Rimba secara personally ingin menjemput semua peminat teater untuk menghadirkan diri ke show pelajar ko-kurikulum teater seni lakon dan bangsawan yang akan berlangsung pada 10 April ini di Panggung Seni, UKM. Begitu juga show KTR pada minggu ini 11 April di PWTC sempena Pesta Buku Malaysia. Segala info aktiviti boleh dirujuk di laman 'Activities' kami.

Muchas Gracias n Chow...

04 April, 2008

Setuju....

Sangat2 bersetuju dengan cadangan bengkel sblm diadakan festival teater kolej tu. Actually dah lama difikirkan dan disuarakan benda ni pada pihak yang berwajib tapi so far belum ada pembaharuan. Yang biasanya dibuat is Bengkel Lakon yang dikendalikan oleh Bapak Marzuki Ali. Bengkel Bapak memang menarik & banyak mengajar ahli2 KTR tentang seni lakon, terutamanya dari segi gerak dan olah tubuh, di samping mengenengahkan konsep pementasan yang banyak memanipulasikan tubuh pelakon dalam bentuk gerak.

Still, pada pendapat saya, mungkin perlu dijemput aktivis2 teater yang lain juga supaya ahli2 KTR dan juga peserta yang lain dapat ilmu yang lebih banyak dan pelbagai. Itulah tujuan sebenar sesebuah Bengkel seperti itu, supaya peserta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teater and to diversify their repertoire of theatrical and stage acting knowledge. Satu cadangan dari saya sendiri, mungkin boleh dapatkan penceramah dari kalangan aktivis yang pernah mementaskan atau cenderung kepada pementasan berbentuk absurd. Jadi bolehlah peserta bengkel lebih faham apa itu teater absurd dan pedagogi pementasannya, bukan hanya berkata pernah mementaskannya tapi sebenarnya syok sendiri.

Lagipun, sekiranya diadakan Bengkel tu, akan lebih adillah pengadilan para juri pada masa festival tu nanti, sebab semua peserta dah pernah mengikuti bengkel dan dah pun ada ilmu tentang pementasan teater. Jadi para juri bolehlah mengadili dengan lebih selesa dan tak merasa ada ketidakadilan yang berlaku atas sebab ada antara peserta yang mungkin tidak sama tahap pengetahuannya dengan peserta yang lain.

YDP's WARM WELCOMING NOTE

Assalamualaikum w.b.t. and Hola...

For your information, i am Redziz a.k.a. Teuku Kasawari (blog's name) selaku the new President of Kelab Teater Rimba bagi sesi 2008/2009.

Kasawari akan menjadi salah seorang author dalam blog KTR yang comel ini. :) So, diharap semua anak-anak Rimba, teman-teman serta penggemar teater di luar sana boleh berkongsi ilmu serta menyumbang sesuatu yang produktif dalam this blog.

Before that, Kasawari ingin mengucapkan jutaan terima kasih and tahniah kepada saudara Haikal kerana telah berjaya 'melahirkan' sebuah blog yang boleh menjadi panduan and info kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali dengan lebih dekat 'Alam Rimba' kami. Blog Rimba ini bukan sahaja memberi maklumat mengenai sejarah, pencapaian dan sebagainya, malah yang paling penting sekali mengenai our current and future activities, tak kira pementasan, sketsa, puisi, jemputan teater and so on. Maknanya segala updates mengenai KELAB TEATER RIMBA boleh diperoleh di sini. Anda juga boleh speak up your mind dalam box shout! Kita chit-chat kat sini. YEAY!

Harapan Kasawari semoga blog ini mampu mengeratkan lagi hubungan sesama Rimba, khasnya and sesama 'manusia', amnya. Begitu juga mempertingkatkan lagi seni teater di Malaysia. Teringat lagi satu istilah yang paling Kasawari suka mengenai teater, "Teater Memanusiakan Manusia"...


Bienvenido (Welcome)



03 April, 2008

SEMPENA FESTIVAL TEATER UNIVERSITI

Perhatian kepada semua kolej-kolej kediaman UKM! Acara dwi-tahunan, Festival Teater Universiti bakal diadakan pada tahun ini. Bakal menyaksikan berentapnya kolej-kolej kediaman dalam mempersembahkan teater masing-masing. Ha! ha! ha! tapi aku pun tak ingat sebenarnya tarikh pertandingan tu. Tapi memang yakin dan confirm memang ada tahun ini.

Disini ada sedikit cadangan untuk penganjur festival tersebut iaitu Pusat Kebudayaan UKM dan Kelab Teater Rimba. Apa kata, pada kali ini, diadakan bengkel pra-produksi. Bengkel ini diuruskan oleh ahli-ahli KTR yang berpengalaman dalam menguruskan sebuah produksi teater. Aku melihat kebanyakan grup-grup yang baru nak menceburkan diri terkapai-kapai dalam menguruskan sebuah teater. Akibatnya persembahan yang mereka lakukan agak hambar jadinya. Sekurang-kurangnya, bila ada program seperti ini akan dapat bagi mereka sedikit idea dalam bagaimana untuk menghasilkan sebuah produksi yang berasaskan kerjasama dan kerja berpasukan ini.

Jangan dibuat pada hari-hari tertentu tapi kita bagi ruang kepada wakil-wakil kolej untuk menetapkan pada hari apa mereka nak bengkel tersebut. Yang penting, sebelum bermulanya latihan diorang la. Orang cakap, mesra pengguna. Kita kena turun lebih dekat dengan pelajar dan khususnya kolej-kolej dalam lebih mengkomersialkan KTR. Asas kepada cadangan ini adalah daripada tawaran-tawaran mengajar asas teater di universiti-universiti lain sedangkan kita sendiri tidak melebarkan ilmu kita untuk rakan-rakan UKM. Mengapa? Kerana mereka tidak tahu akan pengaruh KTR dalam dunia teater Malaysia. Bila tak tahu, kita bagitahu. Simple...

Matme pun ada bagi cadangan waktu lepak-lepak kat Fariz baru-baru ni. Sepanjang latihan pula, boleh dicadangkan ada bimbingan dari ahli-ahli KTR. Bukan terlibat secara langsung sebab dalam undang-undang memang tak boleh ahli KTR terlibat dalam sesuatu kumpulan yang bertanding. Kolej-kolej boleh menjemput ahli-ahli KTR terpilih yang boleh membimbing dari segi produksi dan pelakon. Sekurang-kurangnya boleh masuk income sikit dalam kelab. Buat rate bayaran yang logik, dan ada peratus yang masuk ke kelab. Sudah sampai masanya, KTR memberi perkhidmatan selain daripada sibuk dengan urusan persembahan.




MAKUM 08 - KTR BEREHAT?

Ada yang setuju dan ada yang tidak. Bagi yang tidak bersetuju mungkin sekali beranggapan bahawa KTR merajuk apabila tewas teruk pada pertandingan yang sama baru-baru ini. Apabila hanya mendapat tempat ke 5 dan Anugerah Tata Pentas dan Props terbaik, manakala tiada anugerah langsung untuk pelakon-pelakonnya. Memang sesuatu yang luar jangkaan.

Penulis sendiri telah menyuarakan pendapat peribadi pada Perjumpaan Tahunan baru-baru ini bahawa sekiranya juri masih dikekalkan dengan barisan yang sama, maka penulis telah mencadangkan agar KTR berfikir untuk menyertai atau tidak festival tahunan ini. Sekiranya juri-juri yang sama dikekalkan, maka sukar bagi KTR untuk mengekalkan rentak konsisten kualitinya kerana sedia maklum mengetahui KTR sememangnya terkenal dengan naskhah eksperimentasinya.

Dengan wujudnya kumpulan-kumpulan teater kolej di UKM, tak salah kiranya KTR memberi peluang kepada kumpulan seperti ini untuk bersaing mengharumkan nama universiti. Setelah berulang kali KTR gagal membawa kejohanan di festival tersebut. Tahun ini bakal menyaksikan teater-teater kolej kediaman berentap untuk Festival Teater Universiti 08. Maka pemenang bagi festival ini dihantar untuk bersaing di peringkat MAKUM pula. KTR berehat pada tahun ini. Cuba memfokuskan kepada persembahan-persembahan lain pula. Mungkin lebih fokus kepada persediaan Festival Teater Selangor pada tahun hadapan.

02 April, 2008

KABINET BARU KTR

AGM dah lepas. Odah n the gang telah melepaskn jawatan bagi sesi pentadbiran 2007/08. Seperti bahang pilihanraya umum baru-baru ni, KTR turut xtlepas dgn ke'panas'an dan kehangatan dalam memilih barisan kepimpinan yang baru untuk mentadbir KTR bagi sesi 2008/09 ini. Setelah kempen selama beberapa hari dan ceramah2 meraih undi diadakan oleh pihak yg lgsg xde kena mengena dgn pemilihan ini, maka akhirnya KTR telah mempunyai barisan kepimpinan yg baru untuk membawa KTR terus mcipta kejayaan demi kejayaan utk masa yg mdatang.

Dengan ini diumumkan barisan kepimpinan yg baru. wpun ramai ahli KTR dh tau tp aku posting la jgk kt sini utk pengetahuan ramai. bukan korang je yg dtg melawat n baca blog KTR ni.. ramai lagi. Melalut plk aku... baiklah diumumkan barisan MT yg baru tdiri daripada...

YDP baru bnama Redziz (warganegara Sepanyol...mcmn la bleh jd NYDP.Aduh... Tlg tambah plambagaan kelab tu YDP mst warganegara Malaysia k...) Seterusnya, dibantuk oleh NYDP 1 - Eddy Imran (warganegara korea ni...sorg lagi...). Dapat jgk akhirnya Eddy nih. Lama dowh dia lobi bung. dari sejak masuk smpai ke saat Odah letak jawatan pun dia lobi lagi. Lobi k...bukan dobi. Diwujudkan jgk jawatan NYDP 2 iaitu dipegang oleh sedara Pejal. Nsb baik yg ni jawa. Seterusnya, S/U utama kita adlh sedara Syam, dibantu oleh S/U 2, Aishah si budak gersang. Dan akhir sekali sedara Nazrin sbg tukang jaga duit. Buat keje elok2 Naz...

Dibwh barisan MT ini, telah diwujudkn beberapa portfolio utk mmudahkn segala urusan2 KTR. Telah dwujudkn bahagian Multimedia dan Teknikal yang dipegang Ajid dan Side-O. Seterusnya bahagian Publisiti, Pemasaran dan Dokumentasi yang diberikan kpd Fatin, Ayeen dan Hazel. Bahagian terakhir yg dwujudkn ialah bhgn Kebajikan, Kerohanian dan Perpaduan.

MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL - Ajid dan Side-O


PROMOSI, PUBLISITI DAN DOKUMENTASI - Ayeen, Hazel dan Fatin


KEBAJIKAN, KEROHANIAN DAN PERPADUAN - Maya dan Hailey


Maka, inilah barisan baru yg bakal memimpin ahli2 KTR ke arah menjadikn KTR sbg kelab teater lebih dikenali dan disegani. Harapan penulis agar ahli2 KTR mberikn sokongan yg padu kpd barisan ini supaya anasir2 luar ssh nk tembus kita ni. Kpd barisan MT dan Exco, laksanakan tugas anda dgn sebaik mungkin. Sentiasa bg ahli2 KTR terasa in control dgn kelab diorg. Segala kesilapan yg pernah dlakukn usah diulangi dan kebaikan yg tlaksana, contohila utk kbaikan semua ahli kelab.

Hi y'all!!!!

Hai sume!!! Pada sape2 yg tak tau who this is, it's Kak Ana, and my display name is Sumpit, sempena nama Rimba gwe yg mgkn da yg tak tau. This is juz to say Hi to everybody, i will post again, perhaps with a more serious topic, or maybe not so serious. I hope you guyz will enjoy my posts as much as i will enjoy writing them.

01 April, 2008

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd sume pelawat2 page ini. Selamat dtg ke blog Kelab Teater Rimba UKM. Setelah beberapa hari cuba utk design blog ni, akhirnya siap jgk. tapi utk pengetahuan semua masih ada menu2 di kwsn kiri ni yg masih belum berfungsi lagi seperti bahagian kejayaan, galeri dan aktiviti terkini. Insya Allah sy akan cuba utk menyiapkannya secepat mungkin.

Utk yg baru di page ini, ladybird kt atas tu btindak sbg button utk home. so kalo nk bg kuar blk animation awal belah kiri tu jz klik je kt ladybird tu.hahahaha.... kpd ahli2 KTR yg xde namanya dlm bahagian members tu juz bgtau aku korg pny page profile korg.xkisahla apa yg korg pakai asal bagi je url nya kt aku. nnt aku link kan.

Sbg admin, aku telah menetapkan beberapa org author utk blog ktr ini. antaranya, aku sndr sbg admin yg akan btindak utk memantau posting2 yg sesuai atau tidak, menyelia bhgn grafik dan interface blog ini. seterusnya adlh ydp KTR. tak kisahla sape pun tp yg semestinya ydp yg sedang btugas.ex ydp tak dikira hohoho... so skrg ydp nya redziz, maka dia pun salah sorg author utk blog ni. our next person is kak ana, sbg wakil super alumni yg masih bgerak aktif dalam KTR kini. dan akhir sekali adalah saudara rajan, sbg contra observer isu-isu yg berlaku dlm KTR. (hahahaa...sesuai...).

Pemilihan author ini adlh dari hasil hati budi sy sbg admin. xde rasuah or open table utk ambik diorg ni jadik author. pembatalan kuasa author dlm blog ni juga dr aku punya hati budi jgk so author2 sekalian, buatla keja elok2 dan pastikan selalu posting la k...so,anak2 rimba dan para pembaca yg lain sekalian.. selamat melayari blog KTR ini.sekian assalamualaikum dan salam sejatera