31 October, 2008

PENCALONAN MALAM ANUGERAH SENI 2008 DIBUKA SEKARANG

Assalamualaikum w.b.t.

Majlis Jamuan Makan Malam, "Malam Anugerah Seni 2008" (MAS08) akan diadakan pada semester depan. Butir:

Tarikh: 09 Januari 2009
Masa: 8:00 p.m.
Tempat: DECTAR, UKM
Tema Pakaian: Hitam, Putih dan Merah
Anjuran: Kumpulan Aadyamatra ARTISUKMA

Seperti tahun-tahun yang lalu, tujuan MAS ini diadakan adalah untuk mengiktiraf pelajar-pelajar UKM yang menyumbang ke arah kesenian dan kebudayaan kampus dan juga di luar kampus. Pelbagai kategori akan dicalonkan berdasarkan projek-projek yang pernah dianjurkan oleh kelab-kelab kesenian di UKM sepanjang tahun ini.

Bagi sesiapa, khasnya anak-anak Rimba yang ingin mencalonkan diri, sila dapatkan borang daripada Kasawari dengan kadar yang segera, termasuklah anugerah untuk jurulatih. Tahun ini kita bakal saksikan kelab manakah yang akan dinobatkan sebagai Kelab Teraktif dan siapakah yang akan mendapat Anugerah Mahasiswa/i Seni 2008... Tunggu...

Tempahan tiket boleh didapati darpada Kasawari jugak. Tiket bernilai RM 20 dan terhad kepada 20 orang setakat ini. Maybe ada perubahan.

Apepun, jangan lupa calonkan diri sendiri k... hehe...

30 October, 2008

Teater "Perkahwinan"....sekali lagi

Tanggal 29hb Oktober 2008 iaitu sebentar tadi, secara rasmilah kiranya KTR bakal mementaskan sekali lagi naskhah Perkahwinan karya Nikolai Gogol, adaptasi oleh KTR sendiri. Setelah kali terakhir ia dipersembahkan di khalayak umum di Panggung Sari, Istana Budaya pada 16-18 Februari 2007 yang lalu, maka kali ini ia bakal dipertontonkan di khalayak umum di negara jiran iaitu Singapura insya Allah pada hujung November kelak. Pernah dulu kebanyakan ahli KTR mengatakan bahawa pementasan Perkahwinan di Istana Budaya itu bakal menjadi yang terakhir dan selepas itu KTR sudah tidak mahu membawanya lagi, namun sekiranya produk itu berkualiti, ia tetap akan menjadi permintaan kepada mereka yang suka kepadanya. Itu harus dikatakan sebagai lumrah dan hakikat yang perlu diterima.

Secara kronologinya, naskhah ini pertama kali dipentaskan di Panggung Seni pada tahun 2004 sempena Festival Teater Melayu ASEAN (FESTEMA) yang dimainkan oleh kumpulan teater daripada Universitas Indonesia (UI). Seterusnya, KTR telah mengadaptasikan naskhah ini untuk dibawa ke Festival Teater MAKUM 2004 dan mendapat anugerah pelakon pembantu lelaki, pelakon harapan wanita, anugerah tata muzik terbaik dan memperoleh tempat ke-2 keseluruhan dalam festival tersebut. Seterusnya, pihak Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor menjemput KTR untuk mementaskan sekali lagi naskhah yang sama sempena Program Teater Keliling Negeri Selangor pada tahun 2005. Persembahan berlangsung dengan jayanya selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 Jun 2005 di Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam. Persembahan ini turut dikritik hebat oleh aktivis teater terkenal tanahair, Khalid Salleh dalam ruangan Nafas Teaterikal (Berita Harian).


("Perkahwinan" di Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam)

Seterusnya, KTR terus membawakan karya Nikolai Gogol ini ke Indonesia atau lebih spesifik lagi di Universitas Indonesia pada 16-21 November 2005 sempena program Interaksi Kebudayaan UI - UKM. Teater ini kemudiannya kembali ke UKM untuk dipentaskan khas kepada warga UKM. Dengan menjemput Edlin (peserta AF2) sebagai pelakon jemputan, tarikh 11 dan 12 Mac 2006 menyaksikan setiap pelosok Panggung Seni dipenuhi penonton yang rata-ratanya warga kampus dan penduduk tempatan. Persembahan ini juga turut mendapat liputan oleh akhbar Berita Harian.


("Perkahwinan" di Universitas Indonesia)


("Perkahwinan" di Panggung Seni, UKM)

Rezeki KTR terus datang mencurah melalui teater ini. Kali ini, pihak Taman Ismail Marzuki, Jakarta, Indonesia menjemput KTR untuk mementaskan teater komedi romantis ini bagi tatapan peminat dan aktivis teater di Indonesia. Peristiwa ini amat bersejarah dan satu penghormatan buat negara Malaysia setelah berbelas-belas tahun lamanya, tiada satu kumpulan teater dari Malaysia membuat persembahan di ruang pentas tersohor di Indonesia itu. Teater Perkahwinan oleh KTR menemui penonton pada 8 dan 9 Jun 2006, juga mendapat liputan meluas dan komen menggalakkan daripada akhbar-akhbar tempatan di Indonesia.


("Perkahwinan" di Taman Ismail Marzuki, Indonesia)

Setelah berusaha keras selama beberapa ketika, akhirnya KTR dengan naskhah popularnya ini, berjaya memasuki ruangan pentas Istana Budaya, KL untuk dipersembahkan kepada peminat teater di Malaysia. Panggung Sari menjadi tempat berlangsungnya persembahan teater Perkahwinan selama 3 hari berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya. Sambutan yang diberikan juga amat menggalakkan.


("Perkahwinan" di Panggung Sari, Istana Budaya)

Masa berlalu. Setelah berakhirnya pementasan di Istana Budaya itu, KTR terus membawakan naskhah-naskhah lain dalam pementasan seperti Titik-Titik Hitam (Nasjah Djamin), Orang Kasar (Anton Chekov), Dhemit a.k.a Ara (Heru Kesawa), dan yang terbaru adalah naskhah Peminangan adaptasi dari Anton Chekov iaitu Peminangan (The Marriage Proposal a.k.a The Proposal). Dan kini, teater Perkahwinan bakal dipersembahkan sekali lagi di kota singa pada penghujung November ini. Maka, kepada ahli KTR yang terlibat di dalam produksi kali ini, mulalah untuk bekerja keras bagi memastikan bukan setakat nama UKM dan KTR sahaja dapat diharumkan, malah jadikanlah nama negara Malaysia, tempat tumpah darah ini turut mekar di negeri orang. Kita bukanlah mereka yang berjuang demi negara dengan mengangkat senjata namun kita dapat melakukannya melalui teater. Kepada peminat teater tanah air, sama-samalah berdoa agar kami dapat melakukan yang terbaik pada sejarah yang bakal ditempa nanti.

p/s : aku selalu palu gendang je dalam teater ni.

26 October, 2008

Takziah dan Happy Diwali

Semalam, waktu aku sedang menjadi nakhoda kepada bahtera mimpi, aku dikejutkan dengan sms dari en. rajan. Sms yang berbunyi lebih kurang macam ni, "Aku nk gi bagi kunci umah ko. Bila aku turun dari umah, kete aku xde. " dan satu lg sms berbunyi, "kete aku hilang, siot...". Aku mulanya memang tak percaya disebabkan wujudnya perkataan 'siot' dalam sms rajan ni. Nampak macam memain je. But, lepas memikirkan apa halnya mamat ni nak buat lawak sms tengahari buta macam ni, aku pun memang mempercayai kata-kata rajan nih.


(walaupun rajan semalam nampak biasa je, namun adakah hatinya sedang meraung seperti gambar di atas akibat kehilangan keretanya? Siapa tahu kan?)

Maka, aku dengan budak-budak KTR yang rapat dengan rajan ni akan merinduilah Kancil Silver bernombor plat CBW 4112 dia lepas ni. Takpelah rajan. Dah nasib, nak buat macam mana kan? Dari pihak aku, aku ucapkan takziah atas nasib malang kau tu dan takziah kepada diri aku juga sebab kehilangan kunci rumah aku kat Seremban tu. Nasib baik ada duplicate dekat parent kak ipar aku kat Senawang, kalau tak jenuh juga aku nak beli gergaji besi, nak gi kopak solex kat rumah aku tu. Karang tak pasal-pasal aku kena tangkap sebab nak pecah masuk rumah sendiri.

Maka, sambutan deepavali en. rajan tahun ini mungkin akan menjadi yang paling diingati sehingga bila-bila akibat daripada kejadian ni. Memang celaka betul la orang yang curi kereta tu. Kawan nak balik kampung nak sambut raya dengan family, kau curi pulak kereta dia. Tapi, kebaikannya, at last dapat juga la si rajan ni bakal merasa kereta baru kan? Apa-apa je la rajan. So, apa-apa pun, takziah dan last but not least, selamat menyambut deepavali bersama keluarga kau. Jangan kau kena sekeh dengan mak kau bila balik rumah nanti dah la... Insya Allah, kalau boboy jadi pergi rumah kau dan aku tak ada apa-apa hal, aku join sekali.


(Adakah rajan akan membelasah orang yang mencuri keretanya sebegini sekiranya terjumpa? Sekadar gambar hiasan...)

13 October, 2008

Tahniah & Selamat Pengantin Baru

Terlebih dahulu Kasawari secara peribadi dan sekali gus mewakili pihak Kelab Teater Rimba ARTISUKMA ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ayahanda Bung Diani (Kancil) atas pernikahan beliau dengan Kak Lena di Jakarta, Indonesia pada 12 Oktober 2008. Akhirnya doa Bung sendiri, anak-anak Rimba serta teman-teman dimakbulkan oleh Allah s.w.t. kerana Bung telah pun bertemu dengan jodohnya. Alhamdulillah...

Wah! Bukan calang-calang wanita yang bertakhta di hati Bung Kancil ni. Memang sweet couple dan sepadan. Majlis pernikahan pun boleh dikatakan begitu istimewa kerana dilangsungkan di negara jiran, Indonesia. Kalah artis-artis Malaysia kahwin. Pasti meriah majlis tersebut dengan kehadiran teman-teman Bung dari Indonesia, Malaysia (siap bawak rombongan!), Singapura dan sebagainya lah. Bagi pihak anak-anak Rimba yang tidak dapat menghadirkan diri di majlis perkahwinan Bung di sana, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf kerana banyak urusan yang perlu kami lakukan. Bagi rombongan yang pergi tu pasti enjoy giler kat sana, di samping bertuah melihat dengan mata kepala sendiri Raja Sehari yang begitu istimewa di hati kami. Pasti Bung kelihatan segak bak Pahlawan dan Kak Lena jelita bak Sang Bidadari. Cemburunya...

Kiranya zaman pemerintahan Kasawari ni boleh Kasawari banggakan sedikit kerana pada pemerintahan Kasawari lah Bung naik pelamin setelah pertanyaan "Bile Bung nak kahwin ni?" diajukan sejak lebih sedekad lalu. Chewah! Bukan niat nak berlagak ek.. hehe.. Saje je... Ape pun, kami di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan Bung Kancil bersama isteri tersayang, Kak Lena hingga ke akhir hayat mereka. Amin...

p/s: tak sabar nak tunggu cerita-cerita best dan gambar-gambar perkahwinan Bung di sana daripada teman-teman yang pergi. Tertanya-tanya jugak kat mana destinasi cinta bulan madu ek? hehe.. Tunggu...

07 October, 2008

Salam Lebaran Rimba

Assalamualaikum W.B.T.

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam, terutamanya warga Rimba yang tersayang. Tangan dihulur, seribu kemaafan dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya Kasawari pernah berlaku khilaf dengan kalian semua. Kasawari juga memohon ampun dan maaf bagi pihak KELAB TEATER RIMBA ARTISUKMA sekiranya kami juga pernah melakukan kesilapan secara langsung atau tidak langsung. Semoga lebaran kali ini membawa seribu makna dan memperbaiki lagi hubungan sesama kita. Semoga Syawal kali ini juga menginsafkan kita daripada terus melakukan kesilapan pada masa hadapan. Jadikan bulan yang mulia ini sebagai satu titik permulaan yang baru dalam perjalanan hidup anak-anak Rimba.

Jutaan terima kasih juga diberikan kepada semua yang telah meng'wish'kan dan menghantar kad-kad raya yang tak terkira banyaknya daripada teman-teman sama ada di Malaysia, Singapura mahupun Indonesia. Kami amatlah menghargainya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

p/s: menanti saat Bung Kancil bergelar seorang SUAMI... :)