26 November, 2008

PERKAHWINAN 2008 DI KOTA SINGA


Salam rimba Kasawari ucapkan kepada semua...

Seperti yang sudah diwar-warkan sebelum ini, KELAB TEATER RIMBA ARTISUKMA telah diundang khas oleh Persatuan Kemuning Singapura sebagai antara wakil Malaysia untuk menjayakan program SEMARAK KASTURI-PENTAS ASEAN 2008 di Singapura. Jadi, di sana nanti merupakan medan pertemuan antara negara-negara ASEAN yang terlibat. Pihak Kemuning meminta KTR untuk mementaskan naskhah masterpiece kami, PERKAHWINAN. Sejarah pementasan naskhah ini boleh dirujuk di artikel saudara Haikal yang lepas.

Perbezaan pementasan kali ini, teater PERKAHWINAN diterajui oleh sebahagian daripada pelajar-pelajar (senior-junior) bersama alumni (beberapa pelakon asal). Maka, pendekatan para pemain kali ini agak berbeza dengan PERKAHWINAN yang terdahulu.


Tajuk: PERKAHWINAN

Genre: Komedi Romantik

Durasi: 90 minit

Pengarah: Yufazli Bin Yusof
Sinopsis:
Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Ahmadin Bin Ahmad yang agak berusia, tetapi masih belum berumahtangga. Beliau berasa fobia dan takut dengan perkahwinan kerana sikap yang terlalu merendah diri dan pemalu. Justeru, beliau telah mengupah seorang ejen pencari jodoh, iaitu Che Kiah yang dibayar untuk mencarikannya jodoh yang sesuai. Namun begitu, Manoo Karim, iaitu kawan baik kepada Ahmad tidak bersetuju dengan Che Kiah dan sering bertelagah antara satu sama lain. Manoo Karim akhirnya telah bersetuju untuk bertemu dengan gadis yang dicarikan oleh Che Kiah dan merancang pelbagai perkara dan helah bagi membantu Ahmad untuk mendapat teman hidup. Namun begitu, pelbagai insiden berlaku apabila Che Kiah telah berjanji bukan sahaja kepada Ahmad, tetapi kepada tiga orang lagi lelaki yang mempunyai latar belakang yang berbeza, iaitu Serunding, Arjuna dan Dahlan. Gadis yang menjadi rebutan empat orang lelaki ini ialah Rosefatimah yang tinggal dengan Mak Su beliau dan juga seorang pembantu rumah. Kehidupan yang mewah dan dimanjakan denga penuh kasih sayang membuatkan Rosefatimah melalui pelbagai keadaan yang merumitkan untuk memilih pilihan yang paling baik buat dirinya. Siapakah yang akan menjadi pilihan Rosefatimah akhirnya?
Pelakon:
Rosefatimah: Izlaily (pernah dipegang oleh Kak Adek, Ida dan Edlin AF2)

Ahmadin Ahmad: Rizky (pernah dipegang oleh Aulia)

Manoo Karim: Yufazli Yusof (pernah dipegang oleh Rajan)

Che Kiah: Ayu

Serunding: Bob (Pisang)

Dahlan: Haris

Arjuna: Redziz a.k.a. Kasawari (pernah dipegang oleh Matmer)

Mak Su: Yuhana (pernah dipegang oleh Linda)

Mek: Laili (pernah dipegang oleh Lang dan Nort [dulu watak Siti])

So’ot: Nazrin (pernah dipegang oleh Meon [dulu watak Meon])
Produksi:
Pengurus Pentas: Pejal
Set & Props: Nazrin
Tatarias & Tatabusana: Syam dan Laili
Audio & Lampu: Mimi
Pemuzik: Bob (Pisang) dan Haris
Tugas-Tugas Khas: Maya
Jadi, kepada warga Singapura (termasuk Gong Li), datangla beramai-ramai ke pementasan kami. Sedikit perubahan mengenai jadual persembahan kami (tidak seperti dipaparkan di poster di atas).
Tarikh: 30 November 2008
Masa: sekitar tengahari (belum diputuskan oleh penganjur)
Tempat: Woodlands Library Hall, Singapura
Jadi, doakan pementasan kami berlangsung dengan jayanya yer... :)

18 November, 2008

CORAT-CORET KTR di PALACE


Bueno semua...

Entry kali ini sekadar santai-santai dan serba sedikit pengalaman anak-anak Rimba membuat persembahan undangan di Hotel Palace Of The Golden Horses pada 07 November 2008 lalu.

1. Sketsa "Mengatasi Stress di Tempat Kerja" (yang skema tu!) ini ditulis dan diarahkan oleh Saudara Haikal (budak poyo tu! hehe...) dan dilakonkan oleh Ecah The Emo Gurl, Lan Celak, Naz Pungguk, TENGKU Yang Berjiwa Rakyat, Azirin Si Adik Safwan, Mimi Batman dan Haikal Yang Poyo sendiri (mencapap tol!). Produksi terdiri daripada Syam Si Mama Badak, Pejal Belangkas Sepet dan Tahir Si Adik Celak. FYI, produksi ini dihadkan kepada 10 orang sahaja.

2. Bas dari UKM bertolak pukul 3 p.m. di depan FSSK. Paling menyerlah pada hari itu adalah Syam yang dressed up ala-ala kaki pancing dengan kotak make-up di tangan kanan, beg besar di tangan kiri dan topi ala-ala mini cowboy di kepala. Nasib baik joran tak bawak! hehe.. Maaf ya Syam...

3. Perjalanan sekejap jer sebab Palace tu kan dekat je. Macam Kolej Dato' Onn pergi ke Kolej Hussein Onn je... (merapu jer!) Sampai-sampai di pintu masuk Palace, kami disambut oleh pegawai FSSK macam anak-anak Raja datang nak pergi majlis tari-menari Cindarella. Mata kami 27% nak terkeluar akibat terbeliak dengan kejelitaan hotel itu...

4. Kami dibawa ke bilik persalinan/menunggu di bilik Conference 5. Sepanjang kami berada di sana, kami 'dihidangkan' dengan aromaterapi hotel yang berbau SERAI. Bersin je Kasawari all the time! Cantik jugak bilik conference tu dan sesuai untuk kami membongkangkan diri di sana sini. Tetapi, Kasawari sangka panas hingga ke petang, rupanya banjir di Sungai Rejang! Rupa-rupanya, anak-anak Rimba kena berkongsi tempat dengan Artisbudaya UKM yang datang lewat pada hari iteww... hurmm...

5. Pada lewat petang itu, kami dikehendaki untuk buat rehersal bersama kumpulan-kumpulan lain. Turn KTR adalah selepas tarian. Habis je rehersal kiteorang berlari-lari anak gajah jumbo untuk pergi makan. Unfortunately, makanan semua almost finished! Ada yang dah licin ala-ala Loreal Paris. Dalam hati kecil kami berkata, "Takkan satu pun 'dieorang' tak tinggalkan untuk kita? Dahla datang lambat!" Pahamkah anda kata-kata itu ditujukan kepada siapa? Shh... Dalam masa yang sama tercari-cari jugak si Syam. Erm, rupenyer dia dah jilat jari dah tanda kekenyangan! hahaha...

6. Selepas itu, kami pun bersiap-siap dengan mengenakan kostum, make up and so on. Si Celak paling lambat siap sebab asyik tengok "Fast & Furious" kat laptop adik Tahir dia tu. Huhu... Nasib baik Celak jenis cepat siap bak Flashman. Lepas tu, yang kelakarnya Si Celak dan Mimi pergi mencuri (actually pinjam jer!) pasu kecik di hotel itu untuk dijadikan props! Dahla 'curik' betul-betul depan CCTV. Nasib baik yang jaga CCTV tu tido or pergi kencing kot... Takde pape pun berlaku pastu! :)

7. Majlis Makan Malam FSSK pun bermula. Kiteorang terperap kat bilik je menunggu turn. Budak-budak tarian pulak keluar-masuk, keluar-masuk tukar pakaian masing-masing untuk next show. Cuma yang peliknya, bahagian pengurusan FSSK langsung tidak alertkan kiteorang about giliran kiteorang. Anak-anak Rimba sendiri yang kene ulang-alik jenguk majlis dan kene tanya banyak kali bilela turn kiteorang. Kejap cakap 10 mins lagi, kejap cakap setengah jam lagi. Jadi, kiteorang terus menunggu. Sambil-sambil menunggu, kiteorang dibenarkan oleh pihak pengurusan untuk tunggu di bilik VVIP. Wow!

8. Show kiteorang pun bermula lebih kurang 10.30 p.m. Mula-mula Kasawari nervous gakz kerana lama dah tak muncul di khalayak ramai selepas ARA tempoh hari. But, show must goes on! Kiteorang buat setermampu kami. Alhamdulillah! Respon penonton membuatkan kami bertambah bersemangat dan relax! Masa emcee announced and promoted our club and our achievements, tetamu semua cakap "Waaa..." hehe... Makinla semangat sebab ramai jugak yang kenal KTR rupenyer walaupun kami tahu yang kami ni amatur!

9. Habis je show kiteorang packing barang sebab majlis pun nak tamat. Kiteorang konon-konon expect nak makan kat majlis. TAPI, hampa kerana pihak pengurusan TIDAK sediakan langsung meja-meja atau makanan untuk kumpulan-kumpulan yang buat show! PATHETIC nyer!!! Sabar je la. Tapi, kami ok jer sebab lepas tu kiteorang plan lepak kat Azura jer... huhu... Yang paling penting, show BERJAYA!

10. Sebelum berangkat pulang, kami pergi bersalam-salaman dengan pihak pengurusan tanda terima kasih kami kepada mereka atas undangan yang kire berharga (macam Habib Jewel) ini sambil-sambil menghulurkan our biz card kat dieorang. Pihak pengurusan cakap DEKAN FSSK dan jugak TNC amat enjoyed dan suka persembahan kami. Dan pihak pengurusan janji nak ambik KTR lagi untuk next function dan menjanjikan stage yang lagi besar. Maklumat lanjut, tanyalah Saudari Ecah ek... huhu...

11. Beberapa hari lepas itu, KTR mendapat bayaran hasil show kiteorang. Amat puas hati kerana pihak pengurusan bayar DOUBLE kerana mereka cakap we did a great job seperti yang dijanjikan! Itulah yang paling penting bagi kami, KEPUASAN & PENGALAMAN! Bukanlah wang semata-mata! (cheh...) Terima kasih yang tak terhingga kepada FSSK kerana mengundang kami dan juga terima kasih sayang kepada Ecah kerana jadi platform untuk kiteorang atas pengalaman bernilai ini.

12. Baru-baru ini Kasawari dan Syam pergi print something kat sebuah kedai fotostat kat simpang KTM UKM. Adala seorang mamat yang tidak dikenali dengan seorang kawannya datang dan borak-borak ngan makcik amoi kat kedai tu pasal nak tempah buat cop. Masa Kasawari dan Syam melangkah keluar kedai, tetiba mamat tu tegur Kasawari dan cakap, "EH! Pelakon FSSK la!" Erk? Terkezut beruk Kasawari. Hahaha... Rupenyer masih ada yang ingat cerita dan pelakon KTR di Palace aritu. Tak sangka ada 'peminat' recognize. Hahaha.. Berangan!

13. Apepun inilah sebilangan kecil daripada ambar-gambar kiteorang di sana. Unfortunately, gambar masa show takde dari wakil KTR yang amik. Boleh pulak terlupa... Hehe...

17 November, 2008

JALAN MATI

Salamz...

Sabtu lepas (15/11/2008) kawan kepada Kasawari secara unplanned nyer ajak Kasawari pergi menonton teater di KLPac. Tanpa banyak tanya, Kasawari just said yes and we went there. Masa dalam perjalanan, Kasawari mengagak mesti pementasan teater bahasa Inggeris kerana al-maklumlah KLPac terkenal dengan teater yang berunsurkan bahasa Inggeris. Biasala, Akak Faridah Merican kan tuan empunya tempat kan?


Sampai je di sana, Kasawari memang tergamam giler b**i once i looked at the place. Moden, sofistikated, cantik, tenang, unik dan macam-macam lagi la Kasawari bayangkan dalam otak. Bagi sesiapa yang pernah sampai di sana, pastinya paham dengan maksud Kasawari. Alangkah best nyer kalau Panggung Seni macam tu... Ops! By the way, setelah menjejakkan kaki di sana, kiteorang pergi la beli tiket. Pembelian tiket menggunakan method sumbangan melalui minimum RM 10. Dan yang agak surprise nyer, rupenyer pementasan pada malam itu adalah dalam bahasa Melayu! Dalam masa yang sama, Kasawari sempat ternampak beberapa individu yang sedang berlatih dialog dengan rakan masing-masing. Bagus kerana ada inisiatif pocket training sendiri. Cuma yang Kasawari pelik dan agak kurang selesa sedikit apabila no boundaries yang terlampau KLPac ni antara lelaki dan perempuan, meaning orang Melayu sendiri berlaga pipi dan berpelukan apabila greet each other. Rasa syukur kerana budaya KTR tidak 'seterlampau' itu. Golongan wanita yang merokok di sana sini bukanlah perkara aneh di sana.


Naskhah berjudul "JALAN MATI" adalah terjemahan daripada naskhah Perancis "NO EXIT" oleh Jean Paul Sarte dan diterjemahkan oleh Yusman Mokhtar. Cerita ini mengisahkan tiga 'individu' yang telah meninggal dunia dikurung di sebuah bilik di neraka sementara menunggu untuk dipindahkan ke bilik seksaan. Maksudnya, ketiga-tiga orang ini pernah buat jahat la masa hidup di bumi dahulu. Watak-watak terdiri daripada seorang lelaki yang telah mati ditembak sebanyak 12 das tembakan kerana anti-peperangan, seorang wanita yang pernah hidup tanpa perikemanusiaan dan juga merangkap seorang lesbian, seorang wanita kaya yang curang dengan suaminya dan watak seorang lelaki 'bell boy' di neraka. Mereka membincangkan bagaimana dan mengapa mereka boleh 'sampai' ke neraka dan mengimbau kembali apa yang telah mereka lakukan semasa hayat mereka.


Cara garapan pelakon-pelakon ni Kasawari boleh katakan agak baik, terutama watak lelaki yang kene tembak tu dan juga watak kak lesbian tu. Mereka berdua sangat menghayati watak dengan baik dan membuatkan penonton tidak bosan kerana bagi sesiapa yang tersasar sikit tengok cerita ini akan mulai tidak memahami apa yang akan berlaku seterusnya. Watak wanita kaya sebenarnya agak baik, tetapi pengucapan bahasa Melayunya terlalu 'slang' Inggeris. When i asked my fwen about her, my fwen cakap that girl memang TAK berapa nak tahu cakap Melayu walaupun dia adalah MALAY! hurmm...


Back to the play, dekorasi pentas menggambarkan sebuah bilik ala-ala bilik tahanan di neraka. Cukup simple dengan susunan kerusi bangku dan sofa serta berlantaikan kayu seperti rumah-rumah di kampung dan juga satu bingkai pintu untuk keluar masuk pelakon. Tempat pementasan seakan-akan berada di dalam studio. Kerusi-kerusi penonton disusun secara semi bulatan mengelilingi pentas. Dari segi lampu pulakz, tiada 'face light' digunakan sepenuhnya hingga adakalanya tak nampak wajah-wajah pelakon ketika beraksi. Yang Kasawari kagumi adalah pancaran lampu diletakkan di bawah lantai kayu tadi dan menghasilkan effect seperti berada betul-betul di kawasan neraka. Dari segi kostum adalah biasa-biasa saja dan make up pulak memang sesuai dengan cerita. Wajah para pelakon disapukan dengan something macam 'vaseline' supaya mereka sentiasa dilihat dalam keadaan panas dan berpeluh (maklumla kat neraka, wat do u expect?). Audio tidak banyak digunakan dan membuatkan pementasan agak 'sepi' dan apabila digunakan, audio terlalu perlahan.


Terdapat jugak adegan PANAS seperti adegan wanita lesbian itu cuba menggoda wanita kaya serta adegan lelaki yang ditembak itu melakukan 'romance' dengan wanita kaya itu dengan beraninya dan berjaya 'mengghairahkan' penonton. When i asked my fwen again, dia cakap memang in real life pemegang watak lelaki dan wanita kaya itu adalah sepasang couple. No wonder la! Erm... Agak terbuka jugak pendekatan dieorang ni. Sekali lagi, maklumla Faridah Merican punya tempat. Haha... Terfikir jugak kalau watak dua merpati ni diberikan kepada couple-couple di KTR jika KTR pentaskan naskhah ini. Huhu... Siapa nak? Angkat bulu hidung! :)


Overall, the play was quite good for me. Tidak sia-sia jugak follow my fwen there kerana this was antara pengalaman baru Kasawari dalam pendedahan teater. Teringin jugak nak mintak naskhah tu kat sana sebagai rujukan KTR. Anyway, show ini adalah sempena T4YP (Theater 4 Young People) SWEATSHOP 2008, maksudnya mengetengahkan karya-karya muda. Why not KTR should join for the next season kan? :)

Sedikit info about next English theater events:

1. CHITRA [19th-23rd Nov 08/8.30 p.m./Pentas 2 KLPac/RM25&RM10(students)]

2. BOTTOM TOP [27th-29th Nov 08/8.30 p.m./Pentas 2 KLPac/RM25&RM15(students)]

3. GEMUK GIRLS [4th-7th Dec 08/8.30 p.m./Pentas 2 KLPac/RM35&RM20(students)]

p/s: KTRianz, let's explore English theater lakz!

14 November, 2008

Teater MAKUM 09 : Naskhah oh Naskhah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada penggiat seni teater universiti seluruh Malaysia pastinya sudah tertunggu-tunggu bila tarikhnya Festival Teater MAKUM akan berlangsung lagi. Kepada peserta yang sudah bersedia dengan lebih awal sudah tentunya sedang atau sudah menetapkan naskhah yang ingin dibawa, bukan? Kepada yang belum, mungkin masih tercari-cari skrip yang sesuai untuk dipentaskan dan mesti sibuk memikirkan bagaimana untuk muncul sebagai juara atau sekurang-kurangnya top 3 untuk festival tersebut.

Selama mengikuti festival ini selama 4 tahun, penulis masih tidak dapat menjawab satu fenomena yang sering dibincangkan oleh kalangan ahli KTR iaitu, nak pilih skrip ni kena ikut kemampuan dan kreativiti peserta atau nak ikut latar belakang juri? Bukan nak membongkar rahsia KTR tapi bagi penulis, faktor kemenangan KTR di beberapa festival teater sebelum ini antaranya adalah memilih skrip berdasarkan genre yang disukai oleh juri. Atau dalam kata mudahnya, KTR pandai 'mengorat' juri. Antaranya teater Perkahwinan (2005), Teruna In Love (FTS 2006), dan Titik-Titik Hitam (MAKUM dan FTS). Semuanya kerana juri sukakan naskhah yang berat, drama, ada menari-menari, ada unsur kebangsawanan dan pelbagai elemen lagi. Dan lihat saja apa yang berlaku pada Teruna In Love dan Ara di festival MAKUM, disebabkan ada juri tak faham absurd dan cenderung ke arah drama berat, dua produksi ini jatuh terjelopok , tergolek do' (orang Kedah cakap) jatuh pada kedua-dua festival yang disertai sedangkan tuntutan prinsip pementasan teater dipenuhi dengan sebaiknya.

Sebagai bekas pengarah Ara, penulis menerima kekalahan teruk di MAKUM 08 pada awal tahun ini. Cuma apa yang penulis kurang faham adalah mengapa? Tuntutan seperti kepelbagaian dan penghayatan watak pemain telah dipenuhi, rekabentuk produksi memang bagi penulis antara yang tersusah dan terbaik pernah dihasilkan sepanjang penulis berada dalam KTR, manipulasi teknikal seperti muzik, ambient dan lighting juga telah dipenuhi. Maka, apa lagi yang kurang? Akhirnya, penulis menyimpulkan kekalahan tersebut adalah kerana ia adalah sebuah naskhah komedi. Di Malaysia ni, komedi disinonimkan dengan lawak Senario walaupun komedi yang ditampilkan adalah sinis dan penuh sindiran. Jadi mungkin juri mentafsirkan 'Ara' sebagai antara 'lawak-lawak Senario' yang tak layak memperoleh apa-apa anugerah tinggi, waima anugerah pelakon harapan sekalipun. Hanya dengan memandang perkara itu, kesempurnaan bahagian produksi yang lain turut dibuat-buat tak nampak.

Bagi penulis, juri tidak boleh menilai suatu persembahan berdasarkan minat diri sendiri. Kalau ini berlaku (memang dah berlaku), bagaimana dengan kumpulan lain yang hanya mampu membawa satu naskhah yang genrenya bukan menjadi minat atau latar belakang kesenian para juri? Harus diingat, kekangan modal insan dan kos merupakan masalah utama dalam kumpulan-kumpulan teater. Maka adili sebuah teater tersebut berdasarkan teater tersebut. Usahlah cenderung kepada apa yang diminati oleh juri sahaja. Tak kisahlah teater itu komedi, drama berat, atau lain-lain, adililah ia secara sepatutnya. Dah nama komedi, perlulah ada rasa komedi dan humor. Kalau drama berat, perlulah ada rasa ketegangannya. Takkanlah dalam drama yang babak tengah gaduh-gaduh pun tiba-tiba nak buat lawak? Dan takkanlah sebuah komedi tiba-tiba nak ada menangis? Cuma penulis sedar kesilapan penulis semasa mengarah Ara setelah menonton filem CJ7. Kepada yang menonton filem itu mesti teringat lagi bagaimana Stephen Chow meletakkan adegan sedih yang begitu menyentap perasaan di tengah-tengah komedi filem itu.

Jadi, kepada penggiat seni teater universiti lain (terutamanya dikhaskan kepada yang tak ada fakulti kesenian sebab yang ada fakulti and course teater ni mereka lagi pandai), berhati-hatilah dalam memilih skrip. Carilah skrip yang memenuhi 3 perkara (ni teori penulis je) iaitu :

1) Watak yang kuat
2) Ada unsur manipulasi teknikal (lighting, audio, set,)
3) Boleh mempelbagaikan rekabentuk produksi (kostum, makeup, dll)

Dan kepada pengarah, pilih satu konsep yang sesuai dengan naskhah dan peganglah konsep itu sepanjang produksi dan paling paling penting, jangan syok sendiri, hahaha. Sebagai contoh, kepada yang pernah menonton Titik-Titik Hitam, boleh saja pengarah membina konsep teater itu berbentuk realis dan latar tempatnya adalah rumah seorang Melayu yang menetap di Amerika Syarikat dan latar masanya adalah sekita era 80-an. Maka, produksi set, makeup, kostum dan lain-lain boleh menyerlahkan kreativiti mereka berdasarkan konsep itu. Apa-apa pun lakukan penyelidikan menyeluruh supaya tidak ada siapa akan mengatakan hasil anda adalah plagiat. Itu perkara paling penting.

Semoga berjumpa lagi semasa festival tersebut berlangsung dan mengharapkan persembahan yang lebih mantap daripada semua universiti yang bertanding berbanding dengan festival yang lepas. Selamat bertanding.

p/s: sekiranya juri masih lagi orang yang sama, penulis masih tetap dengan 'pendirian' itu.

10 November, 2008

Galeri Dah Ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm...good news for all KTR's followers! Sekarang galeri koleksi-koleksi gambar KTR telah pun siap diwujudkan. Maka, ringan-ringankanlah tangan untuk menggerakkan pointer di monitor anda dengan menggunakan tetikus komputer (bukan eddy ok!) ke link yang terdapat di sebelah kanan ini. Sebenarnya, galeri tu merupakan satu blog page baru tapi khas untuk gambar-gambar saja.

Memandangkan ianya pun baru, maka tak banyak gambar yang ada lagi. Tunggula sikit masa ye. Yang menguruskannya pun manusia jugak. Banyak kerja lain nak dibuat. Apa-apaun enjoy yourself! Sekian terima kasih.

Wassalam.

04 November, 2008

TEATER RIMBA @ PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Salamz, Kelab Teater Rimba telah dijemput untuk mengadakan persembahan di sebuah hotel terkemuka di Malaysia yang juga digelar sebagai " Asia's Most Extraordinary Hotel ".

Butir-butir:

Acara: Malam Mesra FSSK 2008-Warna Warna Gemilang
Tarikh: 07 November 2008 (Jumaat)
Masa: 8:00 malam (show dianggarkan pada pukul 10:00 malam)
Tempat: Hotel Palace Of The Golden Horses (Mines Resort City)
Anjuran: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM (FSSK)

Pada malam itu, Kelab Teater Rimba diberikan tugas oleh FSSK untuk membuat satu persembahan berbentuk sketsa yang berkaitan dengan stress di tempat kerja (skemanyerr). Seperti biasa, tugas diberikan kepada saudara Haikal untuk membuat skrip dan terus memilih pelakon untuk menjayakan sketsa tersebut. Tajuk sketsa yang diberikan oleh fakulti tersebut ialah: " Menangani Stress di Tempat Kerja " (lagi skema, huhu...). Bagi mengelakkan terlalu skema, Kelab Teater Rimba akan melakonkan sketsa tersebut secara santai dan lawak jenaka.

Corat-coret:

1. Undangan ini berlangsung pada minggu peperiksaan final. Nasib baik majoriti anak-anak Rimba free pada masa tu. (tak sempat la nak tengok Anugerah Skrin, huhu...)

2. Saudari Ecah secara tak langsungnyer jadi Ketua Projek sebab die berurusan terus dengan pensyarah dia. Terserlah jugakla stress dan emo die kebelakangan ni. Ops! Apepun thanx Ecah! Kerana kau kite berpeluang jejak kaki ke Palace ni. :)

3. 02 November lepas merupakan hari raptai majlis di FSSK. Yang peliknya Teater Rimba 'disiplin' datang awal, tapi raptai macam tak raptai jer sebab HANYA Teater Rimba yang datang untuk raptai persembahan tersebut. Terfikir pulak, 'terer' nyer grup lain tak payah raptai, on the spot masa hari show nanti. Hurmm... (sambil menggaru janggut)

4. Show ini merupakan show berbayar. Dengar-dengar pengurusan cakap kalau Teater Rimba berjaya menarik perhatian penonton, bayaran akan di'UP'kan double! Wow! Ape lagi guyz, let's do our very BEST!

5. Teater Rimba dah kire setaraf Dato' Siti Nurhaliza dan Anita Sarawak (aik! belom Dato' lagi???) sebab berjaya membuat persembahan di hotel paling banyak bintang di Malaysia ni... Hahaha... berangan je Kasawari ni.

6. Harus diingatkan bahawa show ni tiada kaitan dengan perkahwinan Mawi-Ekin. Dieorang lambat lagi. Hehehe...

p/s: Apepun, doakan kejayaan anak-anak Rimba nanti (walaupun sketsa jer, kami TAK memilih) di sana. Semoga show kali ni dapat membuka lebih banyak peluang kepada Kelab Teater Rimba di dunia luar pada masa mendatang.