26 August, 2010

sesi latihan 25/8/2010


salam pada semua. sihat? belum terlambat utk ira wish
selamat berpuasa dan tak lama lg nak raya...yeyeyeye....
so kat sini, ira nak ucapkan sekali lagi terima kasih dan
tahniah kepada yang hadir malam td (25 ogos 2010) latihan
bersama BUNG. so ,ira nak conclude la apa yang berlaku
pada malam tadi..jeng..jeng..jeng..

aktiviti bermula selesai berbuka puasa bersama-sama di bilik kelab.
Nyum2x... selesai solat magrib, kami berkumpul dan sesi Bung
berdiskusi sementara tunggu hadam makanan dlm perut. Ye la,
tak kan nak buat olah tubuh selepas makan...

pose main ruang
sesi bersama bung

Selesai bercerita, apa lagi, sesi memanaskan badan bermula! yeah!! bermula dengan
olah tubuh bermula dari kepala hingga ke kaki. Then, kami membuat latihan
menggunakan kekuatan kaki! wuaaaa...lama xbuat wey...
kekejangan sedikit terasa dan kelihatan di muka2 mereka sedikit kerut, tahan ow..!

"...itulah namanya latihan teater dik..."

"...sesi menguruskan badan pon boleh dik..."

Pelbagai jenis latihan dilakukan pada malam td. antaranya:

1. menggunakan pentas yang kecil( kerusi) dan memuatkan
5 org di atas kerusi

2. menggunakan ruang bawah dan atas kerusi (10 org)
3. menyambung cerita sambil melakonkan situasi tersebut
(spontan)

4. bermain emosi ( gembira, ketawa, marah , menangis,
merayu)


Aktiviti selesai pada jam 12.00 am. Walaupun penat, tp kami semua gembira dan
berterima kasih kepada bung yang sudi mengajar kami. Tak lupa juga pada
KAK ZUL yang bantu bung conduct! hehehehe... ibarat teater hidup semula
di bilik kelab. InsyaAllah, setiap minggu kita akan adakan perjumpaan bersama
ahli KTR dan sekiranya kepada ALUMNI dan sesiapa sahaja yang berminat
ingin turut serta dalam sesi latihan teater, bolehlah hadir pada setiap jumaat
pada jam 8.30 pm di panggung seni atau di bilik kelab.
Sebarang info ira akan update di blog ini ataupun di
FACEBOOK KELAB TEATER RIMBA .
Terima kasih pada yang menyokong kami semua.

p/s: jumaat ini (27 ogos 2010) tidak akan diadakan latihan teater,
sebab kami semua akan berangkat ke KAPAR, KLANG utk
majlis berbuka puasa dan berpuisi di rumah IBRAHIM GHAFAR.
Sesiapa nak pergi, sila hadir jam 5pm esok (27 ogos 2010)
di hadapan panggung seni dan bas akan bertolak 5.15pm. tq~

~ira
~26 ogos 2010
~5.16pm

24 August, 2010

buka puasa ngan alumni !


salam dan hai semua! hehehehe...nak cerita apa ek? so aku straight to da point la...malas nak karang panjang2 cam beri ceramah lak...

first ira nak ucap thanks pada semua yang sudi dtg utk casting volume 2 usang tadi. dan paling terharu, ada alumni yg turut hadir! yeyeyeyey....^_^
THANKS TO ABG KELI, ABG AKMAL, ABG MAT PET AND ABG NOHMAN
yang turut hadir pada malam ini...kepada yang hadir, thank you so much n love uols~

next, pengumuman....pada 29 ogos 2010 (ahad) akan diadakan majlis berbuka puasa KTR bersama ALUMNI KTR dan solat terawih bersama-sama. bayaran akan diberitahu kelak. so, prepare la dlm RM10 ek? jadi, jomlah beramai2 ke bilik kelab pada hari tersebut dan menghidupkan semula bilik kelab!yeah~

dan kepada ahli KTR dan ko k tahun 2, jangan lupa hadir pada hari rabu (25 ogos 2010) ini utk sesi latihan asas teater lagi bersama bung. rugi tau xturun. dpt tgk bung buat olah tubuh bersama-sama kita semua! hebat! dtg pada jam 6pm. so, prepare la dgn beli siap2 makanan berbuka puasa dan makan sama-sama lah ye...

ok la...sampai disini sahaja utk ...jumpa kat teater..YEAH~

~ira
~1.05am
~24 ogos 2010

22 August, 2010

LATIHAN BERSAMA BUNG KANCIL

BY : sayanuratiqah

atur letak yang dikompos oleh diri mereka sendiri

hye there~ 

tak mahu cerita panjang.. latihan berteater kali ini mmg lebeyh best sbb bung kancil sendiri yang turun utk beri tunjuk ajar kpd kami semua.. bermula dari beberapa gerakan olah tubuh yang agak asing dari selalunya lalu berpindah pula kepada olah rasa. 

kelas kali nieh best sbb senior n junior bergabung tenaga! yeay!! kita satu family!

kelas ini akan terus dijalankan pada setiap hari rabu di panggung seni.. semua dijemput hadir~

MEMANUSIAKAN MANUSIA MELALUI TEATER

20 August, 2010

Usang : Casting Vol 2

Tarikh: 23 Ogos 2010 (Isnin)
Masa: 10.00 malam
Tempat: Panggung Seni

*tak payah cakap banyak, datang je. tak kesah lah nak jadi artis, nak jadi pak pacak, nak jadi pak polisi, nak jadi krew, nak jadi budak milo ke, datang je. kitorang tak berkira sangat.

**kehadiran alumni amatlah dialu-alukan. sokongan dan bantuan kalian kami dahului dengan ucapan terima kasih.

***minum-minum masih belum boleh disediakan. tapi jangan risau, cafe KTHO masih beroperasi seperti biasa.

17 August, 2010

Usang: Casting

Tarikh: 19 Ogos 2010 (Khamis)
Tempat: Bilik kelab yang bersih dan wow!
Masa: 8.30 malam


***
dijemput penduduk-penduduk rimba hadir dan turun casting bagi memeriahkan upacara casting. kepada sesiapa yang bukan penduduk boleh juga kalau nak turun, casting sama-sama. bukan selalu boleh berlagak macam artis, ye dak?

***
makanan disediakan di cafe KTHO. sila jangan lupa bawak duit sendiri.

***
sekian.

15 August, 2010

PROGRAM PADA BULAN RAMADHAN


Salam pada semua...harap anda sekalian sihat ler yer? hehehe...so, kita dah masuk bulan ramadhan pon. KTR sendiri tidak senyap utk bulan ramadhan yang mulia ini. So,kita ada 2 program pada bulan puasa ini. Antaranya:

PROGRAM BERBUKA PUASA SAMBIL BERPUISI DI RUMAH IBRAHIM GHAFAR PADA
27 OGOS 2010 (JUMAAT). KITA AKAN BERTOLAK PADA JAM 5PM DAN BERKUMPUL DI HADAPAN PANGGUNG SENI. KEPADA SESIAPA BERMINAT, SILA REPLY POST INI DENGAN MEMBERI NAMA, NO TEL.

THEN, PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI KLANG PADA
5 SEPTEMBER 2010 (AHAD). KITA AKAN BERTOLAK PADA PAGI JAM 9AM. DIMINTA BERKUMPUL DI HADAPAN PANGGUNG SENI JAM 9AM. KEPADA SESIAPA BERMINAT, SILA REPLY POST INI DGN MEMBERI NAMA N NO TEL.

SEBARANG MASALAH, BOLEH LAH CONTACT OR MSG IRA K? SEGALA INFO PASAL PROGRAM INI, IRA AKAN POST KAT BLOG INI OK? ^_^ SEMOGA RAMADHAN PADA KALI INI LEBIH MEMBERIKAN KITA SUATU MANFAAT DAN KEREDHAAN YANG KITA IMPIKAN. PUASA, JGN XPUASA TAU! HEHEHEH...OK LAH, SELAMAT SEMUANYA...


~salam syg ramadhan dr ira
~11.16 pm
~15 ogos 2010

10 August, 2010

SELAMAT BERPUASA

1 Ramadhan menjelma lagi. Semua umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan yang mulia ini. Kami, warga KTRians mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam terutamanya kepada peminat2 teater di luar sana.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramdhan yang bermakna dalam hidup anda semua. Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat bertarawih ye.

08 August, 2010

MESYUARAT (13 OGOS 2010)

SALAM, KEPADA SEMUA MT (SESI 10/11), PADA HARI JUMAAT (13 OOS 2010) AKAN DIADAKAN MEETING PADA JAM 9PM DI BILIK KELAB.


AGENDA: 1) PEMBENTANGAN PROJEK SETIAP AJK
2) ISU BERBANGKIT


KEHADIRAN WAJIB. JIKA TIDAK HADIR, KEMUKAKAN SURAT KETIDAK HADIRAN ANDA.TQ

06 August, 2010

Bengkel Penghayatan Teater Di Port Dickson

BY : sayanuratiqah

Salam dan ucapan maaf dipohon kerana lambat post entri pasal PD nieh.. Bengel Penghayatan Teater merupakan 1 aktiviti yang wajib bagi KTR sempena menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru.

Bengkel ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di Teluk Kemang, PD. Bayaran yang dikenakan hanya sebanyak RM 15.00 sahaja bagi setiap peserta. Kami bertolak dari UKM pada jam 1.00 petang menaiki bas UKM da tiba di sana dalam jam 4.00 petang. Seramai 40 orang ahli KTR yang terlibat dalam Bengkel ini.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di sana. Antaranya adalah :-

  1. Ice breaking
  2. Olah tubuh dan Olah vokal
  3. BBQ
  4. Mafia & Lord of The Ring
  5. Olah Rasa
  6. DLL
Berikut adalah gambar2 yang dirakankan ketika bengkel berlangsung :-

bertolak ke PD


mafia game 1


mafia game 2


lord of the ring 1


lord of the ring 2


 mandi manda

kami keluarga


lompat lebih tinggi