12 March, 2013

Kembali kepada asal : Teater

Teater berasal dari upacara agama primitif. Bomoh kampung akan mengadakan upacara menghalau penunggu menggunakan unsur-unsur teater.

Ada juga teori mengatakan teater berasal dari nyanyian untuk menghormati pahlawan yang telah mati. Nyanyian tersebut disertakan dengan lakon-semula riwayat hidup pahlawan tersebut.

"Naskah teater tertua di dunia yang pernah ditemui, ditulis oleh seorang pendeta Mesir, Kher-Nefert, di zaman peradaban Mesir Kuno. Naskah tersebut ditulis untuk sebuah pertunjukan teater ritual di kota Abydos yang menceritakan tentang pertarungan antara dewa jahat dan dewa baik." - Seni Drama Untuk Remaja.

Bentuk dan aliran teater dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Eksperimental, Muzikal, Neutralisme, Bangsawan dan Komedi. Jenis-jenis teater pula (seperti yang telah diperkenalkan kepada Malaysia) dikembangkan lagi ke arah monolog seperti Dekon dan Monodrama.


Teater Rakyat
Teater ini bersifat sederhana, improvisasi, spontan dan berinteraksi dengan penonton.

Teater Klasik
Sifat teater ini sudah teratur dengan cerita, pelakon yang terlatih, pentas yang ringkas dan tidak berinteraksi dengan penonton. Teater ini terlahir dari kerajaan yang bersifat feodalistik. Contoh: wayang kulit, wayang orang dan wayang golek. Ceritanya statik tapi memiliki daya tarik oleh dalang atau pelaku teater tersebut.

Teater Tradisional
Teater yang berasal dari teater tradisional, tetapi gaya persembahannya dipengaruhi oleh teater barat. Teater moden adalah teater yang dalam struktur pengurusannya memerlukan profesionalisme.



Sumber : Viko

Konsep : Apa itu teater?

Perkataan "Teater" berasal dari perkataan "Theatron" yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani. Teater adalah satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dan dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.

Dalam menjalankan suatu produksi teater, salah satu elemen penting yang perlu ditetapkan oleh pengarah adalah konsep suatu pementasan. Latar masa dan tempat perlu ditetapkan dengan teliti supaya tiada elemen persoalan yang timbul di kalangan penonton.

Namun setelah pemilihan skrip, pengarah perlu menentukan antara 3 konsep yang akan diaplikasikan di dalam suatu pementasan.

1. Realis - Nyata
Kelebihan konsep ini adalah ia tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hanya perlu daya pemerhatian yang tinggi. Contoh dari segi set dan kostum dalam kelas sekolah menengah. Perlu meja, kerusi dan papan hitam. Pakaian sekolah untuk pelajar sekolah menengah. Konsep ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Kelemahan konsep ini adalah sebarang kesilapan sangat senang dikesan dan ia menghalang kepelbagaian dari segi artistik.

Contoh Teater Realis

2. Absurd - Tidak Nyata
Kelebihan konsep ini adalah dari segi budget. Contoh, kotak yang besar boleh dijadikan katil, kerusi, meja, kereta mahupun kapal bergantung pada pelakon dan tafsiran pengarah. Konsep absurd tidak memerlukan kita terlalu realis, boleh bermain dari segi artistik sepertimana kemahuan kita dan tidak akan ada persoalan kerana ini dunia absurd. Namun berhati-hati bermain dengan dunia absurd kerana bimbang ianya susah difahami penonton.

Contoh Teater Absurd

3. Surealis - Separa Nyata
Konsep ini adalah konsep yang paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman. Namun pengarah hendaklah pandai membezakan antara dua dunia. Contoh cerita surealis adalah cerita hantu. Hantu adalah alam yang tidak nyata manakala manusia pula adalah dunia nyata. Pengarah boleh bermain dari segi artistik di atas set yang realis, namun pengarah juga harus pandai menjelaskan konsep surealis supaya senang difahami penonton.

Contoh Teater Surealis
Dari segi konsep, pengarah haruslah jelas supaya ia senang difahami oleh penonton dan rakan produksi.


Sumber : Nazrin Saad, Pyian, Wikipedia.

Pentas Arena Aktor (PTU) 2013

Pembetulan : Kolej Dato Onn tidak bertanding. Sebaliknya, Kolej Keris Mas yang bertanding.

Pekan Teater Universiti atau sekarang dikenali sebagai Pentas Arena Aktor telah berlangsung pada 4 hingga 8 Mac lalu. Sebanyak lapan kolej telah menyertai pertandingan ini. Berikut ialah senarai anugerah Pentas Arena Aktor.


Anugerah Khas Juri 1       : Watak Arnab di Cinta Sang Arnab (KTHO)
Anugerah Khas Juri 2       : Syurga dan Neraka (KTDI)
Tata Busana Terbaik         : Patung-Patung (KKM)
Tata Bunyi Terbaik           : Patung-Patung (KKM)
Tata Rias Terbaik              : Sebuah Lukisan (KTSN)
Setting dan Props Terbaik : Sebuah Lukisan (KTSN)
Teknik Terbaik                  : Patung-Patung (KKM)
Pelakon Wanita Harapan   : Mak Bidan dari "Andai Aku Punya Masa" (KAB)
Pelakon Lelaki Harapan    : Akbar Kecil dari "Andai Aku Punya Masa" (KAB)
Pelakon Pembantu Wanita : Patung 1 dari "Patung-Patung" (KKM)
Pelakon Pembantu Lelaki  : Patung 2 dari "Patung-Patung" (KKM)
Pengarah Terbaik               : Patung-Patung (KKM)
Pelakon Wanita Terbaik     : Achu dari "Patung-Patung" (KKM)
Pelakon Lelaki Terbaik      : Akbar dari "Andai Aku Punya Masa" (KAB)
Kumpulan Harapan            : Cinta Sang Arnab (KTHO)
Artistik Terbaik                  : Patung-Patung (KKM)
Tempat ketiga                     : Sebuah Lukisan (KTSN)
Naib Johan                         : Andai Aku Punya Masa (KAB)
JOHAN                              : Patung-Patung (KKM)