03 July, 2010


~PEMENTASAN BANGSAWAN ALADDIN~
salam dan selamat sejahtera pd semua. Sihat semua?hahah...nak beritahu , pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia ada menjemput kita untuk menghadiri menonton PEMENTASAN BANGSAWAN ALADDIN oleh UPM pada 9-11 Julai 2010 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pementasan ini bermula pada jam 8.30 malam & 3.00 ptg (seperti tertera dalam surat jemputan). So, sape2 nak g, jomlah, kita plan hari apa nak pergi? t boleh tempah bas( Bung da ofer diri nak tempahkan) hehehe...


Mehla ira ceritakan sedikit sinopsis pementasan ini. Aladin ialah kisah mengenai seorang pemuda yang miskin bernama Aladin dari negeri padang pasir. Di dalam negeri Baghdad terdapat seorang raja yang terkenal ialaitu sultan Harun Amirul Rashid serta wazirnya iaitu Abu Nawas. Sultan dan permaisuri memiliki seorang anak gadis bernama Puteri Balkis. Setiap hari ada sahaja pemuda yang datang meminang dengan pelbagai cara namun ditolak oleh Puteri Balkis. Antara yang masuk meminang ialah Jaafar iaitu seorang ahli sihir yang jahat. Namun pinangannya tetap ditolak dan ini telah menimbulkan rasa dendam di hati Jaafar. Sultan telah menegur sikap cerewet Puteri Balkis, Puteri Balkis merajuk dan keluar istana.

Abu Nawas mumujuk sultan. Di pasar adalah titik pertemuan antara Aladin dan Puteri Balkis. Puteri Balkis telah menyamar menjadi orang miskin dan membantu sekumpulan kanak-kanak pengemis memohon belas penjaga apple namun kanak-kanak itu dihalau dengan kasar. Puteri Balkis yang melihat merasa amat murka lalu mengambil apple-apple itu lalu diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Peniaga marah dan hendak menangkap puteri. Puteri Balkis cuba lari. Insiden itu diperhatikan oleh Jaafar, dan berpura2 turut mengejar mahu menangkap puteri. Pada ketika itu, Aladin juga melihat insiden tersebut. Aladin telah menyelamatkan Puteri Balkis. Mereka berkenalan sehingga timbul bait2 cinta antara mereka. Jaafar dan orang ramai menemui mereka dan mereka melarikan diri. Dalam melarikan diri, Aladin telah terjatuh ke dalam lubang jerlus padang pasir dan pada masa inilah dia menemuipelita ajaib. Puteri Balkis telah dibawa oleh Jaafar ke istana dan mengugut sultan utk mengahwinkan Puteri Balkis dengan Jaafar. Adakah sultan akan bersetuju? Mampukah Aladin menyelamatkan cinta hatinya dengan bantuan pelita ajaib yang baru ditemuinya? sama2 kita saksikan....

segala maklumat terbaru akan ira update kat sini ye?or kat FB...

No comments: