04 April, 2008

Setuju....

Sangat2 bersetuju dengan cadangan bengkel sblm diadakan festival teater kolej tu. Actually dah lama difikirkan dan disuarakan benda ni pada pihak yang berwajib tapi so far belum ada pembaharuan. Yang biasanya dibuat is Bengkel Lakon yang dikendalikan oleh Bapak Marzuki Ali. Bengkel Bapak memang menarik & banyak mengajar ahli2 KTR tentang seni lakon, terutamanya dari segi gerak dan olah tubuh, di samping mengenengahkan konsep pementasan yang banyak memanipulasikan tubuh pelakon dalam bentuk gerak.

Still, pada pendapat saya, mungkin perlu dijemput aktivis2 teater yang lain juga supaya ahli2 KTR dan juga peserta yang lain dapat ilmu yang lebih banyak dan pelbagai. Itulah tujuan sebenar sesebuah Bengkel seperti itu, supaya peserta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teater and to diversify their repertoire of theatrical and stage acting knowledge. Satu cadangan dari saya sendiri, mungkin boleh dapatkan penceramah dari kalangan aktivis yang pernah mementaskan atau cenderung kepada pementasan berbentuk absurd. Jadi bolehlah peserta bengkel lebih faham apa itu teater absurd dan pedagogi pementasannya, bukan hanya berkata pernah mementaskannya tapi sebenarnya syok sendiri.

Lagipun, sekiranya diadakan Bengkel tu, akan lebih adillah pengadilan para juri pada masa festival tu nanti, sebab semua peserta dah pernah mengikuti bengkel dan dah pun ada ilmu tentang pementasan teater. Jadi para juri bolehlah mengadili dengan lebih selesa dan tak merasa ada ketidakadilan yang berlaku atas sebab ada antara peserta yang mungkin tidak sama tahap pengetahuannya dengan peserta yang lain.

1 comment:

vitamin said...

aku nak join leh tak? tak dapat jadi penceramah jadi peserta pun jadi la..