31 December, 2008

HAPPY 'DOUBLE' NEW YEAR

"Azam tahun baru saya adalah untuk mensedekahkan sup tulang kepada keluarga Hagemaru", ujar Mr. RotiJames Bone dengan penuh bling-bling.

Hola semua...
Di sini Kasawari personally dan jugak sebagai wakil Kelab Teater Rimba ARTISUKMA ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1430 & SELAMAT TAHUN BARU 2009 kepada semua warga Rimba sendiri dan juga teman-teman seperjuangan sama ada dalam dunia seni teater mahupun yang lain selain George Bushybush, Sarah berPALINg, Break Obama dan juga Sponge Bob Marley. Semoga tahun baru yang menjelang ini membawa perubahan yang besar, yakni kejayaan kepada setiap individu.
Semoga azam korang tahun lepas sudah tercapai dan bagi azam yang tak tercapai akalmu lagi, usaha la lagi untuk tahun baru ni. So, apakah azam korang pada tahun ni? Kalau boleh share la ek. Azam Kasawari adalah untuk BLAH dari UKM secepat mungkin sebab dah terlampau tepu dan bosan dok kat sini... Hahahaha...
Semoga impian kita semua tercapai... YEAY!!! Ops! Amin...
p/s: terpikir lakz umur kian meningkat mencecah SUKU ABAD! takpe, yang penting rupa and jiwa masih muda macam AKAK kesayangan Kasawari (Ziana Zain ler...) Hahaha...
p/s (tambahan): baru je tadi Kasawari tertonton slot drama 'Lagenda' Indonesia yang berjudul "7 Bidadari". Rupa-rupanya cerita tu adalah TERUNA IN LOVE yang pernah dipentaskan dengan tragis dan emosionalnya oleh KTR pada 200,000 b.c. dulu... tak sangka 'reunion' balik kat tv...
Daa...

28 December, 2008

AL-FATIHAH


Salamz semuanya...
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, our beloved Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, selaku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mangkat pada 27 Disember 2008. Almarhum pernah menjadi Yang Dipertuan Agong pada tahun 1994-1999.
Kasawari mewakili Kelab Teater Rimba ARTISUKMA, UKM ingin mengucapkan jutaan takziah kepada keluarga Almarhum dan berdoa agar roh Almarhum dicucuri rahmat. Sesungguhnya pemergian Almarhum merupakan kehilangan besar, terutamanya buat warga UKM.
Al-Fatihah...

18 December, 2008

LAGI SEKITAR PERKAHWINAN DI SINGAPURA (PART 2)

Hola semua pembaca blog!!! Kasawari kembali lagi untuk sequel cerita anak-anak Rimba di Singapura dilanda todak. Ops! Entry kali ini adalah berkenaan dengan hari pementasan teater PERKAHWINAN seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Hari-hari berikutnya tunggu la post yang seterusnya ek. Dah ngantok ni wei! :p

30 November 2008 (Hari Pementasan KTR)

~kami diarahkan untuk bangun awal seawal 10 pagi (awal ker???) bagi menyiapkan diri kami dalam mengira detik-detik countdown show kiteorang yang dijadualkan bermula pada pukul 2 petang di daerah Woodlands. Seperti biasa KTR agak punctual (satu perkembangan yang baik!) pada hari itu kecuali Kasawari yang paling last mandi. Ops lagi!!! Setelah semua siap, Pejal dan Nazrin kelihatan bertungkus-lumus mengangkat barangan show kiteorang ke dalam lori Pak Salleh. Malangnya, rupa-rupanya Pejal dan Nazrin disindir oleh 'saudara' sendiri mengatakan dieorang terhegeh-hegeh buat kerja. Kesian giler kat dieorang. Biasalah, 'darah daging' sendiri tekun bekerja, 'anak' orang luar yang LAMBAT bangun aritu ditimang-timang! Apa nak jadi dengan orang sekarang kan? Tak paham? buat-buat paham jer... :p

~pukul 11 pagi lebih kiteorang pun bertolak dari TAPAC dengan dua buah bas disediakan. Perjalanan agak memakan masa kerana library Woodlands tu agak jauh dari Cecil Street (tempat TAPAC). Dalam on the way, mata kami semua segar-bugar kerana tertarik dengan pemandangan kota maju itu (walau pun pemikiran penduduk tak berapa nak maju!). FYI, selain daripada KTR, petang itu diadakan juga pementasan teater bangsawan oleh Politeknik Singapura. Hurmm...

~setelah tiba di panggung library yang terletak di ala-ala basement shopping complex itu, kami semua pun terus bergegas ke bilik persalinan/make up untuk bergrooming segala. Alangkah terkezut cipan jantan apabila bilik itu dah diconquer oleh budak-budak Politeknik yang jumlahnya ramai sampai kalkulator pun tak boleh nak kira. Peliknya, show dieorang adalah selepas show KTR, tapi kenapa dieorang sibuk-sibuk nak make up segala dulu? Kerusi dan meja make up semua 'fully-booked' kat dieorang. Habis, kiteorang ni dengan merendah dirinya (terpaksa!) make up atas lantai! Malas nak tegur, nanti tak pasal-pasal masalah negara timbul! Nanti KTR glam pulak naik satu tahap pergi Mahkamah Dunia! Peh...!

~satu lagi yang kiteorang find out, rupa-rupanya budak-budak ni mengutuk KTR masa dalam bas (dieorang bas pertama) walau pun tak kenal kiteorang. Ni Huzz yang cerita. Kiteorang pasrah je la sebab tu tempat dieorang. Bab-bab berlagak memang dieorang ni no.1! Lantaklah kan... Jadi, beberapa minit sebelum show bermula, beberapa pelakon PERKAHWINAN pun membuat sedikit olah tubuh dan vokal di luar bilik persalinan. Nak tahu tak apa berlaku? Kiteorang DITEGUR oleh budak h****san mana entah yang kiteorang buat bising! Apa ke hey dieorang ni??? Tak pernah tengok dan buat olah vokal ke??? Yang dieorang menyemak and memekak masa make up tu tak menyakitkan hati dan sanubari ke??? Hurgh! Teremo pulak Kasawari. Sowi, sekadar luahan dan kongsi pengalaman.

~jam dah melepasi 2 petang lebih, tapi show tak boleh dimulakan dulu kerana mengikut prosedur panggung, show mesti bermula jika 70% panggung dah dipenuhi. Setengah jam kemudian, panggung pun mula 'banjir'. Syukur la jugak. Kelakarnya, scene pertama (di rumah Ahmad) start lambat kerana curtain tak bukak-bukak. Muzik live terpaksa dimainkan dua kali. Nasib baik pastu bukak jugak langsir panggung tu. Risau giler time tu. Show begins well. Cuma stand mic yang melambak kat keliling pentas memang satu 'aksi terlampau' dan suara pelakon menjadi super nyaring kerana mic terlalu kuat. Hello! Since when teater pakai mic? Kau ingat ni show kat stadium nak pakai sampai 10 mic? Eh, macam pernah dengar ayat ni. Huhu... Ni bukan kerja kiteorang, tapi... shh!


~kemudian scene by scene berjalan dengan smoothnya. Yang geramnya semasa di atas pentas, suara Kasawari dah semakin hilang dek ketidaksihatan diriku ini. Kasawari berdoa jer dalam hati supaya saki-baki suara ada lagi until the end of the show. Ada satu scene misai palsu Pisang tercabut di atas pentas. Nasib baik Pisang improvise! Kelakar gakz masa tengok, nasib baik tak tergelak di atas pentas. Personally, yang menyedihkan Kasawari adalah apabila menjelang babak-babak akhir watak Arjuna, Kasawari mula lost dan terlupa beberapa skrip! Nasib baik tak berapa nak ketara sangat Kasawari lupa skrip kerana teman lakon lain cover. Thanx uollz! Kesihatan yang semakin teruk membuatkan Kasawari hilang tumpuan atas pentas. Malunyer Kasawari dengan diri sendiri masa itu kerana tak boleh buat yang terbaik seperti dijanjikan.. :(


~show pun berakhir dengan jayanya walau pun terdapat beberapa kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. Lighting dan audio jugak agak problem masa show kerana 'disabotaj' oleh pihak yang nak buat show lepas kiteorang tu! Kiteorang sabar jer. Cuma satu lagi pelik tentang 'grup' satu lagi ni, semasa show PERKAHWINAN berlangsung, dieorang baru nak buat props dan set kat tepi pentas dengan 'alunan' stapler gun la, tukul la, suara dieorang la. Tak respect langsung show lain! Mengganggu jer. Tapi, semua tu dah tak penting kerana show PERKAHWINAN kali ini berlangsung dengan jaya dan meriahnya. Habis je show, Kasawari siap diinterview wartawan dari Singapura lagi (majalah Dewan Budaya). Aura 'Taufik Batisah' masih menebal... Hahaha... Pasal show Politeknik tu, Kasawari tak nak komen apela sebab Kasawari tak tengok sangat sebab tertido dengan Maya kat kerusi penonton! Anak-anak Rimba lain pun lebih kurang sama tertido kot!


~dalam persiapan nak balik, delegasi Brunei sempat mengucapkan tahniah dan komentar sekali show KTR. Rata-rata semua berpuas hati dan kami sedar banyak lagi perlu diperbaiki. Rupa-rupanya ada beberapa pihak Brunei pun tidak senang dengan 'grup' satu lagi tu. Ingatkan KTR je kena. Lepas borak-borak, bas pun sampai dan membawa kami pulang ke TAPAC.


~malam tu tiada aktiviti rasmi lagi, jadi seperti biasa budak-budak stand by kaki dieorang untuk pergi jalan-jalan dan shopping lagi di 7 Eleven! (favourite shop at the moment). Dalam masa yang sama, terdengar jugak ura-ura beberapa anak Rimba nak balik awal pada keesokan harinya kerana dah takde aktiviti atau acara lagi dah sampai 2 Disember. Masalahnyer, ada beberapa anak Indonesia pulak taknak balik awal dulu. Jadi, satu konflik kecil timbul di sini. Tapi, entah macamana akibat seronok sangat keluar pada malam itu, terlupa pulak nak discuss bila nak balik.


~actually Kasawari tak ikut dieorang keluar malam tu kerana tido awal sebab masalah kesihatan dan kepenatan. Pada tengah malam, dengan semangat 'drakula' Kasawari bangun dan terus online. Masa tu sempat online dan mengadu ngan Misha dan Ecah dalam YM. Kelihatan anak-anak Rimba lain baru tido dek kepenatan ronda-ronda. Suara Kasawari semakin seksi bak suara Ella. Merdunya apabila bercakap. Ahakz!


~cuma yang tak best pada hari itu, takde wakil Rimba yang ambik foto show PERKAHWINAN! So, takde koleksi la. Sayangnyer sebab 100% anak-anak Rimba ada tugas masing-masing masa pementasan. Ini yang susah kalau Ajid & Haikal tak ikut. Hehe... Tapi, rasa-rasanya budak-budak Panca Sila ada snap kat kamera dieorang. Gambar after show adela Mimi amik!

~what a long day for us on that day. Macam-macam berlaku, taklah Macam-Macam Aznil pun. Huh? Apa? Ada couple mandi sama? Tido setilam? What...???

Bersambung lagi...


Sedikit moral of the story:

+ hargai 'keluarga' sendiri, barulah kita boleh menghargai orang lain.

+ jangan berlagak di negara sendiri. Jadilah TUAN RUMAH yang betol2 TUAN RUMAH. Kalau jadi TUAI RUMAH pun ok!

+ jangan minum air yang ada limau (teh o limau, limau suam ke) kerana boleh menghilangkan suara. Brooke Shileds bebel cakap mesti minum teh madu untuk jaga suara.

+ olah vokal penting sebelum show, BUKAN olah vokal guna mic (macam 'grup' satu lagi buat). Jangan kelirukan orang sama ada korang olah vokal atau test mic! Tepuk dada, tanya Obama! (tepuk dada tidak digalakkan untuk wanita!)






Pose gedik selepas show PERKAHWINAN

Aksi sopan santun yang patut dilakukan di Taman Kanak-kanak



15 December, 2008

SEKITAR PERKAHWINAN DI SINGAPURA (PART 1)

Salamz semua! Rasanya it's been a while untuk Kasawari tidak mengpostkan artikel baru dalam blog KTR ini. Di sini, Kasawari ingin berkongsi serba sedikit mengenai laporan kegiatan KTR semasa projek Semarak Kasturi-Pentas ASEAN 2008 di Singapura baru-baru ini. FYI, Kelab Teater Rimba pergi bersama anak-anak Indonesia di UKM yang menggelarkan diri mereka Panca Sila. Jutaan maaf kerana terlewat untuk melaporkan kegiatan anak-anak Rimba di sana kerana beberapa masalah tertentu seperti line internet slow kurang 3 saat daripada kelajuan siput b**i, tiada masa untuk post, kadang-kadang rasa malas yang hadir tak terduga, selipar jepun meghadang jalan raya dan macam-macam lagi la! (melalut as usual!)

28 November 2008

~bertolak dari UKM konon-konon seawal 8 pagi, tapi sejam kemudian baru bas bergerak akibat kelewatan SEORANG peserta, yang pastinya BUKAN dari KTR. (paham-paham je la...). Bas dijadualkan menunggu 'artis-artiSUKMA' ini di Panggung Seni, tetapi terpaksa bertukar lokasi di depan blok Palapes KTHO kerana masa tu function cikgu-cikgu Chinese (yang Maya curik goodie bag biru tu) masih berlangsung dengan menyemaknya.

~semasa perjalanan, kami berhenti rehat di R&R mana entah, lupela. Abang bas tu cakap 20 mins je, tapi 43 mins kiteorang melahap di sana. Kemudian perjalanan diteruskan dengan cuaca yang ala-ala '4 seasons' sampai Johor Baharu (betol ke ejaan ni, Ieyzz?)

~sampai-sampai jer di KTM Johor Baharu, Kasawari dan Bung dengan gaya superhero pergi survey tiket tren ke Singapura. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 1 tengahari, tapi tren dijadualkan tiba pukul 2.30 petang. Tertanya-tanya gakz mengapa macam lengang je manusia pada masa tu, last-last baru ingat time tu manusia bernama lelaki tengah solat Jumaat! Erk???

~sementara menunggu untuk kaunter tiket buka, kiteorang pun plan nak pergi ke City Square Mall yang terletak betul-betul depan KTM tu. Ada yang nak tukar matawang, telingawang, hidungwang, berak, kencing, shopping (macam Kasawari buat walau pun takde dalam plan! huhu...) dan macam-macam lagi. Tiba-tiba, kami dikejutkan dengan al-kisah Bung TERTINGGAL passport kat rumah di Cheras! Aiyoo! Terkezut la gakz coz dah sampai di JB baru Bung perasan. Habis Bung kena bebel Kak Ayu.. hehe.. sowi...

~jadi, Bung terpaksa call balik abang bas tadi untuk patah balik ambik Bung. Nasib baik bas tu tak 'Fast&Furious'. Maknannya, kiterong nak tak nak kena meneruskan perjalanan tanpa Bung Kancil. Sampai jer di imigresen, kiteorang tanpa disedari membuat aksi ala-ala Amazing Race Asia (Kasawari and Maya jer berangan!). Konon-konon nak tengok siapa cepat check in la kunun...So far, imigresen semua lepas, cuma Yus macam ada problem sket nampak. Maybe die 'bukan' warganegara Malaysia kot! Larikk... :)

~journey diteruskan dalam tren dan kami menuju direct ke Stesen Singapura walau pun tempat itu masih diwartakan sebagai tanah Malaysia. Di sana, kami disambut dengan paluan kompang dan tarian pancung/singa oleh Pisang. Erk? Tipu jer la Pisang buat semua tu.. hehe.. Sowi Pisang...FYI, Pisang dah pergi beberapa hari awal ke sana. Btw, kami meneruskan perjalanan (jalan kaki!) ke Telok Ayer Performing Art Centre (TAPAC) yang mengambil masa selama 30 mins! Aiyoo... Terasa jugak otot-otot kaki membesar macam Hulk! Tiba jer di TAPAC, kami disambut mesra oleh Kemuning Group yang diketuai oleh Pak Salleh. Seronok gakz jumpa balik Koko (anak Pak Salleh, bukan pokok koko!), Leny (tunang Koko), Kak Zila (isteri Pak Salleh), Echan Si Pendiam dan ramai lagi la. Dieorang ni orang Melayu Singapura yang sangat baik! Ada jugak spesies Melayu daripada Politeknik Singapura yang tak mengaku Melayu dan tidak ramah tamah langsung! So??? Ada kiteorang kisah???

~di sana, kami terkezut gakz dengan keTIDAKpemergian kumpulan Teater LAB dari UMS (Sabah) yang seramai 37 orang itu. Menurut sumber-sumber seperti Mama Juwie, dieorang tak jadi pergi sebab ada masalah tertentu seperti hal famili dan sebagainya. Erm, kurang meriah apabila ada delegasi yang tak boleh pergi. Tapi, takpe. Show must go on!

~petang tu, kiteorang berehat setelah jauh perjalanan menjadi 'musafir sementara'. Raja (anak Indonesia yang betol-betol keturunan Raja dari Pulau Penyengat) dan Kasawari (anak Raja Sepanyol yang betol-betol gakz) mencuba skill dengan mengeluarkan laptop masing-masing untuk hunt for wireless. Dukacitanya, wireless perlu didaftarkan dahulu di bawah IDA WIRELESS SINGAPORE (bukan Ida Kenjar!). Si Raja pun terus mendaftarkan diri, tetapi Kasawari telah ditawarkan username dan password wireless oleh seorang ahli Kemuning (tak ingat la nama dia). Di sini membuktikan aura 'Taufik Batisah @ Esah' dalam diri Kasawari memberi kelebihan! haha.. Carut lagi! Yes! Boleh online di sana...

~menjelang malam, tiada banyak aktiviti rasmi dilakukan. Jadi, KTR membuat latihan lakonan bersama muzik live yang diimport khas dari Singapura bersama Pisang. Cheh...Begitu juga Panca Sila. Lepas latihan, apa lagi beberapa kiteorang kenjar nak pergi jalan ronda-ronda Singapura yang kecil molek iteww...Penat jugak ronda-ronda ni sebab banyak kali lost! Hahaha.. Yang bestnyer, kiteorang sempat shopping pada malam tu. Nak tau kat mana? 7 ELEVEN jer...

~pada almost tengah malam, kiteorang pun melabuhkan diri di bilik tidur masing-masing yang diasingkan lelaki dan perempuan. Nok takde ek! Meaning, semua perempuan (KTR dan Panca Sila) satu bilik, so do guyz. Bilik tidur kami adalah bilik latihan/studio macam bilik kelab la. Hurmm... What an exhausting day... ZzZZZz...

29 November 2008

~kami bangun pagi sebab dikhabarkan ada bengkel teater pada pagi itu. Tunggu punya tunggu, last-last TAKDE bengkel la. Penat je bangun awal! So, ada di antara kiteorang yang keluar sambung jalan-jalan, sambung tido, sambung online, menyabung ayam, etc. Dalam masa yang sama, rombongan dari Brunei pun sampai. Ingatkan student-student yang datang, rupa-rupanya golongan senior, termasuk yang berpangkat Pangeran (wow!) yang datang diketuai oleh Pak Zefri. Kami juga didatangi oleh seorang yang amat kami kenali. Nak tau sape? Bung la... Baru je sampai nampak kepenatan. Hehe.. Kesian tengok Bung sorang-sorang.

~jadi, sampai ke petang tiada aktiviti berlangsung melainkan aktiviti 'sendirian berhad'. Panca Sila pula sedang bertungkus-lumus membuat persiapan persembahan mereka pada malam itu. Pada malam nanti, ada dua persembahan yang dipersembahkan oleh grup Indonesia dan Brunei di TAPAC. Sebelum show, Kasawari, Maya, Syam dan Kak Ayu sempat pergi shopping lagi. Lagi di 7 ELEVEN!

~show pun bermula dengan persembahan daripada Panca Sila yang bertajuk "Dokter Gadungan" (doktor menyamar kot! ala-ala La Usurpadora rasanya). Persembahan mereka not bad kerana bebentuk Lenong yang berinteraksi dengan penonton. Menariknya, penonton duduk mengelilingi ruang lakon secara membulat. Habis je show dieorang, kumpulan dari Brunei pun took part dengan mementaskan lakonan berbentuk improvisasi. Pak Zefri memberikan jalan cerita, manakala yang lain melakonkan cerita tersebut dengan sentuhan muzik tradisional. Seronok gakz, especially golongan yang senior melakukannya. Menarik!





"Dokter Gadungan" oleh Panca Sila (bukan Panca Sitara)

Improvisasi yang memecahkan perut oleh Brunei



~habis je show, KTR berkumpul sekejap untuk final briefing mengenai show PERKAHWINAN kami yang dijadualkan pada keesokan harinya di daerah Woodlands. Perasaan gementar semakin ke Puncak Kasih (erk?) dalam diri masing-masing. Yus sarankan kiteorang tido awal untuk mencukupkan rehat dan stamina. Masalahnya, Kasawari mula rasa nak DEMAM! Hish! Mesti disebabkan oleh cuaca panas yang teramat di Singapura. Barulah faham perasaan ayam yang dimasak dalam oven! Dahla esok harinya show... G mana sih...? Seterusnya, kiteorang pun balik berehat and tido. Cuma ada geng-geng yang tak tau, kecuali Syam yang sebenarnya pada tengah malam itu Kasawari keluar sorang-sorang pergi umah member Singapore naik cab sorang-sorang... Hehehe... kantoi! Balik daripada kunjungan 'rasmi' tersebut, demam semakin teruk! Alamak!

Bersambung...

p/s: Ape yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pementasan PERKAHWINAN berlangsung? Pelakon tak sihat? Ada mulut-mulut jahat kutuk KTR? Scandal couple-couple? Sate kambing? Masalah dalaman KTR? Merajuk? Sesi luahan? Orchad Road?

Banyak persoalan dan sambungan kisah KTR di Kota Singa di post yang akan datang dalam Part 2! Tunggu...

04 December, 2008

Syed Alwi dalam Kenangan

Beliau bukanlah seorang yang rapat dengan aku. Malah dia pun tak kenal siapa aku berbanding dengan aktivis-aktivis teater hebat yang lain. Namun, jangka waktu hampir satu jam berbual bersama-sama beliau semasa bengkel teater di UUM beberapa ketika yang lalu banyak memberi manfaat dan idea kepada aku mengenai bagaimana menguruskan urusan teater. Idea dan saranannya banyak yang kena dengan jiwa aku. Masih teringat lagi bagaimana dia memuji idea aku untuk menghasilkan satu rancangan realiti televisyen seperti Akademi Fantasia tetapi berorientasikan teater dan tidak menggunakan SMS mengarut. Semasa aku melontarkan idea itu, ramai memandang aku dengan pandangan, 'budak mana ni?' Tapi Syed Alwi memandang ia sebagai salah satu cara untuk teater diapresiasi oleh masyarakat kini, ilham asal aku untuk melontarkan idea itu. Begitulah Syed Alwi yang aku kenal dalam jangka masa yang pendek. Berbanding dengan tokoh-tokoh teater tanah air yang lain yang hadir pada hari itu, bagi aku mereka semuanya kerek-kerek belaka. Hanya Syed Alwi yang menarik perhatian aku pada hari itu.

Dia mengenali mengetahui kejayaan Kelab Teater Rimba, dan dia masih mengucapkan setinggi tahniah kerana telah berjaya mempersembahkan Perkahwinan di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Walaupun aku tidak pernah berada di bawah seliaan beliau, atau berada di bawah arahannya, tapi tips yang diberikannya kepada aku dalam mempersembahkan falsafah naskhah teater cukup mengajar aku berbanding orang yang diharapkan, langsung tidak boleh diharap. 'Falsafah itu datang dari sisi penonton. Kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah.' Walaupun ia hanya dua ayat pendek, namun kesannya pada aku cukup mendalam. Tidak aku nafikan tips itu yang aku terapkan semasa mengarah Titik-Titik Hitam beberapa tahun lepas.

Seterusnya, dia mengutarakan isu pelajar-pelajar universiti dalam bidang teater. Bukan mengenai kualiti, namun, kemana mereka selepas tamat belajar, berapa kerat pertandingan atau persembahan teater yang boleh dijadikan sebagai pengalaman. Benar, dengan hanya bergantung kepada festival yang sedikit dan karenah birokrasi, tidak banyak yang boleh diimpikan oleh pelajar-pelajar universiti untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini, terutamanya bagi universiti yang tiada fakulti seni atau program teater tersendiri. Itu persoalan dan isu yang masih belum selesai dari dulu hingga kini.

Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan kematian Syed Alwi. Aku terkejut. Tersentap. Namun, itulah yang dikatakan ajal di tangan Tuhan. Aku takkan lupakan kenangan sejam bersama arwah, antara seniman negara tersohor dan antara tokoh teater yang hebat di Malaysia. Aku bangga berbual dengannya dan berkongsi idea daripada berbual dengan tokoh teater negara lain kerana aku orang Malaysia dan bangga menjadi rakyatnya. Aku bukan mereka yang suka mengagungkan manusia dari tempat lain.

Semoga rohmu dicucurkan rahmat dan berada dalam kalangan mereka yang beriman.

Al Fatihah.

26 November, 2008

PERKAHWINAN 2008 DI KOTA SINGA


Salam rimba Kasawari ucapkan kepada semua...

Seperti yang sudah diwar-warkan sebelum ini, KELAB TEATER RIMBA ARTISUKMA telah diundang khas oleh Persatuan Kemuning Singapura sebagai antara wakil Malaysia untuk menjayakan program SEMARAK KASTURI-PENTAS ASEAN 2008 di Singapura. Jadi, di sana nanti merupakan medan pertemuan antara negara-negara ASEAN yang terlibat. Pihak Kemuning meminta KTR untuk mementaskan naskhah masterpiece kami, PERKAHWINAN. Sejarah pementasan naskhah ini boleh dirujuk di artikel saudara Haikal yang lepas.

Perbezaan pementasan kali ini, teater PERKAHWINAN diterajui oleh sebahagian daripada pelajar-pelajar (senior-junior) bersama alumni (beberapa pelakon asal). Maka, pendekatan para pemain kali ini agak berbeza dengan PERKAHWINAN yang terdahulu.


Tajuk: PERKAHWINAN

Genre: Komedi Romantik

Durasi: 90 minit

Pengarah: Yufazli Bin Yusof
Sinopsis:
Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Ahmadin Bin Ahmad yang agak berusia, tetapi masih belum berumahtangga. Beliau berasa fobia dan takut dengan perkahwinan kerana sikap yang terlalu merendah diri dan pemalu. Justeru, beliau telah mengupah seorang ejen pencari jodoh, iaitu Che Kiah yang dibayar untuk mencarikannya jodoh yang sesuai. Namun begitu, Manoo Karim, iaitu kawan baik kepada Ahmad tidak bersetuju dengan Che Kiah dan sering bertelagah antara satu sama lain. Manoo Karim akhirnya telah bersetuju untuk bertemu dengan gadis yang dicarikan oleh Che Kiah dan merancang pelbagai perkara dan helah bagi membantu Ahmad untuk mendapat teman hidup. Namun begitu, pelbagai insiden berlaku apabila Che Kiah telah berjanji bukan sahaja kepada Ahmad, tetapi kepada tiga orang lagi lelaki yang mempunyai latar belakang yang berbeza, iaitu Serunding, Arjuna dan Dahlan. Gadis yang menjadi rebutan empat orang lelaki ini ialah Rosefatimah yang tinggal dengan Mak Su beliau dan juga seorang pembantu rumah. Kehidupan yang mewah dan dimanjakan denga penuh kasih sayang membuatkan Rosefatimah melalui pelbagai keadaan yang merumitkan untuk memilih pilihan yang paling baik buat dirinya. Siapakah yang akan menjadi pilihan Rosefatimah akhirnya?
Pelakon:
Rosefatimah: Izlaily (pernah dipegang oleh Kak Adek, Ida dan Edlin AF2)

Ahmadin Ahmad: Rizky (pernah dipegang oleh Aulia)

Manoo Karim: Yufazli Yusof (pernah dipegang oleh Rajan)

Che Kiah: Ayu

Serunding: Bob (Pisang)

Dahlan: Haris

Arjuna: Redziz a.k.a. Kasawari (pernah dipegang oleh Matmer)

Mak Su: Yuhana (pernah dipegang oleh Linda)

Mek: Laili (pernah dipegang oleh Lang dan Nort [dulu watak Siti])

So’ot: Nazrin (pernah dipegang oleh Meon [dulu watak Meon])
Produksi:
Pengurus Pentas: Pejal
Set & Props: Nazrin
Tatarias & Tatabusana: Syam dan Laili
Audio & Lampu: Mimi
Pemuzik: Bob (Pisang) dan Haris
Tugas-Tugas Khas: Maya
Jadi, kepada warga Singapura (termasuk Gong Li), datangla beramai-ramai ke pementasan kami. Sedikit perubahan mengenai jadual persembahan kami (tidak seperti dipaparkan di poster di atas).
Tarikh: 30 November 2008
Masa: sekitar tengahari (belum diputuskan oleh penganjur)
Tempat: Woodlands Library Hall, Singapura
Jadi, doakan pementasan kami berlangsung dengan jayanya yer... :)

18 November, 2008

CORAT-CORET KTR di PALACE


Bueno semua...

Entry kali ini sekadar santai-santai dan serba sedikit pengalaman anak-anak Rimba membuat persembahan undangan di Hotel Palace Of The Golden Horses pada 07 November 2008 lalu.

1. Sketsa "Mengatasi Stress di Tempat Kerja" (yang skema tu!) ini ditulis dan diarahkan oleh Saudara Haikal (budak poyo tu! hehe...) dan dilakonkan oleh Ecah The Emo Gurl, Lan Celak, Naz Pungguk, TENGKU Yang Berjiwa Rakyat, Azirin Si Adik Safwan, Mimi Batman dan Haikal Yang Poyo sendiri (mencapap tol!). Produksi terdiri daripada Syam Si Mama Badak, Pejal Belangkas Sepet dan Tahir Si Adik Celak. FYI, produksi ini dihadkan kepada 10 orang sahaja.

2. Bas dari UKM bertolak pukul 3 p.m. di depan FSSK. Paling menyerlah pada hari itu adalah Syam yang dressed up ala-ala kaki pancing dengan kotak make-up di tangan kanan, beg besar di tangan kiri dan topi ala-ala mini cowboy di kepala. Nasib baik joran tak bawak! hehe.. Maaf ya Syam...

3. Perjalanan sekejap jer sebab Palace tu kan dekat je. Macam Kolej Dato' Onn pergi ke Kolej Hussein Onn je... (merapu jer!) Sampai-sampai di pintu masuk Palace, kami disambut oleh pegawai FSSK macam anak-anak Raja datang nak pergi majlis tari-menari Cindarella. Mata kami 27% nak terkeluar akibat terbeliak dengan kejelitaan hotel itu...

4. Kami dibawa ke bilik persalinan/menunggu di bilik Conference 5. Sepanjang kami berada di sana, kami 'dihidangkan' dengan aromaterapi hotel yang berbau SERAI. Bersin je Kasawari all the time! Cantik jugak bilik conference tu dan sesuai untuk kami membongkangkan diri di sana sini. Tetapi, Kasawari sangka panas hingga ke petang, rupanya banjir di Sungai Rejang! Rupa-rupanya, anak-anak Rimba kena berkongsi tempat dengan Artisbudaya UKM yang datang lewat pada hari iteww... hurmm...

5. Pada lewat petang itu, kami dikehendaki untuk buat rehersal bersama kumpulan-kumpulan lain. Turn KTR adalah selepas tarian. Habis je rehersal kiteorang berlari-lari anak gajah jumbo untuk pergi makan. Unfortunately, makanan semua almost finished! Ada yang dah licin ala-ala Loreal Paris. Dalam hati kecil kami berkata, "Takkan satu pun 'dieorang' tak tinggalkan untuk kita? Dahla datang lambat!" Pahamkah anda kata-kata itu ditujukan kepada siapa? Shh... Dalam masa yang sama tercari-cari jugak si Syam. Erm, rupenyer dia dah jilat jari dah tanda kekenyangan! hahaha...

6. Selepas itu, kami pun bersiap-siap dengan mengenakan kostum, make up and so on. Si Celak paling lambat siap sebab asyik tengok "Fast & Furious" kat laptop adik Tahir dia tu. Huhu... Nasib baik Celak jenis cepat siap bak Flashman. Lepas tu, yang kelakarnya Si Celak dan Mimi pergi mencuri (actually pinjam jer!) pasu kecik di hotel itu untuk dijadikan props! Dahla 'curik' betul-betul depan CCTV. Nasib baik yang jaga CCTV tu tido or pergi kencing kot... Takde pape pun berlaku pastu! :)

7. Majlis Makan Malam FSSK pun bermula. Kiteorang terperap kat bilik je menunggu turn. Budak-budak tarian pulak keluar-masuk, keluar-masuk tukar pakaian masing-masing untuk next show. Cuma yang peliknya, bahagian pengurusan FSSK langsung tidak alertkan kiteorang about giliran kiteorang. Anak-anak Rimba sendiri yang kene ulang-alik jenguk majlis dan kene tanya banyak kali bilela turn kiteorang. Kejap cakap 10 mins lagi, kejap cakap setengah jam lagi. Jadi, kiteorang terus menunggu. Sambil-sambil menunggu, kiteorang dibenarkan oleh pihak pengurusan untuk tunggu di bilik VVIP. Wow!

8. Show kiteorang pun bermula lebih kurang 10.30 p.m. Mula-mula Kasawari nervous gakz kerana lama dah tak muncul di khalayak ramai selepas ARA tempoh hari. But, show must goes on! Kiteorang buat setermampu kami. Alhamdulillah! Respon penonton membuatkan kami bertambah bersemangat dan relax! Masa emcee announced and promoted our club and our achievements, tetamu semua cakap "Waaa..." hehe... Makinla semangat sebab ramai jugak yang kenal KTR rupenyer walaupun kami tahu yang kami ni amatur!

9. Habis je show kiteorang packing barang sebab majlis pun nak tamat. Kiteorang konon-konon expect nak makan kat majlis. TAPI, hampa kerana pihak pengurusan TIDAK sediakan langsung meja-meja atau makanan untuk kumpulan-kumpulan yang buat show! PATHETIC nyer!!! Sabar je la. Tapi, kami ok jer sebab lepas tu kiteorang plan lepak kat Azura jer... huhu... Yang paling penting, show BERJAYA!

10. Sebelum berangkat pulang, kami pergi bersalam-salaman dengan pihak pengurusan tanda terima kasih kami kepada mereka atas undangan yang kire berharga (macam Habib Jewel) ini sambil-sambil menghulurkan our biz card kat dieorang. Pihak pengurusan cakap DEKAN FSSK dan jugak TNC amat enjoyed dan suka persembahan kami. Dan pihak pengurusan janji nak ambik KTR lagi untuk next function dan menjanjikan stage yang lagi besar. Maklumat lanjut, tanyalah Saudari Ecah ek... huhu...

11. Beberapa hari lepas itu, KTR mendapat bayaran hasil show kiteorang. Amat puas hati kerana pihak pengurusan bayar DOUBLE kerana mereka cakap we did a great job seperti yang dijanjikan! Itulah yang paling penting bagi kami, KEPUASAN & PENGALAMAN! Bukanlah wang semata-mata! (cheh...) Terima kasih yang tak terhingga kepada FSSK kerana mengundang kami dan juga terima kasih sayang kepada Ecah kerana jadi platform untuk kiteorang atas pengalaman bernilai ini.

12. Baru-baru ini Kasawari dan Syam pergi print something kat sebuah kedai fotostat kat simpang KTM UKM. Adala seorang mamat yang tidak dikenali dengan seorang kawannya datang dan borak-borak ngan makcik amoi kat kedai tu pasal nak tempah buat cop. Masa Kasawari dan Syam melangkah keluar kedai, tetiba mamat tu tegur Kasawari dan cakap, "EH! Pelakon FSSK la!" Erk? Terkezut beruk Kasawari. Hahaha... Rupenyer masih ada yang ingat cerita dan pelakon KTR di Palace aritu. Tak sangka ada 'peminat' recognize. Hahaha.. Berangan!

13. Apepun inilah sebilangan kecil daripada ambar-gambar kiteorang di sana. Unfortunately, gambar masa show takde dari wakil KTR yang amik. Boleh pulak terlupa... Hehe...

17 November, 2008

JALAN MATI

Salamz...

Sabtu lepas (15/11/2008) kawan kepada Kasawari secara unplanned nyer ajak Kasawari pergi menonton teater di KLPac. Tanpa banyak tanya, Kasawari just said yes and we went there. Masa dalam perjalanan, Kasawari mengagak mesti pementasan teater bahasa Inggeris kerana al-maklumlah KLPac terkenal dengan teater yang berunsurkan bahasa Inggeris. Biasala, Akak Faridah Merican kan tuan empunya tempat kan?


Sampai je di sana, Kasawari memang tergamam giler b**i once i looked at the place. Moden, sofistikated, cantik, tenang, unik dan macam-macam lagi la Kasawari bayangkan dalam otak. Bagi sesiapa yang pernah sampai di sana, pastinya paham dengan maksud Kasawari. Alangkah best nyer kalau Panggung Seni macam tu... Ops! By the way, setelah menjejakkan kaki di sana, kiteorang pergi la beli tiket. Pembelian tiket menggunakan method sumbangan melalui minimum RM 10. Dan yang agak surprise nyer, rupenyer pementasan pada malam itu adalah dalam bahasa Melayu! Dalam masa yang sama, Kasawari sempat ternampak beberapa individu yang sedang berlatih dialog dengan rakan masing-masing. Bagus kerana ada inisiatif pocket training sendiri. Cuma yang Kasawari pelik dan agak kurang selesa sedikit apabila no boundaries yang terlampau KLPac ni antara lelaki dan perempuan, meaning orang Melayu sendiri berlaga pipi dan berpelukan apabila greet each other. Rasa syukur kerana budaya KTR tidak 'seterlampau' itu. Golongan wanita yang merokok di sana sini bukanlah perkara aneh di sana.


Naskhah berjudul "JALAN MATI" adalah terjemahan daripada naskhah Perancis "NO EXIT" oleh Jean Paul Sarte dan diterjemahkan oleh Yusman Mokhtar. Cerita ini mengisahkan tiga 'individu' yang telah meninggal dunia dikurung di sebuah bilik di neraka sementara menunggu untuk dipindahkan ke bilik seksaan. Maksudnya, ketiga-tiga orang ini pernah buat jahat la masa hidup di bumi dahulu. Watak-watak terdiri daripada seorang lelaki yang telah mati ditembak sebanyak 12 das tembakan kerana anti-peperangan, seorang wanita yang pernah hidup tanpa perikemanusiaan dan juga merangkap seorang lesbian, seorang wanita kaya yang curang dengan suaminya dan watak seorang lelaki 'bell boy' di neraka. Mereka membincangkan bagaimana dan mengapa mereka boleh 'sampai' ke neraka dan mengimbau kembali apa yang telah mereka lakukan semasa hayat mereka.


Cara garapan pelakon-pelakon ni Kasawari boleh katakan agak baik, terutama watak lelaki yang kene tembak tu dan juga watak kak lesbian tu. Mereka berdua sangat menghayati watak dengan baik dan membuatkan penonton tidak bosan kerana bagi sesiapa yang tersasar sikit tengok cerita ini akan mulai tidak memahami apa yang akan berlaku seterusnya. Watak wanita kaya sebenarnya agak baik, tetapi pengucapan bahasa Melayunya terlalu 'slang' Inggeris. When i asked my fwen about her, my fwen cakap that girl memang TAK berapa nak tahu cakap Melayu walaupun dia adalah MALAY! hurmm...


Back to the play, dekorasi pentas menggambarkan sebuah bilik ala-ala bilik tahanan di neraka. Cukup simple dengan susunan kerusi bangku dan sofa serta berlantaikan kayu seperti rumah-rumah di kampung dan juga satu bingkai pintu untuk keluar masuk pelakon. Tempat pementasan seakan-akan berada di dalam studio. Kerusi-kerusi penonton disusun secara semi bulatan mengelilingi pentas. Dari segi lampu pulakz, tiada 'face light' digunakan sepenuhnya hingga adakalanya tak nampak wajah-wajah pelakon ketika beraksi. Yang Kasawari kagumi adalah pancaran lampu diletakkan di bawah lantai kayu tadi dan menghasilkan effect seperti berada betul-betul di kawasan neraka. Dari segi kostum adalah biasa-biasa saja dan make up pulak memang sesuai dengan cerita. Wajah para pelakon disapukan dengan something macam 'vaseline' supaya mereka sentiasa dilihat dalam keadaan panas dan berpeluh (maklumla kat neraka, wat do u expect?). Audio tidak banyak digunakan dan membuatkan pementasan agak 'sepi' dan apabila digunakan, audio terlalu perlahan.


Terdapat jugak adegan PANAS seperti adegan wanita lesbian itu cuba menggoda wanita kaya serta adegan lelaki yang ditembak itu melakukan 'romance' dengan wanita kaya itu dengan beraninya dan berjaya 'mengghairahkan' penonton. When i asked my fwen again, dia cakap memang in real life pemegang watak lelaki dan wanita kaya itu adalah sepasang couple. No wonder la! Erm... Agak terbuka jugak pendekatan dieorang ni. Sekali lagi, maklumla Faridah Merican punya tempat. Haha... Terfikir jugak kalau watak dua merpati ni diberikan kepada couple-couple di KTR jika KTR pentaskan naskhah ini. Huhu... Siapa nak? Angkat bulu hidung! :)


Overall, the play was quite good for me. Tidak sia-sia jugak follow my fwen there kerana this was antara pengalaman baru Kasawari dalam pendedahan teater. Teringin jugak nak mintak naskhah tu kat sana sebagai rujukan KTR. Anyway, show ini adalah sempena T4YP (Theater 4 Young People) SWEATSHOP 2008, maksudnya mengetengahkan karya-karya muda. Why not KTR should join for the next season kan? :)

Sedikit info about next English theater events:

1. CHITRA [19th-23rd Nov 08/8.30 p.m./Pentas 2 KLPac/RM25&RM10(students)]

2. BOTTOM TOP [27th-29th Nov 08/8.30 p.m./Pentas 2 KLPac/RM25&RM15(students)]

3. GEMUK GIRLS [4th-7th Dec 08/8.30 p.m./Pentas 2 KLPac/RM35&RM20(students)]

p/s: KTRianz, let's explore English theater lakz!

14 November, 2008

Teater MAKUM 09 : Naskhah oh Naskhah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada penggiat seni teater universiti seluruh Malaysia pastinya sudah tertunggu-tunggu bila tarikhnya Festival Teater MAKUM akan berlangsung lagi. Kepada peserta yang sudah bersedia dengan lebih awal sudah tentunya sedang atau sudah menetapkan naskhah yang ingin dibawa, bukan? Kepada yang belum, mungkin masih tercari-cari skrip yang sesuai untuk dipentaskan dan mesti sibuk memikirkan bagaimana untuk muncul sebagai juara atau sekurang-kurangnya top 3 untuk festival tersebut.

Selama mengikuti festival ini selama 4 tahun, penulis masih tidak dapat menjawab satu fenomena yang sering dibincangkan oleh kalangan ahli KTR iaitu, nak pilih skrip ni kena ikut kemampuan dan kreativiti peserta atau nak ikut latar belakang juri? Bukan nak membongkar rahsia KTR tapi bagi penulis, faktor kemenangan KTR di beberapa festival teater sebelum ini antaranya adalah memilih skrip berdasarkan genre yang disukai oleh juri. Atau dalam kata mudahnya, KTR pandai 'mengorat' juri. Antaranya teater Perkahwinan (2005), Teruna In Love (FTS 2006), dan Titik-Titik Hitam (MAKUM dan FTS). Semuanya kerana juri sukakan naskhah yang berat, drama, ada menari-menari, ada unsur kebangsawanan dan pelbagai elemen lagi. Dan lihat saja apa yang berlaku pada Teruna In Love dan Ara di festival MAKUM, disebabkan ada juri tak faham absurd dan cenderung ke arah drama berat, dua produksi ini jatuh terjelopok , tergolek do' (orang Kedah cakap) jatuh pada kedua-dua festival yang disertai sedangkan tuntutan prinsip pementasan teater dipenuhi dengan sebaiknya.

Sebagai bekas pengarah Ara, penulis menerima kekalahan teruk di MAKUM 08 pada awal tahun ini. Cuma apa yang penulis kurang faham adalah mengapa? Tuntutan seperti kepelbagaian dan penghayatan watak pemain telah dipenuhi, rekabentuk produksi memang bagi penulis antara yang tersusah dan terbaik pernah dihasilkan sepanjang penulis berada dalam KTR, manipulasi teknikal seperti muzik, ambient dan lighting juga telah dipenuhi. Maka, apa lagi yang kurang? Akhirnya, penulis menyimpulkan kekalahan tersebut adalah kerana ia adalah sebuah naskhah komedi. Di Malaysia ni, komedi disinonimkan dengan lawak Senario walaupun komedi yang ditampilkan adalah sinis dan penuh sindiran. Jadi mungkin juri mentafsirkan 'Ara' sebagai antara 'lawak-lawak Senario' yang tak layak memperoleh apa-apa anugerah tinggi, waima anugerah pelakon harapan sekalipun. Hanya dengan memandang perkara itu, kesempurnaan bahagian produksi yang lain turut dibuat-buat tak nampak.

Bagi penulis, juri tidak boleh menilai suatu persembahan berdasarkan minat diri sendiri. Kalau ini berlaku (memang dah berlaku), bagaimana dengan kumpulan lain yang hanya mampu membawa satu naskhah yang genrenya bukan menjadi minat atau latar belakang kesenian para juri? Harus diingat, kekangan modal insan dan kos merupakan masalah utama dalam kumpulan-kumpulan teater. Maka adili sebuah teater tersebut berdasarkan teater tersebut. Usahlah cenderung kepada apa yang diminati oleh juri sahaja. Tak kisahlah teater itu komedi, drama berat, atau lain-lain, adililah ia secara sepatutnya. Dah nama komedi, perlulah ada rasa komedi dan humor. Kalau drama berat, perlulah ada rasa ketegangannya. Takkanlah dalam drama yang babak tengah gaduh-gaduh pun tiba-tiba nak buat lawak? Dan takkanlah sebuah komedi tiba-tiba nak ada menangis? Cuma penulis sedar kesilapan penulis semasa mengarah Ara setelah menonton filem CJ7. Kepada yang menonton filem itu mesti teringat lagi bagaimana Stephen Chow meletakkan adegan sedih yang begitu menyentap perasaan di tengah-tengah komedi filem itu.

Jadi, kepada penggiat seni teater universiti lain (terutamanya dikhaskan kepada yang tak ada fakulti kesenian sebab yang ada fakulti and course teater ni mereka lagi pandai), berhati-hatilah dalam memilih skrip. Carilah skrip yang memenuhi 3 perkara (ni teori penulis je) iaitu :

1) Watak yang kuat
2) Ada unsur manipulasi teknikal (lighting, audio, set,)
3) Boleh mempelbagaikan rekabentuk produksi (kostum, makeup, dll)

Dan kepada pengarah, pilih satu konsep yang sesuai dengan naskhah dan peganglah konsep itu sepanjang produksi dan paling paling penting, jangan syok sendiri, hahaha. Sebagai contoh, kepada yang pernah menonton Titik-Titik Hitam, boleh saja pengarah membina konsep teater itu berbentuk realis dan latar tempatnya adalah rumah seorang Melayu yang menetap di Amerika Syarikat dan latar masanya adalah sekita era 80-an. Maka, produksi set, makeup, kostum dan lain-lain boleh menyerlahkan kreativiti mereka berdasarkan konsep itu. Apa-apa pun lakukan penyelidikan menyeluruh supaya tidak ada siapa akan mengatakan hasil anda adalah plagiat. Itu perkara paling penting.

Semoga berjumpa lagi semasa festival tersebut berlangsung dan mengharapkan persembahan yang lebih mantap daripada semua universiti yang bertanding berbanding dengan festival yang lepas. Selamat bertanding.

p/s: sekiranya juri masih lagi orang yang sama, penulis masih tetap dengan 'pendirian' itu.

10 November, 2008

Galeri Dah Ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm...good news for all KTR's followers! Sekarang galeri koleksi-koleksi gambar KTR telah pun siap diwujudkan. Maka, ringan-ringankanlah tangan untuk menggerakkan pointer di monitor anda dengan menggunakan tetikus komputer (bukan eddy ok!) ke link yang terdapat di sebelah kanan ini. Sebenarnya, galeri tu merupakan satu blog page baru tapi khas untuk gambar-gambar saja.

Memandangkan ianya pun baru, maka tak banyak gambar yang ada lagi. Tunggula sikit masa ye. Yang menguruskannya pun manusia jugak. Banyak kerja lain nak dibuat. Apa-apaun enjoy yourself! Sekian terima kasih.

Wassalam.

04 November, 2008

TEATER RIMBA @ PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Salamz, Kelab Teater Rimba telah dijemput untuk mengadakan persembahan di sebuah hotel terkemuka di Malaysia yang juga digelar sebagai " Asia's Most Extraordinary Hotel ".

Butir-butir:

Acara: Malam Mesra FSSK 2008-Warna Warna Gemilang
Tarikh: 07 November 2008 (Jumaat)
Masa: 8:00 malam (show dianggarkan pada pukul 10:00 malam)
Tempat: Hotel Palace Of The Golden Horses (Mines Resort City)
Anjuran: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM (FSSK)

Pada malam itu, Kelab Teater Rimba diberikan tugas oleh FSSK untuk membuat satu persembahan berbentuk sketsa yang berkaitan dengan stress di tempat kerja (skemanyerr). Seperti biasa, tugas diberikan kepada saudara Haikal untuk membuat skrip dan terus memilih pelakon untuk menjayakan sketsa tersebut. Tajuk sketsa yang diberikan oleh fakulti tersebut ialah: " Menangani Stress di Tempat Kerja " (lagi skema, huhu...). Bagi mengelakkan terlalu skema, Kelab Teater Rimba akan melakonkan sketsa tersebut secara santai dan lawak jenaka.

Corat-coret:

1. Undangan ini berlangsung pada minggu peperiksaan final. Nasib baik majoriti anak-anak Rimba free pada masa tu. (tak sempat la nak tengok Anugerah Skrin, huhu...)

2. Saudari Ecah secara tak langsungnyer jadi Ketua Projek sebab die berurusan terus dengan pensyarah dia. Terserlah jugakla stress dan emo die kebelakangan ni. Ops! Apepun thanx Ecah! Kerana kau kite berpeluang jejak kaki ke Palace ni. :)

3. 02 November lepas merupakan hari raptai majlis di FSSK. Yang peliknya Teater Rimba 'disiplin' datang awal, tapi raptai macam tak raptai jer sebab HANYA Teater Rimba yang datang untuk raptai persembahan tersebut. Terfikir pulak, 'terer' nyer grup lain tak payah raptai, on the spot masa hari show nanti. Hurmm... (sambil menggaru janggut)

4. Show ini merupakan show berbayar. Dengar-dengar pengurusan cakap kalau Teater Rimba berjaya menarik perhatian penonton, bayaran akan di'UP'kan double! Wow! Ape lagi guyz, let's do our very BEST!

5. Teater Rimba dah kire setaraf Dato' Siti Nurhaliza dan Anita Sarawak (aik! belom Dato' lagi???) sebab berjaya membuat persembahan di hotel paling banyak bintang di Malaysia ni... Hahaha... berangan je Kasawari ni.

6. Harus diingatkan bahawa show ni tiada kaitan dengan perkahwinan Mawi-Ekin. Dieorang lambat lagi. Hehehe...

p/s: Apepun, doakan kejayaan anak-anak Rimba nanti (walaupun sketsa jer, kami TAK memilih) di sana. Semoga show kali ni dapat membuka lebih banyak peluang kepada Kelab Teater Rimba di dunia luar pada masa mendatang.

31 October, 2008

PENCALONAN MALAM ANUGERAH SENI 2008 DIBUKA SEKARANG

Assalamualaikum w.b.t.

Majlis Jamuan Makan Malam, "Malam Anugerah Seni 2008" (MAS08) akan diadakan pada semester depan. Butir:

Tarikh: 09 Januari 2009
Masa: 8:00 p.m.
Tempat: DECTAR, UKM
Tema Pakaian: Hitam, Putih dan Merah
Anjuran: Kumpulan Aadyamatra ARTISUKMA

Seperti tahun-tahun yang lalu, tujuan MAS ini diadakan adalah untuk mengiktiraf pelajar-pelajar UKM yang menyumbang ke arah kesenian dan kebudayaan kampus dan juga di luar kampus. Pelbagai kategori akan dicalonkan berdasarkan projek-projek yang pernah dianjurkan oleh kelab-kelab kesenian di UKM sepanjang tahun ini.

Bagi sesiapa, khasnya anak-anak Rimba yang ingin mencalonkan diri, sila dapatkan borang daripada Kasawari dengan kadar yang segera, termasuklah anugerah untuk jurulatih. Tahun ini kita bakal saksikan kelab manakah yang akan dinobatkan sebagai Kelab Teraktif dan siapakah yang akan mendapat Anugerah Mahasiswa/i Seni 2008... Tunggu...

Tempahan tiket boleh didapati darpada Kasawari jugak. Tiket bernilai RM 20 dan terhad kepada 20 orang setakat ini. Maybe ada perubahan.

Apepun, jangan lupa calonkan diri sendiri k... hehe...

30 October, 2008

Teater "Perkahwinan"....sekali lagi

Tanggal 29hb Oktober 2008 iaitu sebentar tadi, secara rasmilah kiranya KTR bakal mementaskan sekali lagi naskhah Perkahwinan karya Nikolai Gogol, adaptasi oleh KTR sendiri. Setelah kali terakhir ia dipersembahkan di khalayak umum di Panggung Sari, Istana Budaya pada 16-18 Februari 2007 yang lalu, maka kali ini ia bakal dipertontonkan di khalayak umum di negara jiran iaitu Singapura insya Allah pada hujung November kelak. Pernah dulu kebanyakan ahli KTR mengatakan bahawa pementasan Perkahwinan di Istana Budaya itu bakal menjadi yang terakhir dan selepas itu KTR sudah tidak mahu membawanya lagi, namun sekiranya produk itu berkualiti, ia tetap akan menjadi permintaan kepada mereka yang suka kepadanya. Itu harus dikatakan sebagai lumrah dan hakikat yang perlu diterima.

Secara kronologinya, naskhah ini pertama kali dipentaskan di Panggung Seni pada tahun 2004 sempena Festival Teater Melayu ASEAN (FESTEMA) yang dimainkan oleh kumpulan teater daripada Universitas Indonesia (UI). Seterusnya, KTR telah mengadaptasikan naskhah ini untuk dibawa ke Festival Teater MAKUM 2004 dan mendapat anugerah pelakon pembantu lelaki, pelakon harapan wanita, anugerah tata muzik terbaik dan memperoleh tempat ke-2 keseluruhan dalam festival tersebut. Seterusnya, pihak Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor menjemput KTR untuk mementaskan sekali lagi naskhah yang sama sempena Program Teater Keliling Negeri Selangor pada tahun 2005. Persembahan berlangsung dengan jayanya selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 Jun 2005 di Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam. Persembahan ini turut dikritik hebat oleh aktivis teater terkenal tanahair, Khalid Salleh dalam ruangan Nafas Teaterikal (Berita Harian).


("Perkahwinan" di Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam)

Seterusnya, KTR terus membawakan karya Nikolai Gogol ini ke Indonesia atau lebih spesifik lagi di Universitas Indonesia pada 16-21 November 2005 sempena program Interaksi Kebudayaan UI - UKM. Teater ini kemudiannya kembali ke UKM untuk dipentaskan khas kepada warga UKM. Dengan menjemput Edlin (peserta AF2) sebagai pelakon jemputan, tarikh 11 dan 12 Mac 2006 menyaksikan setiap pelosok Panggung Seni dipenuhi penonton yang rata-ratanya warga kampus dan penduduk tempatan. Persembahan ini juga turut mendapat liputan oleh akhbar Berita Harian.


("Perkahwinan" di Universitas Indonesia)


("Perkahwinan" di Panggung Seni, UKM)

Rezeki KTR terus datang mencurah melalui teater ini. Kali ini, pihak Taman Ismail Marzuki, Jakarta, Indonesia menjemput KTR untuk mementaskan teater komedi romantis ini bagi tatapan peminat dan aktivis teater di Indonesia. Peristiwa ini amat bersejarah dan satu penghormatan buat negara Malaysia setelah berbelas-belas tahun lamanya, tiada satu kumpulan teater dari Malaysia membuat persembahan di ruang pentas tersohor di Indonesia itu. Teater Perkahwinan oleh KTR menemui penonton pada 8 dan 9 Jun 2006, juga mendapat liputan meluas dan komen menggalakkan daripada akhbar-akhbar tempatan di Indonesia.


("Perkahwinan" di Taman Ismail Marzuki, Indonesia)

Setelah berusaha keras selama beberapa ketika, akhirnya KTR dengan naskhah popularnya ini, berjaya memasuki ruangan pentas Istana Budaya, KL untuk dipersembahkan kepada peminat teater di Malaysia. Panggung Sari menjadi tempat berlangsungnya persembahan teater Perkahwinan selama 3 hari berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya. Sambutan yang diberikan juga amat menggalakkan.


("Perkahwinan" di Panggung Sari, Istana Budaya)

Masa berlalu. Setelah berakhirnya pementasan di Istana Budaya itu, KTR terus membawakan naskhah-naskhah lain dalam pementasan seperti Titik-Titik Hitam (Nasjah Djamin), Orang Kasar (Anton Chekov), Dhemit a.k.a Ara (Heru Kesawa), dan yang terbaru adalah naskhah Peminangan adaptasi dari Anton Chekov iaitu Peminangan (The Marriage Proposal a.k.a The Proposal). Dan kini, teater Perkahwinan bakal dipersembahkan sekali lagi di kota singa pada penghujung November ini. Maka, kepada ahli KTR yang terlibat di dalam produksi kali ini, mulalah untuk bekerja keras bagi memastikan bukan setakat nama UKM dan KTR sahaja dapat diharumkan, malah jadikanlah nama negara Malaysia, tempat tumpah darah ini turut mekar di negeri orang. Kita bukanlah mereka yang berjuang demi negara dengan mengangkat senjata namun kita dapat melakukannya melalui teater. Kepada peminat teater tanah air, sama-samalah berdoa agar kami dapat melakukan yang terbaik pada sejarah yang bakal ditempa nanti.

p/s : aku selalu palu gendang je dalam teater ni.

26 October, 2008

Takziah dan Happy Diwali

Semalam, waktu aku sedang menjadi nakhoda kepada bahtera mimpi, aku dikejutkan dengan sms dari en. rajan. Sms yang berbunyi lebih kurang macam ni, "Aku nk gi bagi kunci umah ko. Bila aku turun dari umah, kete aku xde. " dan satu lg sms berbunyi, "kete aku hilang, siot...". Aku mulanya memang tak percaya disebabkan wujudnya perkataan 'siot' dalam sms rajan ni. Nampak macam memain je. But, lepas memikirkan apa halnya mamat ni nak buat lawak sms tengahari buta macam ni, aku pun memang mempercayai kata-kata rajan nih.


(walaupun rajan semalam nampak biasa je, namun adakah hatinya sedang meraung seperti gambar di atas akibat kehilangan keretanya? Siapa tahu kan?)

Maka, aku dengan budak-budak KTR yang rapat dengan rajan ni akan merinduilah Kancil Silver bernombor plat CBW 4112 dia lepas ni. Takpelah rajan. Dah nasib, nak buat macam mana kan? Dari pihak aku, aku ucapkan takziah atas nasib malang kau tu dan takziah kepada diri aku juga sebab kehilangan kunci rumah aku kat Seremban tu. Nasib baik ada duplicate dekat parent kak ipar aku kat Senawang, kalau tak jenuh juga aku nak beli gergaji besi, nak gi kopak solex kat rumah aku tu. Karang tak pasal-pasal aku kena tangkap sebab nak pecah masuk rumah sendiri.

Maka, sambutan deepavali en. rajan tahun ini mungkin akan menjadi yang paling diingati sehingga bila-bila akibat daripada kejadian ni. Memang celaka betul la orang yang curi kereta tu. Kawan nak balik kampung nak sambut raya dengan family, kau curi pulak kereta dia. Tapi, kebaikannya, at last dapat juga la si rajan ni bakal merasa kereta baru kan? Apa-apa je la rajan. So, apa-apa pun, takziah dan last but not least, selamat menyambut deepavali bersama keluarga kau. Jangan kau kena sekeh dengan mak kau bila balik rumah nanti dah la... Insya Allah, kalau boboy jadi pergi rumah kau dan aku tak ada apa-apa hal, aku join sekali.


(Adakah rajan akan membelasah orang yang mencuri keretanya sebegini sekiranya terjumpa? Sekadar gambar hiasan...)

13 October, 2008

Tahniah & Selamat Pengantin Baru

Terlebih dahulu Kasawari secara peribadi dan sekali gus mewakili pihak Kelab Teater Rimba ARTISUKMA ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ayahanda Bung Diani (Kancil) atas pernikahan beliau dengan Kak Lena di Jakarta, Indonesia pada 12 Oktober 2008. Akhirnya doa Bung sendiri, anak-anak Rimba serta teman-teman dimakbulkan oleh Allah s.w.t. kerana Bung telah pun bertemu dengan jodohnya. Alhamdulillah...

Wah! Bukan calang-calang wanita yang bertakhta di hati Bung Kancil ni. Memang sweet couple dan sepadan. Majlis pernikahan pun boleh dikatakan begitu istimewa kerana dilangsungkan di negara jiran, Indonesia. Kalah artis-artis Malaysia kahwin. Pasti meriah majlis tersebut dengan kehadiran teman-teman Bung dari Indonesia, Malaysia (siap bawak rombongan!), Singapura dan sebagainya lah. Bagi pihak anak-anak Rimba yang tidak dapat menghadirkan diri di majlis perkahwinan Bung di sana, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf kerana banyak urusan yang perlu kami lakukan. Bagi rombongan yang pergi tu pasti enjoy giler kat sana, di samping bertuah melihat dengan mata kepala sendiri Raja Sehari yang begitu istimewa di hati kami. Pasti Bung kelihatan segak bak Pahlawan dan Kak Lena jelita bak Sang Bidadari. Cemburunya...

Kiranya zaman pemerintahan Kasawari ni boleh Kasawari banggakan sedikit kerana pada pemerintahan Kasawari lah Bung naik pelamin setelah pertanyaan "Bile Bung nak kahwin ni?" diajukan sejak lebih sedekad lalu. Chewah! Bukan niat nak berlagak ek.. hehe.. Saje je... Ape pun, kami di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan Bung Kancil bersama isteri tersayang, Kak Lena hingga ke akhir hayat mereka. Amin...

p/s: tak sabar nak tunggu cerita-cerita best dan gambar-gambar perkahwinan Bung di sana daripada teman-teman yang pergi. Tertanya-tanya jugak kat mana destinasi cinta bulan madu ek? hehe.. Tunggu...

07 October, 2008

Salam Lebaran Rimba

Assalamualaikum W.B.T.

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam, terutamanya warga Rimba yang tersayang. Tangan dihulur, seribu kemaafan dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya Kasawari pernah berlaku khilaf dengan kalian semua. Kasawari juga memohon ampun dan maaf bagi pihak KELAB TEATER RIMBA ARTISUKMA sekiranya kami juga pernah melakukan kesilapan secara langsung atau tidak langsung. Semoga lebaran kali ini membawa seribu makna dan memperbaiki lagi hubungan sesama kita. Semoga Syawal kali ini juga menginsafkan kita daripada terus melakukan kesilapan pada masa hadapan. Jadikan bulan yang mulia ini sebagai satu titik permulaan yang baru dalam perjalanan hidup anak-anak Rimba.

Jutaan terima kasih juga diberikan kepada semua yang telah meng'wish'kan dan menghantar kad-kad raya yang tak terkira banyaknya daripada teman-teman sama ada di Malaysia, Singapura mahupun Indonesia. Kami amatlah menghargainya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

p/s: menanti saat Bung Kancil bergelar seorang SUAMI... :)

21 September, 2008

07 September, 2008

RIMBA di bulan RAMADHAN (UPDATED)

KELAB TEATER RIMBA ARTISUKMA akan mengadakan acara tahunan: "MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KTR".
Maklumat seperti yang tertera di bawah.

TARIKH:13.9.2008
HARI :SABTU
TEMPAT:BILIK KELAB, PANGGUNG SENI UKM
MASA : 6 PTG-10.30 MLM
PAKAIAN:BAJU MELAYU/BATIK (LELAKI) BAJU KURUNG (PEREMPUAN)


ATURCARA

6.00 PTG:KEHADIRAN AHLI KELAB DAN ALUMNI
6.45 PTG:KETIBAAN VIP
7.20 MLM:MAJLIS BERBUKA PUASA
7.45 MLM:SEMBAHYANG MAGHRIB
8.00 MLM:BACAAN YAASIN DAN TAHLIL
8.30 MLM:SEMBAHYANG ISYAK DAN TARAWIKH
10.00 MLM:JAMUAN RINGAN
10.30 MLM:MAJLIS BERSURAI


Semua ahli dan alumni kelab dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Semoga majlis diberkati Allah s.w.t. dan ikatan persaudaraan semakin erat terjalin.

AMIN.

p/s: tempat telah ditukarkan ke Bilik Kelab, bukan di Anjung Seni.

04 August, 2008

My Review on FTU

First and foremost, sumpit nak apologize sbb lmbat post blog for FTU ni. Agak busy lately. Teaching is a full day job actually, walaupun after office hours.



Anyway, back to the topic. Sumpit memang tak sempat menonton ke semua show dari kolej2 yg bertanding. Yang Sumpit sempat tgk juz pementasan pada hari Sabtu dan Ahad je. So if nak komen terlebeh2 pun tak fairlah agaknya. But still, I think I need to blurt out a few things that I feel should be given consideration.



The good things first. Sumpit rase FTU kali ni ada peningkatan dari yg lepas. Masa tu banyak kolej2 yg mengambil bahagian masih x berapa sure tentang benda2 mcm konsep, olahan skrip dsbnye. Tapi kali ni lebih baik dari segi tu, mungkin ada lebih banyak penglibatan drp rakan2 yg mempunyai banyak pengetahuan dlm bidang teater. This is something good, I think. Ada jugak yg made the brave attempt to do absurd e.g. Kolej Aminuddin Baki yg mementaskan Aku Yang Sepi (or was it Dia Yng Sepi, x bpe ingat). Dlm pementasan naskhah absurd, yg penting adalah pemahaman. Maksudnye di sini, semua yg terlibat dgn pementasan perlu faham cerita naskhah tersebut, dari pengarah hinggalah ke AJK Tugas2 Khas (kalau ada...). Kerana apabila semua yg mementaskan faham, barulah yg menonton pementasan akan faham cerita yg nak disampaikan. Bile pengarah sendiri atau pelakon pun blur, maka penonton akan lebih blur dan juri pun akan zzzzzzzzzz.... Dalam absurd, spt yg semua sudah sedia maklum by now, lakonan perlu kuat dan tempo harus dijaga dgn baik supaya tak jadi meleret2 pengucapan dialog dsbnye. Dlm absurd, yang menakutkan itu tak semestinya berbentuk spt hantu atau pontianak yg mengilai2. Ia boleh apa saja, makanya disebut absurd. Adegan antara pasangan yg bercinta itu boleh saja ditafsirkan dlm bentuk lain yg lebih kreatif dan menarik, tak semestinya berada di taman bunga sahaja. Someone told me once that to perform the absurd, the director has to be the absurd.



Now, the bad. Walaupun mutu persembahan lebih baik bagi FTU kali ini, tapi Sumpit rasa adalah lebih baik jika persembahan itu satu pementasan asli yg dihasilkan oleh cetusan idea peserta2 sendiri dan bukannya menciplak idea dari pementasan yg pernah dipentaskan dahulu. Sumpit rasa this is not fair to other groups yg bersusah payah menghasilkan idea dan konsep mereka sendiri. Meminjam konsep atau beberapa idea dari cerita asal is okay I think because art is an uncertain commodity, it's difficult to make claims as to where an idea comes from. Tapi, benda2 lain spt lakonan dan blocking haruslah diolah sendiri oleh pengarah yg diberi tanggungjawab mengarah. Jgnlah sampai olah tubuh dan pengucapan pelakon pun hampir2 sama mcm yg asal. Tujuan diadakan pertandingan spt FTU ni is for students to express their creativity, so be creative.

Theatre is a reflection of life, and reflections can come in many forms.

30 July, 2008

FTU Review - DIA YANG SEPI (Kolej Aminuddin Baki)

DIA YANG SEPI, naskhah yang berbentuk absurd telah dipentaskan dengan beraninya oleh Teater Kolej Aminuddin Baki pada hari terakhir Festival Teater Universiti UKM 08. Secara jujurnya, naskhah ini amatlah berat dan memerlukan kajian yang mendalam terhadap skrip itu sendiri supaya mesej naskhah yang ingin disampaikan sampai kepada penonton yang menonton. Peranan pemain juga menjadi tunggak yang penting dalam menyampaikan mesej sebuah teater absurd, selain pemahaman dan pengolahan sang pengarah itu sendiri. Kasawari sendiri sebenarnya tidaklah begitu mahir dalam hal-hal yang berkaitan dengan teater berbentuk absurd ini. Rasanya saudari Sumpit telah pun mengulas lanjut mengenai naskhah seumpama ini di previous review.

Berbalik kepada point utama, DIA YANG SEPI ini mengisahkan ‘luahan’ seorang manusia yang berdepan dengan pelbagai bentuk kesepian dalam hidup yang tidak mengenal waktu dan tempat. Fikiran sering terganggu dengan godaan ‘kesepian’ itu sendiri yang sentiasa menghalang manusia daripada berkomunikasi dengan bentuk kehidupan dunia yang lain. Kesepian menyebabkan manusia (Watak 1) mampu hidup sempurna hanyalah dalam mimpi.

Kumpulan teater Kolej Aminuddin Baki ini merupakan satu-satunya kumpulan yang bertanding pada waktu pagi disebabkan oleh penyelarasan masa pertandingan pada hari terakhir yang melibatkan tiga kumpulan, termasuklah persembahan penutup (selingan) oleh Kelab Teater Rimba pada waktu malam. Jadi, masa bump in kumpulan ini adalah pada malam sebelumnya, iaitu sejurus selepas kumpulan teater dari Kolej Pendeta Za’ba melabuhkan tirai pementasan mereka. Biarpun kumpulan dari Kolej Aminuddin Baki ini tiba lewat sejam daripada masa bump in yang sepatutnya, kumpulan ini berjaya menyiapkan sebahagian besar set dan lampu pada malam itu juga. Latihan para pelakon juga sempat diadakan pada malam itu sehingga waktu yang pihak urusetia FTU tetapkan supaya durasi persiapan pertandingan adalah sama dan adil bagi semua kolej yang bertanding pada hari-hari sebelumnya. So far, kolej ini tidaklah mendatangkan sebarang bentuk masalah sepanjang melakukan persiapan kumpulan mereka.

Show yang dijadualkan seawal 10 pagi tidaklah menjadi halangan kepada kumpulan ini untuk bertanding. Namun, kumpulan ini terpaksa menangguhkan waktu persembahan ke 10.15 pagi kerana ketiga-tiga juri gagal untuk tiba awal di Panggung Seni. Kasawari dan urusetia-urusetia yang lain agak cemas pada pagi itu, namun dalam masa yang sama Kasawari tergelak sendirian. Ingatkan para pelajar sahaja yang selalu bangun lambat, juri pun tiada bedanya. Manusia katakan… :)

Persembahan dimulakan dengan adegan monolog pendukung utama, iaitu Watak 1 yang dilakonkan oleh saudara Azirin (budak KTR jugak). Apabila Kasawari menontonnya, dalam hati Kasawari berkata, “not bad jugak si Azirin ni”. Maybe ilmu lakonan itu diperoleh semasa manjadi pelajar ko-kurikulum teater seni lakon pada semester lepas. Kiranya ada peningkatan dari segi mutu lakonan Azirin berbanding dengan pementasan semasa ujian praktikal lepas. Pelakon-pelakon lain banyak melibatkan watak-watak korus seperti waktu, angin dan sebagainya selain watak tiga orang pekerja yang berdiskusi dan menyindir tentang kehidupan di pejabat. Watak-watak korus kurang menyerlah kerana mereka masih memegang watak manusia atau ‘diri sendiri’, bukannya elemen-elemen yang diwakili. Dari segi vokal, hampir keseluruhan pemain tidak melontarkan vokal dengan betul dan adakalanya pemain ‘mengunyah’ ayat-ayat skrip. Kes terlupa skrip amatlah ketara, terutama semasa adegan tiga orang pekerja di pejabat berlangsung. Kesilapan ini sering kali dilakukan oleh watak pekerja wanita nerd sehingga dia mengulang skrip yang sama untuk beberapa kali tanpa ada usaha untuk improvisasi. Pelakon yang lain juga tidak ada inisiatif untuk menyelamatkan keadaan. Hal ini kemungkinan besar terjadi gara-gara pelakon terlalu terikat dan tidak blend dengan skrip. Watak bos lelaki pula berhadapan dengan banyak kelemahan seperti tidak membina connection dan chemistery dengan pelakon lain. Buktinya, dia sering berdialog di hadapan penonton dan langsung tidak respon dengan pelakon-pelakon lain. Seorang lagi watak wanita yang angkuh dan berpendirian tetap yang sering berdialog seolah-olah berpidato. Keseluruhan lakonan daripada kolej ini adalah bagi Kasawari agak lemah. Namun, Kasawari tidaklah menghukum kumpulan ini sewenang-wenangnya kerana Kasawari sangat mengerti bahawa mereka semua masih baru dan masih belajar dalam dunia teater ini. Sekurang-kurangnya kumpulan teater kolej ini berani mencuba dan bereksperimen.

Dari aspek teknikal, ternyata masih ada banyak lagi yang perlu diperbaiki, baik dari segi lampu, set, props dan sebagainya. Cuma Kasawari sedikit hairan dek tertanya-tanya mengapa teknikal daripada kumpulan ini masih lemah, sedangkan ada di antara ahli-ahli kumpulan ini merupakan krew teknikal UKM. Di manakah silapnya? Tetapi, keseluruhannya tidaklah begitu mengecewakan. Satu pujian harus diberikan kepada kumpulan teater ini kerana nampaknya mereka semua begitu bekerjasama dan bersatu antara satu sama lain seperti yang Kasawari lihat. Mereka sanggup mengorbankan waktu malam mereka untuk berlatih dan berproduksi, sedangkan mereka mengetahui bahawa pementasan mereka bakal berlangsung pada keesokan pagi. Syabas atas usaha kumpulan teater Aminuddin Baki ini.

Sekalung TAHNIAH juga diucapkan kepada saudara Azirin kerana berjaya menggondol anugerah PELAKON HARAPAN LELAKI pada kali ini. Kasawari dah sense something dengan lakonan budak ni. Ternyata sangkaan Kasawari tidak meleset. Kepada ahli-ahli kumpulan teater Kolej Aminuddin Baki, jangan berputus asa kerana masih banyak lagi yang korang perlu pelajari dan semoga you all berjaya pada FTU yang mendatang.






FTU Review - ANDAI (Kolej Pendeta Za'ba)

Festival Teater Universiti 2008 yang berlangsung baru-baru ini merupakan penyertaan kali kedua bagi Kolej Pendeta Za'ba setelah membuat kemunculan buat pertama kalinya pada tahun 2005. Al-maklumlah kolej yang terletak di lingkungan kedua ini merupakan 'kolej bongsu' di UKM. Setelah mementaskan teater berbentuk 'absurd' pada tiga tahun lepas, grup teater kolej ini mementaskan sebuah naskhah yang berjudul ANDAI.

Mendengar judul naskhah ini sahaja Kasawari sudah mengandaikan bahawa jalan ceritanya adalah seakan-akan sama dengan naskhah KALAULAH yang pernah dipentaskan oleh pelajar-pelajar ko-kurikulum seni lakon pada sesi terdahulu. Cerita berkaitan dengan kisah hidup beberapa individu yang hidup dalam kesempitan dari segi kewangan dan kerohanian serta terpaksa hidup merempat di jalanan yang hanya memperoleh 'rezeki' dengan meminta sedekah, memungut sisa-sisa makanan dan yang paling penting adalah terpaksa 'berangan' untuk memiliki sesuatu yang amat diingini tanpa berusaha ke arahnya. Kumpulan ini cuba memaparkan kisah hidup kanak-kanak kelas bawahan yang dipinggirkan keluarga dan masyarakat.

Walaupun masa bump in set telah 'dicuri' oleh kumpulan sebelumnya, namun grup teater dari Kolej Za'ba ini mampu mendirikan set dan menyelerakkan props yang ada dalam waktu yang singkat. Set yang bertulangkan susunan dinding dan berpropskan sampah sarap berjaya disiapkan beberapa jam sebelum bermulanya pertandingan. Biarpun terdengar mulut-mulut dengki yang mengatakan set dinding seperti dinding kartun la, macam cerita Arab la, set terburuk yang pernah dilihat la, apa la, namun kredit harus diberikan kepada grup ini kerana; pertama: bijak menggunakan bahan-bahan terpakai untuk dijadikan set dan props meskipun mengetahui kekangan bajet; kedua: majoriti ahli, terutama budak-budak set terdiri daripada kaum hawa (where are Za'ba guyz???); ketiga: keseluruhan ahli adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 1 (tak macam kolej-kolej lain yang ramai senior tolong); dan yang keempat: satu-satunya grup yang berjaya dan sempat membuat run-through teknikal PENUH! Syabas budak-budak Zon 2!


Show yang bermula tepat pada jam 9 malam ini berlangsung dengan agak slow pada awalnya dengan pengenalan watak-watak yang terdiri daripada kanak-kanak seorang demi seorang. Satu intro yang kurang 'menikam' dan membuat penonton agak resah. Harus diingatkan bahawa kemantapan sesuatu intro merupakan faktor penting untuk menentukan sama ada penonton akan terus lekat di kerusi penonton ataupun beredar keluar kerana first impression yang bosan. Permulaan yang agak hambar ini sedikit sebanyak mengurangkan minat beberapa penonton untuk terus duduk menonton seperti yang Kasawari perhatikan. Keadaan menjadi agak selamat apabila munculnya seorang watak kanak-kanak 'patah' dengan gayanya bersahaja sehingga mencuit hati penonton walaupun kadang-kadang Kasawari tengok terover-over dengan pembawakan karakter dan suka menambah-nambah tatkala mendapat respon lucu daripada penonton. Begitu juga dengan watak seorang lagi NOK berbadan XL yang tiba-tiba muncul sebagai tukang sapu DBKL (kot!). Suaranya yang nyaring dan gedik berjaya membuat penonton tidak kering gusi. Namun, sebenarnya watak-watak lelaki separuh wanita ini adalah amat klise dalam sesuatu pementasan, bukan sahaja di peringkat teater kolej, malah di peringkat MAKUM. Teguran selalu diberikan oleh juri-juri profesional bahawa watak-watak sebegini adalah sangat 'basi' dan bukan favourite untuk diberikan markah dalam apa jua pertandingan meskipun watak-watak ala Nyah ini penghidup suasana. Tapi, entahla. Mungkin benar apa yang penonton dan penyokong dari Kolej Za'ba sendiri maklumkan kepada Kasawari bahawa 'wujudnya' watak-watak sebegini adalah kerana most of the JAKSA kolej sendiri terdiri daripada golongan ini. Erm, yang tu Kasawari tak berani nak cakap ape.

Watak-watak lain tidaklah begitu menonjol, adakalanya hambar, adakalanya kelakar. Mungkin mereka masih baru dan belum mempelajari teknik-teknik lakonan dengan mahir lagi. Maklumla baru beberapa minggu masuk ke UKM, sudah memikul tanggung jawab besar sebagai mahasiswa berjiwa seni. At least it was a very good try! Mesej yang disampaikan agak straight to the point, namun kreatif dalam menggunakan props seperti kotak yang pada mulanya menjadi alas tidur dan kemudiannya dibentuk menjadi kereta yang diimaginasikan oleh kanak-kanak. Seorang lagi watak yang satu-satunya kanak-kanak perempuan yang bernama Dewi agak mencuit hati penonton dengan saiz pelakonnya yang kecil molek dan mempunyai suara yang comel. Tetapi, si Dewi ni sering bermain gerak di bawah payung yang dipegangnya sehingga wajahnya tenggelam dek lindungan payung tersebut.


Dari segi teknikal, lighting seperti biasa dalam kategori lemah seperti kolej-kolej sebelumnya. Masalah yang sama seperti cue lampu lambat masuk dan tidak punch sehingga membuatkan jalan cerita menjadi drag. Satu yang pelik tentang pementasan ANDAI ini adalah terlalu banyak audio digunakan meskipun ada beberapa babak tertentu dirasakan tidak memerlukan audio. Tindakan kumpulan ini untuk mengisi kekosongan jalan cerita dengan santapan lagu-lagu kurang menjadi kerana penonton menjadi muak. Selain itu, kolej ini banyak menggunakan audio lagu-lagu popular masa kini seperti Pencinta Wanita, Pudar dan sebagainya dan setiap lagu itu diputarkan dalam durasi masa yang agak lama (hampir separuh lagu). So, masalah drag makin menular!

Walau bagaimanapun, pujian tetap diberikan kepada Kolej Pendeta Za'ba kerana semangat kerja sama antara ahli sangat kuat. Mereka dilihat sebagai grup yang merendah diri dan malu-malu, unlike certain colleges. Ahli-ahlinya tetap bersabar dengan karenah grup-grup lain yang mengutuk set dan pameran mereka. Hasil kesabaran kolej ini membuahkan hasil apabila memenangi ANUGERAH KHAS JURI a.k.a. tempat ke-4 FTU 08... Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada produksi ANDAI ini. Masih jauh and banyak lagi yang perlu dipelajari dan semoga grup ini akan sukses selalu...


p/s: ANDAI korang bisa bersatu, ANDAI korang bisa bersabar, ANDAI korang terus berusaha, segala ANDAI akan terlerai dan bertukar menjadi NYATA!

29 July, 2008

FTU Review - ATAP GENTING ATAP RUMBIA (Kolej Burhanuddin Helmi)


Persembahan dari kumpulan TEKAD ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh warga UKM setelah rekod cemerlang mereka dalam pertandingan teater muzikal yang berdurasi 10 - 15 minit yang sering dianjurkan di dalam UKM. Maka, show TEKAD amat dinantikan dengan beberapa soalan bermain di minda saya seperti, "Mampukah mereka untuk turut cemerlang dalam bentuk teater sebegini?", "bagaimanakah stamina mereka untuk bertahan dalam tempoh masa pertandingan selama satu setengah jam ini?" Malah sebelum festival bermula lagi, urusetia festival dan ahli-ahli KTR diberitakan dengan khabar-khabar menakjubkan daripada latihan kumpulan ini, membuatkan kami tidak sabar menonton show mereka. Namun begitu, bak kata orang, indah khabar dari rupa. Walaupun setting teater ni boleh dikatakan gah, namun ianya tidak cukup membantu apabila tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Dengan persembahan lebih 2 jam sudah cukup membuatkan kumpulan ini tersingkir daripada merangkul johan walau sehebat mana persembahan yang dilakukan. Dan pada malam keputusan, segalanya terbukti dengan TEKAD hanya memperoleh Anugerah Artistik Terbaik dan tewas dalam kategori yang lain. Mungkin ramai ahli-ahli TEKAD tertanya-tanya mengapa mereka tewas dengan begitu teruk sedangkan mereka merasakan telah mempersembahkan sebuah teater yang begitu hebat. Kini saya berikan faktornya...

Attitude. Sepanjang proses persiapan kebanyakan budak-budak kelihatan begitu sombong, kerek, kekwat dan pelbagai lagi. Mungkin u all deserve untuk buat perangai macam itu lepas menang macam-macam pertandingan dan dah terbang sampai ke Filipina. KTR pun pernah kerek, kekwat dan sombong dan kami telah mendapat akibat daripadanya. Maka, dengan melihat perangai sebegitu wujud dalam kumpulan ini, saya dah menjangkakan takkan ke mana mereka ini dalam festival ini. Tambahan pula, wujud mereka yang bermulut busuk mengkritik persembahan orang lain seolah-olah merekalah yang paling pandai dalam bidang teater ini. KTR baru sahaja memikirkan untuk memberi peluang kepada TEKAD untuk membawa nama UKM di festival teater MAKUM akan datang, namun dengan melihatkan sikap yang ditunjukkan oleh ahli-ahlinya, rasanya tak payahlah dihantar kumpulan ini. Buat malu UKM saja kerana perangai bodoh sombong sebegini nak dibawa bersaing dengan kumpulan-kumpulan hebat dari UM, UITM, USM dan pelbagai lagi IPTA yang mempunyai fakulti seni persembahan? Rasa-rasanya budak KTR ingat lagi bagaimana perangai ini menghancurkan kumpulan yang mempersembahkan Mahkamah Keadilan waktu MAKUM yang lalu. Perangai yang sama juga berlaku pada kebanyakan ahli-ahli dari TEKAD ini.

Masa. Dengan jelas, persembahan TEKAD melebihi hampir 40 minit daripada waktu pertandingan yang ditetapkan. Bukan setakat itu sahaja, dengan cerita yang tidak diolah dengan sebaiknya, kebanyakan penonton semakin bosan dan letih menunggu bilakah cerita ini akan tamat. Melalui pemerhatian saya, ramai juga penonton yang pada awalnya tertarik untuk menonton namun lama kelamaan satu persatu mula keluar dari panggung dan terus ke gerai-gerai di luar panggung. Ada juga setelah beberapa ketika di luar, mereka masuk kembali ke panggung dan berkata, "Tak habis-habis lagi?". Juri? hanya Fadillah yang setia duduk di kerusi juri dari awal sampai habis, lagi dua keluar pergi minum kejap. Masuk bilik VIP lena kejap. dan macam-macam lagi.


Watak. Hanya Temah sahaja yang menarik perhatian dan menghidupkan cerita. Yang lain suam-suam kuku sahaja. Watak perempuannya boleh dikatakan serupa sahaja. Tidak ada kepelbagaian. Penggunaan pelbagai loghat pula membuatkan saya keliru, dimanakah kejadian ini berlaku. Kabur dari segi latar tempat. Watak lelaki tiada satu pun yang menonjol.

Pengarahan. Tak tahulah kalau pengarah cerita tersebut hanya diletakkan sebagai pengarah atas nama sahaja, wallahualam tapi apabila melihat saja pengarah bagi teater tersebut, maka tidak hairanlah watak-watak perempuan mereka sama sahaja fi'ilnya. Pelakon tidak dikoreografkan pergerakan dengan sebaik mungkin. Lihat sahaja babak di rumah kampung, 4 pelakon berada di beranda rumah, duduk sebaris bersembang-sembang bagaikan ada multicamera yang sedang shoot close-up mereka sahaja. Set yang gah tidak digunakan, lebih baik hanya bina beranda rumah saja daripada membina keseluruhan set rumah tapi tidak digunakan. Pujian diberikan kepada kumpulan ini yang dapat mewujudkan satu line up pemuzik yang boleh dikatakan mengalahkan line up KTR tapi sayang, kelebihan yang ada tidak digunakan sepenuhnya. Pemuzik hanya digunakan hanya pada peralihan babak, sedangkan banyak lagi boleh dibuat melalui adanya pemuzik live.


Intro hancur. intro memainkan peranan penting dalam satu persembahan. kalau intro best dan mantap sekurangnya dapat membuatkan penonton tertarik untuk kekal di tempat duduk sepanjang persembahan. Namun apa yang terjadi pada TEKAD, intronya hancur. Syair yang dialunkan tak serupa syair, membuatkan pada awal persembahan lagi sudah berlaku slack.

Mungkin juri tak mahu bagi kumpulan ini kecil hati dengan komen-komennya, maka pada malam dialog dengan juri, mereka hanya mengatakan kumpulan ini hanya slack dari segi masa persembahan. Namun, sebenarnya, urusetia festival mengetahui dengan lebih mendalam apa yang dikomen oleh juri semasa berada dalam bilik VIP di panggung seni. Melihatkan komen juri yang ditulis tangan di satu kertas A4 penuh, membayangkan betapa kesiannya saya pada kumpulan TEKAD ini.

Pujian lagi saya berikan kepada ahli-ahli setting yang dapat membina sebuah set yang gah. Set rumah moden dan sebuah set rumah kampung. Nampak ada kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli produksi TEKAD. Namun begitu, sayang. Kesilapan yang terlampau banyak memadam segala kelebihan yang ditonjolkan melalui set. Nasihat saya, banyakkan lagi memahami konsep membina set. Set yang ditonjolkan dalam teater itu masih lagi terdapat kelemahan dari segi blocking. Anda perlu faham bentuk pentas sebelum anda mereka cipta dan membina set yang sesuai dengan pentas yang ingin digunakan.


Diharap festival baru-baru ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kumpulan TEKAD supaya sedar, mereka masih kerdil dalam bidang ini. KTR pernah membangga diri dan telah mendapat akibat daripadanya. Bagi saya apa yang penting kejayaan sesuatu kumpulan adalah dari segi attitude ahlinya. Zaman sekarang Tuhan jenis bayar cash ke atas apa yang kita buat.
Melihatkan persembahan kumpulan ini, saya terpaksa mengosongkan satu tempat dalam top 3 saya yang telah dikhaskan kepada kumpulan ini. Dan segalanya terbukti pada malam keputusan tersebut. Iktibar... belajarlah daripada kesilapan.