03 April, 2008

MAKUM 08 - KTR BEREHAT?

Ada yang setuju dan ada yang tidak. Bagi yang tidak bersetuju mungkin sekali beranggapan bahawa KTR merajuk apabila tewas teruk pada pertandingan yang sama baru-baru ini. Apabila hanya mendapat tempat ke 5 dan Anugerah Tata Pentas dan Props terbaik, manakala tiada anugerah langsung untuk pelakon-pelakonnya. Memang sesuatu yang luar jangkaan.

Penulis sendiri telah menyuarakan pendapat peribadi pada Perjumpaan Tahunan baru-baru ini bahawa sekiranya juri masih dikekalkan dengan barisan yang sama, maka penulis telah mencadangkan agar KTR berfikir untuk menyertai atau tidak festival tahunan ini. Sekiranya juri-juri yang sama dikekalkan, maka sukar bagi KTR untuk mengekalkan rentak konsisten kualitinya kerana sedia maklum mengetahui KTR sememangnya terkenal dengan naskhah eksperimentasinya.

Dengan wujudnya kumpulan-kumpulan teater kolej di UKM, tak salah kiranya KTR memberi peluang kepada kumpulan seperti ini untuk bersaing mengharumkan nama universiti. Setelah berulang kali KTR gagal membawa kejohanan di festival tersebut. Tahun ini bakal menyaksikan teater-teater kolej kediaman berentap untuk Festival Teater Universiti 08. Maka pemenang bagi festival ini dihantar untuk bersaing di peringkat MAKUM pula. KTR berehat pada tahun ini. Cuba memfokuskan kepada persembahan-persembahan lain pula. Mungkin lebih fokus kepada persediaan Festival Teater Selangor pada tahun hadapan.

No comments: