03 April, 2008

SEMPENA FESTIVAL TEATER UNIVERSITI

Perhatian kepada semua kolej-kolej kediaman UKM! Acara dwi-tahunan, Festival Teater Universiti bakal diadakan pada tahun ini. Bakal menyaksikan berentapnya kolej-kolej kediaman dalam mempersembahkan teater masing-masing. Ha! ha! ha! tapi aku pun tak ingat sebenarnya tarikh pertandingan tu. Tapi memang yakin dan confirm memang ada tahun ini.

Disini ada sedikit cadangan untuk penganjur festival tersebut iaitu Pusat Kebudayaan UKM dan Kelab Teater Rimba. Apa kata, pada kali ini, diadakan bengkel pra-produksi. Bengkel ini diuruskan oleh ahli-ahli KTR yang berpengalaman dalam menguruskan sebuah produksi teater. Aku melihat kebanyakan grup-grup yang baru nak menceburkan diri terkapai-kapai dalam menguruskan sebuah teater. Akibatnya persembahan yang mereka lakukan agak hambar jadinya. Sekurang-kurangnya, bila ada program seperti ini akan dapat bagi mereka sedikit idea dalam bagaimana untuk menghasilkan sebuah produksi yang berasaskan kerjasama dan kerja berpasukan ini.

Jangan dibuat pada hari-hari tertentu tapi kita bagi ruang kepada wakil-wakil kolej untuk menetapkan pada hari apa mereka nak bengkel tersebut. Yang penting, sebelum bermulanya latihan diorang la. Orang cakap, mesra pengguna. Kita kena turun lebih dekat dengan pelajar dan khususnya kolej-kolej dalam lebih mengkomersialkan KTR. Asas kepada cadangan ini adalah daripada tawaran-tawaran mengajar asas teater di universiti-universiti lain sedangkan kita sendiri tidak melebarkan ilmu kita untuk rakan-rakan UKM. Mengapa? Kerana mereka tidak tahu akan pengaruh KTR dalam dunia teater Malaysia. Bila tak tahu, kita bagitahu. Simple...

Matme pun ada bagi cadangan waktu lepak-lepak kat Fariz baru-baru ni. Sepanjang latihan pula, boleh dicadangkan ada bimbingan dari ahli-ahli KTR. Bukan terlibat secara langsung sebab dalam undang-undang memang tak boleh ahli KTR terlibat dalam sesuatu kumpulan yang bertanding. Kolej-kolej boleh menjemput ahli-ahli KTR terpilih yang boleh membimbing dari segi produksi dan pelakon. Sekurang-kurangnya boleh masuk income sikit dalam kelab. Buat rate bayaran yang logik, dan ada peratus yang masuk ke kelab. Sudah sampai masanya, KTR memberi perkhidmatan selain daripada sibuk dengan urusan persembahan.




No comments: