25 April, 2008

Festival Teater UKM Julai ini


PUSAT Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Festival Teater UKM 2008 di Panggung Seni, DECTAR, UKM dari 17 Julai hingga 20 Julai depan, jam 8 malam.

Projek dianjurkan oleh Urus setia Artisukma dan Pusat Kebudayaan UKM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Pelaksanaan projek ini adalah amat penting bagi semua masyarakat kampus, terutama pelajar institusi pengajian tinggi amnya, bagi menyemarakkan kegiatan serta perkembangan teater kampus.


Projek ini adalah antara satu usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan dan kedudukan teater yang bukan saja sebagai bentuk hiburan semata-mata tetapi juga alat pendidikan serta wacana yang dapat membangunkan minda masyarakat.

Perkembangan dunia teater harus pula dilihat sebagai memartabatkan bangsa Melayu dalam bidang sastera dan kesenian yang tidak kalah pentingnya berkembang dan bersaing dengan bangsa lain.

Selain itu, festival teater ini juga diadakan untuk mengumpulkan penggiat seni di kalangan pelajar UKM dalam satu wadah pendekatan dan apresiasi seni dan pada masa sama saling bertukar pandangan dengan penggiat seni mengenai isu yang berkaitan dengan perkembangan dan masalah teater di institusi pengajian tinggi.

Ia juga diharap dalam melahirkan lebih ramai penggerak teater di kalangan mahasiswa yang berwibawa dan berkembang serta mempunyai pengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman seterusnya dapat membantu dalam usaha Merakyatkan Seni Budaya. Sepanjang festival itu nanti, 12 kumpulan teater yang mewakili setiap kolej kediaman UKM akan menampilkan persembahan masing-masing.


Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari terakhir Festival Teater UKM 2008 iaitu pada 20 Julai nanti di Panggung Seni Dectar, UKM. Antaranya ialah pementasan teater dari kumpulan terakhir yang menyertai festival ini selain persembahan selingan dari Kumpulan Teater Rimba Artisukma UKM.

Festival teater selama empat hari itu akan disertai oleh pelajar dari beberapa kolej seperti Kolej Datuk Onn, Tun Hussein Onn, Ungku Omar, Aminuddin Baki, Ibrahim Yaakub, Burhanuddin Helmi, Pendita Zaaba, Rahim Kajai, Ibu Zain, Keris Mas, Tun Dr Ismail dan Tun Syed Nasir.

Pelaksanaan projek itu dilihat cukup penting bagi masyarakat kampus bagi menyemarakkan kegiatan serta perkembangan teater di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

(courtesy of BERITA HARIAN 25 April 2008)

1 comment:

Anonymous said...

Dari luaran article BH tu nmpak gah je kn. Padahal status sebenar hanya yg tau je ler yg tau.

Sy merasakan semakin hari semakin hilang perhatian terhadap teater amny, dan teater rimba khususny di PUSKEB, berbanding tari.

Sehinggakan seperti telah kukuh terpahat bhw priority dalam segala hal, tari tetap d hadapan, tetap unggul w'pun tidak sebenarnya.

Senario dimana siapa berkuasa, dia lah menentukan segalany, dan segalany itu akan menjadi kegemaranny, maka akan terus hidup la wlaupun hasilnya 'par'

Berbalik penganjuran FTU, kini tidak lg menggunakan nm 'anjuran Pusat Kebudayaan dgn kerjasama KTR', tetapi 'anjuran urusetia Artisukma dgn kerjasama Puskeb'. Mungkin tidak salah, kerana KTR adalah satu kelab di bwh Artisukma, namun tidak salah utk mengkhususkan nm kelab berkaitan, cthny, jika bengkel nasyid maka kita masukan nm kelab nasyid.

Soal pelaksana bengkel, jurulatih, semuanya tidak diberi perhatian, setelah bbrp tahun menganjurkan acara yang sama, Puskeb tidak pun maju, namun seperti beban aktiviti bertambah, justeru kualiti sesuatu acara tu menurun, spt bengkel ini. Persoalan, apakah yang ingin d kejar oleh kita, martabatkan seni dlm seri kata sebenar atau atas kepentingan peribadi atau mengejar nama bhw Puskeb UKM hebat kerana mampu melaksanakan beribu projek setahun?

Percayalah, jika berterusan, fungsi asas Puskeb akan hilang, dan akan hanya menjadi kubu pertahanan yang lemah, akan jd indah khbr dr rupa(Spt kini juga), akan menjadi rumah kebajikan untuk memberi perlindungan kpd anak2 kakitangan yang tiada kerja, akan menjadi tempat pernigaan yang lumayan untungnya sehingga tidak terkata, opss..

Jika ingin memperjuangkan seni, maka berjuang la dengan jalan yang benar, mengejar ke arah kualiti, mutu suatu acara, bkn sekadar 'janji ada'. Sampai bile?