24 April, 2008

SELAMAT BERJUANG KTRians...


Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya sudah agak lama Kasawari tidak menyumbangkan sebarang tulisan di dalam blog Rimba ini. Al-maklumlah kebelakangan ini agak sibuk dengan segala urusan, lebih-lebih lagi sekarang sudah tibanya musim peperiksaan akhir di universiti-universiti tempatan, khasnya. Menyentuh tentang peperiksaan, sudah pastinya Kasawari dan anak-anak Rimba yang lain sedang bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran ketika ini untuk memastikan kejayaan diperoleh kelak. Kasawari percaya jika usaha diiringi dengan doa, insya-Allah kita akan berjaya dengan memperoleh keputusan yang amat cemerlang dan malatopzz...

Teater, teater jugak. Tapi, pelajaran tetap diutamakan dan diseimbangkan. Kita harus ingat bahawa tujuan asal kita masuk universiti ini adalah untuk berjaya dalam pelajaran sekali gus membuat parents kita tersenyum lebar. Teater pulak adalah satu bonus untuk kita, terutama dari segi skil dan kemahiran serta menjana keyakinan selari dengan kekuatan akademik. Jadi, KTRians semua usah bimbang dan gentar dengan peperiksaan. Sahutlah cabaran di medan peperiksaan seperti kita menyahut cabaran di pentas teater!

Di sini, Kasawari ingin mengucapkan GOOD LUCK kepada semua mahasiswa tak kira di mana-mana institusi pengajian, umumnya dan anak-anak Rimba, khasnya. Semoga anda semua berusaha dengan bersungguh-sungguh dan mendapat hasil yang paling produktif!


Ora et Labora...

No comments: