06 April, 2008

'MACAM-MACAM' APRIL


Hola...

Salam Buih Sabun...

Jika anda ada melihat jadual aktiviti Rimba dalam bulan April di ruang 'Activities', anda boleh melabelkan kami adalah 'artis'. ARTISUKMA jer... hehe.. juz joking! This month, keluarga Rimba memang tak menang tangan untuk menerima undangan dan mempersembahkan pementasan, especially dalam bentuk 'Sketsa' di pelbagai function. Jika anda melihat 'shout out' kat Friendster Teater Rimba, anda semua mesti faham why diletakkan 'APRIL: Bulan Sketsa Rimba'. Walaupun ada certain pihak yang beranggapan show bulan ini kecik, keluarga Rimba tidak pernah melatah kerana segala show yang kami terima kami anggap sebagai REZEKI.
'small things can grow to a really BIG things!'

However, tidak semua manis yang keluarga Rimba tempuhi setakat show yang pernah dipentaskan. Awal bulan lagi kami sudah menerima 'tamparan' hebat dengan show digugurkan very-the-last-minute untuk satu function yang boleh dianggap besar di UKM kerana sifat HASAD DENGKI certain pihak dengan keluarga Rimba kami. Tapi, kami menerima dengan hati yang terbuka and very professional. Dengan berani Kasawari nak katakan yang tidak semua orang menyukai 'entiti' yang terbukti BERJAYA. We know where we stand. Hanya kejujuran dan keikhlasan kami berkarya mampu membawa kami jauh ke mercu kejayaan. Bak kata orang Melayu, 'setiap yang berlaku ada HIKMAHnya'.

Bukan itu sahaja. KTR juga dijemput untuk menjayakan slot satu majlis makan malam sebuah persatuan. Seperti biasa, warga Rimba memainkan peranan masing-masing dengan mementaskan satu sketsa yang relate dengan persatuan tersebut supaya menepati kehendak majlis. Tapi, masa rehersal bersama persatuan tersebut, kami ditegur kerana lakonan terlalu over, menghina persatuan dan tidak menutup aurat! Ni semua apa yang dieorang 'claim' la, sedangkan bagi kami dan sesiapa mendalami seni teater, benda-benda macam ni adalah normal kerana kami cuba menyampaikan mesej yang benar dan realisitk kepada penonton. Semua teknik dan gaya lakonan disampaikan melalui penghayatan dan fungsi watak yang betul. But, maklumlah tidak semua orang boleh menerima kritikan, sindiran dan realiti zaman sekarang. Pemikiran masih di tampuk lama. Maybe dieorang never know skrip-skrip yang pernah dipentaskan oleh KTR normally berbaur sindiran realiti semasa. Bagi sesiapa yang pernah menonton naskhah PERKAHWINAN, TERUNA IN LOVE, SYAJAR, ORANG KASAR dan ARA oleh KTR mesti memahami maksud Kasawari.

Semua ini kami terima dengan positif kerana kami menyedari kami juga silap kerana tidak terlalu mengikut kehendak majlis. Alhamdulillah, masa show kami dah ubah last minute sketsa kami seperti Tuan Majlis inginkan. Kami tetap PROFESIONAL! Cuma satu teguran kepada pihak penganjur next time jika mengundang kami untuk menjayakan sesuatu slot, silalah sertakan satu GUIDELINE mengenai "Do's & Don'ts" kepada kami supaya kerjasama yang dijalin berjalan smoothly. And one more thing, KTR should be more selective next time dalam menerima undangan show-show luar...

Seterusnya, Kasawari dan Teater Rimba secara personally ingin menjemput semua peminat teater untuk menghadirkan diri ke show pelajar ko-kurikulum teater seni lakon dan bangsawan yang akan berlangsung pada 10 April ini di Panggung Seni, UKM. Begitu juga show KTR pada minggu ini 11 April di PWTC sempena Pesta Buku Malaysia. Segala info aktiviti boleh dirujuk di laman 'Activities' kami.

Muchas Gracias n Chow...

No comments: