14 April, 2008

Mr Chekhov

Tiba2 hari ni terasa nak berkongsi ilmu sikit dengan KTRians. Mungkin sebab masa tengah browsing tadi, jumpa something yang agak menarik.

I'm sure di kalangan ahli2 KTR ramai yang pernah dengar nama Anton Chekhov. Pada yg tak berape sure, Anton Chekhov adalah penulis naskhah 'Orang Kasar' atau tajuk asalnya 'The Boor' ('The Bear' juga kadang2).

Anton Chekhov terkenal sbg seorang penulis cerita2 pendek dan juga naskhah2 utk pementasan. Anton Chekhov dianggap unik bukan kerana naskhah2nya yang 'luar biasa' tetapi kerana style penulisannya yg dianggap 'sukar difahami'.

Anton Chekhov menggunakan style penulisan yg dipanggil 'stream of consciousness', di mana penulis menulis apa yg difikirkan oleh watak2. Selalunya ini dilakukan melalui monolog dalaman atau tindakbalas watak pd segala yg berlaku di kelilingnya. Membaca naskhah Chekhov spt membaca 'suara otak' seseorang. Melakonkan naskhah Chekhov memang sesuatu yg mencabar kerana cara penulisannya yg sedemikian. Dialognya kdg2 tidak berkesinambungan. Emosi pelakon juga sentiasa berlebih2an dan berubah2 secara mendadak. Oleh kerana itu, ada pelakon yg merasakan naskhah2 Anton Chekhov sangat sukar utk dilakonkan.

Tapi, in my opinion, naskhah Anton Chekhov sgt berkesan dalam meningkatkan kebolehan pelakon, kerana faktor2 yg telah dinyatakan tadi. Jadi, i'd like to suggest that maybe KTR patut cuba mementaskan naskhah2 Anton Chekhov, atau paling tidak pun berlatih dgn menggunakan naskhah2 ini, sebagai satu latihan utk para pelakon, as a way of developing our actors to become better actors. Savy?

1 comment:

Fasyali Fadzly said...

erm..dah lama tak masuk dalam blog KTR ni. saya fasyali. salah seorang ahli rimba dulu.

nak kongsi sumthing pasal chekhov. dia adalah seorang penulis skrip pada era realism. biasanya, hasil tulisannya akan dipentaskan oleh stanislavski. stanislavski adalah seorang pelopor teknik acting secara realism. sebelum tu kena tau, apa yg dimaksudkan dengan realism. ianya adalah aksi lakon yang real (macam seharian biasa kita lakukan), mengikut kronologi dan biasanya menggunakan set yg sama. iaitu jika ruang lakon di dalam rumah, maka sampai ke habis cerita itu lah yg digunakan. untuk mengetahui lebih tentang stail penulisannya, kena tgk pulak Style acting yang dikemukakan oleh Stanislavski dalam The System. The System adalah 'kitab' bagi pelakon untuk mengetahui proses menjadi aktor. buku ni selalu disebut2 oleh ramai org dan system lakonannya digunapakai di seluruh dunia.

itula sedikit benda yang aku leh kongsi. untuk melihat pemikiran dan stail penulisannya, kena baca skrip yg dianggap hebat seperti The Cherry Orchard, The Seagull (aku cadangkan korang baca), The Proposal, Three Sisters dan banyak lagi.

nway, sekadar berkongsi ilmu.