08 April, 2008

KO-K PUNYA HAL

the clock is ticking. lagi sehari lebih lagi budak2 ko-k teater seni lakon dan juga bangsawan akan mementaskan naskhah masing-masing. sebelum terlupa, nak jemputlah anda semua untuk menyaksikan persembahan mereka. sama-sama bagi support. teater seni lakon akan bawa cerita Mahkamah Keadilan (aku dulu pernah buat cerita ni untuk ko-k jugak..haha..kasawari berlakon waktu tu jadi suami kepada bini yang gugur tu...). ko-k bangsawan pulak buat cerita Maharani, cerita yang pernah menang Festival Teater Universiti yang lepas.

setakat latihan yang aku tengok, segalanya berjalan dengan lancar, cuma kepada budak KTR or senior, or alumni, jangan la high expectation pada diorang kalo nak datang tengok. biasala, perbandingan mesti akan ada. tapi harus diingat, mereka dinilai bukan setakat pada persembahan itu sahaja tapi penilaian dibuat sepanjang penglibatan dan komitmen diorang dalam menghasilkan produksi tersebut. mahkamah keadilan versi side-o as pengarah ni aku nampak ada kelainan dan agak menarik. boleh buat aku gelak besar tengok runthrough diorang semalam kira ok la tu kan? but aku tak tengok lagi budak bangsawan punya runthrough. sudah semestinya aku harap diorang buat yang bagus sebab aku yang bantu diorang walaupun aku ni tak ada ilmu kebangsawanan.

untuk bahagian pengurusan pulak, kat sini aku nak timbulkan satu benda. dari aku ambik ko-k dulu sampai sekarang dan aku pasti dari dulu lagi sebenarnya dah berlaku benda ni. sepatutnya aku rasa show ko-k ni janganlah buat satu slot saja untuk dua produksi. tak boleh nak kembang idea kalau macam ni. bayangkanlah, start pukul 830 malam, show sejam untuk ko-k bangsawan then ada show gamelan dalam 10 - 15 minit untuk pertukaran set pakai untuk bangsawan pulak. kalau boleh buatlah satu hari satu show. baru la persediaannya rapi. tukang buat set pun boleh bawa keluar idea-idea lain.kalo sama slot dua-dua produksi kena fikir set yang boleh dua-dua produksi pakai. so lastly, bangsawan dah tak nampak macam bangsawan (walaupun sebelum ni memang tak boleh dipanggil bangsawan pun), seni lakon pun tak boleh nak kembang idea lagi.

kalo tak nak buat dua hari berlainan pun, buat lah macam style MAKUM ke. slot siang dengan slot malam. so dapat satu hari. pokoknya jangan bagi kelam kabut. tu saja. terpulang lah kepada pihak pengurusan nanti. budak-budak pula boleh bersedia secukupnya. sedangkan budak-budak KTR pun kelam kabut dalam satu hari nak bersiap, ni kan pulak budak-budak ko-k.

tu je la kot yang nak dikomen sikit pasal show yang bakal dilaksanakan pada 10/4 ni. apa pun gud luck for the class of bangsawan and seni lakon. buat sehabis baik. percaya pada diri masing-masing. yang baru nampak muka last-last minit ni aku tak boleh nak kata apa lah. susah nak layan orang bodoh sombong ni. semua dah besar, dah boleh fikir.nantilah, aku akan sentuh bab bodoh sombong pulak lain kali.sekarang tak ada nafsu nak ngumpat.chow...

2 comments:

Anonymous said...

Bila bagus, senyum lebar je la...

Bila x ok, menudung jari sn sni...

Fhm ka?

haikal_fadzil said...

bila tak berani dan takut nak tunjuk sapa empunya diri yang komen,mula la tick kat bhgn anonymous...

Fhm ka?

---rasa2nya artikel ni xde kaitan dgn apa2 pun cuma nk beri idea kpd satu pihak utk memikirkn, xde pulak timbul hal menuding jari kpd sesapa,sape salah,sapa betul,susah btl la manusia ni...byk yg paranoid---