08 May, 2008
Bengkel
Hujung minggu ni, kalau tak ada yang namanya aral melintang, KTRianz akan menyertai Bengkel Teater yg dikendalikan oleh Bapak Marzuki Ali. Ini pun salah satu drp tradisi KTR sebab bengkel seperti ini dah diadakan semenjak awal penubuhan KTR lagi. Memang teramat2 lah tradisinya sampai yang mengajarnye pun dari dulu sampai skrg masih orang yg sama, walau pun dah dicadangakan supaya menjemput juga muka2 baru sbg tenaga pengajar tambahan. Tapi tak pelah, apa2 pun diharap semua akan mengambil peluang ini utk menambah ilmu pengetahuan ttg teater dan seni lakon serta yg paling penting olah tubuh (sesuatu yg agak mistik & tabu dlm KTR, sama spt larangan menegur benda2 pelik yg kelihatan di sekitar Panggung Seni).
Kepada yg akan menghadiri bengkel ini buat pertama kalinya, Sumpit nak bagi intro sikit pasal Bapak Marzuki Ali. Pertama kali jumpa, mungkin ada yg akan rasa Bapak ni agak garang orgnya. Tapi sebenarnya tidak. Cuma Bapak amat serius sewaktu latihan2 dijalankan. Bapak Marzuki & Bung Kancil, kalau di zaman pendekar2 dulu disebut seperguruan. Mereka berguru dgn guru yg sama iaitu Putu Wijaya di Indonesia. Jadi banyak daripada cara dan pendekatan Bapak agak sinonim dgn metod gurunya.
Bapak Marzuki sangat mementingkan aspek gerak & olah tubuh dalam bengkelnya & juga persembahan yg akan dipentaskan pada akhir setiap bengkel. Kepada yg belum biasa atau baru pertama kali mengikuti bengkel ini, mungkin akan rasa a bit tired and exhausted. Tapi, ini adalah peluang baik utk mempelajari aspek2 olah tubuh yg penting & perlu dlm pementasan, because the tool of an actor is his/her body. Jadi bila olah tubuh kita baik, lakonan akan lebih berkesan dan stamina akan lebih baik.
So, to those joining the Bengkel, have a good time, no matter how tiring it gets. It's a great experience, trust me.
26 April, 2008
penangan ARA
Dalam laporan berita utusan malaysia semalam, menyatakan bahawa proses penebangan terganggu seketika akibat daripada penghempapan pokok tu ke atas bangunan sekolah. hmm.. agak pelik kerana orang-orang yang menebang pokok tu mesti dah mengambil kira secara kiraan fiziknya untuk agak-agak kat mana pokok tu tumbang bila ditebang nanti. mereka rasanya takde la bodoh sangat pakai tebang suka-suka ati je kan?
dalam laporan utusan malaysia hari ni pulak, menyatakan penebang-penebang pokok ara telah mengalami mimpi-mimpi ngeri setelah menebang pokok itu semalam. mimpi yang mengundang imej orang dibunuh dan dipancung beramai-ramai di kawasan tersebut. apabila ditanya pada penduduk tempatan, ada yang sudah veteran di kawasan itu yang mengiakan kebenaran mimpi tersebut.
ditambah lagi, ada pekerja sekolah tersebut yang menyatakan ada mendengar bunyi tangisan di kawasan pokok berkenaan. dan ada pekerja-pekerja yang jatuh sakit secara tiba-tiba! hmm... menarik..menarik...
kenyataan-kenyataan di atas bukanlah antara babak-babak dalam cerita ARA keluaran KTR tapi adalah satu kejadian benar dan berlaku dalam negara. tidak perlu menyalahkan rajan, boboy, ajmal, aisyah, redziz dan penulis sendiri atas segala kejadian yang berlaku kat sekolah tersebut.
bukan hak penulis untuk membuatkan korang percaya dengan kewujudan makhluk ghaib or bahasa senangnya 'hantu' dalam dunia serba moden ni. but seeing is believing. tak salahkan mereka yang tak percaya kerana mungkin mereka tak pernah nampak.tapi kepada yang pernah kena atau nampak, aku percaya sangat sukar untuk menafikannya.
mungkin geng-geng seekers lepas ni bleh pegi kat kawasan tu buat one episod kat situ. mana tau dapat hasil. tiba-tiba bleh kuar si side-o, haley,ayeen, nisa, safwan, rab dengan sapa sorang lagi tu tak ingat pulak nama dia.masuk tv beb.
p/s:ingat lagi peristiwa orang hilang kat pokok ara kat kampung aku dulu.
25 April, 2008
Festival Teater UKM Julai ini
PUSAT Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Festival Teater UKM 2008 di Panggung Seni, DECTAR, UKM dari 17 Julai hingga 20 Julai depan, jam 8 malam.
Projek dianjurkan oleh Urus setia Artisukma dan Pusat Kebudayaan UKM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Pelaksanaan projek ini adalah amat penting bagi semua masyarakat kampus, terutama pelajar institusi pengajian tinggi amnya, bagi menyemarakkan kegiatan serta perkembangan teater kampus.
Projek ini adalah antara satu usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan dan kedudukan teater yang bukan saja sebagai bentuk hiburan semata-mata tetapi juga alat pendidikan serta wacana yang dapat membangunkan minda masyarakat.
Perkembangan dunia teater harus pula dilihat sebagai memartabatkan bangsa Melayu dalam bidang sastera dan kesenian yang tidak kalah pentingnya berkembang dan bersaing dengan bangsa lain.
Selain itu, festival teater ini juga diadakan untuk mengumpulkan penggiat seni di kalangan pelajar UKM dalam satu wadah pendekatan dan apresiasi seni dan pada masa sama saling bertukar pandangan dengan penggiat seni mengenai isu yang berkaitan dengan perkembangan dan masalah teater di institusi pengajian tinggi.
Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari terakhir Festival Teater UKM 2008 iaitu pada 20 Julai nanti di Panggung Seni Dectar, UKM. Antaranya ialah pementasan teater dari kumpulan terakhir yang menyertai festival ini selain persembahan selingan dari Kumpulan Teater Rimba Artisukma UKM.
Festival teater selama empat hari itu akan disertai oleh pelajar dari beberapa kolej seperti Kolej Datuk Onn, Tun Hussein Onn, Ungku Omar, Aminuddin Baki, Ibrahim Yaakub, Burhanuddin Helmi, Pendita Zaaba, Rahim Kajai, Ibu Zain, Keris Mas, Tun Dr Ismail dan Tun Syed Nasir.
Pelaksanaan projek itu dilihat cukup penting bagi masyarakat kampus bagi menyemarakkan kegiatan serta perkembangan teater di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.
(courtesy of BERITA HARIAN 25 April 2008)