09 July, 2012
Cinta Seorang Pencuri
Alhamdulillah selesai sudah pementasan kami di UM, semalam. Dan akhirnya kami dapat merangkul gelaran juara keseluruhan semasa majlis penutup sebentar tadi.
Tak lupa juga, anugerah yang kami dapat, Pelakon Harapan, Audio/Tata Cahaya Terbaik dan Arahan/Adaptasi Terbaik.
Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyokong kami.
Dan tahniah kepada Produksi Cinta Seorang Pencuri. =)
11 June, 2012
Latihan MAKUM 2012
Hai kawan2 KTR!
Kini kami sedang membuat persiapan untuk MAKUM 2012. Kami membawa skrip Cinta Sang Pencuri. MAKUM bermula 1 Julai hingga 8 Julai di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia. Giliran kami pada 7 Julai, 9 malam.











Kini kami sedang membuat persiapan untuk MAKUM 2012. Kami membawa skrip Cinta Sang Pencuri. MAKUM bermula 1 Julai hingga 8 Julai di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia. Giliran kami pada 7 Julai, 9 malam.











posted from Bloggeroid
15 April, 2012
Semarak Kasturi-Pentas Asean 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 2-5 April 2012, Persatuan Kemuning Singapura telah menganjurkan program Semarak Kasturi-Pentas Asean 2012 yang bertempat di Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands, Singapura.Unversiti Malaysia Sabah (UMS) juga turut terlibat dalam menjayakan program ini. Mereka membawa Dekon Mencari Ricka, manakala KTR membawa Dekon Damia. Kami sempat belajar tarian tradisional Sabah. Sangat menyeronokkan! Majlis penutupan diadakan di SIGLAP dengan nyanyian lagu Anak Kampung beramai-ramai.Oh ya, untuk pengetahuan semua, TAPAC bakal dirobohkan di atas sebab2 yang tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


