13 March, 2010

Pembatalan Pementasan Teater bangsawan Melati Pujaan Temasek

Dukacita di maklumakan bas untuk pergi ke panggung bandaraya pada petang ini masih belum diluluskan
Saya sebagai wakil KTR memohon maaf ddi atas kesilapan teknikal ini,
Diharapkan kita dapat lagi pergi bersama-sama ke program ini pada masa akan datang
Sekian terima kasih

11 March, 2010

Teater Bangsawan Di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untukn kali ini, sebuah Pementasan Teater Bangsawan bertajuk Melati Pujaan Temasek Anjuran JKKN & DBKL Dengan Kerjasama Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak Sempena Program Semarak Bangsawan 2010 akan diadakan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Butiran Pementasan adalah seperti berikut:

Hari : Jumaat- Ahad
Tarikh : 12-14 March 2010
Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Masuk : Percuma

Untuk itu, syam menjemput semua ahli KTR dan penggiat teater kolej UKM agar sama-sama dapat menonton teater tersebut pada tarikh dan waktu seperti di bawah. Bas untuk pergi dan balik akan disediakan

Hari : Sabtu
Tarikh : 13 March 2010

Tempat berkumpul : Panggung seni UKM
Masa : 600 petang

Sinopsis

Demi mencapai cita-cita, sekalipun matlamatnya sumbang dan jahat, seseorang insan sanggup berputih mata bagi meleraikan dendam kesumat yang membara dan bergelora. Kerakusan hendak memenuhi gelodak nafsu yang tidak berpenghujung mengakibatkan berlakunya fitnah memfitnah yang menggoncangkan sebuah kerajaan. Dari tindak tanduk seorang pemerintah yang longgar kepimpinannya, mudah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa menjurus sehingga pemerintah itu hilang mahkota keagungannya. Melati anak bendahari sang rajuna tapa menjadi mangsa antara kesetiaan, ketaatan, kerelaan dan pengorbanan yang terpaksa menggadai segalanya dengan nilai darah.

Apakah yang tersirat di sebalik tersurat?


03 March, 2010

Perjumpaan Ahli KTR

Kepada semua ahli KTR malam ni ,3/3/2010 jam 830 malam akan diadakan perbincangan mengenai latihan untuk beberapa even antaranya.

1) Kembara seni -8/3/2010
2) Makan malam Kajai -12/3/2010
3) Bengkel bersama KPM - 14/3/2010 ( dalam perbincangan)
4) Penutup ICAF -28/3/2010

Sesiapa yang berminat untuk join bagi aktiviti-aktiviti KTR yang disebutkan ini boleh hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan
Harap Maklum