Assalamualaikum semua....
Sepanjang 4 tahun syam menjadi ahli KTR, dalam banyak-banyak produksi teater, persembahan teater hantu dipanggung seni boleh dikatakan yang paling banyak menguji stamina pelakon dan produksi. Memandangkan naskah Heru Kesawa ini bercirikan semi realis dan watak hantu banyak digunakan agak pening geng-geng produksi memikirkan teknik-teknik penataan terutama kostum dan tatarias. Namun hasil bimbingan dan tunjuk ajar Bung Kancil, saudara Yus, Pisang, haikal serta alumni yang lain (maaf sekiranya tidak disebutkan nama) maka pementasan selama 3 malam secara percuma ini berjaya dipentaskan dengan sambutan penonton yang amat menggalakkan.
Syam rasa ramai yang bersependapat dengan Syam sekiranya penat dan lelah sesebuah produksi itu berbaloi sekiranya penonton berpuas hati dengan show kita dan sanggup tunggu hingga curtain call untuk menantikan nama produksi diperkenalkan.
Yang seronoknya, apa yang penting dalam ilmu teater ini ialah kerjasama,prihatin dan paling penting ialah hubungan silaturahim antara ahli kelab akan kekal terjalin dan akrab. Manakan tidak, lepas latihan produksi akan menghabiskan masa di mamak, keluar sekali beli barang produksi bersama dan menyediakan set, kostum dan props bersama merrupakan satu yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Mungkin ada kesilapan dan keterlanjuran dalam sesebuah produksi. Namun akan bersatu masa pementasan.
Pada kali ini, KTR menampilkan sebuah cerita yang realis hasil karya Bung kancil sendiri iaitu Usang yang mengisahkan tentang kehidupan anak-anak terbiar dikawasan perumahan setinggan. Cerita ini juga ditambah dengan konflik dalam diri seorang kanak-kanak yang bernama Ari yang tersepit dalam penceraian ibu bapa mereka. Cerita ini juga menceritakan zaman kanak-kanak dan juga ada unsur-unsur flashback bagi menceritakan kesengsaraan ,keperitan hidup Ari dari kecil sehingga dewasa.
Untuk makluman, kali ini KTR menampilkan penampilan khas pelajar SK Jalan 3 Bangi dan juga beberapa pelakon tambahan kanak-kanak serta seorang aktivis teater, Fazlina Hisyamudin sebagai teraju utama untuk pementasan kali ini. Diharapkan muka-muka baru baik dari segi produksi dan pelakon dapat mementaskan produksi ini dengan jayanya. Butir-butir pmentasan adalah seperti berikut:
Tempat : Panggung Seni UKM
Masa : 8.30 Malam
Masuk : PERCUMA
Dipentaskan oleh: Kelab Teater Rimba Artisukma UKM dengan kerjasama Kelab-kelab Teater Kolej UKM.
Anjuran : Pusat Kebudayaan Jabatan Pekhidmatan Pelajar
Makluman lanjut boleh menghubungi Syam (013-2273677) dan Ika (010-2135292) untuk pertanyaan.
SENARAI PELAKON DAN PRODUKSI TEATER USANG
SUTRADARA
EN MOHD DIANI BIN HJ KASIAN
PENGARAH
MIMI MAISARAH BINTI ZAINAL ADLAN
PELAKON UTAMA
1. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAT - ARI
2. MUHAMMAD IZZUDDIN BIN NASRUDDIN – MAIL
3. FAZLINA BINTI HISYAMUDIN – MAK
4. NURLIYANA BINTI R.AZMI – IBU
5. ZATUL NADIA BINTI MOHAMED – AIN KECIL
6. NURUL AISYAH BINTI SAADUN – AIN BESAR
7 MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN ROSLI – SHAM
8. SYED OMAR FAIZAL BIN SYED MOHD YUSOF – BAD
9. NURUL HAZIYAH BINTI SAMSUDIN – SONIA
PELAKON TAMBAHAN
PARA PELAJAR SK JALAN 3 BANDAR BARU BANGI
PRODUKSI
PENGARAH PRODUKSI
1. NUR ATIQAH BINTI ARAZMI
PENGURUS PENTAS LAKON
1.MOHAMAD BADRUZZAMAN BIN MOHAMMAD NOR
PENGURUS PENTAS TEKNIKAL
1. ZULIATI BINTI JAIDI
2. NORALINA BINTTI ABDUL AZIZ
PENGARAH MUZIK
1. ANWAR BIN ZULKIFLI
TATA PENTAS
1. NORADZLAN SHAH BIN LARAHIM (KETUA)
2. SITI AISYAH BINTI SM SAMSUDIN
3. NURAISYAH BINTI ABD LATIB
4. MAHIRAH BINTI AHMAD HELMI
5. FATIN NABILAH BINTI TAJUL ARIFFIN
6. MOHD ASRI BIN DAUD
TATA RIAS
1. FADZLI NORHISYAM BIN MD RASHID (KETUA)
2. MUHAMMAD IQBAL BIN OTHMAN
3. MOHD FAIZ BIN JUMARI
TATA ALATAN
1 GARRET ANAK DAWUM (KETUA)
2. MOHD AZIRIN BIN BUJANG
3. MOHD NOOR ZAIDAN BIN MOHD ZAIN
TATA CAHAYA
1. HAILEY GOITOM (KETUA)
2. NORAINI BINTI MAHMUD MARZUKI
3.. NAZRIN BIN SAAD
TATA BUSANA
1. NOOR AZLEENA BINTI ABDUL KARIM (KETUA)
2. HASMAWIDDA BINTI RAMLI
3. MUHAMAD NAIM BIN ABD MALEK
TATA AUDIO
1. AZIR REZHA BIN NORIZAN (KETUA)
2. NAZRIN BIN SAAD