Menjeling pada tajuk, dalam hati pasti terdetik rasa risau, dan sayang para mentua pada menantu masing-masing. Namun dalam penantian si mentua pada kehadiran si menantu, pelbagai kerenah dan gelagat yang dapat dipertonton daripada si mentua. Orang kampung pun tak kurang sibuknya, yang kaki potpet, yang kaki sebok, yang kaki nyampuk semua datang menyerbu. Rimas kepala otak orang tua tu nak melayan.
Mempersembahkan sebuah teater komedi dialek yang pelbagai, Kelab Teater Rimba kali ini menawarkan para penonton dengan persembahan komedi yang sungguh luar biasa! Rugi pada yang tidak sempat datang menonton, namun atas kekangan masa dan kudrat, persembahan hanya dapat dilakukan untuk satu malam sempena Festival Cetusan Seni UKM 2013, bertempat di Panggung Seni, UKM pada jam 830 malam hingga 10 malam.
tika sang anak bawa pulang menantu orang putih,
macam-macam masalah bahasa yang berlaku.
ni dia Reporrterr Kampong Bercampor Alam,
sekali bukak mulot, satu alam boleh dengar!
Dollah ni buat kerja boleh harap,
tapi kadang2 perangai boleh buat darah menyirap
Bella Espadolla pe jadah tah name die, berbelit lidah aku nyebut, tak payah crite,
korang boleh nganga tengok die macamtu.
ni ada masalah sikit nak kene mintak tolong dengan si Normah ni.
tolong ape? jengjengjeng!!
Haaa!! tu Bung Diani Kancil, Pak Ayob (Ibrahim Akir) dengan Nohman Isa pon blakon jugak!
ingat senang nak dapat pelakon vateran join show student?? TABIK!!
kerabat semua dah selesai majlis,
maka kami tunduk syukur pada para penonton.
tak sangka, yang datang begitu ramai sampai duduk atas lantai! dan ada yang datang dari Melaka, Perak, Perlis dan Pahang sebab nak sama-sama meraikan pementasan kami kali ini. syukur alhamdulillah.
Tahniah pada para produksi yang terdiri daripada barisan pelakon sendiri, pengarah yang sudi turun hingga lewat pagi pada saat-saat akhir, bantuan daripada kru Artisukma dan PUSKEB, akhirnya pementasan ini telah berjaya dipentaskan dengan sambutan gelak tawa penonton dari awal hingga akhir!
album penuh gambar pementasan