30 July, 2008

FTU Review - DIA YANG SEPI (Kolej Aminuddin Baki)

DIA YANG SEPI, naskhah yang berbentuk absurd telah dipentaskan dengan beraninya oleh Teater Kolej Aminuddin Baki pada hari terakhir Festival Teater Universiti UKM 08. Secara jujurnya, naskhah ini amatlah berat dan memerlukan kajian yang mendalam terhadap skrip itu sendiri supaya mesej naskhah yang ingin disampaikan sampai kepada penonton yang menonton. Peranan pemain juga menjadi tunggak yang penting dalam menyampaikan mesej sebuah teater absurd, selain pemahaman dan pengolahan sang pengarah itu sendiri. Kasawari sendiri sebenarnya tidaklah begitu mahir dalam hal-hal yang berkaitan dengan teater berbentuk absurd ini. Rasanya saudari Sumpit telah pun mengulas lanjut mengenai naskhah seumpama ini di previous review.

Berbalik kepada point utama, DIA YANG SEPI ini mengisahkan ‘luahan’ seorang manusia yang berdepan dengan pelbagai bentuk kesepian dalam hidup yang tidak mengenal waktu dan tempat. Fikiran sering terganggu dengan godaan ‘kesepian’ itu sendiri yang sentiasa menghalang manusia daripada berkomunikasi dengan bentuk kehidupan dunia yang lain. Kesepian menyebabkan manusia (Watak 1) mampu hidup sempurna hanyalah dalam mimpi.

Kumpulan teater Kolej Aminuddin Baki ini merupakan satu-satunya kumpulan yang bertanding pada waktu pagi disebabkan oleh penyelarasan masa pertandingan pada hari terakhir yang melibatkan tiga kumpulan, termasuklah persembahan penutup (selingan) oleh Kelab Teater Rimba pada waktu malam. Jadi, masa bump in kumpulan ini adalah pada malam sebelumnya, iaitu sejurus selepas kumpulan teater dari Kolej Pendeta Za’ba melabuhkan tirai pementasan mereka. Biarpun kumpulan dari Kolej Aminuddin Baki ini tiba lewat sejam daripada masa bump in yang sepatutnya, kumpulan ini berjaya menyiapkan sebahagian besar set dan lampu pada malam itu juga. Latihan para pelakon juga sempat diadakan pada malam itu sehingga waktu yang pihak urusetia FTU tetapkan supaya durasi persiapan pertandingan adalah sama dan adil bagi semua kolej yang bertanding pada hari-hari sebelumnya. So far, kolej ini tidaklah mendatangkan sebarang bentuk masalah sepanjang melakukan persiapan kumpulan mereka.

Show yang dijadualkan seawal 10 pagi tidaklah menjadi halangan kepada kumpulan ini untuk bertanding. Namun, kumpulan ini terpaksa menangguhkan waktu persembahan ke 10.15 pagi kerana ketiga-tiga juri gagal untuk tiba awal di Panggung Seni. Kasawari dan urusetia-urusetia yang lain agak cemas pada pagi itu, namun dalam masa yang sama Kasawari tergelak sendirian. Ingatkan para pelajar sahaja yang selalu bangun lambat, juri pun tiada bedanya. Manusia katakan… :)

Persembahan dimulakan dengan adegan monolog pendukung utama, iaitu Watak 1 yang dilakonkan oleh saudara Azirin (budak KTR jugak). Apabila Kasawari menontonnya, dalam hati Kasawari berkata, “not bad jugak si Azirin ni”. Maybe ilmu lakonan itu diperoleh semasa manjadi pelajar ko-kurikulum teater seni lakon pada semester lepas. Kiranya ada peningkatan dari segi mutu lakonan Azirin berbanding dengan pementasan semasa ujian praktikal lepas. Pelakon-pelakon lain banyak melibatkan watak-watak korus seperti waktu, angin dan sebagainya selain watak tiga orang pekerja yang berdiskusi dan menyindir tentang kehidupan di pejabat. Watak-watak korus kurang menyerlah kerana mereka masih memegang watak manusia atau ‘diri sendiri’, bukannya elemen-elemen yang diwakili. Dari segi vokal, hampir keseluruhan pemain tidak melontarkan vokal dengan betul dan adakalanya pemain ‘mengunyah’ ayat-ayat skrip. Kes terlupa skrip amatlah ketara, terutama semasa adegan tiga orang pekerja di pejabat berlangsung. Kesilapan ini sering kali dilakukan oleh watak pekerja wanita nerd sehingga dia mengulang skrip yang sama untuk beberapa kali tanpa ada usaha untuk improvisasi. Pelakon yang lain juga tidak ada inisiatif untuk menyelamatkan keadaan. Hal ini kemungkinan besar terjadi gara-gara pelakon terlalu terikat dan tidak blend dengan skrip. Watak bos lelaki pula berhadapan dengan banyak kelemahan seperti tidak membina connection dan chemistery dengan pelakon lain. Buktinya, dia sering berdialog di hadapan penonton dan langsung tidak respon dengan pelakon-pelakon lain. Seorang lagi watak wanita yang angkuh dan berpendirian tetap yang sering berdialog seolah-olah berpidato. Keseluruhan lakonan daripada kolej ini adalah bagi Kasawari agak lemah. Namun, Kasawari tidaklah menghukum kumpulan ini sewenang-wenangnya kerana Kasawari sangat mengerti bahawa mereka semua masih baru dan masih belajar dalam dunia teater ini. Sekurang-kurangnya kumpulan teater kolej ini berani mencuba dan bereksperimen.

Dari aspek teknikal, ternyata masih ada banyak lagi yang perlu diperbaiki, baik dari segi lampu, set, props dan sebagainya. Cuma Kasawari sedikit hairan dek tertanya-tanya mengapa teknikal daripada kumpulan ini masih lemah, sedangkan ada di antara ahli-ahli kumpulan ini merupakan krew teknikal UKM. Di manakah silapnya? Tetapi, keseluruhannya tidaklah begitu mengecewakan. Satu pujian harus diberikan kepada kumpulan teater ini kerana nampaknya mereka semua begitu bekerjasama dan bersatu antara satu sama lain seperti yang Kasawari lihat. Mereka sanggup mengorbankan waktu malam mereka untuk berlatih dan berproduksi, sedangkan mereka mengetahui bahawa pementasan mereka bakal berlangsung pada keesokan pagi. Syabas atas usaha kumpulan teater Aminuddin Baki ini.

Sekalung TAHNIAH juga diucapkan kepada saudara Azirin kerana berjaya menggondol anugerah PELAKON HARAPAN LELAKI pada kali ini. Kasawari dah sense something dengan lakonan budak ni. Ternyata sangkaan Kasawari tidak meleset. Kepada ahli-ahli kumpulan teater Kolej Aminuddin Baki, jangan berputus asa kerana masih banyak lagi yang korang perlu pelajari dan semoga you all berjaya pada FTU yang mendatang.






3 comments:

korang yg poyo said...

MEH SINI AKU KOMEN, BUDAK PEREMPUAN TEATER RIMBA NI MENGGEDIK SANGAT LAGI DR KOLEJ KERIS MAS

anti pegawai said...

kalau pemimpin yang ada di kelab teater rimba tu yang berfungsi tak guna juga lagi kalau mengikut telunjuk pegawai kebudayaan UKM, lagi hancur..
tahu ambil kesempatan je...
fikir-fikirkanlah semua ahli KTR

haikal_fadzil @ kelawar said...

assalamualaikum...

budak perempuan KTR ni memang gedik tp skurang2nya mereka tak hipokrit di depan masyarakat.kdg2 pelik jg kan sbb org dok fokus KTR je yg gedik sedangkn ramai lg diluar KTR yg gedik kalau nk dibandingkn kuantitinya dgn bdk2 perempuan dlm KTR ni.takpelah.biarlah org nak kata apa.kita dah buat mcm2 utk menaikkan nama ukm dan MALAYSIA dlm bidang yg kita minati ini.kita teruskan usaha kita.biarkan apa org kata.yang penting kita jgn hipokrit dan sentiasa humble. kpd anti pegawai, sy silakan utk join ktr dan kami akan jadikan anda sbg salah seorang ahli MT.mungkin kami gagal utk menongkah arus mengikut apa yg anda katakan.mungkin anda blh turut serta memberi idea kpd kami.saya dan KTR mengalukan kedatangan anda.