14 November, 2008

Teater MAKUM 09 : Naskhah oh Naskhah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada penggiat seni teater universiti seluruh Malaysia pastinya sudah tertunggu-tunggu bila tarikhnya Festival Teater MAKUM akan berlangsung lagi. Kepada peserta yang sudah bersedia dengan lebih awal sudah tentunya sedang atau sudah menetapkan naskhah yang ingin dibawa, bukan? Kepada yang belum, mungkin masih tercari-cari skrip yang sesuai untuk dipentaskan dan mesti sibuk memikirkan bagaimana untuk muncul sebagai juara atau sekurang-kurangnya top 3 untuk festival tersebut.

Selama mengikuti festival ini selama 4 tahun, penulis masih tidak dapat menjawab satu fenomena yang sering dibincangkan oleh kalangan ahli KTR iaitu, nak pilih skrip ni kena ikut kemampuan dan kreativiti peserta atau nak ikut latar belakang juri? Bukan nak membongkar rahsia KTR tapi bagi penulis, faktor kemenangan KTR di beberapa festival teater sebelum ini antaranya adalah memilih skrip berdasarkan genre yang disukai oleh juri. Atau dalam kata mudahnya, KTR pandai 'mengorat' juri. Antaranya teater Perkahwinan (2005), Teruna In Love (FTS 2006), dan Titik-Titik Hitam (MAKUM dan FTS). Semuanya kerana juri sukakan naskhah yang berat, drama, ada menari-menari, ada unsur kebangsawanan dan pelbagai elemen lagi. Dan lihat saja apa yang berlaku pada Teruna In Love dan Ara di festival MAKUM, disebabkan ada juri tak faham absurd dan cenderung ke arah drama berat, dua produksi ini jatuh terjelopok , tergolek do' (orang Kedah cakap) jatuh pada kedua-dua festival yang disertai sedangkan tuntutan prinsip pementasan teater dipenuhi dengan sebaiknya.

Sebagai bekas pengarah Ara, penulis menerima kekalahan teruk di MAKUM 08 pada awal tahun ini. Cuma apa yang penulis kurang faham adalah mengapa? Tuntutan seperti kepelbagaian dan penghayatan watak pemain telah dipenuhi, rekabentuk produksi memang bagi penulis antara yang tersusah dan terbaik pernah dihasilkan sepanjang penulis berada dalam KTR, manipulasi teknikal seperti muzik, ambient dan lighting juga telah dipenuhi. Maka, apa lagi yang kurang? Akhirnya, penulis menyimpulkan kekalahan tersebut adalah kerana ia adalah sebuah naskhah komedi. Di Malaysia ni, komedi disinonimkan dengan lawak Senario walaupun komedi yang ditampilkan adalah sinis dan penuh sindiran. Jadi mungkin juri mentafsirkan 'Ara' sebagai antara 'lawak-lawak Senario' yang tak layak memperoleh apa-apa anugerah tinggi, waima anugerah pelakon harapan sekalipun. Hanya dengan memandang perkara itu, kesempurnaan bahagian produksi yang lain turut dibuat-buat tak nampak.

Bagi penulis, juri tidak boleh menilai suatu persembahan berdasarkan minat diri sendiri. Kalau ini berlaku (memang dah berlaku), bagaimana dengan kumpulan lain yang hanya mampu membawa satu naskhah yang genrenya bukan menjadi minat atau latar belakang kesenian para juri? Harus diingat, kekangan modal insan dan kos merupakan masalah utama dalam kumpulan-kumpulan teater. Maka adili sebuah teater tersebut berdasarkan teater tersebut. Usahlah cenderung kepada apa yang diminati oleh juri sahaja. Tak kisahlah teater itu komedi, drama berat, atau lain-lain, adililah ia secara sepatutnya. Dah nama komedi, perlulah ada rasa komedi dan humor. Kalau drama berat, perlulah ada rasa ketegangannya. Takkanlah dalam drama yang babak tengah gaduh-gaduh pun tiba-tiba nak buat lawak? Dan takkanlah sebuah komedi tiba-tiba nak ada menangis? Cuma penulis sedar kesilapan penulis semasa mengarah Ara setelah menonton filem CJ7. Kepada yang menonton filem itu mesti teringat lagi bagaimana Stephen Chow meletakkan adegan sedih yang begitu menyentap perasaan di tengah-tengah komedi filem itu.

Jadi, kepada penggiat seni teater universiti lain (terutamanya dikhaskan kepada yang tak ada fakulti kesenian sebab yang ada fakulti and course teater ni mereka lagi pandai), berhati-hatilah dalam memilih skrip. Carilah skrip yang memenuhi 3 perkara (ni teori penulis je) iaitu :

1) Watak yang kuat
2) Ada unsur manipulasi teknikal (lighting, audio, set,)
3) Boleh mempelbagaikan rekabentuk produksi (kostum, makeup, dll)

Dan kepada pengarah, pilih satu konsep yang sesuai dengan naskhah dan peganglah konsep itu sepanjang produksi dan paling paling penting, jangan syok sendiri, hahaha. Sebagai contoh, kepada yang pernah menonton Titik-Titik Hitam, boleh saja pengarah membina konsep teater itu berbentuk realis dan latar tempatnya adalah rumah seorang Melayu yang menetap di Amerika Syarikat dan latar masanya adalah sekita era 80-an. Maka, produksi set, makeup, kostum dan lain-lain boleh menyerlahkan kreativiti mereka berdasarkan konsep itu. Apa-apa pun lakukan penyelidikan menyeluruh supaya tidak ada siapa akan mengatakan hasil anda adalah plagiat. Itu perkara paling penting.

Semoga berjumpa lagi semasa festival tersebut berlangsung dan mengharapkan persembahan yang lebih mantap daripada semua universiti yang bertanding berbanding dengan festival yang lepas. Selamat bertanding.

p/s: sekiranya juri masih lagi orang yang sama, penulis masih tetap dengan 'pendirian' itu.

13 comments:

nyda said...

All da the best to KTR for the coming FT MAKUM! =)

teuku kasawari said...

tertanya2 gakz bilela MAKUM tahun ni... dgr soseh2 tahun ni memang xde... hurmm...

Marissa said...

Hmm.. sekadar ingin menyampaikan pendapat saya yang tidak seberapa...

Ara tidak buruk. Dan juga tidak 'kalah'. Teater adalah subjektif. Ada yang suka ada yang tidak.

Teater ada yang matang-membentuk satu ruang buat penonton berfikir, ada pula yang mempermainkan kebolehan penonton untuk berfikir.

Pada akak, Ara kurang jiwa. Lawak memang lawak, tapi lawak itu seolah terasing dari jiwa-jiwa penyampainya. Kurang penghayatan.

Perkahwinan juga komedi, tapi setiap watak amat serasi pada jiwa penyampai. Akak tak suka perkahwinan kerana isi penyampaiannya mudah, namun tak bermakna iatidak bagus.. Ia cemerlang di dalam liganya...

Kita harus bermain dalam liga. Jika mahu menang, kenal pasti liga itu.

Sekadar pendapat hamba yang hina.

Tunas Warisan Artisukma UKM said...

erm...hebat huraian dan penjelasan kasawari tentang pengamatan dan dilema dalam mencipta kembali satu kejayaan yang mana telah dikecapi sebelum ini.

apa - apa pon..tahniah kepada Teater Rimba dan Gud LUCk untuk MAKUM yang akan dihadapi nanty...ganbate!!!

salam budaya~

teuku kasawari said...

erk... artikel ni saudara Haikal yang tulis, bukan Kasawari... huhu...

Tunas Warisan Artisukma UKM said...

haha...xtgk pulak pengarang dia..tengok best jer isu dia bawa..per pom..jgn le kecik hati si haikal kerana terpuji kasawari nie...bagus2..seorang yang peka dengan isu pengadilan..

salam

Anonymous said...

kelemahan atau kelebihan kita mengekspresikan naskhah di atas panggung bukan boleh dirasa-rasa.
hanya yg berilmu shja yg layak memberikan jawapan. klu disandar atas rasa semua part dlm produksi dah bagus, memg smua grup pn akan rasa olahan msg2 bgus. tpi adalah lebih bagus untuk tidak mempertikaikan kemenangan @kekalahan ttp mencari sebyak mgkin ilmu utk didalami. teater bukan sesuatu yg mudah untuk ditafsir hanya dengan menggabungkan penggunaan semua unsur spt lighting,audio,props,kostum,setting dan lakon ttpi bagaimana ilmu dalam penataan semua elemen tersebut digarap menghasilkan sesuatu yg berasas. lampu yg cntik x bererti membantu. set yg susah dan gah x bererti kena artistik dan letak aturnya. make up yg cantik x bererti seni nilainya. masih terlalu banyak ilmu yg harus dicari sblm kita mampu mengulas. biarlah yg lebih berilmu memberi pendapat. lebih kena pada tempatnya. lakon juga begitu, harus "berjiwa". bukan mudah menyampaikan diolog di pentas kerna klu tanpa jiwa lakon akan menjadi kaku. penonton lebih bijak menilai lakon yg "berjiwa" wlupun tidak mempunyai asas @pengetahuan teater kerana penglihatannya jujur berbanding kita yg sering berbagga mengatakan kita tlah tau semua perkara. kemenangan adalah 1 bonus. yg penting medan pertandingan itu harus secara positif dijadikan medan menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman. bukan dijadikan kayu pengukur siapa yg lebih hebat. hebatkah kita kalau menjadi pemenang antara yg lemah. lebih baik kalah antara yang terbaik. ubah persepsi, pasti terbukti berjaya kini dan nanti.

teuku kasawari said...

bagusla pendapat saudara/i anonymous! Kasawari bersetuju gakz. Next time bolehla saudara/i share2 ilmu kat cni ek. Amat2la kami alu2kan. Kiteroang kan masih belajar lagi.. Thanx ya... :)

Anonymous said...

KTR punye p'bimbing bagus yg xde pd grup yg ln. klu ditnye ape kelebihan KTR, jwpnnye senang. KTR ade "gudang ilmu teater bergerak".
P'bimbing KTR terlalu banyak ilmu untuk dicurahkan, hnye t'pulang kpd siape yg akn dicurahkn. pastinya bukan pd org yg hanye menunggu untuk disuap ttp mestilah org yg slalu usaha bgmn untuk mencari..moga KTR dn kegemilangannya akan trus bersinar.

teuku kasawari said...

Amin... :)

Nezz said...

Good luck KTR for upcoming MAKUM...all the best!




Nezz,
PENTAS, UPM.

Arjuna said...

Saya mencadangkan Kelab Teater Rimba mementaskan salah satu daripada teater ini :

1. FRAGMEN TOLONG karya MARSLI NO

2. KUTUKAN DARI LANGIT karya Arenawati

3. ARAFAH karya Atondra


Skrip FRAGMEN TOLONG boleh mintak dari penulis di blog belia - marslino.blogspot.com Kolej Tun Dr Ismail pernah mementaskan teater ni sempenan FESTIK 2008 di UPM dan mendapat no.3...Sebuah skrip yang menarik...

Skrip no.2 & 3 bleh survey di Dawama.com atau kedai buku DBP...juga skrip2 yang menarik.

InsyaAllah jiga dipentaskan akan dapat menambat hati juri. =]

GOOD LUCK!

alfasih~amiruliman said...

Terima kasih kepada Arjuna dan yang lain.

Saya wakil dari Ungu Production, Kolej Tun Dr Ismail, UPM ingin menjemput semua yg membaca komen ini ke pementasan terbaru kami.

TAJUK : Menanti Puteri Hijau
KARYA : En Ismail Kassan
TARIKH: 1 Mac 2010
MASA : 8 malam
TEMPAT: Panggung Percubaan, UPM

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya.