30 July, 2008

FTU Review - ANDAI (Kolej Pendeta Za'ba)

Festival Teater Universiti 2008 yang berlangsung baru-baru ini merupakan penyertaan kali kedua bagi Kolej Pendeta Za'ba setelah membuat kemunculan buat pertama kalinya pada tahun 2005. Al-maklumlah kolej yang terletak di lingkungan kedua ini merupakan 'kolej bongsu' di UKM. Setelah mementaskan teater berbentuk 'absurd' pada tiga tahun lepas, grup teater kolej ini mementaskan sebuah naskhah yang berjudul ANDAI.

Mendengar judul naskhah ini sahaja Kasawari sudah mengandaikan bahawa jalan ceritanya adalah seakan-akan sama dengan naskhah KALAULAH yang pernah dipentaskan oleh pelajar-pelajar ko-kurikulum seni lakon pada sesi terdahulu. Cerita berkaitan dengan kisah hidup beberapa individu yang hidup dalam kesempitan dari segi kewangan dan kerohanian serta terpaksa hidup merempat di jalanan yang hanya memperoleh 'rezeki' dengan meminta sedekah, memungut sisa-sisa makanan dan yang paling penting adalah terpaksa 'berangan' untuk memiliki sesuatu yang amat diingini tanpa berusaha ke arahnya. Kumpulan ini cuba memaparkan kisah hidup kanak-kanak kelas bawahan yang dipinggirkan keluarga dan masyarakat.

Walaupun masa bump in set telah 'dicuri' oleh kumpulan sebelumnya, namun grup teater dari Kolej Za'ba ini mampu mendirikan set dan menyelerakkan props yang ada dalam waktu yang singkat. Set yang bertulangkan susunan dinding dan berpropskan sampah sarap berjaya disiapkan beberapa jam sebelum bermulanya pertandingan. Biarpun terdengar mulut-mulut dengki yang mengatakan set dinding seperti dinding kartun la, macam cerita Arab la, set terburuk yang pernah dilihat la, apa la, namun kredit harus diberikan kepada grup ini kerana; pertama: bijak menggunakan bahan-bahan terpakai untuk dijadikan set dan props meskipun mengetahui kekangan bajet; kedua: majoriti ahli, terutama budak-budak set terdiri daripada kaum hawa (where are Za'ba guyz???); ketiga: keseluruhan ahli adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 1 (tak macam kolej-kolej lain yang ramai senior tolong); dan yang keempat: satu-satunya grup yang berjaya dan sempat membuat run-through teknikal PENUH! Syabas budak-budak Zon 2!


Show yang bermula tepat pada jam 9 malam ini berlangsung dengan agak slow pada awalnya dengan pengenalan watak-watak yang terdiri daripada kanak-kanak seorang demi seorang. Satu intro yang kurang 'menikam' dan membuat penonton agak resah. Harus diingatkan bahawa kemantapan sesuatu intro merupakan faktor penting untuk menentukan sama ada penonton akan terus lekat di kerusi penonton ataupun beredar keluar kerana first impression yang bosan. Permulaan yang agak hambar ini sedikit sebanyak mengurangkan minat beberapa penonton untuk terus duduk menonton seperti yang Kasawari perhatikan. Keadaan menjadi agak selamat apabila munculnya seorang watak kanak-kanak 'patah' dengan gayanya bersahaja sehingga mencuit hati penonton walaupun kadang-kadang Kasawari tengok terover-over dengan pembawakan karakter dan suka menambah-nambah tatkala mendapat respon lucu daripada penonton. Begitu juga dengan watak seorang lagi NOK berbadan XL yang tiba-tiba muncul sebagai tukang sapu DBKL (kot!). Suaranya yang nyaring dan gedik berjaya membuat penonton tidak kering gusi. Namun, sebenarnya watak-watak lelaki separuh wanita ini adalah amat klise dalam sesuatu pementasan, bukan sahaja di peringkat teater kolej, malah di peringkat MAKUM. Teguran selalu diberikan oleh juri-juri profesional bahawa watak-watak sebegini adalah sangat 'basi' dan bukan favourite untuk diberikan markah dalam apa jua pertandingan meskipun watak-watak ala Nyah ini penghidup suasana. Tapi, entahla. Mungkin benar apa yang penonton dan penyokong dari Kolej Za'ba sendiri maklumkan kepada Kasawari bahawa 'wujudnya' watak-watak sebegini adalah kerana most of the JAKSA kolej sendiri terdiri daripada golongan ini. Erm, yang tu Kasawari tak berani nak cakap ape.

Watak-watak lain tidaklah begitu menonjol, adakalanya hambar, adakalanya kelakar. Mungkin mereka masih baru dan belum mempelajari teknik-teknik lakonan dengan mahir lagi. Maklumla baru beberapa minggu masuk ke UKM, sudah memikul tanggung jawab besar sebagai mahasiswa berjiwa seni. At least it was a very good try! Mesej yang disampaikan agak straight to the point, namun kreatif dalam menggunakan props seperti kotak yang pada mulanya menjadi alas tidur dan kemudiannya dibentuk menjadi kereta yang diimaginasikan oleh kanak-kanak. Seorang lagi watak yang satu-satunya kanak-kanak perempuan yang bernama Dewi agak mencuit hati penonton dengan saiz pelakonnya yang kecil molek dan mempunyai suara yang comel. Tetapi, si Dewi ni sering bermain gerak di bawah payung yang dipegangnya sehingga wajahnya tenggelam dek lindungan payung tersebut.


Dari segi teknikal, lighting seperti biasa dalam kategori lemah seperti kolej-kolej sebelumnya. Masalah yang sama seperti cue lampu lambat masuk dan tidak punch sehingga membuatkan jalan cerita menjadi drag. Satu yang pelik tentang pementasan ANDAI ini adalah terlalu banyak audio digunakan meskipun ada beberapa babak tertentu dirasakan tidak memerlukan audio. Tindakan kumpulan ini untuk mengisi kekosongan jalan cerita dengan santapan lagu-lagu kurang menjadi kerana penonton menjadi muak. Selain itu, kolej ini banyak menggunakan audio lagu-lagu popular masa kini seperti Pencinta Wanita, Pudar dan sebagainya dan setiap lagu itu diputarkan dalam durasi masa yang agak lama (hampir separuh lagu). So, masalah drag makin menular!

Walau bagaimanapun, pujian tetap diberikan kepada Kolej Pendeta Za'ba kerana semangat kerja sama antara ahli sangat kuat. Mereka dilihat sebagai grup yang merendah diri dan malu-malu, unlike certain colleges. Ahli-ahlinya tetap bersabar dengan karenah grup-grup lain yang mengutuk set dan pameran mereka. Hasil kesabaran kolej ini membuahkan hasil apabila memenangi ANUGERAH KHAS JURI a.k.a. tempat ke-4 FTU 08... Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada produksi ANDAI ini. Masih jauh and banyak lagi yang perlu dipelajari dan semoga grup ini akan sukses selalu...


p/s: ANDAI korang bisa bersatu, ANDAI korang bisa bersabar, ANDAI korang terus berusaha, segala ANDAI akan terlerai dan bertukar menjadi NYATA!

2 comments:

Anonymous said...

saye one of tenaga produksi. thanks for the comments.

ayu jelita beyonce said...

i lah nok badan besar...kami enjoy je..yg penting dapat hiburkan orang...