Secara kronologinya, naskhah ini pertama kali dipentaskan di Panggung Seni pada tahun 2004 sempena Festival Teater Melayu ASEAN (FESTEMA) yang dimainkan oleh kumpulan teater daripada Universitas Indonesia (UI). Seterusnya, KTR telah mengadaptasikan naskhah ini untuk dibawa ke Festival Teater MAKUM 2004 dan mendapat anugerah pelakon pembantu lelaki, pelakon harapan wanita, anugerah tata muzik terbaik dan memperoleh tempat ke-2 keseluruhan dalam festival tersebut. Seterusnya, pihak Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor menjemput KTR untuk mementaskan sekali lagi naskhah yang sama sempena Program Teater Keliling Negeri Selangor pada tahun 2005. Persembahan berlangsung dengan jayanya selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 Jun 2005 di Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam. Persembahan ini turut dikritik hebat oleh aktivis teater terkenal tanahair, Khalid Salleh dalam ruangan Nafas Teaterikal (Berita Harian).
Seterusnya, KTR terus membawakan karya Nikolai Gogol ini ke Indonesia atau lebih spesifik lagi di Universitas Indonesia pada 16-21 November 2005 sempena program Interaksi Kebudayaan UI - UKM. Teater ini kemudiannya kembali ke UKM untuk dipentaskan khas kepada warga UKM. Dengan menjemput Edlin (peserta AF2) sebagai pelakon jemputan, tarikh 11 dan 12 Mac 2006 menyaksikan setiap pelosok Panggung Seni dipenuhi penonton yang rata-ratanya warga kampus dan penduduk tempatan. Persembahan ini juga turut mendapat liputan oleh akhbar Berita Harian.
Rezeki KTR terus datang mencurah melalui teater ini. Kali ini, pihak Taman Ismail Marzuki, Jakarta, Indonesia menjemput KTR untuk mementaskan teater komedi romantis ini bagi tatapan peminat dan aktivis teater di Indonesia. Peristiwa ini amat bersejarah dan satu penghormatan buat negara Malaysia setelah berbelas-belas tahun lamanya, tiada satu kumpulan teater dari Malaysia membuat persembahan di ruang pentas tersohor di Indonesia itu. Teater Perkahwinan oleh KTR menemui penonton pada 8 dan 9 Jun 2006, juga mendapat liputan meluas dan komen menggalakkan daripada akhbar-akhbar tempatan di Indonesia.
Setelah berusaha keras selama beberapa ketika, akhirnya KTR dengan naskhah popularnya ini, berjaya memasuki ruangan pentas Istana Budaya, KL untuk dipersembahkan kepada peminat teater di Malaysia. Panggung Sari menjadi tempat berlangsungnya persembahan teater Perkahwinan selama 3 hari berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya. Sambutan yang diberikan juga amat menggalakkan.
Masa berlalu. Setelah berakhirnya pementasan di Istana Budaya itu, KTR terus membawakan naskhah-naskhah lain dalam pementasan seperti Titik-Titik Hitam (Nasjah Djamin), Orang Kasar (Anton Chekov), Dhemit a.k.a Ara (Heru Kesawa), dan yang terbaru adalah naskhah Peminangan adaptasi dari Anton Chekov iaitu Peminangan (The Marriage Proposal a.k.a The Proposal). Dan kini, teater Perkahwinan bakal dipersembahkan sekali lagi di kota singa pada penghujung November ini. Maka, kepada ahli KTR yang terlibat di dalam produksi kali ini, mulalah untuk bekerja keras bagi memastikan bukan setakat nama UKM dan KTR sahaja dapat diharumkan, malah jadikanlah nama negara Malaysia, tempat tumpah darah ini turut mekar di negeri orang. Kita bukanlah mereka yang berjuang demi negara dengan mengangkat senjata namun kita dapat melakukannya melalui teater. Kepada peminat teater tanah air, sama-samalah berdoa agar kami dapat melakukan yang terbaik pada sejarah yang bakal ditempa nanti.

p/s : aku selalu palu gendang je dalam teater ni.
10 comments:
anyone my batch yang g?...nak join if free....as penonton ja ya bapak2...
ada.. artis no.2 negara pergi, iaitu Teuku Alejandro Redziz...
yolah tu artis no 2. negara....
pepehal, wat yang terbaik ok?
this show perform by KTR or ALUMNI KTR?
klu x slah, dgr story dari org2 lme mengatakan perkahwinan memg alumni yg terlibat kan?
ape kata war2kan ini show ALUMNI.
kalau diwar2kan ini show KTR rasanya mcm x relevan dah. am i right?
mari b'pijak di bumi nyata.
taklah.. undangan diberi kepada KTR oleh Singapore. pelakon pulak gabungan alumni dan KTR, tat is 70%alumni n 30% KTR dan produksi 100% KTR. maknanyer, ni kire kerja sama antara KTR dan alumni. so, dun confuse k!
mari berpijak di lantai Panggung Seni...
kesian budak2 belakang tabir kan? selalu dilupakan orang.asyik nampak pelakon je menonjol sedangkan kalau takde budak2 ni tak jalan jugak produksi tu.diorang tu bukannya alumni pun.ahli KTR tulen lagi dan sibuk buat kerja.tapi tu lah...orang tak kisah pun akan kewujudan mereka ni...
thanx Haikal... hanya yang terlibat memahami...
isu2 pcah belah kaum lagi.. bosan..
i rse, anynomous ni bukan sorang je tau. antara kita2 pun ramai yg ambik kesempatan guna nama anynomous nih. dri cra komen dan ayat, anynomous ni ramai sgt la..
termasuk i huhuuhhuhuhu..jgn marah k..
tau xpe... dah jd trend dah meng'anonymous'kan diri... isu pecah belah kaum? erm, FYI, KTR sendiri dah xde isu2 tu lagi. klu ada pun, maybe di 'pihak' yang lain. skali lagi jgn confuse k...
Post a Comment