Beliau bukanlah seorang yang rapat dengan aku. Malah dia pun tak kenal siapa aku berbanding dengan aktivis-aktivis teater hebat yang lain. Namun, jangka waktu hampir satu jam berbual bersama-sama beliau semasa bengkel teater di UUM beberapa ketika yang lalu banyak memberi manfaat dan idea kepada aku mengenai bagaimana menguruskan urusan teater. Idea dan saranannya banyak yang kena dengan jiwa aku. Masih teringat lagi bagaimana dia memuji idea aku untuk menghasilkan satu rancangan realiti televisyen seperti Akademi Fantasia tetapi berorientasikan teater dan tidak menggunakan SMS mengarut. Semasa aku melontarkan idea itu, ramai memandang aku dengan pandangan, 'budak mana ni?' Tapi Syed Alwi memandang ia sebagai salah satu cara untuk teater diapresiasi oleh masyarakat kini, ilham asal aku untuk melontarkan idea itu. Begitulah Syed Alwi yang aku kenal dalam jangka masa yang pendek. Berbanding dengan tokoh-tokoh teater tanah air yang lain yang hadir pada hari itu, bagi aku mereka semuanya kerek-kerek belaka. Hanya Syed Alwi yang menarik perhatian aku pada hari itu.
Dia mengenali mengetahui kejayaan Kelab Teater Rimba, dan dia masih mengucapkan setinggi tahniah kerana telah berjaya mempersembahkan Perkahwinan di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Walaupun aku tidak pernah berada di bawah seliaan beliau, atau berada di bawah arahannya, tapi tips yang diberikannya kepada aku dalam mempersembahkan falsafah naskhah teater cukup mengajar aku berbanding orang yang diharapkan, langsung tidak boleh diharap. 'Falsafah itu datang dari sisi penonton. Kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah.' Walaupun ia hanya dua ayat pendek, namun kesannya pada aku cukup mendalam. Tidak aku nafikan tips itu yang aku terapkan semasa mengarah Titik-Titik Hitam beberapa tahun lepas.
Seterusnya, dia mengutarakan isu pelajar-pelajar universiti dalam bidang teater. Bukan mengenai kualiti, namun, kemana mereka selepas tamat belajar, berapa kerat pertandingan atau persembahan teater yang boleh dijadikan sebagai pengalaman. Benar, dengan hanya bergantung kepada festival yang sedikit dan karenah birokrasi, tidak banyak yang boleh diimpikan oleh pelajar-pelajar universiti untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini, terutamanya bagi universiti yang tiada fakulti seni atau program teater tersendiri. Itu persoalan dan isu yang masih belum selesai dari dulu hingga kini.
Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan kematian Syed Alwi. Aku terkejut. Tersentap. Namun, itulah yang dikatakan ajal di tangan Tuhan. Aku takkan lupakan kenangan sejam bersama arwah, antara seniman negara tersohor dan antara tokoh teater yang hebat di Malaysia. Aku bangga berbual dengannya dan berkongsi idea daripada berbual dengan tokoh teater negara lain kerana aku orang Malaysia dan bangga menjadi rakyatnya. Aku bukan mereka yang suka mengagungkan manusia dari tempat lain.
Semoga rohmu dicucurkan rahmat dan berada dalam kalangan mereka yang beriman.
Al Fatihah.

No comments:
Post a Comment