07 July, 2008

SEMESTER BARU, 'RIMBA' YANG BARU

Salamz kepada semua KTRians dan juga penggemar blog internet...

Pertama kali Kasawari ingin memohon maaf atas 'ketidakaktifan' Kasawari dalam penulisan blog sepanjang cuti semester yang lepas. Pada permulaan kehidupan pengajian kita menjelang semester baru ini, Kasawari dengan sukacitanya mengucapkan selamat kembali dan tahniah sekali lagi kepada semua mahasiswa, terutamanya warga Rimba kerana berjaya untuk meneruskan pengajian yang berikutnya.

Melihat headline di atas, jangan salah sangka dan melatah dengan ayat 'Rimba Yang Baru'. Bukanlah maksud Kasawari bahawa KTR akan dirombak, ditukar atau diubah kepada 'Rimba' yang lain atau baru secara lahiriahnya. Tetapi, Kasawari mengharapkan daripada semua pihak Rimba untuk menyuntik semangat baru serta usahasama selain hubungan yang lebik baik dan erat sesama warga Rimba bagi mempertingkatkan lagi produk-produk yang bakal dihasilkan oleh KTR serta memperbaiki segala kesilapan lampau. Semoga warga KTR boleh 'berhenti' memandang ke belakang yang penuh dengan 'Titik-Titik Hitam' dan terus memandang ke hadapan dan penuh optimistik dan berlaku matang.

Kasawari juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan SELAMAT DATANG dan TAHNIAH kepada adik-adik junior baru yang berjaya membolosi diri sebagai antara mahasiswa yang bertuah menjejakkan kaki ke universiti, UKM khasnya serta seterusnya ke KELAB TEATER RIMBA... :) Begitu juga sekalung ucapan TAHNIAH diucapkan kepada 'Facy' (betul ke spelling ni???) untuk bahagaian teater kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda. Semoga sebilangan besar mahasiswa junior boleh kita 'tarik' masuk menyertai KTR bagi meneruskan 'keturunan' Rimba yang selanjutnya.

Dalam kesempatan ini juga Kasawari ingin memberikan sedikit pengumuman bahawa perjumpaan ahli-ahli KTR kali pertama bagi sesi 2008/2009 akan diadakan pada 8 Julai 2008, iaitu hari Selasa pada jam 8.30 p.m. di Panggung Seni. Diharapkan semua ahli dapat menghadirkan diri bersama-sama junior nanti. Pelbagai aktiviti KTR akan dibincangkan kelak.

Teuku Kasawari

No comments: