26 July, 2008

FTU Review - JEBAT (Kolej Keris Mas)


Naskhah karya Prof. Dr. Hatta Azad Khan (kini dekan fakulti seni persembahan di UITM Shah Alam) ini bagi saya adalah salah satu bentuk teater moden. Sekiranya saya salah, sila betulkan saya. Ia juga merupakan sebuah skrip yang popular di kalangan penggiat teater tanah air. Ceritanya berbentuk komedi yang mengandungi kritikan-kritikan sosial yang agak pedas. Kali terakhir saya menonton naskhah ini adalah pada perasmian Festival Teater Kebangsaan 2006 itupun hanya sedutan babak awal sahaja. Melihatkan sedutan tersebut saya beranggapan bahawa kumpulan teater dari negeri Pulau Pinang itu menafsirkan naskhah tersebut secara surrealisme. Beberapa hari sebelum bermulanya festival, saya mendapat maklumat yang mengatakan kolej Keris Mas (kumpulan Sanggar Mas) membawa konsep bangsawan untuk naskhah ini. Saya pun berfikir, "Bolehkah skrip seperti ini diadaptasi kepada sebuah teater bangsawan?" Bagi saya, kumpulan daripada kolej Keris Mas ini pun dalam proses memancung 'kepala' sendiri kerana untuk mempersembahkan teater bangsawan, pelbagai syarat dan peraturan perlu dipatuhi seperti perlunya ada extra turn, gaya bahasa, dan pelbagai lagi. Lagipun saya memang tak pandai dalam teater bangsawan ini kalau nak dibandingkan dengan boboy, rajan atau ajmal. Sekiranya unsur-unsur bangsawan tidak dipenuhi, maka markah akan dipotong kerana kekaburan konsep kerana ini adalah pertandingan, bukan show biasa. Memandangkan sebahagian ahli-ahli produksi dah mula gelabah sebab mereka pun blur dengan konsep yang ingin disampaikan pengarah, saya pun memberi sedikit nasihat kepada mereka untuk menyelamatkan persembahan tersebut.


Namun, setelah melihat keseluruhan persembahan mereka pada malam tersebut, banyak kelemahan yang saya tak mampu nak kata apa sebab walaupun mereka ada mengikut nasihat saya, tapi ianya tidak cukup untuk menampung kelemahan-kelemahan yang ada. Senang cerita, kekaburan konsep tampak sangat ketara. Saya sendiri tak dapat detect ini teater bangsawan ke, moden ke, absurd ke, realisme ke... Apa yang saya belajar dari Bung Kancil, sebagai pengarah persembahan, konsep persembahan sangat penting terutamanya dalam pertandingan. Kejelasan konsep adalah terletak di bawah bahu pengarah dan pengarah perlu tahu dan arif mengenai apa yang ingin dipersembahkannya.

Mengenai lakonan, bagi saya secara keseluruhan biasa-biasa sahaja. Jebat yang dilakonkan oleh si Ludin (kau ni KTR lagi ke dah resign jadi ahli?) bagi saya tak sesuai dibawa oleh seorang yang berbadan agak kecil. Tapi gaya lakonannya bagi saya ok. Juga dengan watak pembesar yang dulunya bekas pelajar ko-k teater bangsawan. Nampak ada peningkatan berbanding dengan lakonannya waktu persembahan praktikal dulu. Yang lain, biasa-biasa sahaja.

Dari segi perjalanan produksi, bagi saya set yang dibina agak tidak praktikal untuk persembahan Jebat ini. Memang menarik mereka menggunakan konsep wayang kulit melalui 2 kelir putih pada bahagian tengah set, tapi seperti kata juri, permainan di kelir itu tidak dipelbagaikan. Tambahan pula permainan bayang-bayang kurang menjadi sehinggakan muncul visual bayang-bayang yang agak lucu bagi para penonton. Kawasan terlampau lapang didepan set menjadikan ianya kosong ditambah pula dengan pelakon yang kurang bermain dengan ruang. Pujian diberikan kepada barisan pemain alat muzik yang mengiringi persembahan dari awal sehingga akhir. Mereka sedikit sebanyak dapat menghidupkan suasana cerita dengan iringan muzik latar yang segar. Cuma untuk masa hadapan, barisan pemuzik bukan sahaja berfungsi untuk memainkan lagu secara serentak, malah alat muzik digunakan untuk menghasilkan bunyian yang lain sebagai kesan khas kepada persembahan.

Seperti yang dikomen juri, bangsawan perlu ketelitian. Tanjak adalah berbeza mengikut negeri melayu zaman kesultanan melaka. 2 juri yang datang dari jabatan kesenian negeri selangor ini amat arif dalam bidang bangsawan kerana mereka memang selalu terlibat dalam produksi bangsawan. Bagi saya, kostum yang dipakai boleh dianggap sebagai tangkap muat sahaja. Apa yang ada, apa yang dapat dipinjam, terus digunakan tanpa ada kajian terperinci. Sahabat-sahabat...kerja teater adalah kerja terperinci dari pelbagai aspek tau... we have to be serious when it comes to the theater performance.

Babak bersilat sedikit sebanyak menyelamatkan kehangatan persembahan pada malam itu. Koreografi silat yang ditunjukkan oleh watak hang jebat dan hang tuah menampakkan ada kesungguhan dalam melakonkan babak tersebut. Kalau ditambah dengan muzik iringan yang saspen mungkin dapat menambah debaran pada babak tersebut setelah penonton dihidangkan dengan komedi sindiran yang memenuhi skrip karya Dr Hatta ini.

Sanggar Mas antara kumpulan teater kolej yang agak popular di UKM ni. Kerana, kebanyakan ahli KTR dulu-dulu banyak dari kolej Keris Mas dan turut membantu dan join Sanggar Mas ini. Jadi reputasi tersebut perlu dikekalkan pada setiap pertandingan teater yang dianjurkan dalam UKM. Sayang, festival kali ini menampakkan keketaraan dari segi kualiti yang dipersembahkan oleh Sanggar Mas. Jika dibandingkan dengan naskhah Ludin pada festival yang lalu, Jebat seperti berundur satu langkah ke belakang. Bagi saya sebab utama kelemahan persembahan baru-baru ini adalah dari segi konsep yang dipilih. Kalau itu dapat diutamakan dan tepat, persembahan Sanggar Mas mungkin menjadi salah satu persembahan yang akan sentiasa diingati oleh penonton.

Pelik juga melihat kumpulan-kumpulan teater kolej UKM ni, KTR yang boleh dikatakan luas pengalamannya ni pun tak berani nak pentaskan sesuatu konsep yang ber'bahaya', inikan pula kumpulan dari kolej kediaman... haih..... Tak tau nak cakap apa.

p/s: dengar cerita ada budak Sanggar Mas kutuk show Titik-titik Hitam sebelum KTR bawa cerita tu ke MAKUM 07. Tak apa lah, sekurang-kurangnya sekarang dia dah tahu apa sebenarnya fungsi cermin.

4 comments:

Shahrul Hafizi said...

emmm
sy pn setuju dgn komen pengomen
memg byk kelemahan dlm teater JEBAT
yg dibawa oleh Sanggar Mas
terutama mengenai kekeliruan mengenai konsep persembahan

mohon jasa baik KTR
utk memberi tunjuk ajar kpd Sanggar Mas
sememangnya kualiti kami kelihatan
sudah xmantap

sekian~

nadey said...

terima kaseh byk2,,,sb wat entry ni....komen2 tu sgt2 bermakna tok kami tok blaja lg ..sy nadey salah seorg produksi dlm JEBAT tu..mmg diakui kami mmg dh wat 1 kesalahan besar. byk dugaan kami terima...kami terpaksa ambil tajuk ini dek kerana masalah dalaman. sudahlah kami tiada pengalaman....demi nama dan minat kami pd teater...kami akan terus blaja dan cuba naikkn nama SANGGAR MAS...

Anonymous said...

Akak Sabah. Adik2 Sanggar Mas perlu terus berusaha! Yang penting minat kan! 2002/03 Sanggar Mas berdiri atas nama sendiri dengan teater 'Gong'.Ramai rakan ktr bantu.Dorang rajan 1st lagi masa tu.Bung single lagi zaman tu.sekarang dah kawin kan! jgn putus asa....expresikan diri anda dalam teater.

Anonymous said...

banyakkan belajar..kami dulu KTR zaman tahun 2000 juga banyak belajar dari pengalaman..bukan senang nak menang kebangsaan masa tu..bertanding lwn ally iskandar and the gang..so jgn putus asa..teruskan usaha..bung kancil bnyk menolong..masa 2 single..so carilah pengalaman dari luar..teater ni luas..jadi kita pun perlu luaskan pengalaman kita..