06 October, 2009

TERBANG SUDAH SI KASAWARI

Assalamualaikum...

Diam tak diam, agak 'berkurun' lamanya blog KTR ini tidak dikemaskinikan. Diam tak diam juga pelbagai aktiviti telah dijalankan dan bermulanya sudah pemerintahan baru dalam kerajaan Rimba! Kasawari bersama angkatan Rimba lain telah pun menyerahkan takhta kepada pewaris masing-masing secara rasminya pada 03 Oktober 2009 yang lepas.

Tidak banyak Kasawari ingin bicarakan di sini dalam tulisan terakhir Kasawari sebagai editor blog ini sebelum diambil alih oleh YDP baru. Sepanjang hampir 5-6 tahun di dalam Rimba yang 'dibenihkan' oleh Sang Kancil ini, tidak mampu untuk Kasawari mengungkapkan madah-madah (bukan Madah Berhelah) dan perasaan yang sesungguhnya bercampur-baur serta pengalaman yang berjuntai hasil bersama sanggar yang Kasawari amat sayangkan ini.

Bermula dengan detik pertama Kasawari menginjakkan kaki ke dalam dunia Rimba sebagai ahli props 'lelap' dalam Syajar (2004) dan seterusnya bergerak aktif sebagai ahli props Perkahwinan versi pertama KTR; melenturkan diri sebagai randai-randai dalam Korporat dan Teruna In Love; berpengarah produksi dan berproduksi dalam sequel-sequel Perkahwinan (serta menjadi Arjuna di Singapura); stage manager dalam Titik-Titik Hitam; menjerangkungkan diri dalam Ara dan banyak lagi. Begitu banyak ilmu dan pengalaman dikutip dalam Teater Rimba meskipun hingga sekarang Kasawari masih merasakan masih banyak lagi yang perlu ditelaah dan didalami dalam seni teater.

Sejujurnya Kasawari memang buntu untuk meneruskan catitan sejarah cinta teater Kasawari dalam dunia teater, khasnya bersama Kelab Teater Rimba. Siapalah Kasawari untuk 'membukukan' kisah hidup Kasawari bersama KTR. Kasawari hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada sebarang kekhilafan. Segala pahit dan manis, kontroversi dan konflik, menang dan kalah akan Kasawari pahatkan di dalam hati Kasawari kerana lahir dan hidup bersama KTR adalah antara pengalaman dan hikayat yang paling berharga sepanjang Kasawari bernafas dan berlari di dunia ini. Kasawari percaya bahawa kesetiaan Kasawari bersama Teater Rimba yang tak berbelah-bagi wujud daripada minat yang mendalam terhadap merungkai makna dan 'misteri' serta keindahan teater itu sendiri, bukannya untuk tujuan dan niat yang terpesong.

Apepun, Kasawari ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Saudara Syam (Mama Badak) kerana dilantik sebagai Ketua Pemerintah Rimba yang seterusnya. Diharapkan Teater Rimba akan terus menyinar dan berkembang sepanjang pemerintahan Badak ni. ;p

Sebelum Kasawari terbang, Kasawari ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Rimba, terutama Bung Kancil kerana membuka mata dan minda Kasawari mengenai apa itu teater dan memberi peluang kepada Kasawari mengutip pengalaman yang indah dan berharga serta memerintah KTR bagi sesi 2008/2009. Kasawari mewakili Majlis Tertinggi dan exco-exco sesi 2008/2009 juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan yang pernah kami lakukan sepanjang pemerintahan kami. Semoga Kelab Teater Rimba akan terus berjaya dan membanggakan! Buena Suerte! Will miss you all!


Wassalam...



Kelebihan zaman pemerintahan Kasawari dan Majlis Tertinggi/Exco bersama Bung Kancil:


1. Bung Kancil akhirnya kahwin. ;)


2. Bung Kancil menyumbangkan suara berduet dengan isteri dalam 'Gubahanku' semasa Majlis Makan Malam KTR 2008. (first time dengar Bung nyanyi sejak KTR ditubuhkan!)


3. Bung Kancil akhirnya lulus ujian memandu dan dapat lesen! hehe...


4. Bung Kancil beli kereta New Saga!


p/s: saja nak usik-usik Bung. :) Sekarang izinkan Kasawari melebarkan sayap dan terbang tinggi ek. Tata-titi-tutu!

5 comments:

widda_me said...

hmmmmm...dah macam ucapan tarzan kepada seluruh binatang hutan..heheheh..
love u abg redz..muahx!

aRaN cRiKwoNg said...

all da best abg red hihihihi

teuku kasawari said...

widda: aa, tarzan dh jumpe jane dh, kena pegi.. huhu...

aran: thanx aran.. teruskan bersama KTR k!

aRaN cRiKwoNg said...

ok abg red...i will miss u hihihihi

widda_me said...

jane??
should be i am ur jane....
sp yg brani rmpas takhta i