31 October, 2009

PANGGUNG SENI ..DI PENUHI MUNTAH JIN DAN TANAH…

Sekalung Tahniah dan syabas pada pelajar Kokurikulum Bangsawan dan Seni lakon yang telah berjaya mementaskan persembahan amali atau praktikal pada hari khamis (22 Julai 2009). Sesungguhnya syam mewakili MT tertinggi KTR berasa puas hati terhadap persembahan yang dipentaskan pada malam tersebut.

Sinopsis Bangsawan

Untuk makluman semua, pada malam tersebut pelajar teater bangsawan mementaskan sebuah naskah yang bertajuk Raja Badang di mana ia mengisahkan tentang bagaimana Raja Badang yang dulunya merupakan rakyat biasa yang memakan muntah Raja Jin akhirnya menjadi kebal dan gagah hinggakan setiap jajahan takluk yang diperintah oleh raja tak ingat help me telah menjadi jajahan takluknya apabila setiap negeri kalah beradu tenaga dengannya. Pelbagai konflik yang berlaku sehinggakan suatu hari Raja Badang ingin berkahwin dengan puteri raja tersebut. Pada masa yang sama puteri raja tersebut telah menjadi tunangan kepada anak raja di bawah negeri naungan ayahanda raja puteri tersebut.

Apabila mengetahui niat Raja Badang itu, tunang puteri tersebut berjumpa dengan Raja Jin untuk mengetahui rahsia untuk mematikan kekebalan Raja Badang. Menurut Raja Jin, kekebalan Raja Badang hanya dapat ditewaskan dengan ciuman seorang puteri yang berdarah keturunan raja ditapak tangannya. Akhirrnya Raja Badang yang kebal itu alah kepada tarungan sengit antara dia dengan tunang raja tersebut….kalau ada sinopsis lengkap tolong infokan ye..

Sinopsis Seni Lakon

Buat pertama kalinya dalam sejarah kokurikulum teater seni lakon, pelajar seni lakon kali ini berani mementaskan sebuah karya absurd yang bertajuk Transit Warga Tanah karya Abu Afif. Cerita yang berunsurkan islamik ini mengisahakan bagaimana keadaan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang iaitu orang kaya,orang miskin,petani, orang tua dan dewasa . Kehidupan mereka yang bertunjangkan hawa nafsu telah memerangkap mereka kedalam dunia yang melalaikan sehingga mereka lupa tanggungjawab mereka kepada Penciptanya.

Bagi memaparkan situasi dan penghayatan keadaan manusia di dalam kubur, tanah digunakan sebagai perlambangan untuk tujuan itu. Dalam kegelapan dan seksaan kubur datang seorang tentera tuhan yang datang memberi nasihat,teguran, peringgatan kepada semua warga tanah tersebut.Cerita ini juga diselangi dengan lagu wasilah atau boleh kita katakan nyanyian nasyid yang berunsurkan nasihat bagi mengisi selingan cerita. Memandangkan cerita ini adalah absurd maka syam sendiri tidak tahu apakah maksud diakhir kisah cerita ini. Ending cerita penonton yang tafsirkan.

Komen

Untuk adik-adik yang mengambil teater bangsawan mahupun seni lakon ada sedikit nasihat atau teguran yang syam ingin nasihatkan atau untuk dikongsi terutamanya dari segi teknikal unttuk pementasan semester akan datang:

a) Audio dan lighting

- Untuk bangsawan syam rasa variasi atau projeksi bagi warna lighting agak cantik dan menarik Cuma pelakon sendiri perlu cuba mencari dimana tittik tumpu lampu supaya anda mudah kelihatan ketika berlakon di atas pentas. Kelemahan lain syam lihat ialah lighting ini banyak shadow muka pelakon sehingga ekspresi muka pelakon tenggelam.Nampak ketara muka Raja Jin tidak kelihatan disinggahsananya. Mungkin packen lampu diberikan tidak mencukupi disebabkan kekangan perkongsian untuk lampu bagi kokurikulum seni lakon dan muzik gamelan. Syam suka dengan muzik selingan dan tempo gendang debaran.

- Untuk Seni Lakon projeksi warna lampu yang menembak layar amat menarik dan cantik. Syam suka adik-adik bermain deengan bayangan lampu layar macam tengok wayang kulit pulak…. cuma penggunaan lampu nampak tidak konsisten . Sehinggakan penata lampu teragak-agak untuk membuka atau menutup lampu yang tembak layar dari depan mahupun belakang . Sampaikan ada satu adegan satu panggung nampak suram menenggelamkan wajah pelakon. Nasihat syam selalu rujuk pada skrip teknikal. Pastikan skrip teknikal telah tersedia dalam tempoh latihan. Audio untuk wasilah sampai maksud cuma kadang-kadang nyanyian wasilah tenggelam. Pastikan stamina olah tubuh dan vokal anda cukup untuk persembahan seperti ini.Namun lagu tetap menyentapkan hati….

b) Kostum dan makeup

- Seperti yang sedia maklum bangsawan menggunakan kostum berunsurkan melayu klasik atau tradisional. Memandangkan cerita ini tidak mencerminkan latar yang tepat maka kita boleh mengggunakan apa sahaja pakaian banggsawan yang bercirikan tradisional. Baju untuk para pembesar dan hulu balang sangat sesuai dengan darjat atau pangkat pada malam itu. Cuma syam nasihatkan agar watak mak inang diberi baju yang lebih cantik dari dayang istana sebab dia merupakan ketua segala dayang dan tinggal diistana bukan hanya berkain batik yee…. Sentuhan tatarias faiz dan temannya amat cantik dan kemas sesuai dengan perwatakan pelakon. Saranan syam bagi menampakkan watak pelakon lelaki lebih klasik, harus dipakaikan hulubalang dengan wicked panjang supaya nampak gagah dan pekasa.Syam harap jangan down jika ekspresi muka pelakon tidak nampak kerana lighting telah shadow muka pelakon.

- Terima kasih diatas kerjasama pelakon seni lakon kerana memudahkan kerja penata kostum. Dengan berlumuran tanah dan baju lama dirumah bukan sahaja dapat meringan kos produksi malah menjadikan kerja produksi lebih senang dan cepat. Baju wasilah nampak simple dan sesuai dengan perananya sebagai pemberi nasihat. Cuma syam cadangkan kepada penata kostum pastikan pelakon yang banyak bergerak selesa dengan kostum yang dipakai karang tetiba terkoyak atas pentas tak malu satu pangggung…. Untuk makeup, tahniah syam ucapkan pada syifa and the group walaupun banyak perubahan disaat akhir anda berjaya lakukan tugas anda dengan baik. Pastikan anda lakukan test makeup untuk poduksi akan datang supaya tidak nampak kelam kabut pada hari show. Untuk wajah warga tanah walaupun hitam pastikan ada shadow berwarna terang pada mata supaya apabila lighting tembak muka muka pelakon tidak flat dengan warna gelap dan ini akan membantu dari segi ekspresi pelakon.

c) Props dan Setting

- Syam suka daya kekreatifan pelajar bangsawan dalam membuat setting. Dengan menjadikan setting berfungsi 2 adegan satu set bukan sahaja dapat menjimatkan kewangan produksi malah masa pertukaran babak. Syabas syam ucapkan pada wanie selaku pengarah teknikal dan krew settting. Cuma kelemahannya dari segi pergerakan pertukaran. Syam sangat risau kalau setting tidak stabil dan runtuh. Harap lebih brhati-hati lepas ni. Satu lagi setting yang syam suka ialah singgahsana Raja Jin. Nampak cantik dengan kedudukannya bukan dia atas pentas permainan tapi ditempat duduk penonton. Tidak nampak kelemahan ketara dari segi set bangsawan cuma penggunaan ruang agak lemah. Banyak ruang kosong diatas pentas tidak dipenuhi set sebaik mungkin. Untuk prop bangsawan syam boleh katakana sesuai dan rasional bagi membantu menggambarkan watak dan cirri perwatakan .

- Untuk seni lakon, set nampak simple saja. Dengan menggunakan layar putih ,kanvas berisikan tanah dan barua putih untuk tentera tuhan. Sudah memadai untuk menggambarkan situasi warga tanah di dalam kubur. Tahniah dan syabas syam ucapkan kepada ina dan KK selaku ketua krew setting. Gaya dan gerakan tubuh pelakon memaparkan perlambangan kelahiran,seksaan, dan sittuasi alam itu sungguh menarik dan cantik serta sampai maksud kepada pelakon. Cuma perlu diolah atau digarap dengan lebih baik supaya nampak smooth atau diistilahkan tidak drag masa. Walauapapun syam ucapkan jutaan tahniah walaupun pada mulanya anda tidak mampu mnyampaikan naskah ini dengan baik dengan komitmen dan sifat tidak jemu untuk belajar teater anda berjaya lakukannya. Bagi seni lakon tidak banyak props yang digunakan dan syam boleh katakana ia sesuai dan rasional bagi membantu menggambarkan watak dan ciri perwatakan .

P/S : Sorry lambat post sebenarnya banyak nak cakap pada akhir hari show tetapi pelajar bangsawan balik dulu dan pelajar seni lakon sibuk cuci panggung.Saya tak tangkap gambar. Semua gambar saya ambik dari facebook . Nanti saya akan uploadkan videoklip anda.Hanya ini yang mampu Abang Syam tulis dalam blog ini . Harap ia sebagai kritikkan membina bukan nak down siapa-siapa. Kalau ada yang tersalah harap ajar saya jangan biar saya dalam kebodohan. Kerana saya bukan insan yang bodoh sombong. Huhuhuhuhu…..



Klip Video Teater Seni Lakon







3 comments:

ayap said...

abg syam, org tua x tersenarai ke?

Sy@m Mesr@ said...

sori sangat2 sebab main agak2 je sinopsis uols nanti I update balik

ayap said...

org tua dh tsenarai..oyeah