15 October, 2009

FESKOM @ MAKOM DATANG LAGI......

Assalamualaikum semua...

Untuk makluman semua Festival kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (Feskum) atau dulu dikenali Makum akan diadakan pada 7-12 Disember 2009 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Seperti biasa Feskum teater ini dianjurkan Universiti Malaya dan merupakan pertandingan tahunan teater dalam kalender majlis kebudayaan universiti-universiti Malaysia (Makum). Untuk itu, syam menjemput pada semua KTRians dan juga seluruh peminat teater kolej ukm untuk hadir pada sesi pemilihan pelakon dan juga pembentukan produksi pada

Tarikh : 15/10/2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Panggung Seni Ukm

Syam juga berharap pertandingan teater ini mendapat sambutan dari kalangan pelajar tahun satu dan dua. Dalam kita menggenali dan mempelajari dunia teater di samping mempereratkan hubungan teater dikalangan IPTA seluruh Malaysia, ia juga dapat meningkatkan merit SPKG adik-adik... yelakan wakil ukm di peringkat kebangsaan sape tak nak kan.......

Harap dapat jumpa semua pada tarikh dinyatakan...

P/s : Klu tak dapat jadi pelakon boleh join produksi...best apa....

2 comments:

teuku kasawari said...

goodluck kepada semua KTRians yang bakal berjuang dlm Feskum ni.. anda boleh!

BuMbLe BooGiE said...

Makum tu singkatan utk majlis kebudayaan uni malaysia. MAKUM tu satu badan, bukan satu pertndingan, hehehe...