07 October, 2009

MAHSURI ....PEREMPUAN YANG SADIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera syam ucapkan kepada semua KTRians dan juga peminat-peminat teater UKM.

Pada hujung minggu ni, akan diadakan aktiviti menonton teater untuk program Semarak Bangsawan yang seringkali diadakan pada awal bulan sepanjang tahun 2009 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Selalunya program bangsawan ini dianjurkan atau dipentaskan secara bergilir-gilir oleh group-group teater yang bergiat aktif dari seluruh Malaysia.

Pada kali ini Kumpulan Bangsawan Negeri Kedah akan mempersembahkan teater mereka yang bertajuk Bangsawan Mahsuri yang akan dipentaskan mulai 9 - 12 Oktober (Jumaat hingga Ahad).Syam tak sabar-sabar nak tonton teater bangsawan sebab hampir sebulan Panggung Bandaraya tiada show bagi menhormati bulan ramadhan.

Oleh itu, syam sebagai wakil KTR menjemput semua ahli KTRians dan peminat teater kampus UKM supaya sama-sama dapat pergi menonton teater bangsawan ini. Perkhidmatan bas dari UKM ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur akan disediakan.

Info Mahsuri

- Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri.

-Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

-Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya.

-Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

-Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

-Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.

-Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

-Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darah jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

# Sumber info diambil dari wikipedia

Untuk makluman lanjut boleh hubungi:

syam YDP (013-2273677)
Mimi S/u (013-3104361)


Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa berkumpul : 6 petang
Tempat berkumpul : Hadapan Panggung Seni
Balik Ke Ukm : 11.30 malam

No comments: