13 March, 2010

Bulan Sketsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam,Jumaat 12/2/2010, jam 920 malam bertempat di DECTAR UKM, KTR telah diundang untuk mementaskan sebuah sketsa teater muzikal yang berkonsepkan Retro untuk makan malam Kolej Rahim Kajai. Oleh itu,syam dan semua MT lain berhempas pulas bagi memikirkan jenis konsep, tarian dan nyanyian untuk malam tu. Selepas perbincangan dilakukan Iqa berjaya mengemukakan sebuah cerita yang santai dan senang untuk dijayakan.

Akhirnya idea Muzikal Ko, Aku dan Dia berjaya dilahirkan oleh Iqa dan digarap bersama oleh semua ahli KTR lain. Cerita yang berkonsep lelaki main kayu tiga berjaya dilahirkan saudara Izudin (master tahun 1), Ayen (tahun 3), dan Ira (tahun 1). Skrip sepontan yang dihasilkan oleh mereka berjaya menarik perhatian tetamu yang hadir pada malam terseebut.

Cerita tersebut juga diiringi oleh lima penari iaitu syam (tahun 4), garet (tahun 1), Hailey (tahun 3), Azirrin (tahun 3), Naim (Tahun 3). Antara lagu yang dinyanyikan pada malam tersebut ialah Seiring dan Sejalan (Broery dan Sharifah Aini), Dari Kerana Mata ( A. Razmi) , Seksis (Anita Sarawak) dan Basikal Tua (Sudirman). Cerita ini dibantu oleh Tojo (Tahun 3) sebagai tata audio dan Iqbal (Tahun 2) sebagai pengurus persembahan. Memang tidak dinafikan untuk mengingat segala step tarian amat sukar kerana KTR jarang mementaskan teater Muzikal berbanding Kelab Teater Kolej lain. Ditambah pula kebanyakan dari penari bukannnya dari background tari .Namun dengan kerjasama , disiplin dan semangat yang tinggi oleh pelakon dan penari akhirnya sketsa ini mendapat tepukan yang meriah oleh semua tetamu yang menikmati makan malam tersebut. Selesai sahaja persembahan kami dijamu makan dan diberi saguhati khas untuk pementasan malam tesebut.

Apapun, Syam berharap agar lebih ramai ahli KTR dapat join untuk pementasan sketsa pada masa akan datang bagi memeriahkan lagi aktiviti KTR. Dengan adanya aktiviti, sebegini dapat menambah pendapatan tambahan ahli dan juga KTR. Untuk makluman ,KTR juga menerima lagi undangan persembahan dari mana-mana pihak untuk makan malam seperti ini. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi Syam YDP KTR (013-2273677) dan harga persembahan boleh dirunding.




1 comment:

Marziana Lin said...

bagus2.. satu pendedahan baru tuk ahli di samping dpt mengumpul dana.. koleh rahim kajai was my kolej ok.. haha, rindu zaman jadi MC dinner kolej dulu..