
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untukn kali ini, sebuah Pementasan Teater Bangsawan bertajuk Melati Pujaan Temasek Anjuran JKKN & DBKL Dengan Kerjasama Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak Sempena Program Semarak Bangsawan 2010 akan diadakan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Butiran Pementasan adalah seperti berikut:
Hari : Jumaat- Ahad
Tarikh : 12-14 March 2010
Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Masuk : Percuma
Untuk itu, syam menjemput semua ahli KTR dan penggiat teater kolej UKM agar sama-sama dapat menonton teater tersebut pada tarikh dan waktu seperti di bawah. Bas untuk pergi dan balik akan disediakan
Hari : Sabtu
Tarikh : 13 March 2010
Tempat berkumpul : Panggung seni UKM
Masa : 600 petang
Sinopsis
Demi mencapai cita-cita, sekalipun matlamatnya sumbang dan jahat, seseorang insan sanggup berputih mata bagi meleraikan dendam kesumat yang membara dan bergelora. Kerakusan hendak memenuhi gelodak nafsu yang tidak berpenghujung mengakibatkan berlakunya fitnah memfitnah yang menggoncangkan sebuah kerajaan. Dari tindak tanduk seorang pemerintah yang longgar kepimpinannya, mudah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa menjurus sehingga pemerintah itu hilang mahkota keagungannya. Melati anak bendahari sang rajuna tapa menjadi mangsa antara kesetiaan, ketaatan, kerelaan dan pengorbanan yang terpaksa menggadai segalanya dengan nilai darah.
Apakah yang tersirat di sebalik tersurat?
1 comment:
Salam,
Saya Muhammad Rashidi pelajar dari MMU Cyberjaya jurusan Kreatif Multimedia. Saya ingin bertanya tentang aktiviti di Panggung Bandaraya, diharap pihak anda dapat membantu saya.
Sila email saya di jemeput@hotmail.com
Post a Comment