30 March, 2010

ICAF...Tahniah kepada kolej Menang



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi kita dalam pertandingan Inter College Arts Festival UKM yang merupakan salah satu festival kesenian yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM. Festival ini merupakan kali kedua yang dianjurkan oleh Puskeb UKM dan disertai oleh 9 Kolej yang terdapat di UKM. Antaranya Kolej Dato Onn,Kolej Aminudin Baki,Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibu Zain, Kolej Tun Husein Onn, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaaba.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Teater, Tarian dan Muzik Band dan salah satu syarat utama ialah kesemua perseembahan hendaklah dalam bahasa Inggris dari segi nyanyian, teater dan tarian ... apa nak diInggriskan dengan tarian ...menari balade kot hmmm.....

Walaubagaimanapun ada kolej yang menghantar penyertaan 1, 2 dan kesemua kategori. Bagi yang menghantar semua kategori anda memang layak bagi menerima piala pusingan kolej terbaik. Kesemua kategori berlangsung selama 3 hari iaitu 25 dan 26 teater,27 music band dan 28 Tarian. Kesemua kategori pertandingan diadili oleh mereka yang berrpengalaman dari bidang masing-masing iaitu dari Istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan pemenang diumumkan pada hari penutup iaitu 28/3/2010 Ahad.

Untuk ICAF kali KTR sekali lagi diundang untuk mengisi slot pengiraan keputusan pemenang.Pada kali ini KTR cuba mementaskan karya Anton Chekov yang berjudul "The Proposal" yang bermaksud Peminangan yang pernah dipentaskan pada Penutup Festival Teater UKM 2008 di UKM oleh barisan pelakon Abg Pisang (Stephan), Eddy ( Ivan) dan Natalia ( Laili). Beza kali ini KTR cuba untuk mementaskan naskah ini dalam fully english.

Pada kali ini KTR dibarisi pelakon yang baru iaitu syam ( Stephan), Hailey (Ivan) dan Natalia ( Ayen). Seriously, syam nak cakap memang susah hendak bw naskah yang fully English kerana kami semua bukannya dari bidang kesusasteraan Ingggris atau TESL. Apapun kami cuba yang terbaik untuk persembahan malam itu. Selama seminggu kami cuba untuk mengarticulate pronouncation english, hafal skrip dan bloking tanpa diarah oleh mana2 pihak.Mean Thats pelakon ialah pengarah dan prodaksi. Walau apapun syam ucapkan terima kasih kepada Ira (Tahun 1), Garet ( Tahun 1), Tojo (Tahun 3) dan Azirin (Tahun3 ) kerana membantu dari set, audio dan light.

Memandangkan kami pelakon baru dalam teater Inggris memang tak dinafikan ada masalah dari segi grammar dan pronouce. Malah untuk improvise juga memerlukan masa untuk berfikir supaya ayat tak tunggang terbalik dan menyebabkan ada sesetengah aksi agak drag dan membosankan. Tidak terkecuali terkeluar ayat BM dalam dialog. hmmmm.... Namun kami anggap ia sebagai pengalaman berharga dan manis sepanjang kami bergelar anak teater dalam KTR. Apapun ada sesetengah aksi kami mendapat tepukan gmruh dari audience yang hadir.

Keputusan pertandingan adalah seperti berrikut :

Theatre - Kolej Burhanuddin Helmi

Music - Kolej Pendeta Za'ba

Dance - Kolej Burhanuddin Helmi

College of the Year - Kolej Burhanuddin Helmi

ENGLISH THEATRE

Best Promising Actor
Jambu - 'Jambu Son of Sungai' (Ibu Zain International Student House)

Best Promising Actress
Old Wise Woman - 'The Lord of the Keris' (Kolej Aminudin Baki)

Best Supporting Actor
Paul - 'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

Best Supporting Actress
Mama - 'If Only' (Kolej Ungku Omar)

Best Actor
Norman - 'Your Call Please?' (Kolej Burhanuddin Helmi)

Best Actress
Joan - 'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

Best Artistic
'Second Chance' (Kolej Pendeta Za'ba)

Best Script
'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

Best Director
'Your Call Please?' (Kolej Burhanuddin Helmi)

2nd Runner Up
'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

1st Runner Up
'Love Suicide' (Kolej Dato' Onn)

Champion
'Your Call Please' (Kolej Burhanuddin Helmi)


MUSIC


Best Vocal Performance
Kolej Keris Mas

2nd Runner Up
Kolej Burhanuddin Helmi

1st Runner Up
Kolej Keris Mas

Champion
Kolej Pendeta Za'ba


DANCE


Best Traditional Costume
Kolej Burhanuddin Helmi

Best Creative Costume
Kolej Burhanuddin Helmi

Best Traditional Choreographer
Mr. Aajazahmad Mostaqvim (Kolej Pendeta Za'ba)

Best Creative Choreographer
Mr. Mohd Taufik Hussin (Kolej Burhanuddin Helmi)

Best Traditional Performance
Kolej Burhanuddin Helmi

Best Creative Performance
Kolej Burhanuddin Helmi

2nd Runner Up
Kolej Ibrahim Yaakob

1st Runner Up
Kolej Pendeta Za'ba

Champion
Kolej Burhanuddin Helmi


COLLEGE OF THE YEAR ICAF 2010


Kolej Burhanuddin Helmi

Syam ingin mengucapkan tahniah kepada semua kolej terlibat terutama Kolej Burhanudin Helmi kerana memenangi College Of The Year. Teruskan usaha anda dalam berkarya dan semoga lebih maju untuk masa akan datang. Pada kolej yang kurang berjaya cuba lagi masa akan datang dengan memperbaiki kelemahan yang ada sekarang.

Syam berharap agar Festival Art bukan hanya fokus kepada kategori tarian, teater dan band malah boleh juga ditambah dengan dikir barat dan juga dekon. Ini bukan sahaja boleh meningkat kemahiran soft skill warga kampu dalam komunikasi malah terhadap kesenian Malaysia.Syam juga mencadangkan agar pihak Puskeb boleh menjadikan aktiviti seperti ini dengan melibatkan pelajar asing sebagai peserta dan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama. Contohnya dengan mengadakan Puisi, Pidato, Pantun, Teater, Tarian, Muzik dengan melibatkan pencampuran peserta warga kampus tempatan dan asing mewakili setiap fakulti UKM. Dengan ini diharapkan misi UKM yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pendidikan akan tercapai menjelang 2020.




No comments: