22 March, 2010

Trip Ke UMT




Assalamualaikum dan selamat seejahtera,

Semalam Kelab Teater Rimba baru sahaja kembali dari negeri yang terkenal dengan penyu, nasi dagang dan keropok lekor iaitu negeri Terengganu. Tujuan kami ke negeri Terengganu adalah atas undangan dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Terengganu untuk menyaksikan Persembahan Bangsawan Puteri Lesung Emas. Apa yang sedih kali ini ialah kehadiran para peserta untuk lawatan kali ini ialah amat menyedihkan iaitu seramai 8 orang sahaja. Mungkin kehadiran amat menyedihkan disebabkan ICAF , lawatan Kok, Dinner dan sebagainyamenyebabkan ramai yang tak dapat ikut serta. Manakala pelajar Kok Teater semuanya sibuk dengan latihan praktikal teater untuk minggu depan. Tapi tak mengapa mungkin lain kali ada ruang dan masa dapat lagi pergi ke UMT...



Mereka yang pergi ialah syam (Tahun 4) , Izzudin(Master Tahun 1), Iqa (Tahun 1), Ira (Tahun 1), Ayen (Tahun 3), Miza (Tahun 1) , Azirin (Tahun 3) dan Garet (Tahun 1).Perjalanan kami ke UMT bermula jam 9.30 pg dan sampai di UMT jam 7 petang ( 9 jam perjalanan .... macam nak patah pinggang).Sepanjang perjalanan kami sempat singgah beberapa Kawasan Rehat iaitu Genting Sempah Bentong, Kawasan rehat Chendor ( Kemaman ) dan Stesen Minyak Marang.


Apa yang menarik sepanjang jalan kami dapat melihat laut yang terbentang luas dari Chukai ke Kuala Terengganu dan terasa penat dan stress di UKM hilang seketika. Kelihatan juga kawasan tapisan minyak dan gas ali di Paka, Masjid Terapung di Marang serta Masjid Kristal di Kuala Terengganggu merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.Kami tiba di UMT jam 7.00 malam dan check in di asrama Ibnu Tirani di UMT.


Stesen Janakuasa di Paka


Kawasan Pantai UMT

Sekumpulan bot nelayan di Muara Sungai Dungun



PERSEMBAHAN BANGSAWAN


Salah satu babak Bangsawan Puteri Lesung Emas


Pintu Masuk Dewan Sultan Mizan...tempat pementasan berlangsung

Persembahan bangsawan bermula jam 830 malam namun pementasan bermula jam 9 malam bagi meberi laluan kepada azan Isyak. Dari segi fasiliti UMT mempunyai Dewan Sultan Mizan yang boleh menampung jumlah penonton 1/2 Dectar UKM. Boleh dikatakan jumlah penonton yang meminati dan datang pada malam tersebut hampir 1/2 dewan. Dari segi teknikal, sistem audio dan lampu masih agak lemah. Boleh dikatakan setiap scene akan ada permasaalahan dari segi audio dan lighting. Masalah ketara audio ialah buzzing dan humming menyebabkan mood pelakon jatuh. Apapun tahniah kepada pihak UMT kerana sedaya upaya cuba menjayakan pementasan tersebut. Untuk makluman pada malam tesebut VIP yang hadir ialah NC UUM, NC UMT dan isteri, para pegawai kebudayaan UMT.

Cerita ini mengisahkan perebutan kuasa antara puteri di sebuah negeri..... so tpical story mory bangsawan........dan pada masa yang sama berlakulah konflik cerita 4 segi antara 2 putera yang berlainan negeri dengan 2 puteri yang memerintah sebuah negeri. Disebabkan dendan dan cinta tak berbalas , kanda puteri berdendam dengan adindanya dan menyebabkan sumpahan racun dapat ditamatkan dengan lesung emas milik naga yang ganas di Tasik Chini.....

Apa yang syam dapat komen cerita ini menarik sekiranya pengarah pandai memperbanyakkan unsur "kekaguman" dalam teater seperti permainan set dan lampu. Jalan cerita yang menarik cuma olahan cerita agak meleret dan ada scene yang tidak perlu, tidak dipotong menyebabkan cerita drag sehingga 3 jam...( 9 malam 12 malam). Bak kata Bung Kancil Bangsawan memang boleeh dipentaskan sampai 3 jam tetapi unsur tarian,nyanyian, syair dan seloka perlu mantap dan menarik..

Namun demikian, syam amat suka dengan nyanyian extra turn..memang tidak mengecewakan ditambah pula dengan tarian yang sungguh memukau. Untuk UMT anda mempunyai ramai bakat yang terpendam yang tidak boleh dipersiakan. Oleh sebab hari larut malam, kedai makan hampir nak tutup, perut berkeroncong kami terrpaksa pulang awal 30 minit sebelum tamat show untuk makan. Kami berharap pihak UMT maafkan lah kami.........

BERTOLAK PULANG


Pose Berlatarbelakang Masjid Kristal



Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam


Taman Bunga Berunsurkan Islam

Kami bangun jam 9 pagi dan check-out 1030 pagi. Sebelum menanti abang bas tiba kami bersiar di Pantai UMT untuk menghirup udara segar dan berserapan pagi di Cafe Tok Jembal UMT. Kemudian kami bersiar-siar di Taman Tamadun Islam Terengganu yang menempatkan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Taman Replika Masjid dan Taman bunga berunsurkan Islam. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di Pasar Payang Terengganu untuk membeli cenderahati dan keropok lekor untuk dibawa pulang. Kami bertolak pulang dari Kuala Terengganu jam 230 petang dan sampai di UKM 1150 malam. Banyak pengalaman manis yang tak dapat syam lupakan di Terengganu. Rugilah mereka yang tak pergi tu....... Syam harap untuk MT KTR akan buatlah sesuatu aktiviti yang boleh mengeratkan silaturahim antara teater UMT dan UKM agar ukhwah teater kekal terjalin selamanya.......


INFO TRIP KE TERENGGANU

#Jarak perjalanan ialah hampir 9 jam iaitu sejauh 440 km dari UKM ke UMT...

#Makanan yang popular nasi dagang dan keropok lekor.....

#Setiap 5 km akan jumpa klinik di tepi Jalan...Terengganu banyak orang sakit ke ??????????

#Kuala Terenganu ada banyak pulau di muara dan memerlukan jambatan yangg besar merentasinya...........

# Pasar yang terkenal di Kuala Terengganu ialah Pasar Payang..kat sini boleh beli batik terengganu,songket,keychain , makanan tradisional, makanan laut kering dan sebagainya...

No comments: