26 November, 2008

PERKAHWINAN 2008 DI KOTA SINGA


Salam rimba Kasawari ucapkan kepada semua...

Seperti yang sudah diwar-warkan sebelum ini, KELAB TEATER RIMBA ARTISUKMA telah diundang khas oleh Persatuan Kemuning Singapura sebagai antara wakil Malaysia untuk menjayakan program SEMARAK KASTURI-PENTAS ASEAN 2008 di Singapura. Jadi, di sana nanti merupakan medan pertemuan antara negara-negara ASEAN yang terlibat. Pihak Kemuning meminta KTR untuk mementaskan naskhah masterpiece kami, PERKAHWINAN. Sejarah pementasan naskhah ini boleh dirujuk di artikel saudara Haikal yang lepas.

Perbezaan pementasan kali ini, teater PERKAHWINAN diterajui oleh sebahagian daripada pelajar-pelajar (senior-junior) bersama alumni (beberapa pelakon asal). Maka, pendekatan para pemain kali ini agak berbeza dengan PERKAHWINAN yang terdahulu.


Tajuk: PERKAHWINAN

Genre: Komedi Romantik

Durasi: 90 minit

Pengarah: Yufazli Bin Yusof
Sinopsis:
Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Ahmadin Bin Ahmad yang agak berusia, tetapi masih belum berumahtangga. Beliau berasa fobia dan takut dengan perkahwinan kerana sikap yang terlalu merendah diri dan pemalu. Justeru, beliau telah mengupah seorang ejen pencari jodoh, iaitu Che Kiah yang dibayar untuk mencarikannya jodoh yang sesuai. Namun begitu, Manoo Karim, iaitu kawan baik kepada Ahmad tidak bersetuju dengan Che Kiah dan sering bertelagah antara satu sama lain. Manoo Karim akhirnya telah bersetuju untuk bertemu dengan gadis yang dicarikan oleh Che Kiah dan merancang pelbagai perkara dan helah bagi membantu Ahmad untuk mendapat teman hidup. Namun begitu, pelbagai insiden berlaku apabila Che Kiah telah berjanji bukan sahaja kepada Ahmad, tetapi kepada tiga orang lagi lelaki yang mempunyai latar belakang yang berbeza, iaitu Serunding, Arjuna dan Dahlan. Gadis yang menjadi rebutan empat orang lelaki ini ialah Rosefatimah yang tinggal dengan Mak Su beliau dan juga seorang pembantu rumah. Kehidupan yang mewah dan dimanjakan denga penuh kasih sayang membuatkan Rosefatimah melalui pelbagai keadaan yang merumitkan untuk memilih pilihan yang paling baik buat dirinya. Siapakah yang akan menjadi pilihan Rosefatimah akhirnya?
Pelakon:
Rosefatimah: Izlaily (pernah dipegang oleh Kak Adek, Ida dan Edlin AF2)

Ahmadin Ahmad: Rizky (pernah dipegang oleh Aulia)

Manoo Karim: Yufazli Yusof (pernah dipegang oleh Rajan)

Che Kiah: Ayu

Serunding: Bob (Pisang)

Dahlan: Haris

Arjuna: Redziz a.k.a. Kasawari (pernah dipegang oleh Matmer)

Mak Su: Yuhana (pernah dipegang oleh Linda)

Mek: Laili (pernah dipegang oleh Lang dan Nort [dulu watak Siti])

So’ot: Nazrin (pernah dipegang oleh Meon [dulu watak Meon])
Produksi:
Pengurus Pentas: Pejal
Set & Props: Nazrin
Tatarias & Tatabusana: Syam dan Laili
Audio & Lampu: Mimi
Pemuzik: Bob (Pisang) dan Haris
Tugas-Tugas Khas: Maya
Jadi, kepada warga Singapura (termasuk Gong Li), datangla beramai-ramai ke pementasan kami. Sedikit perubahan mengenai jadual persembahan kami (tidak seperti dipaparkan di poster di atas).
Tarikh: 30 November 2008
Masa: sekitar tengahari (belum diputuskan oleh penganjur)
Tempat: Woodlands Library Hall, Singapura
Jadi, doakan pementasan kami berlangsung dengan jayanya yer... :)

5 comments:

Anonymous said...

gud luck n all d best utk sume produksi perkahwinan ke spore..korang msti blh wat yg terbaik dan lbh baik..

Anonymous said...

wah, ingat gak korang aku ni.... Anyway, Good Luck yer...

Anonymous said...

hehe.. mestila ingat.. btw, Lad Lynette ni sape ek? huhu...

P3tani is my nama said...

nak ckp gud luck..tapi cam dah lambat kot...hahahaha..
:)

Anonymous said...

hehe.. tau xpe... tp, xpe.. thanx agus... :)