Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, pada 13-15 November jam 8.30 akan diadakan persembahan bangsawan Bawang Putih Bawang Merah di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Persembahan bulanan kali ini dipersembahkan oleh Opera Seri Bandaraya yang terdiri daripada Artis Budaya dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Syam kalau boleh nak ajak semua anak-anak rimba pergi menonton untuk melepaskan stress belajar dan exams. Yela hampir semuaanak-anak rimba pada tarikh dinyatakan tadi semua telah tamat periksa dan hanya tunggu masa untuk pulang ke rumah. Untuk itu harap dapat bagi confirmation dalam ruangan komen berserta dengan no. telefon untuk tempahan bas ke sana.Senang untuk syam nak kira jumlah yang nak pergi..
Tarikh : 13 November 2009 (Jumaat)
Masa : 6.00 Ptg
Tempat berkumpul : Panggung Seni Ukm
Masa Pulang Ke Ukm : 11.00 Malam
Masuk: Percuma
Itu ialah masa yang syam cadangkan kalau ada apa-apa cadangan atau bangkangan harap bagi tahu selewat-lewatnya hari Jumaat ni 6/11/2009 dalam ruangan komen atau menghubungi saya seperti tertulis di ruangan kanan blog.
SINOPSIS CERITA
KISAH dibuka dengan peristiwa MAK KUNDUR menolak MAK LABU ke dalam perigi, meninggalkan BAWANG MERAH sebagai anak yatim piatu. Bermulalah kehidupan malang BAWANG MERAH yang sering dianiaya oleh MAK KUNDUR dan anaknya BAWANG PUTIH. Manakala di istana, SULTAN yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah mengisytiharkan PUTERA RITAUDIN sebagai Tengku Mahkota. Ini menimbulkan kemarahan pada diri PUTERA IZZUDIN kerana baginda adalah putera sulung, tetapi kerana bondanya bukan berdarah raja, haknya sebagai pewaris takhta diketepikan.
Suatu hari, RITAUDIN dan IZZUDIN keluar berburu di hutan negeri. Dalam masa yang sama BAWANG MERAH juga berada di hutan itu, sedang meratapi ikan jelmaan ibunya yang mati dimasak oleh ibu tirinya. Untuk menghiburkan hati, BAWANG MERAH menyanyi di buaian yang muncul di atas tapak kuburan ikan jelmaan itu. Kemerduan suara BAWANG MERAH menyebabkan RITAUDIN dan IZZUDIN terpesona. Bagaimanapun belum sempat mereka melihat wajah BAWANG MERAH dengan lebih dekat, gadis itu lari pulang apabila menyedari dia diperhatikan.
PUTERA RITAUDIN mengarahkan rombongan diraja mengejar BAWANG MERAH sehingga ke rumahnya. BAWANG MERAH bersembunyi dan apabila MAK KUNDUR dapat tahu itu adalah rombongan diraja, MAK KUNDUR mengakui bahawa gadis yang mereka lihat itu adalah BAWANG PUTIH. Lalu rombongan diraja mengarahkan BAWANG PUTIH mengikut mereka ke dalam hutan. Tetapi PUTERA IZZUDIN sempat melihat kelibat BAWANG MERAH di dalam rumah dan memerintahkan BAWANG MERAH ikut sekali. Pada ketika itu sebenarnya PUTERA IZZUDIN sudah pun jatuh hati kepada BAWANG MERAH….
#Sumber dari portal rasmi Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
