03 November, 2009

MARI TENGOK BANGSAWAN LAGI....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, pada 13-15 November jam 8.30 akan diadakan persembahan bangsawan Bawang Putih Bawang Merah di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Persembahan bulanan kali ini dipersembahkan oleh Opera Seri Bandaraya yang terdiri daripada Artis Budaya dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Syam kalau boleh nak ajak semua anak-anak rimba pergi menonton untuk melepaskan stress belajar dan exams. Yela hampir semuaanak-anak rimba pada tarikh dinyatakan tadi semua telah tamat periksa dan hanya tunggu masa untuk pulang ke rumah. Untuk itu harap dapat bagi confirmation dalam ruangan komen berserta dengan no. telefon untuk tempahan bas ke sana.Senang untuk syam nak kira jumlah yang nak pergi..

Tarikh : 13 November 2009 (Jumaat)
Masa : 6.00 Ptg
Tempat berkumpul : Panggung Seni Ukm
Masa Pulang Ke Ukm : 11.00 Malam
Masuk: Percuma

Itu ialah masa yang syam cadangkan kalau ada apa-apa cadangan atau bangkangan harap bagi tahu selewat-lewatnya hari Jumaat ni 6/11/2009 dalam ruangan komen atau menghubungi saya seperti tertulis di ruangan kanan blog.

SINOPSIS CERITA

KISAH dibuka dengan peristiwa MAK KUNDUR menolak MAK LABU ke dalam perigi, meninggalkan BAWANG MERAH sebagai anak yatim piatu. Bermulalah kehidupan malang BAWANG MERAH yang sering dianiaya oleh MAK KUNDUR dan anaknya BAWANG PUTIH. Manakala di istana, SULTAN yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah mengisytiharkan PUTERA RITAUDIN sebagai Tengku Mahkota. Ini menimbulkan kemarahan pada diri PUTERA IZZUDIN kerana baginda adalah putera sulung, tetapi kerana bondanya bukan berdarah raja, haknya sebagai pewaris takhta diketepikan.

Suatu hari, RITAUDIN dan IZZUDIN keluar berburu di hutan negeri. Dalam masa yang sama BAWANG MERAH juga berada di hutan itu, sedang meratapi ikan jelmaan ibunya yang mati dimasak oleh ibu tirinya. Untuk menghiburkan hati, BAWANG MERAH menyanyi di buaian yang muncul di atas tapak kuburan ikan jelmaan itu. Kemerduan suara BAWANG MERAH menyebabkan RITAUDIN dan IZZUDIN terpesona. Bagaimanapun belum sempat mereka melihat wajah BAWANG MERAH dengan lebih dekat, gadis itu lari pulang apabila menyedari dia diperhatikan.

PUTERA RITAUDIN mengarahkan rombongan diraja mengejar BAWANG MERAH sehingga ke rumahnya. BAWANG MERAH bersembunyi dan apabila MAK KUNDUR dapat tahu itu adalah rombongan diraja, MAK KUNDUR mengakui bahawa gadis yang mereka lihat itu adalah BAWANG PUTIH. Lalu rombongan diraja mengarahkan BAWANG PUTIH mengikut mereka ke dalam hutan. Tetapi PUTERA IZZUDIN sempat melihat kelibat BAWANG MERAH di dalam rumah dan memerintahkan BAWANG MERAH ikut sekali. Pada ketika itu sebenarnya PUTERA IZZUDIN sudah pun jatuh hati kepada BAWANG MERAH….

#Sumber dari portal rasmi Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

18 comments:

echa said...

bukan september dah lepas ke?

ayap said...

dh blk la plak...

Sy@m Mesr@ said...

aah tima kasih ecah..tegur I hmm nak g tak

Anonymous said...

sape nyanyi extra turn? xde ct xmo g ><

Joey Mie said...

hi, salam saya suhaimi pelajar ukm merangkap blogger hiburan industri seni..

maybe sy nak follow beserta beberapa org kawan lg. boleh ke budak lain selain KTR follow...

Teuku Kasawari said...

xsilap yg jd bawang putih tu kak sharifah (ana) penari DBKL tu kan?

Sy@m Mesr@ said...

untuk joe miey boleh je...panggil kawan-kawan tu.nanti apa2 hal call sy.

Anonymous said...

salam.saya pelajar UKM yang rajin mengikuti perkembangan kelan seni di UKM.
knp slalu pg nonton bangsawan ye??
adakah kerna show nya free atau itu sahaja show yang kamu semua tahu?
saya cadangkan bertanya tanye la pada sesiapa yang tahu tentang show selain show free di panggung bandaraya ini..sprt di setor DBP dan skrg juga sdg berlangsung teater 'BILIK AHMAD BERDAKI' di KL PACC.
harga tiketnya adalah rm30 bg dewasa dan RM 15 utk kanak-kanak dan pelajar yang mmbawa kad pelajar.
lagipun di dalam KTR bukan ke ramai pelajar seni lakon.pelajar bangsawan hanya beberapa sahaja yang berada di dalam KTR
sekian.
mira..

Sy@m Mesr@ said...

thanks mira..
sejujurnya memang saya suka nak ajak semua orang pergi ke KL PAC atau Stor DBP bahkan ke Istana Budaya.Cuma saya harap mira faham dihujung sem ni ramai kawan-kwan yang nak blik, duit pun kering masing-masing. Saya tak nak lah ini dianggap memaksa. Semua show yang mira nyatakan memang menarik dan saya ada mengikutinya di Kakiseni.com.Apapun thanks atas cadangan mira.Insyaalah sem depan saya akan buat lawatan sebegini ke semua tempat yang dinyatakan tadi.Untuk kata-kata akhir yang mira ckp tadi sebenarnya teater bangsawan adalah cabang dari seni teater.Ini tidak meembezakan antara seni lakon atau bangsawan. Adalah lebih baik kalau warga KTR memahami dan memplajari makna teater bangsawan tersebut tanpa mebezakan ideologi atau makna teater itu.

noralina said...

hhhhmmmmmmmmm.....
again n again.......

Sy@m Mesr@ said...

Saya sebagai author blog telah mendelete semua komen yang menyentuh sensitiviti peribadi.Tajuk Blog ini adalah untuk menjemput ahli kelab dan penggiat teater kolej menonton bangsawan bukan untuk mencipta kontroversi yang menjatuhkan nama sesiapa. Kalau ada masalah atau apa-apa yang berbangkit boleh telefon saya terus. Diharap tindakan saya ini menyenangkan semua.Harap Maklum.

noralina said...

sokong abg syam...
group yang lain semakin bersatu dan maju,dan dah menang banyak pertanding pun.

KTR pula?

Sy@m Mesr@ said...

I try my best alina.I need cooperation from uols to transform KTR become more success in the future. Let them in their own world. We continue our mision n vision

prots said...

Nice info.

Kalo ader kelapangan ak p la..

hehehe,.. Anyways, Mira kalau ko nak pergi KLPAc la, Istana Seri Junjung ke, pergi jerk la. Ader duit pergi... X salah pun..

prots said...

One more, jgn la nak bawa pasal gaduh2 nie..
macam bebudak da..

selesai cara baik. Jngan dengar satu pihak, dengar dua2 pihak. Kang jadi plak sesi terasa-merasa.

Yang mencucuk budak-budak sekarang nie, tolong la berenti. Get a live. Biar diorang try cara diorang plak. NO INTrUSION OF IDEOLOGY PLZ..

Peace!!

ayeen:) said...

jom pegi:)

Hero Sabah said...

gud luck pada semua produksi...bersama kita memajukan teater.."teater cerminan kehidupan"

insan misteri said...

mari pegiiiiiiiiiiiii...............

=)