01 November, 2009

Teater Feskum Bulan Disember Dibatalkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam mesyuarat pegawai makum dan penganjur Universiti Malaya, dukacita dimaklumkan Pertandingan teater untuk Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Feskum) dibatalkan pada bulan Disember dan akan digantikan pada Bulan Febuari 2010.Untuk makluman, tarikh pertandingan untuk bulan itu, masih tidak dapat dipastikan dan dalam perbincangan atas alasan masalah kewangan.

Justeru itu, latihan untuk pertandingan tersebut selepas musim periksa ini dibatalkan dan diganti pada akhir bulan Disember semester baru akan datang. Oleh itu, anak-anak rimba boleh pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menikmati cuti anda.

Jumpa lagi sem depan dengan pelbagai agenda dan aktiviti KTR.Dan diharapkan ramai menyokong agenda KTR iaitu bersama memperkasakan pembudayaan teater.

Sekian harap maklum.

5 comments:

ayeen:) said...

xpela.bg kita lebih masa utk prepare kan??

btw.im already changed my url.
http://ikotsukakaulahlabu.blogspot.com

:)

syIDek~ said...

smekom..
saya dr kump teater senandika, UMP,pahang..
kitorunk dapat info makum teater bulan 1..2 mnggu awal bulan 1..
x taw plak pasal bulan 2 tu..
hehe..

Sy@m Mesr@ said...

Yeke..saya dah kol terus Universiti Malaya dia cakap ngan saya macam tu la.Apapun kita tunggu dan lihat..

shandye. said...

oh. students balik dari cuti 20hb. bila mula? teringin nk join la... hehehe...

mudin said...

untuk MAKUM next year, cadangan kepada KTR untuk pentaskan Fragmen Tolong karya Marsli No...takpun Malam Jahanam karya Motinggo Busye.... ;)