15 November, 2009

FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2010

Assalamualaikum dan salam satu KTR,

Untuk makluman semua ahli KTR, dari 1/11/2009 hingga 11/12/2009 telah diadakan satu festival teater tahunan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN). Festival ini yang dahulu dikenali sebagai Pekan Teater merupakan satu platform bagi kumpulan-kumpulan teater dari wakil-wakil setiap negeri bertanding untuk merebut gelaran Johan Festival Teater Malaysia 2010.

Oleh itu, syam menjemput semua ahli KTR senior mahupun junior bagi menonton pesembahan kumpulan-kumpulan teater bertanding. Jadual pertandingan adalah seperti berikut:



09 November, 2009

PERASMIAN ALUMNI KELAB TEATER RIMBA (Alumni KTR)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada sabtu ini 14/November/2009,jam 8.30 malam bertempat dibilik bankuasi UKM akan diadakan perasmian Alumni Kelab Teater Rimba yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Turut hadir pada hari itu penasihat KTR YB Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh ,Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)serta Datuk Ismail Hudson Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia, artis-artis tanah air dan semua alumni KTR yang banyak memberi sumbangan ke arah pembangunan KTR dari awal penubuhan hingga sekarang.

Untuk itu,KTR dijemput untuk mempersembahkan satu persembahan selingan pada hari itu.Oleh itu, syam menjemput mana-mana ahli KTR yang ingin mengadakan persembahan,dapat hadir ke perjumpaan seperti berikut:

Tarikh/Masa : 10/11/2009 (Selasa)
Masa :8.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM

Selaku YDP Kelab Teater Rimba, Syam mengucapkan tahniah dan syabas diatas perasmian alumi KTR. Diharap penubuhan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara alumni dan KTR.Bagi alumni yang masih lagi ingin menyertai majlis ini boleh menghubungi Cik Azimah Mahmod di talian 017-2472862 bagi tempahan meja pada majlis tersebut.

03 November, 2009

MARI TENGOK BANGSAWAN LAGI....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, pada 13-15 November jam 8.30 akan diadakan persembahan bangsawan Bawang Putih Bawang Merah di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Persembahan bulanan kali ini dipersembahkan oleh Opera Seri Bandaraya yang terdiri daripada Artis Budaya dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Syam kalau boleh nak ajak semua anak-anak rimba pergi menonton untuk melepaskan stress belajar dan exams. Yela hampir semuaanak-anak rimba pada tarikh dinyatakan tadi semua telah tamat periksa dan hanya tunggu masa untuk pulang ke rumah. Untuk itu harap dapat bagi confirmation dalam ruangan komen berserta dengan no. telefon untuk tempahan bas ke sana.Senang untuk syam nak kira jumlah yang nak pergi..

Tarikh : 13 November 2009 (Jumaat)
Masa : 6.00 Ptg
Tempat berkumpul : Panggung Seni Ukm
Masa Pulang Ke Ukm : 11.00 Malam
Masuk: Percuma

Itu ialah masa yang syam cadangkan kalau ada apa-apa cadangan atau bangkangan harap bagi tahu selewat-lewatnya hari Jumaat ni 6/11/2009 dalam ruangan komen atau menghubungi saya seperti tertulis di ruangan kanan blog.

SINOPSIS CERITA

KISAH dibuka dengan peristiwa MAK KUNDUR menolak MAK LABU ke dalam perigi, meninggalkan BAWANG MERAH sebagai anak yatim piatu. Bermulalah kehidupan malang BAWANG MERAH yang sering dianiaya oleh MAK KUNDUR dan anaknya BAWANG PUTIH. Manakala di istana, SULTAN yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah mengisytiharkan PUTERA RITAUDIN sebagai Tengku Mahkota. Ini menimbulkan kemarahan pada diri PUTERA IZZUDIN kerana baginda adalah putera sulung, tetapi kerana bondanya bukan berdarah raja, haknya sebagai pewaris takhta diketepikan.

Suatu hari, RITAUDIN dan IZZUDIN keluar berburu di hutan negeri. Dalam masa yang sama BAWANG MERAH juga berada di hutan itu, sedang meratapi ikan jelmaan ibunya yang mati dimasak oleh ibu tirinya. Untuk menghiburkan hati, BAWANG MERAH menyanyi di buaian yang muncul di atas tapak kuburan ikan jelmaan itu. Kemerduan suara BAWANG MERAH menyebabkan RITAUDIN dan IZZUDIN terpesona. Bagaimanapun belum sempat mereka melihat wajah BAWANG MERAH dengan lebih dekat, gadis itu lari pulang apabila menyedari dia diperhatikan.

PUTERA RITAUDIN mengarahkan rombongan diraja mengejar BAWANG MERAH sehingga ke rumahnya. BAWANG MERAH bersembunyi dan apabila MAK KUNDUR dapat tahu itu adalah rombongan diraja, MAK KUNDUR mengakui bahawa gadis yang mereka lihat itu adalah BAWANG PUTIH. Lalu rombongan diraja mengarahkan BAWANG PUTIH mengikut mereka ke dalam hutan. Tetapi PUTERA IZZUDIN sempat melihat kelibat BAWANG MERAH di dalam rumah dan memerintahkan BAWANG MERAH ikut sekali. Pada ketika itu sebenarnya PUTERA IZZUDIN sudah pun jatuh hati kepada BAWANG MERAH….

#Sumber dari portal rasmi Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

01 November, 2009

Teater Feskum Bulan Disember Dibatalkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam mesyuarat pegawai makum dan penganjur Universiti Malaya, dukacita dimaklumkan Pertandingan teater untuk Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Feskum) dibatalkan pada bulan Disember dan akan digantikan pada Bulan Febuari 2010.Untuk makluman, tarikh pertandingan untuk bulan itu, masih tidak dapat dipastikan dan dalam perbincangan atas alasan masalah kewangan.

Justeru itu, latihan untuk pertandingan tersebut selepas musim periksa ini dibatalkan dan diganti pada akhir bulan Disember semester baru akan datang. Oleh itu, anak-anak rimba boleh pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menikmati cuti anda.

Jumpa lagi sem depan dengan pelbagai agenda dan aktiviti KTR.Dan diharapkan ramai menyokong agenda KTR iaitu bersama memperkasakan pembudayaan teater.

Sekian harap maklum.

SELAMAT BERJAYA DALAM FINAL EXAMS

Sudah seminggu semua pelajar UKM menjalani peperiksaan akhir semester. Syam rasa belum terlambat untuk syam mengucapkan ucapan semoga berjaya dan selamat mengulangkaji pelajaran bagi mereka yang belum menelaah pada saat-saat akhir.

Untuk anak-anak rimba yang baru menjejak kaki ke dunia IPTA, mungkin ini kali pertama anda menjalani peperiksaan di UKM.
Apa yang syam ingin katakan fungsi dan kaedahnya adalah sama cuma yang membezakan tempat dan kuantiti pelajar yang ramai serta berbeza kursus pada suatu masa merupakan kelainannya.

Apapun untuk mereka yang junior ini, jadikan periksa pertama kali ini sebagai medium untuk meningkatkan PNGK atau CGPA keseluruhan tempoh pengajian di UKM. Apa yang penting, jangan jadikan first year sebagai tahun honeymoon malah jadikannya sebagai tahun untuk meningkat prestasi akademik kita.

Untuk teman-teman senior,diharapkan kalian teruskan perjuangan kalian dalam bidang masing-masing. Masih belum terlambat untuk kita mengubah CGPA akademik kita. Beri tumpuan dan fokus sepenuhnya pada soalan peperiksaan kerana syam rasa aktiviti KTR telah tamat pada minggu lepas untuk memberi ruang kepada anak-anak rimba mengulangkaji pelajaran.Syam berharap tidak ada anak-anak rimba yang aktif teater tercicir dalam akademik. Dalam kita berteater pelajaran tetap menjadi keutamaan. Go go for study......

Sekian....