09 November, 2009

PERASMIAN ALUMNI KELAB TEATER RIMBA (Alumni KTR)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada sabtu ini 14/November/2009,jam 8.30 malam bertempat dibilik bankuasi UKM akan diadakan perasmian Alumni Kelab Teater Rimba yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Turut hadir pada hari itu penasihat KTR YB Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh ,Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)serta Datuk Ismail Hudson Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia, artis-artis tanah air dan semua alumni KTR yang banyak memberi sumbangan ke arah pembangunan KTR dari awal penubuhan hingga sekarang.

Untuk itu,KTR dijemput untuk mempersembahkan satu persembahan selingan pada hari itu.Oleh itu, syam menjemput mana-mana ahli KTR yang ingin mengadakan persembahan,dapat hadir ke perjumpaan seperti berikut:

Tarikh/Masa : 10/11/2009 (Selasa)
Masa :8.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM

Selaku YDP Kelab Teater Rimba, Syam mengucapkan tahniah dan syabas diatas perasmian alumi KTR. Diharap penubuhan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara alumni dan KTR.Bagi alumni yang masih lagi ingin menyertai majlis ini boleh menghubungi Cik Azimah Mahmod di talian 017-2472862 bagi tempahan meja pada majlis tersebut.

2 comments:

Dewa said...

Salam & Dear KTRians,
Terima kaseh sham for the info, selaku salah seorang alumni yang terlibat saya mengucapkan ribuan terima kaseh kepada sham & rakan-rakan yang sudi membantu menjayakan malam dinner tersebut. dan kepada yang lain ingin hadir boleh memberitahu sdri azimah. saya difahamkan untuk adik-adik semua cuma rm25 shj. ok guyz & galz ciao cinciao , wassalam

Sy@m Mesr@ said...

Saya harap hubungan alumni dan KTR makin rapat selepas ni. Buatla apa-apa aktiviti yang melibatkan alumni dan KTR. Semoga teater sukseess selalu........