29 June, 2009

KTR & PTUIH! TEMPAT KE-5


Hola semua...

Minggu ini merupakan minggu yang sangat penat dan packed dengan persembahan teater dalam Festival Teater Selangor 2009. Sepanjang minggu ini, kesemua finalis telah mempersembahkan naskhah masing-masing di Auditorium Daeng Chelak di muzium Shah Alam. Senarai kumpulan dan skrip Kasawari sudah postkan di artikel sebelum ini.

Berbalik kepada malam semalam (28/06/09) merupakan malam finale/penutup festival. Majlis penutupan yang serba ringkas bermula jam 9.00 malam hingga 10:00 (sejam jer). Baiklah, Kasawari akan ringkaskan terus senarai pemenang dari ranking 5-1.

Kedudukan:

5- Superptui! & Transit Kaler Magenta (Teater Rimba)

4- Cemar (ASWA)

3- Syurga atau Neraka (RESAM)

2- Pegawai Khalwat (HIDAYAH)

JUARA- Kalut (Suara Alam)

Disimpulkan bahawa Teater Rimba tidak ada rezeki untuk mengekalkan kegemilangan seperti KTR yang dahulu. Tapi, ini sesekali tidak akan mematahkan semangat anak-anak Rimba untuk terus berjuang bagi 'memanusiakan manusia' dalam teater. Hal ini adalah seperti yang dimaklumkan oleh Kasawari dalam post yang lepas, iaitu rata-rata yang join kali ini terdiri daripada junior-junior. Ini adalah proses pembelajaran dan pengalaman serta pendedahan yang baik buat mereka semua.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam produksi ini yang telah berpenat-lelah since the very beginning. Segala pahit manis kite telah lalui bersama dan kita atasi demi mementaskan naskhah ini. Kasawari juga ingin meminta ampun dan maaf sekiranya ada menyakitkan hati dan buat silap kepada every single of you. At least post-moterm tadi telah menyelesaikan segala yang kusut dan menyedari di mana silap kita dan akan kita baiki di masa-masa akan datang dengan hasil titik peluh sendiri. Tahniah sekali lagi atas keja keras kita selama ini walau pun kita bukan JOHAN, tetapi sekurang-kurangnya kesemua JUNIOR kali ini mampu melangkah ke final dan berada di kedudukan Top 5! Tahniah sekali lagi. Kita tidak perlu pergi lari menyembunyikan diri dek malu kerana kita tahu apa yang kita buat dan sedia maklum usaha serta kemampuan kita selama ini. Berada di tempat ke-5 bukanlah satu 'jenayah', tapi satu titik permulaan yang baru bagi freshie-freshie KTR.

Yang peliknya festival tahun ini tiada anugerah sampingan seperti sebelum-sebelum ini (Pengarah, Artisitik, Pelakon Terbaik dan sebagainya). Terus-menerus je ke anugerah kumpulan terbaik mengikut kedudukan. Hanya pihak pengurusan je tahu sebabnya.

Apepun kepada KTR, masih jauh lagi perjalanan kita untuk pementasan-pementasan yang akan datang sama ada berbentuk pertandingan, undangan, sekitar UKM dan sebagainya. Teruslah bekerja keras untuk memajukan teater dengan minat dan niat yang tulus ikhlas! Percayalah, Kasawari dan anak-anak Rimba sendiri sahaja yang tahu bahawa Kelab Teater Rimba TIDAK pernah berkubur!

Selamat meneruskan perjuangan wahai warga Rimba!


p/s: sayangnyer Alumni-Alumni balik awal masa post-moterm tadi... By the way, sekalung TAHNIAH kepada Suara Alam kerana menjadi Johan untuk festival tahun ini. Selamat berjaya untuk Festival Teater Malaysia nanti...

18 comments:

Ehem... said...

Wahai anak2 rimba..

Sori syg ku... Tak dapat IE nak menggagahkan diri tuk same2 mencelikkan mate bersama kaliannn..

Pepehal, kite buang yang keruh, ambil yang jernih..Kita same2 menimba pengalaman.. Guru yang paling baik adalah pengalaman.. Okey???

Minta maaf sekali lagi yaww....

teuku kasawari said...

hehe.. no worries wahai si ikan emas... kita sama2 blaja.. thanx so much tau.. :)

Daria said...

kepada krew produksi ktr,

tahniah kepada segala usaha anda. sy nmpk peningkatan kepada persembahan anda pada mlm pertandingan berbanding mlm full-dress rehearsal. sy percaya jika diberikan lebih masa ktr akan dapat memberikan persembahan yg lebih mantap. sebagai penonton tetap sepanjang pertandingan berlansung, sy mmg tidak bersetuju dgn keputusan juri tapi apakan daya sy cuma juri awam, seperti kata rajan. tp apa yg diperkatakan oleh juri mmg ada benarnya. mungkin pemilihan skrip kali ini terlalu ambitious tapi bagi sy ini sesuatu yg patut dicuba oleh ktr(atau mungkin sbnrnya juri nk kata suruh pilih skrip yg byk buat lawak kot). dari segi time tolerance tu, mmg betul,audiens sbnrnya x suka tgk show yg trlalu pjg(lagi2 kerusi kat situ mmg x empuk, sakit pinggang aku). mungkin utk persembahan akan dtg, temponya bole dipercepatkan lagi atau dipotong saja dialog yg bole dipotong. mungkin encik faizal pengarah bole usahakan utk mendapatkan feedback dr juri yg mengadil? itu bole dijadikan panduan untuk persembahan supertui! yg akan dtg. kepada semua yg terlibat dgn produksi ini, jgn patah semangat. sy yakin dgn kebolehan anda. usaha lagi dan perbaiki kelemahan yg ada. Ganbatte!!

-- yatie alumni ktr yg dh 'berlemak'

p/s: bole x wujudkan group ktr di facebook? friendster itu rasanya sudah agak ketinggalan bg org yg sudah berkerjaya....

Suara Alam said...

cadangan saya, jumpa juri dan fahamkan skema permarkahan yang digunakan... dari situ kita boleh kenal pasti apa yang patut dibuat dan tidak.. kadang kita rasa apa yang kita buat ok, tapi dalam pemarkahan itu x dikira, kan rugi tu... yang patut diambil kira kita ambil endah x endah.. so keep it up a good work...

Nazlee said...

Salam,

keputusan telah diperolehi dan bagi aku tak mengapa selagi KTR bersatu dan maseh lagi berkarya. kemahuan juri-juri berbeda dan subjektif namun demikian kita hendaklah memahami apa tujuan berkarya...kalau mahukan kemenangan maka seharusnya kita kenalah follow regulation penganjur & kejendak juri, tetapi kalau berkarya kerna mahukan kepuasan berkarya kita buta persembahan dan sudah tentu ianya lebih menggumbirakan semua ahli.

kepada YDP & akar umbi, tak perlu mempertahankan apa-apa bagi aku cukup kalau KTR itu kekal sebagai sebuah keluarga dari menjuarai Pekan Teater Kebangsaan tetapi keluarga bercerai berai...tapi lagi teruk kalau tak menang apa-apa dan keluarga porak peranda ;)

p/s: lain kali kalau diberitahu ada post mortem insya Allah aku join, jgn risaulah aku dtg bukan nak hentam kromo, just nak jumpa adik-adik je boleh recruit kerja ke, bg idea ke serba sedikit...

ikhlas,

pernah menjadi pelakon & produksi KTR 1998-2002

ayeen:) said...

halo.
aiseh.xsempat mau bersama-sama berpost mortem dengan anda.
ahahah.
papepon tahniah la untuk warga ktr yang menyertai fts nie.
yeah.majulah ktr demi encek botak.
hoyeah~

wakil junior said...

terima kasih kepada kak ana, abg haikal, abg rajern, abg boboy, kak salwa yang bersengkang mata, berkorban masa, tenaga membimbing kami untuk produksi ini, memberi semangat kepada kami.

Kekeluargaan yang dah lama tak kami rasa, tapi supertui berjaya mengeratkan kami. mekacih!

teuku kasawari said...

thanx kepada semua yang bagi komen... apepun, terus majukan teater tanah air kita...

Aisyah Latib said...

buat suara alam:- dah jumpa da juri..sampai juri pon dah rasa panas kat kerusi n mereka nak balik.. kami masih lagi di situ makan n minum bersama mereka..tq abang azahan makanan memang sedap..mlm tu..

untuk KTRian:- tak kisah pon kalah.. mane ade orang berada di atas selalu..kalo selalu di atas kite akan senang naik lemak..

tapi bila dari atas turun jatuh teruk ke bawah patah riuk tolong lah jangan malu..jangan nak menyalahkan orang lain..bukan ker itu yang kita telah lakukan bersama2...????

teuku kasawari said...

sgt bersetuju dgn saudari aisyah... ;P

secawankopie said...

salam budaya & salam teater...!

bagi sy adat bertanding d FTS ini,ada kalah n menang...buat KTRian,u all mmg bagus TP mungkin x.menepati 'kehendak' pemarkahan dan 'intelektual' JURI..!

walaupun sy cuma melihat 3 teater dlm FTS2009 ini iaitu KTR, SUARA ALAM n RESAM dan sy xmenyebelahi mana2 pasukan..! sy lbh melihat kpd 'keseluruhan' pementasan! dan penerimaan 'penonton' yg melihat..! adakah pembawaan 'teater' kite itu SAMPAI kpd penonton atau hanya kite 'seronok' sendiri-sendiri...atau 'faham' sendiri-sendiri...

drp situ kite akan mlihat sesuatu kejayaan 'mesej' teater yg hendak kite disampaikan.Adakah berjaya atau sebaliknya...

*jadi fikir-fikirkn lah ek..~ dr budak baru belajar teater! :)

apapun tahniah buat KTRian !! buat Aisyah - Juri xpanas kot kt 'kerusi' tu mlm tu...cuma hmmm mybe mereka terasa 'panas' drp mereka2 yg panas!!!, :)

apa2pun - majulah teater selangor...

Anonymous said...

secara jujur, aku keciwa aku kalah...
mgkn aku shaja kalah, ahli produksi yang laen trasa menang, itu aku tidak tahu...

btw, aku tetap maw ucapkan jutaan trima kaseh kepada produksi: kpd cik widda-air teh itu sedap, cik aisyah-anda sgt rajin & bertenaga. Billionan trima kaseh jg kpd alumni KTRian: rajan, haikal, kak ana, boboy, salwa n so on. Jasamu sgt dikenang.

widda_me said...

mat...
xpe..kita sama2 kalah...
tp walaupun kita kalah...
mat ttp pelakon hebat...
xde sp yg leh wat monolog mcm mat
chayok2

Pegawai Khalwat said...

Syabas kerana punya semangat yang sebegitu jitu.

Tak dapat skema pemarkahan? Kami di sini dapat jugalah pecahan berapa peratus yang dinilai, mungkin tidak detail.

Mungkin tiada hadiah sampingan kerana mahu diberi hadiah hingga lima tempat. Biasanya 3 tempat sahaja.

Enche Bon said...

Dear KTRians,

The journey of a thousand miles, starts with the first step. Saya juga pernah merasai kecewa menjadi orang yang terkalah (especially masa dapat No.2), tapi on the bright side, the only way now is UP.

Tahniah kepada adik2, teruskan dan tingkatkan usaha anda. Terus cari dan timba ilmu, yang ada dimana2 mana asal kita harus sentiasa rendah diri dan ikhlas. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Best of luck in KTR future undertakings, and I am sure success is only a step away.

Ahmad Pharmy
KTR 1997-2001

aRaN said...

tgk ramai2 yg bertima kasih...
aran nak berterima kasih gak la hehehe....

aran nak ucapkan suma org,termasuk la senior2,alumnia2..
yg byk memberi tunjuk ajar,idea,sokongan, semangat n mcm2 lg la kpd produksi kali ini..

seriously..aran mendapat byk ilmu teater dr kamu semua..
tima ksh byk2..

bye...all da best suma..

nuex said...

hi KTRians! Nuex here. untuk review pementasan FTS haritu, boleh baca di blog aku. nak dingatkan bahawa review tersebut bukan untuk mengondem sesiapa tetapi review dari kaca mata penonton terhadap pementasan.harap review yang ditulis dapat membina pemantapan teater bersama. c u there!

http://nuexcute.blog.friendster.com

teuku kasawari said...

thanx nuex... semua tu perlu utk diperbaiki lagi masa hadapan.. thanx ya.. ;)