09 June, 2009

(UPDATED!) KTR MARA KE FESTIVAL TEATER SELANGOR 2009

Hola...

Ada sedikit pengumuman di sini. Seperti yang korang baca di post-post lepas, Kasawari ada menceritakan tentang Kelab Teater Rimba dalam saringan Festival Teater Selangor 2009 yang telah berlangsung pada 4 Jun lepas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Teater Rimba UKM telah BERJAYA melangkah ke finale Festival Teater Selangor 2009 yang bakal berlangsung pada 23 Jun (bukan 22 Jun) ke atas nanti. Banyak lagi yang perlu kami perbaiki baik dari segi lakonan, teknikal, terjemahan skrip dan sebagainya bagi memastikan kejayaan dalam finale nanti menerusi naskhah SUPERPTUIH! & TRANSIT KALER MAGENTA.

Jadi, diharapkan semua KTRians yang terlibat melipatgandakan lagi usaha dalam naskhah ini dan doakan kejayaan kami ek?

p/s: ada sedikit UPDATE mengenai kumpulan-kumpulan yang layak ke finale FTS 09 ni. Selain Kelab Teater Rimba, kumpulan seperti RESAM, HIDAYAH, SUARA ALAM dan ASWA turut akan berentap di pentas akhir nanti. Info ini Kasawari peroleh daripada Suara Alam. Thanx Suara... Dan baru-baru ini juga, Teater Rimba telah pergi mencabut undi untuk menentukan giliran persembahan semasa finale nanti. Kelab Teater Rimba merupakan kumpulan PERTAMA yang beraksi, iaitu pada 23 Jun 2009.

7 comments:

widda_me said...

yer2...chayok2!!!!!

suara said...

salam teater, salam budaya..! tahniah buat KTR krn turut layak k finale FTS2009 nnt. kite jumpa di pentas FTS2009 nnt. good luck to all Finale Group dlm FTS2009 - RESAM, Kelab Teater Rimba, HIDAYAH, SUARA ALAM dan ASWA...
~ www.suaraalam.org.my ~

teuku kasawari said...

terima kasih suara alam... kite jumpe di sana nanti ek... ;)

Pegawai Khalwat said...

Wow, ada saringan! Betapa sengitnya persaingan di sana.

teuku kasawari said...

aa, sekarang selangor ada saringan.. wah, best nye nama.. hehe...

Enche Bon said...

Dear KTRians,

BEST OF LUCK for the production of SUPERPTUIH! in the coming FTS 2009 :)

teuku kasawari said...

thanx so much Enche Bon.. abg fahmi kan?